Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 31 Mac 2010

Hadis Amalan Menghapuskan Dosa

Tiada ulasan :

Komenku : emm..1st : aku nak cube lah..
pegi masjid hari-hari..bertmbah bekalan akhrat nanti..
2nd : malaikat bersama-sama mengamin kan kite..


Ahad, 28 Mac 2010

Akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial

1 ulasan :

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…
Hamid : “Kita nak kemana nie?
Rosni : “Tak kisah la.. mana-mana pun boleh”
Hamid : “Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : “Saya ok aje..”
Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. merekahanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas… Rosni masih tidak membantah… hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. “Abang Hamid… ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial” Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..
Hamid : “Maafkan saya”
Rosni : “Tak apa”
Lalu mereka pulang… Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya… “Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja”

Selasa, 23 Mac 2010

hadis pilihan

Tiada ulasan :

Hadis ini untuk renungan kita bersama…

عن عقبة بن عامر رضي الله عنه عليه وسلم قال : من رأى عورة فسترها كمن أحيا موؤودة

(رواه أبو داود و ترميزي)

Maksudnya : Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi s.a.w bersabda: “Siapa yang melihat sesuatu keaiban lalu menutupnya, ia mendapat ganjaran seperti menghidupkan anak perempuan yang ditaman hidup-hidup.

Sumber rujukan: Kitab 300 Hadith Bimbingan oleh Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazam

Sabtu, 20 Mac 2010

Azan Masjid Telok Gong

Tiada ulasan :
Salam semua..aku nak coret-coret sikit tentang video ke2 aku yg baru upload ke youtube ni..tengah-tengah malam aku cube upload video..maklumla mase tu intenet agak lembap..So, aku sanggup tunggu sampai siap upload video ni..

Tentang Video;
1. Suara aku mase ni kurang bersemangat..tak tahu la..maybe ade masalah sikit kot..(huhuhu)
2. Aku siap record suara aku ni terus aku masukkan dalam laptop aku..kemudian,aku sunting sikit, supaya nampak gempak..
3. Nampaknya Azan Masjid Telok Gong pernah masuk RTM..btul ke?pikir2kan la..



مؤذن: مـحمــد صفـوان بن عـــبد الــــرحمن

Jumaat, 19 Mac 2010

Video Pertama

1 ulasan :
Aku nak catat skit tentang tajuk ni..Pertama kali aku upload video ke Youtube..Batak gak aku..dan sekarang..aku da upload 2 video..
Hahaha..saksikan la..




Ni video pertama aku..memaparkan betapa aku minat kelab bola Manchester United..Usha-usha la..



Rabu, 17 Mac 2010

Keagungan Ilmu

Tiada ulasan :
Salam sejahtera semua, kali ni aku cbe nak kongsikan ilmu yg ciput ni untuk kebaikan kite bersama. Pada 17 mac 2010, selepas waktu maghrib, aku telah menghadirkan diri dalam sebuah majlis Ilmu yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazri Nawi(tak tahu nama penuh), dari kampung Raja Uda , kuliah beliau ini diadakan pertama kali di masjid Al-Ubudiah, Telok Gong(kawasan rumah aku). Baru pertama kali aku mendengar suara beliau, aku cukup tertarik dengan isi yang beliau sampaikan. Sayang sekali, aku tak bawak buku nota untuk ku catit. Walaumacamane pon aku nak kongsi sikit-sikit pe yang beliau smpaikan.

Aku tertarik dengan kisah golongan Khawarij(terkeluar) bertanya kepada Saidina Ali karramAllahuajhah. Khawarij ini bertanyakan soalan sebanyak kalau tak silap saya 4 kali. Tapi soalan yang sama, namun jawapan Saidina Ali berlainan. 'Wahai Saidina Ali, yang manakah yang lebih mulia?Ilmu atau harta?. Saidina Ali menjawab, Ilmu yang paling mulia berbanding harta, alasannya, Ilmu yang menjaga kita, memelihara kita daripada perkara buruk, ilmu juga membezakan baik buruk sesuatu perkara. Manakala harta, kita yang menjaga harta, kita kadang-kadang menjadi hamba kepada harta, Ilmu menjadi menjamin kita di akhirat kelak, tapi harta belum tentu.'

Pada masa yang lain, Khawarij bertanya, 'Wahai Saidina Ali, yang manakah lebih mulia?harta atau ilmu? Lalu Saidina Ali menjawab, ilmu adalah lebih mulia, alasannya kerana dengan Ilmu terbitnya gelaran-gelaran mulia sperti Sheikh, Hafiz, Alim, Ulamak, dan sebagainya. Paling koman pon ustaz. Sebaliknya orng berharta biasanya mendapat gelaran yang buruk, antara contohnya, Qarun, Hamman, Tha'alabah, Firaun dan sebagainya. Namun zaman sekarang sudah tersedia gelaran lain sebagai ganti nama seperti tangkai jering, tahi hidung masin, haji bkhil dan sebagainya.(semua ni bkn kata-kata Saidina Ali sepenuhnya, tapi penjelasan dari ustaz Nazri)



Actually, bnyak lagi isi yang aku terfikir untuk aku terbitkan dalam blog ni. Tapi aku ni jenis manusia yang mudah lupa. InsyaAllah, kalau tidak ada halangan, aku terbitkan blog tentang Keagungan ilmu dan Ulama yang di sampaikan oleh ustaz Nazri di masjid Al Ubudiah Telok Gong. kepada sesiapa yang berkelapangan, boleh la hadirkan diri dalam majlis ilmu ini. Menurut beliau, beliau penah mengenakan seorang kawan yang lebih mementingkan membaca berita-berita akhbar daripada membaca Al-Quran, beliau menghulurkan sebuah kitab Sirah nabi Muhammad s.a.w yang tebal kepada sahabat beliau yang giler paper. "Mak ai, tebalnya buku ni. buku apa ni Naz?" "Ni buku sirah nabi, awak mesti beli" "Berapa harganya Naz?" "Tak mahal, RM65 aje." "Tak mahal awak cakap?" "Awak tu hari-hari beli paper setiap hari 2naskah, hari ahad RM2, kali dengan 4 minggu dah RM8, setahun berapa?, Kalau awak beli buku ini, awak boleh baca bila masa lapang sambil renung-renung iktibar yang ada di dalamnya, bnyak ilmu yang boleh awak dapat dalam kitab ni. Kalau awak meninggal dunia, boleh awak wasiatkan kitab ni kepada sape-sape, anak ke, sanak saudara ke,.. dapat bekalan saham awak dalam kubur nanti, mengalir pahale awak, sejuk dan lapang kubur awak nanti InsyaAllah.



Dalam akhbar ni bnyak dosa yang kita dapt. Slah satunya, kebanyakkan akhbar-akhbar tempatan menyiarkan keputusan nombor ekor 4d, 3+1d, dan sebagainya. duit yang kita salur untuk membeli akhbar itu seolah-olah memberi sokongan kepada aktiviti nombor ekor, sekaligus bersubahat sekali'


Sahabat beliau hanya mampu ternganga, tergamam. Nantikan "KEAGUNGAN ILMU & ULAMAK" dalam catatan aku
bulan depan.
(kali ni aku mesti bawak buku nota!!!)

Isnin, 8 Mac 2010

Penuhkan masa cuti sekolah dengan kebajikan & kebaikan

Tiada ulasan :
Musim cuti sekolah hampir tiba, ramai dalam kalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk mengadakan pelbagai majlis keraian seperti majlis kesyukuran, walimatul urus, dan sebagainya.

Tetapi sedarkah kita bahawa majlis yg dianjurkan itu benar-benar menepati ajaran Islam.
Erti kata lain, apakah majlis-majlis itu menitik beratkan unsur-unsur yang diajarkan Islam? Adakah ia mengambil berat tentang pantang larang dalam agama seperti pergaulan bebas lelaki-perempuan yang bukan mahram, memakai hijab(tudung)? Adakah itu memenuhi kehendak syara’? Semua pantang larang itu dipelihara bagi menjamin kesejahteraan dan menjamin keberkatan serta restu daripada Allah SWT agar majlis yg dianjurkan itu meraih sumber saham pahala yang banyak dan menjadi bekalan ke alam abadi.

Namun sikap kebanyakan orang Islam hari ini terhadap agama mereka sendiri berbeza-beza antara individu dengan individu yg lain. Di sini suka saya menyelitkan sebuah kisah yang mana satu keluarga yang ingin bermusafir dari KL ke Perlis bertujuan menjemput sanak saudara menghadiri majlis walimah yang akan diadakan di KL. Salah seorang daripadanya ialah seorang imam di sebuah kampung di Klang. Apabila tiba waktu solat si imam mengingatkan supaya berhenti di kawasan R&R untuk menunaikan solat. Namun didapati kaum wanita terlupa membawa telekong sembahyang. Mana nilai-nilai Islam sebagai umat Muslim? Sedangkan sudah sedia maklum bahawa mereka akan merantau jauh. Apabila ditanya apa yang dibawa, jawabnya hanyalah membawa make up, barang-barang kemas dan sebagainya. Mengapa mereka begitu mementingkan perhiasan berlebihan sedangkan perkara wajib dilupakan? Dan apabila dimaklumkan bahawa telekong solat bukan salah satu perkara rukun dalam sembahyang bagi wanita, menutup aurat sudah memadai dan masih sah sembahyang itu,namun mereka mempertikaikannya. Bolehkah solat tanpa bertelekong? Betapa cetek ilmu agama dalam jiwa mereka. Maka siapa yang bertanggungjawab? Tidak lain tidak bukan kaum lelaki wajib mengingatkan dan memberi tunjuk ajar kepada kaum wanita dalam perkara ilmu agama.

Sebuah sessi kuliah di Masjid Ubudiah Telok Gong yang dipimpin oleh ustaz Turmudi bin Siraj. Beliau telah menegaskan kebanyakkan ahli neraka ialah golongan perempuan. Menurut beliau golongan wanita ini ramai ke neraka kerana 3 perkara :

  1. Mereka tidak / jarang berterima kasih kepada suami / lelaki dibawah tanggungannya. Contohnya :

Suami : Asslamualaikum yang, ni abang ada beli sedikit lauk di pasar tadi.

Isteri : (Tanpa menjawab salam) Ini aje yang abang beli? Mana cukup, lebih baik bagi kucing makan, kucing pon tak kenyang.

Dialog di atas adalah salah satu contoh terdekat. Banyak lagi contoh-contoh negatif lain yang tidak dapat saya ceritakan disini.

  1. Mereka suka menabur fitnah,mengadu domba, mengumpat dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan lidah percakapan. Perkara ini perlulah dititikberatkan dan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan tutur kata.

  1. Mereka cetek ilmu agama dan tidak ingin berusaha menambah ilmu agama dalam jiwa mereka. Satu cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku ialah para lelaki galakkan / paksa mereka menghadiri majlis ilmu terutama di masjid.

Berbalik kepada penuhkan masa cuti sekolah dengan perkara kebaikan. Bagi mereka yang memenuhi jemputan majlis-majlis walimah adalah digalakkan malah Islam menegaskan bahawa WAJIB menghadirinya selagi majlis itu tidak melanggar ajaran agama. Namun apa yang saya perhatikan dalam dunia serba moden tak bersempadan ini, kebanyakkan masyarakat sekarang sudah berani mencemarkan majlis yang digalakkan dalam Islam ini dengan hiburan-hiburan yang boleh melalaikan. Salah satu yang dapat saya katakan ialah aktivit tari-menari, karaoke, persandingan dan sebagainya. Sedarkah mereka bahawa ini semua melemahkan iman sekali gus secara halus melupuskan nilai Islam dan Iman dalam benak dada mereka?

Persandingan. Masyarakat kini tidak sedar bahawa persandingan adalah adat istiadat Agama Hindu yang telah diamalkan sejak turun-temurun hinggalah sekarang. Ini kerana mereka tidak didedahkan perkara ini secara terbuka. Mana tidak, meraka sendiri yang sering memberi alasan untuk tidak hadir ke majlis-majlis ilmu. Sudah cukupkah ilmu dalam dada mereka? Menurut De Jong (Religious in the Malay Archipelago, Oxford University press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) persandingan adalah daripada pengaruh Hindu. Malah persandingan adalah adat yang diimport dari India yang tiada mengena dengan ajaran Islam yang suci. Pengaruh Hindu ini sedikit sebanyak membawa kepada unsure-unsur khurafat, antaranya ialah :

· Penggunaan beras kunyit dalam upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.

· Penggunaan jampi mantera untuk menghalau hantu atau syaitan yang mengganggu majlis itu.

· Berandam : Andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui / merubah kecantikan sebenar adalah haram.

· Berhias untuk dipamerkan(tabarruj) kerana perbuatan itu menyerupai perbuatan zaman Jahiliyyah

Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatulurus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, berdasarkan sabda Nabi s.a.w maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a katanya. Rasulullah bersabda : Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang. Hadith riwayat Muslim.


Disediakan sendiri oleh http://safwanabdulrahman.blogspot.com.
sumber sinar masjid Ubudiah Telok Gong.

Ahad, 7 Mac 2010

Kedai Abd. Rahman

2 ulasan :
emmm.. sementare tunggu result spm kelua ni, bnyak bende yg aku buat..slah satunye aku tolong ayah aku. Kalau nak tahu,ayah aku mempunyai kedai runcit. So, aku sebagai anak kene la tolong sikit.

emm..yelah jadi tokeyh xla susah mane. cume masokkan duit.keluarkan duit. pastu kire barang. senang je.. cume kadang2 tu kesabaran perlu ade..kadang2 kebosanan tu lebih menguasai diri.. maklum la..keliling kite ni banyak makhluk menghasut..lagi satu,uruskan kedai ni pon mesti ade kejujuran. kesian ayah aku..hari2 keje nak biaye anak bini..tibe2 duit bocor..tapi aku bukan jenis tu..juz nak ingatkan korang je..korang mesti nak tengok anak tokey tu kan???


Ha.. ni la die anak tokey.

Kedai ini telah ditubuhkan ngam2 tarikh lahir aku.emm.. mungkin kedai ni milik aku bile aku da pandai uruskan sendiri nanti..hehe..walau ape pon..aku berterima kasih kepada ayahku yang bertukus lumus mengusahakan kedai. Sekali gus, memberi aku dan 4 beradik aku cukup makan, minum, pakaian dan keperluan lain.


Kalau nak tahu ni la die The Great Manager- En Abdul Rahman bin Md. Noh bersama anak bongsu dengan reaksi spontannye.


Pada suatu ketika dahulu, kedai ni myediakan perkhidmatan hantar gas dapur ke rumah, ganti tiup moto, dan repair moto. Tapi sekarang tak, slah satu sebab ialah kurang tenaga kerja.




Gamba di bawah ni adalah keadaan setor menyimpan stok barangan runcit. Agak kelam kabut kan?


Nak jadikan cerite, pernah satu malam aku bermimpi yg kedai ni bakal menjadi milik aku, dan dalam mimpi tu aku telah berusaha mngembangkan sayap teraju perniagaa ini dengan membeli tanah lebih luas untuk membina satu gudang menyimpan stok2 barang. Selain itu, dalam mimpi tu, aku telah berjaya membuka lebih 20 cawangan KEDAI RUNCIT ABD RAHMAN. Waaa..harap2 mimpi tu jadi kenyataan. Ameeen


Walau macamane pon aku tetap kenang jasa2 mak ayah aku, berjaya membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, didikan agama yg memuaskan(walaupon aku xmengamalkan sangat.nauzubillah) & memberi aku nafkah dari segi pendidikan dan sebagainya.



macam-macam ada....














Hampir terlupa, 1 perkara lagi aku nak cerite. Setiap hari kebosanan pasti merasuk jiwa aku. Jadi, aku mesti cari jalan untuk menyingkirkan perkara tu.Ini dia kucing berbulu halus mulus, comel, manja dan ngade2. Ni la kawan aku di kala aku bersendirian

Sebenarnya kucing ni bukan milik aku.haha. Kcing ni milik jiran sebelah kedai aku. Em,lupa nak catch gamba pemilik kucing ni.












lagi gelagat si comel:















Ini lah aku yang sempat posing ala2 korporat..keh3..ni bukan korporat ni cme cashier mini market. Namun niat dihati untuk memajukan perniagaan tetap membara.ceewaah



Disediakan sendiri oleh Mohd. Safwan