Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 21 Februari 2013

Perpecahan Ahlusunnah Wal Jamaah

Tiada ulasan :
Antara punca utama yang menjadi penyebab perpecahan antara aliran Asya'irah dan Salafiyyah adalah apabila kelompok Salafiyyah menafikan bahawa aliran Asya'irah sebagai golongan Ahli Sunnah. Asya'irah dikatakan bukan Ahli Sunnah kerana tidak mengikut golongan Salaf terutama apabila menta'wilkan ayat-ayat mutasyabihat. 

Bagi ambe hal-hal sebeginilah yang menyebabkan berlaku percakaran dalaman sesama umat Islam.Perhatikan apa yang disebut oleh Imam al-Laqqani, bagi setiap nas yang menjurus kepada tasybih (penyerupaan kepada makhluk) maka hendaklah di'ta'wil' atau di'tafwidh'. Ini bermakna mazhab Asya'irah bukan semata-mata menerima kaedah ta'wil seperti dakwaan sesetengah Salafi keras hingga menyamakan Asya'irah dengan Mu'tazilah dan golongan Mu'aththilah, tetapi mereka juga menerima kaedah 'tafwidh' yang menjadi pegangan majoriti ulama Salaf.

Ta'liq Imam al-Kauthari atas kitab 'Tabyin Kazib al-Muftari'
Lihat apa yang dikatakan oleh Imam Abu Hasan al-Asy'ari dalam kitab 'al-Ibanah' seperti yang dinukilkan oleh Imam Ibn 'Asakir dalam 'Tabyin Kazib al-Muftari Fima Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy'ari'. Beliau men'tafwidh'kan ayat-ayat yang mutasyabihat tersebut kepada Allah SWT tanpa memberikan sebarang makna kepadanya seperti yang dipegang oleh mazhab Salaf. Dan kaedah ini memang diakui dalam mazhab Asya'irah sebagaimana ta'liq Imam al-Kauthari dalam 'Tabyin', yang mengatakan bahawa, kitab 'al-Ibanah' membawakan kaedah al-mufawwidhah pada menahan diri daripada menentukan maksud ayat-ayat mutasyabihat. 

Bermakna, jika golongan Salafiyyah @ Wahhabiyyah boleh menerima kaedah tafwidh golongan Salaf seperti yang diterima oleh Asya'irah, walaupun agak berbeza dengan manhaj Ibn Taimiyyah yang mengithbatkan makna haqiqi, mungkin di sini akan terlerailah khilaf yang paling besar antara Asya'irah dan Salafiyyah. Di samping itu, golongan Salafiyyah hendaklah mengakui bahawa segala perbincangan tentang masalah khilafiyyah tidak boleh dikaitkan dengan bid'ah membid'ah. Malah masih banyak lagi perkara bid'ah yang jelas merupakan maksiat dan perlu diberi keutamaan untuk dibanteras. 

Bagi ambe, apa yang penting masih ada ruang yang terbuka luas antara kedua-dua aliran untuk bersatu menghadapi musuh mereka yang sebenar iaitu Syiah dan pelbagai lagi aliran moden seperti liberal, sekular, zionis dan lain-lain. Semoga Allah SWT mengurniakan kesatuan dan perpaduan kepada seluruh Ahli Sunnah. Amin.