Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Memaparkan catatan dengan label Firaq Islamiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Firaq Islamiah. Papar semua catatan

Rabu, 19 November 2014

Siapakah Ahbash?

Tiada ulasan :
Artikel ini, adalah hasil kumpulan-kumpulan maklumat yang disusun oleh saya, dalam menyiapkan projek/kertas kerja bagi subjek Kajian Ajaran Sesat oleh Ustaz Dr Engku Zaki.

Siapakah Ahbash?
Sebelum berbicara panjang mengenai ahbash, eloklah kita berkenal-kenalan dahulu, siapakah golongan ahbash.

Dalam artikel yang dikeluarkan oleh JAKIM bertarikh 13 Febuari 2014, ada menyebut mengenai 'Siapakah Golongan Ahbash?'.
Al-Ahbash merupakan kumpulan yang dipelopori oleh Sheikh Abdullah ibn Muhammad bin Yusuf al-Harari yang berasal dari Habshah. Mereka mula bergerak aktif di Lubnan pada pertengahan tahun 80-an melalui pertubuhan kebajikan yang bernama Jam’iyyah al-Mashari’ al-Khayriyyah al-Islamiyyah.
Kumpulan yang bergerak sebagai badan kebajikan ini berkencenderungan tasauf dan berkembang dengan pesat hingga mempunyai cawangan di banyak negara di dunia. Istilah Ahbash berkait dengan istilah Habshah kerana ia berkait dengan Negara asal pendirinya Sheikh Abdullah iaitu dari Habshah. Beliau lahir sekitar 1910 lahir di Hirara berdekatan Somalia, pernah menjadi Mufti di Oromo. Pada 1947, beliau pergi ke Hijaz setelah dibuang dari Ethiopia, kemudiannya ke Jurusalem dan Damsyik dan akhirnya menetap di Beirut dan menjadi pensyarah di al-Azhar cawangan Lubnan. Kemudiannya beliau mengambil alih pertubuhan Jam’iyyah al-Mashari’ al-Khayriyyah al-Islamiyyah dari Sheikh Muhyiddin al-‘Ajuz.
Sejak itu pertubuhan ini berkembang dan dilebih dikenali sebagai al-Ahbash. Golongan Ahbash amat berpengaruh di Lubnan dan berperanan besar dalam politik Lubnan. Pendekatan politik mereka ialah menekankan keberadaan bersama dengan penganut agama lain terutama golongan Kristian di Lubnan. Mereka juga mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Syria yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Lubnan.
(Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/blog/siapakah-golongan-al-ahbash )
Sepanjang pembacaan saya mengenai golongan ahbash, ahbash ialah satu kelompok yang suka mengkafirkan ulama Islam, terutama Shaykh al-Islam Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Selain itu, ahbash juga menyesatkan orang-orang yang tidak sependapat dengan mereka. Di Malaysia, terdapat segelintir manusia yang terpengaruh dengan virus ahbash, malah mendapat jawatan tinggi dalam kementerian Dalam Negeri. Mereka menyebarkan dakyah mereka yang agak keras dan merbahaya, serta mengakibatkan perpecahan umat Islam di Malaysia.
Namun begitu, kebanyakkan ulama zaman kontemporari telah menjawab isu golongan ahbash ini. Antaranya Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr. Said Ramadhan al-Bouti, Syaykh Abdul Aziz bin Baz, Lembaga Fatwa Mesir, Lembaga Fatwa Saudi, Syaykh Tajuddin al-Hilaly dan ramai lagi.

InsyaAllah, saya akan kemukakan beberapa pandangan ulama zaman kini mengenai golongan ahbash ini.




Syaykh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut dalam kitabnya Fatawa al-Mu'assirah :
Semenjak beberapa tahun yang lalu aku (Dr. Yusuf al-Qaradhawi) ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lubnan, ia menimbulkan masaalah kepada umat Islam di Lubnan dengan pandapat-pendapat yang pelik dan menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fiqh dan akhlak. Sehingga mereka menggugurkan kewajipan zakat bagi individu yang memiliki sampinan wang yang banyak dari matawang kertas yang digunakan pada hari ini, mereka juga mengharuskan wang tersebut berurusan dengan riba, mereka mendakwa matawang kertas bukanlah matawang yang syar'ie yakni bukan Emas dan Perak. Mereka mengharuskan orang yang memakan bawang atau meletakkannya di dalam poket tidak menunaikan solat Jumaat, dan mereka mengharuskan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas.

Dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dari kalangan umat Islam hari ini atau yang dahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti Mujaddid Tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sepertimana mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya. Aku (al-Qaradhawi) telah menyebut di dalam buku-ku (al-Sofwah al-Islamiyyah Baina al-Juhud wa al-Tatorruf) bahawa terjatuh ke dalam lubang menghukum kafir adalah tanda-tanda yang paling serius terhadap pemikiran ekstrim dan melampau dalam beragama.

Golongan Ahbash yang pelampau dan penyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abi al-Hasan al-'Asy'ariy di dalam aqidah, dan mazhab al-Imam al-Syefie di dalam Fiqh, dan mengikut tarikat al-Rifa'iyyah di dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka mereka amat jauh dari manhaj para imam ini kesemuanya samaada dalam pemikiran, adab dan akhlak.

Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lubnan, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah mereka dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belakkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Fatawa al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686)

Dr. Al-Bouti pula, apabila ditanyakan mengenai fatwa Ahbash bahawa haram bermakmumkan imam wahhabi, Dr al-Bouti jawab :
"Solat dibelakang Wahabi tidak HARAM dan mereka yang mengikutnya makmum dalam solat sah. Dan tidak boleh seseorang mengkafirkan muslim yang mana kita tidak mengetahui ketika matinya adakah ia mati Kafir. Dan tidak seorang pun yang tahu Adakah Imam Ibn Taimiyyah ketika matinya telah murtad dan mati Kafir.
Berkenaan kumpulan yang ditanya kepada saya ini (AHBASH), mereka ini mengkafirkan ramai orang Islam. Mereka mengkafirkan Mutawalli Sya'rawi dan al-Qaradhawi juga, mengkafirkan aku sendiri (al-Bouti)".
Selain itu, al-Bouti juga ditanyakan budaya takfir oleh golongan ahbash ini, jawab beliau :
Mereka ini tidak hanya mengkafirkan aku, bahkan yang aku tahu mereka mengkafirkan orang yang jauh lebih baik dariku, seperti Mutawwali Sya'rawi, Ibn Taimiyyah, dan Syeikh al Qaradhawi , dan ramai lagi....."
(Sumber asal :
http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=56e6ce3889aaea9fa90a49d08a8a9f64&id=459 ) Walaubagaimanapun, pautan website al-Bouti tidak boleh diakses selepas beliau menginggal dunia.



Dr Wahbah al-Zuhaili pula ketika melawat Malaysia, ditanya mengenai golongan Ahbash, beliau menegaskan bahawa golongan Ahbash adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan. Saksikan video dibawah :



Akhir sekali, Syaykh Abdul Aziz bin Baz, mantan mufti Saudi beliau mengatakan :
Kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan.
(No ruj. Fatwa: 1/2392. Bertarikh: 30/10/1406 hijrah)



Akhir kalam, di Malaysia, usaha memperkembangkan ajaran ahbash ini makin pesat, iaitu mereka menanam benci kepada tokoh tajdid Syaykh Muhammad bin Abdul Wahhab al-Tamimi malah melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepadanya serta menggelarkan orang yang tidak bersependapat dengan mereka sebagai 'Wahhabi'. Saya rasakan ajaran ahbash ini mirip dan akrab dengan golongan Syiah, Hassan al-Saqqaf yang mana beliau ini telah dikenali ramai ulama sebagai penganut syiah berbaju sunni, dan berfahaman ideologi neo-muktazilah dan penyokong Ahbash, di Malaysia, ada segelintir yang tidak segan mengaku telah berguru dengan Hassan al-Saqqaf telah menulis banyak artikel di blognya, dan telah dijawab dan diboongkarkan jenayah ilmiahnya oleh Ustaz Aizam Mas'od, Panel Akidah JAKIM.  Jika para pembaca rajin membaca, silalah rujuk blog ustaz Aizam, nilai sendiri. Akhir sekali, saya memohon Taufiq dan Hidayah Allah, semoga tulisan saya ini sedikit memberi manfaat


Rujukan.
1. http://www.e-fatwa.gov.my/blog/siapakah-golongan-al-ahbash
2. Fatawa al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686
3. http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=56e6ce3889aaea9fa90a49d08a8a9f64
4. Video : http://www.youtube.com/watch?v=BR_TuQ1IbxQ
5. Fatawa Syaykh Ibn Baz, No ruj. Fatwa: 1/2392. Bertarikh: 30/10/1406 hijrah

Info tambahan : Sekiranya ingin mencari rujukan tambahan, boleh rujuk rujukan yang disenaraikan dibawah :

1. Ensiklopedia Ahli Sunnah dalam menjawab tuduhan firqah Ahbash (Bahasa Arab) : klik Sini
2. Bank Ahbash : http://bankahbash.blogspot.com/
3. Ahbash Deviated : http://ahbash-deviated.blogspot.com/
4. Bank-Ahbash : http://bank-ahbash.blogspot.com/

Selasa, 18 Mac 2014

Ahli Sunnah meng-isbatkan ru'yatullah (melihat Allah) di syurga

Tiada ulasan :


Kata Ibn Abi Daud (316h) :

وقل يتجلى الله للخلق جهرةً ... كم البدر لا يخفى وربك أوضح

Dan katakan Allah muncul dihadapan makhluknya dgn terang.. seperti terangnya bulan purnama tiada sembunyi Tuhan kamu, malah Jelas
(Manzumah al-Ha-iyyah li Ibn Abi Daud)

Antara nikmat agung di dalam syurga ialah dapat melihat Allah azzawajalla.
Rasulullah telah mengajar kita berdoa mengharapkan melihat wajah Allah

وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرَدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى 

وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءٍ مُضِرَّةٍ وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ

....Aku memohon keredhaan setelah adanya keputusan, dan kenyamanan hidup setelah mati dan kelazatan memandang kepada wajah-Mu serta keredhaan berjumpa dengan-Mu tanpa ada bahaya yang membahayakan dan tanpa fitnah yang menyesatkan... (HR al-Nasaie, Hadith Sahih)

Adapun Kuffar dihalang perolehi nikmat yang agung ini sebagaimana firmanNya:

كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ

Sekali-kali tidak! sesungguhnya mereka pada ketika itu benar-benar terhalang daripada (melihat) Tuhannya (Mutoffifin ayat 15)

Ahad, 16 Mac 2014

[Video] Menjawab Syubhat Golongan Anti-Hadith

Tiada ulasan :

Video Ceramah Khas bertajuk Menjawab Syubhat atau Tuduhan Golongan Anti-Hadith yang disampaikan oleh Yg Bhg. Mohammad Rozaimi Ramle boleh layari laman blog beliau (disini). Ceramah berlansung di Surau Pak Tuyu, Mengabang Telipot, Belakang Unisza, Kuala Terengganu.

Intisari daripada ceramah ini, mengupaskan mengenai isu yang ditimbulkan oleh golongan Quranism (anti-Hadith) yang mana, menjawab secara khusus dan ringkas kepada persoalan yg ditimbulkan oleh Farouk A Peru.

Antara persoalan yang ditimbulkan ialah :

Khalifah-khalifah Ar-Rashideen sendiri, Abu Bakr dan Umar Al-Khattab membakar koleksi hadis. Umar menyuarakan pendapat yang hadis-hadis dapat melekakan umat Islam dari mengkaji kitab Allah. Dia menyatakan prinsip “hasbuna kitab Allah” (cukup bagi kami kitab Allah).

Katanya lagi :

Bukan saja itu, tapi monarki pertama Islam iaitu Khalifah Umayyah juga tidak merasmikan sebarang kitab hadis yang menjadi sumber perundangan mereka. Alangkah anehnya yang pada masa umat Islam telah mempunyai empayar yang luas, hadis belum lagi dirasmikan sebagai kitab?

Dan banyak lagi persoalan yg ditimbulkan. Jadi, dalam video ini, sedikit sebanyak memberi gambaran atau jawapan kepada persoalan dari Farouk A Peru. Selainnya, boleh rujuk di laman blog Ustaz Rozaimi disini




Jangan lupa untuk subscribe channel SafIbnRahman untuk mengetahui update terikini kuliah sunnah sekitar UniSZA. Klik Gambar dibawah


Selasa, 27 Ogos 2013

Gelaran Karramallahu wajhah pada Saidina Ali.

Tiada ulasan :
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Di dalam masyarakat Islam , terdapat beberapa gelaran mulia yang biasanya dipakai untuk menghormati golongan yang berilmu , berakhlak mulia dan baik hubungannya dengan Allah Ta’ala dan juga dengan makhluk-makhluk-Nya . Di antara gelaran-gelaran itu ialah :
1 - “ Radhiyallahu ‘Anhu “ 
~ Ertinya : Semoga Allah meredhai mereka .
Gelaran pertama ini adalah untuk Para Sahabat ( r.a ) dan mereka yang telah jelas menjadi manusia yang diredhai oleh Allah Ta’ala menerusi Al-Quran Al-Karim , mahupun Sunnah .
2 - “ Rahimahullah “ 
~ Ertinya : Semoga Allah merahmatinya .
Gelaran kedua pula , umum untuk seluruh umat Islam yang berpegang-teguh dengan ajaran Islam dan telah pun meninggal dunia . Orang-orang Melayu biasanya menyebutkannya sebagai “ Allahyarham “ , yang maknanya sama dengan “ Rahimahullah “ ataupun “ Rahmatullah ‘Alaih “ dan “ Almarhum “ ( biasanya lafaz ini untuk raja-raja menurut kebiasaan orang Melayu , tetapi bagi orang-orang Indonesia , lafaz ini boleh juga untuk golongan ulama’ yang dihormati yang telah meninggal dunia ) .
3 - “ Karramallahu Wajhah “ 
~ Semoga Allah memuliakan wajahnya .
Gelaran ketiga , digelarkan khas kepada Saidina ‘Ali Bin Abi Talib ( r.a ) .
4 - “ Qaddasallahu Sirrah “ 
~ Semoga Allah mensucikan rahsianya .
Gelaran keempat , biasanya diberikan kepada mereka yang ‘alim di dalam bidang Tasawwuf ( yang sahih ) ataupun bagi mereka yang telah mencapai maqam wali Allah Ta’ala , contohnya ianya diberikan kepada Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) . Golongan Syi’ah juga menggunakan gelaran ini bagi imam-imam mereka yang telah meninggal dunia , selain daripada gelaran “ Radhiallahu ‘Anhu “ .
5 - “ Ghafarallahu Lah “ 
~ Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya .
Biasanya digunakan oleh ulama’ – di dalam pendahuluan dan penutup sesebuah kitab klasik - sebagai doa agar diampuni dosa-dosa mereka dan ibu-bapa serta seluruh muslimin .
6 - “ Al-Imam “ 
~ Seorang pemimpin yang dihormati .
Pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang seiring-sekata dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah , khasnya bagi mereka yang telah berjasa besar kepada umat Islam .
7 - “ Al-‘Allamah “ 
~ Seorang yang mempunyai ilmu yang banyak dan luas
8 - “ Asy-Syeikh “ 
~ Tuan Guru ( The Master ) .
9 - “ Al-Fadhil “ & “ Fadhilah “ 
~ Seorang yang mempunyai kelebihan .
Dan ada berbagai-bagai lagi gelaran untuk menunjukkan perasaan sayang dan hormatnya masyarakat Islam terhadap golongan umat Islam yang telah mencapai ketinggian dan kemulian di dalam mengembangkan Islam .
**************************************

DI ANTARA “ RADHIYALLAHU ‘ANHU “ DENGAN “ KARRAMALLAHU WAJHAH “

Para Sahabat ( r.a ) menurut aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah , semuanya telah mencapai tahap “ RADHIYALLAHU ‘ANHU “ . Ini berdalilkan firman Allah Ta’ala : 
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١٠٠
Maksudnya : Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah at-Tawbah ayat 100)
 لَّقَدْ رَضِيَ اللَّـهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا ﴿١٨
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya. (Surah al-Fath Ayat 18)

Untuk lebih menambahkan lagi pengetahuan kita di dalam permasalahan ini , saya mengajak saudara dan saudara/I sekalian untuk meneliti petikan wawancara di antara pihak Majalah al-MUSTAQIM dengan Al-Fadhil Ustaz Darus Senawi ( Pensyarah Fakulti Syariah , Akademi Islam , Universiti Malaya ) . Kata beliau :
“ …..Orang selalu menyebut bila Sayyidina Abu Bakar – Radhiyallahu ‘Anhu ( ra ), Umar dan Utsman juga disebut begitu . Tetapi Sayyidina ‘Ali disebut dengan “ Karramallahu Wajhah “ ( kw ) . Bila kita soal , kenapa disebut dengan “ karramallahu wajhah “ , mereka mengatakan kerana Sayyidina ‘Ali tidak pernah menyembah berhala . Kalau Abu Bakar , Umar dan lain-lain pernah menyembah behala . O.K lah , kita terima alasan itu . Tetapi harus dipertimbangkan di antara dua gelaran itu dan di antara dua anugerah . Satu anugerah yang diberi oleh Allah SWT , iaitu “ Radhiyallahu ‘Anhu “ . Gelaran ini ada di dalam Al-Quran diberi oleh Allah . Sedangkan “ Karramallahu Wajhah “ satu anugerah yang diberi oleh orang-orang Syi’ah . Mana mulia ? . Satu anugerah , satu pingat yang diberikan oleh Allah , dengan satu pingat yang diberikan oleh manusia ? . Jadi “ Karramallahu Wajhah “ diberi oleh orang-orang Syi’ah, tidak ada di dalam al-Quran ataupun hadist . Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk memperlekehkan Sayyidina ‘ali secaratidak langsung, mereka menghina Sayyidina ‘Ali. Jadi merekalah sebenarnya yang menempatkan Sayydina ‘Ali lebih rendah berbanding para sahabatyang lain “ .
al-MUSTAQIM : “ Mengapa orang-orang Sunni pun kerap menggunakan “ Karramallahu Wajhah “ untuk menyebut Sayydina ‘Ali ? “ .
Ustaz Darus Senawi : “ Sebenarnya banyak ajaran Syi’ah yang masuk dan teramal di dalam masyarakat , yang tidak diketahui dan tidak disedari . Seperti orang-orang kampung ketika mengusung rumah atau kerja yang berat-berat , mereka menyebut : “ Gagah ‘Ali , Gagah Musa ! “ . Banyak cerita dongeng di dalam kampung yang diamalkan oleh ummat Islam berasal daripada khurafat Syi’ah. Begitu juga dengan jampi-mentera dan sebagainya “ .
**************************************
Masyarakat Sunni ( Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ) yang turut” terikut-ikut “ menggelar Saidina ‘Ali ( ra ) dengan gelaran “ Karramalahu Wajhah “ tidaklah boleh dikatakan BERBUAT PEMUJAAN ( KULTUS ) terhadap Baginda ( ra ) sebagaimana kaum Kristian “ memuja-muja “ dan mempertuhankan Nabi ‘Isa ( a.s ) ! .
Mengapa pula begitu ? . Sebab-sebabnya : 
1 – Ramai lagi dikalangan Ahlus Sunnah yang tidak tahu bahawa gelaran itu satu gelaran yang tiada asalnya daripada Al-Quran Al-Karim dan Sunnah yang sahih .
2 – Umat Ahlus Sunnah yang menyebut “ Karramallahu Wajhah “ bagi Saidina ‘Ali ( r.a ) adalah sebagai penghormatan , sebagaimana mereka menyebut “ Saidina “ ataupun “ Radhiallahu ‘Anhu “ ( r.a ) kepada sahabat-sahabat selainnya ( r.a ) . Tidaklah sampai menganggap bahawa Saidina ‘Ali ( r.a ) itu ada kuasa “ ketuhanan “ dan “ boleh mengampunkan dosa-dosa umat “ sebagaimana orang-orang Kristian mempunyai kepercayaan seperti itu terhadap Nabi ‘Isa ( a.s ) .
Kalau ada pun umat Islam yang mempercayai seperti itu , sudah tentu daripada Golongan Syi’ah . Dan golongan Syi’ah yang mempunyai kepercayaan seperti itu tidaklah dianggap lagi sebagai daripada kalangan umat Islam , melainkan mereka itu hanyalah munafiqin , ataupun golongan yang telah murtad dan kufur kepada ajaran Allah Ta’ala dan Rasul-Nya ( s.a.w ) . [/]
KESIMPULANNYA :
Sebaik-baiknya , kita tetap menggelarkan Saidina ‘Ali ( r.a ) itu dengan “ Radhiyallahu ‘Anhu “ kerana itulah yang telah jelas pengajarannya di dalam Al-Quran Al-Karim .
Kita juga wajib berwasapada dengan ajaran dan kaum Syi’ah yang mana mereka inilah “ musuh di dalam selimut “ , “ api di dalam sekam “ dan “ serampang dua mata “ , dan mereka jugalah kaum bid’ah lantaran banyaknya mereka-cipta hadist-hadist palsu ( maudhu’ ) , khasnya hadis-hadis yang berkenaan peribadi Saidina ‘Ali ( r.a ) , sehingga mencecah ke jumlah 40 ribu hadist-hadist palsu .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

Semoga bermanfaat

Ahad, 11 Ogos 2013

Allah Berhajat kepada Arasy? [Versi Indonesia]

Tiada ulasan :
.::Mereka berkata: "Jadi Allah Butuh Arsy Dong?"

gambar hiasan

Begitu pertanyaan yang sering banget muncul klo dibilangin Allah beristiwa di atas ArsyNya. Nah, yuk kita renungkan beberapa hal berikut:

- Allah nyuruh kita sholat, nyuruh kita puasa, nyuruh kita ibadah yang benar. Apa Allah butuh dengan ibadah kita?

- Allah mengutus RasulNya untuk menyebarkan risalah kepada manusia, Allah mengutus Nabi Muhammad kepada kita. Apa Allah butuh kepada Nabi Muhammad? Kenapa Allah gak sampaikan sendiri langsung ke hati hamba-hambaNya?

- Allah kasih tugas Jibril menyampaikan wahyu, Allah kasih tugas Malaikat Maut untuk nyabut nyawa, Allah kasih tugas malaikat untuk memikul ArsyNya, Allah kasih tugas malaikat yang catet amal baik dan buruk kita. Kenapa gak dikerjain sendiri aja? Kenapa Arsy gak dibikin bisa terbang sendiri? Kenapa perlu ada malaikat yang mikul? Masak kalah sama pesawat Boeing?

- Di hari kiamat nanti ada mizan, timbangan yang bakal nimbang amalan kita. Kenapa harus pake timbangan? Gak bisa tuh amalan kita keitung sendiri, trus keluar hasilnya, masa kalah sama Ind*maret? Masa kalah sama software2 canggih zaman sekarang, sekali pencet langsung keluar?

Ngejawab itu, mari sama-sama kita renungin dalem2 firman Allah:

وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ ﴿١٤﴾ ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ ﴿١٥﴾ فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ ﴿١٦﴾
Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, yang mempunyai 'Arsy, lagi Maha Mulia, DIA BERBUAT APA YANG DIKEHENDAKINYA (al Buruuj: 16)

Maka gak usah tanya2 kenapanya, suka-suka Allah, kaga usah ngatur-ngatur apa yang Allah kehendaki. Tugas kita, iman, yakin percaya apa yang Allah bilang tentang Dia sendiri. Kita juga gak bakal bisa nanya Allah, kenapa Allah begini dan begitu, tapi yang bakal ditanya sama kita, "Kenapa kita begini dan begitu? kenapa kita berbuat ini dan berbuat itu?"

لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ
Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanyai. (al Anbiyaa: 23)

Nah, sekarang tau kan jawabannya klo ada yang nanya, "berarti Allah butuh Arsy dong? Allah butuh makhluk dong?"

_________________________________________

Nota.
Butuh = berhajat/memerlukan.

Artikel ini saya kutib dari fb http://muslimah.or.id untuk bacaan umum, dan dituju khas buat pengikut akidah asyairah yang keras menolak akidah salafiyah. Semoga ia bermanfaat

Isnin, 5 Ogos 2013

Rakaman Ancaman Syiah: Dr Maza, Ust Jamali & Ust Abdullah Din

Tiada ulasan :

Sedutan rakaman rancangan di RTM TV1 mengenai Ancaman Syiah yang di bincangkan oleh dua ahli panel Dr Asri bin Zainal Abidin, Ust. Jemali (Pegawai JAIS) dan Ust Abdullah Din (Persatuan Ulama Malaysia).

Rabu, 31 Julai 2013

Kini Ustaz Salman Ali pula Mencabar Abu Syafiq Berdebat!

Tiada ulasan :
Sebelum ini, telah saya tuliskan artikel  Ust. Salman Ali Sahut Cabaran Debat Dengan Abu Syafiq. 

Tepat jam 3:35 petang, 31 Julai 2013, kini ustaz Salman Ali pula mencabar ustaz pro-ahbash itu ke gelanggang debat. Dengan topik yang saya kira amat menarik. Iaitu mengenai kajian tulisan Abdullah al-harari Syaikh al-ahbash yang menuduh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah sebagai sesat dalam kitabnya yang bertajuk :

المقالات السنيّة في كشف ضلالات أحمد بن تيميةّ

Menurut Ust Salman Ali, buku Sheikh Abdullah al-Harari ini dipenuhi dengan penyelewengan fakta dan segala macam jenayah ilmiyah. Jadi, ia menjadi tajuk perbincangan antara Ust Salman Ali dengan Abu Syafiq nanti.

Kita Nantikan! Jeng jeng jeeeng





Sabtu, 27 Julai 2013

Celaan Al-Imam Malik rahimahullahu terhadap sufi

Tiada ulasan :


At-Tunisi mengatakan: Kami berada di sisi Al-Imam Malik, sedangkan murid-murid beliau di sekelilingnya. Seorang dari Nashibiyin berkata: “Di tempat kami ada satu kelompok disebut sufiyah. Mereka banyak makan, kemudian membaca qashidah dan berjoget.”
Al-Imam Malik berkata, “Apakah mereka kanak-kanak?”
Orang tadi menjawab, “Bukan.”
Beliau berkata, “Apakah mereka adalah orang-orang gila?”
Orang tadi berkata, “Bukan, mereka adalah orang-orang tua yang berakal.”
Al-Imam Malik berkata, “Aku tidak pernah mendengar seorang pemeluk Islam melakukan demikian.”


(Lihat Shufiyah fi Mizan Al-Kitabi was Sunnah).

Khamis, 25 Julai 2013

Syiah Tiada Ruang di Perlis

Tiada ulasan :
KANGAR 24 Julai - Kerajaan negeri menerusi agensi pihak berkuasa agamanya sentiasa menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan tidak ada sebarang usaha daripada pihak tertentu mengembangkan ajaran atau fahaman Syiah di negeri ini.

Perkara itu berikutan fatwa yang diwartakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada 27 September tahun lalu bahawa ajaran dan fahaman Syiah bercanggah dan menyalahi ajaran Islam sebenar.

Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Dr. Juanda Jaya memberitahu, pemantauan tersebut penting kerana pengikut ajaran atau fahaman Syiah tidak boleh diberikan ruang menjalankan usaha-usaha mempengaruhi umat Islam di Perlis.

"Walaupun kedudukan Syiah di Perlis tidak membimbangkan dengan maklumat diterima jumlah ahlinya tidak melebihi lima orang, pemantauan ke atas usaha untuk mengembangkannya sentiasa dibuat untuk memastikan pengaruhnya tidak meluas.

"Ini kerana pihak berkuasa pernah merampas buku-buku berkaitan Syiah dari negara jiran di pintu sempadan," kata beliau dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Juanda, umat Islam di negeri ini perlu berwaspada dengan percubaan golongan tersebut untuk mempengaruhi mereka menerusi pelbagai cara termasuk penyebaran risalah, buku dan ceramah.

"Pihak berkuasa juga memantau penceramah yang dijemput memberikan ceramah di masjid-masjid di seluruh negeri bagi mengelak pengaruh Syiah berleluasa.

"Begitu juga dengan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari luar negara yang menyambung pengajian di negeri ini bagi mengelakkan penularan pengaruh Syiah," tambahnya.

Walau bagaimanapun, kata Juanda, hasil maklumat pihak berkuasa, tidak ada penuntut luar negara di negeri ini yang menjalankan aktiviti menyebarkan fahaman Syiah.

Isnin, 22 Julai 2013

Jawapan Sheikh Mahir Yasin al-Fahl Yang Juga dari Ahlu Bait tentang rambut Rasulullah SAW

Tiada ulasan :
Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, suasana di Malaysia amat-amat 'meriah' dengan macam-macam karenah manusia. Topik yang paling hangat saya kira ialah isu khilafiah, wahabiyah, dan sewaktu dengannya. Sepatutnya masa itu diisi dengan perbanyakkan amalan ibadat, sebaliknya menjadi medan perdebatan yang tidak memanfaatkan, malah menyebabkan perpecahan umat sehingga tahap, mengkafirkan dan menyesatkan  satu-satu golongan atau jemaah. Ini akibatnya yang berlaku dikalangan masyarakat kita yang tidak berlapang dada dalam isu khilaf dalam agama. Minda tidak terbuka, disumbat dengan kebencian, persengketaan dan permusuhan. Sedangkan disana ada perkara yg lebih jauh lebih utama drpd membincangkan soal khilaf ini. 

Jadi yang terbaru, kita dikejutkan dengan kehadiran rambut Rasulullah SAW di Malaysia. Soalnya, adakah ia benar? Menurut Fathi al-Sakandary, seorang pelajar dari Mesir, beliau bertanya kepada Sheikh Mahir Yasin al-Fahl yang juga dari ahlul Bait (keturunan Nabi SAW). Kenyataanya berbunyi :


Kesimpulan yang boleh saya buat, jika anda sayangkan ahlul Bait, dan mempercayai kata-kata mereka tanpa usul periksa, kenapa tidak anda percaya dengan ahlul Bait yang lebih 'alim, malah alim dalam bidang hadith. Jadi? Apa asas kepercayaan anda? Fikirkanlah. 

Apa pon, gua nak ucapkan tahniah kepada Abg *Shamril Salleh* atau lebih dikenali dengan ShamKamikazee dan Kak Wardina Safiyyah kerana berani menyuarakan ketidaksetujuan ttg tabaruk dengan rambut Nabi (entah ye ke tidak, Wallahualam). 

Jadi, Nasihat saya, jangan cepat dan mudah percaya. Ada segolongan manusia yg mahukan publisiti dengan menggunakan nama Nabi. Ini sangatlah dilarang dalam agama. Mohon kita diberi petunjuk oleh Allah azza wajall. 


Jumaat, 19 Julai 2013

Tabarruk dan Sikap Berlebihan terhadap Orang-Orang Shalih

Tiada ulasan :

Sudah diketahui umum bahawa semua orang khususnya kaum muslimin mengharapkan barakah di dalam hidupnya. Usaha untuk mendapatkannya, yang sering diistilahkan sebagai “Tabarruk” atau mencari barakah, ternyata sangat berkait rapat dengan tauhid seorang muslim.

Oleh kerana itu perlu bagi kita mengenali permasalahan besar ini. Ini kerana sering berlaku keinginan untuk mendapatkan barakah menjadi jalan untuk mendatangkan murka daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala Yang Maha Mendatangkan Barakah, dan menodai tauhid seseorang. Wal ‘iyadzubillah.

Agama Islam telah menetapkan bahwa tabarruk merupakan salah satu bentuk ibadah yang mulia. Sehingga tidak asing lagi banyak kaum muslimin yang menunaikannya. Akan tetapi, para pembaca, suatu ibadah tentunya tidak akan diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan barakah tersebut tidak tercapai melainkan dengan terpenuhinya dua syarat mutlak :

1. Adakah ibadah itu dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT?

2. Sesuaikah amalan itu dengan tuntutan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam?

Dalam mewujudkan dan memperkukuh syarat yang pertama, hendaklah seseorang meyakini bahwa barakah itu hanya datang dari sisi Allah Ta’ala. Dialah Dzat yang memiliki kesempurnaan, keagungan, dan keluasan barakah. 

Tersebut dalam Bada’iut Tafsir 3/282, Al Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ketika menerangkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :




تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا



“Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al Furqan (Al Qur’an) kepada hamba-Nya, agar menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.” (Q.S. Al Furqon : 1)

Beliau rahimahullah mengatakan, “Dan sebahagian yang lain (para salaf, -pent) berkata, ‘Maknanya, barakah itu datang dari sisi-Nya dan barakah ini seluruhnya dari-Nya’”.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam memberitakan tentang kekuasaan-Nya yang sempurna dan mutlak dengan do’anya : 




اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

“Ya Allah, tidak ada satu pun yang menhalang suatu perkara yang Engkau berikan dan tidak ada yang memberi sesuatu yang Engkau halang. Tidak bermanfaat seorang yang mempunyai kemuliaan di hadapan kemuliaan yang datang dari-Mu.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Adapun dalam rangka menumbuhkan amalan tabarruk, sesuai dengan bimbingan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam maka perlu kita mengenal bagaimana tabarruk yang disyariatkan dan sekaligus menjauhi tabarruk yang terlarang.

Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah di dalam Al Qaulul Mufid ‘Ala Kitabit Tauhid 1/191 berkata: “Dan meminta barakah tidaklah terlepas daripada dua perkara:

1. Hendaklah bertabarruk dengan perkara-perkara yang syar’i misalnya Al Qur’an. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:




كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ 


“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu yang penuh dengan barakah ...” (Q.S. Shaad: 29). 

Di antara barakahnya ialah sesiapa yang berpegang teguh dengannya, maka baginya kemenangan. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyelamatkan banyak umat daripada kesyirikan dengan Al Qur’an. Di antara barakahnya ialah satu hurufnya dibalas dengan sepuluh kebaikan. Hal itu menambahkan motivasi dan semangat pada manusia. Dan lain sebagainya daripada barakah Al Qur’an yang banyak.

2. Tabarruk dengan perkara hissi (yang mampu dirasa oleh pancaindera), misalnya ilmu, dakwah, dan semisalnya. Maka seseorang akan bertabarruk dengan ilmu dan dakwahnya yang mengajak kepada kebaikan. Jadilah perkara ini sebagai barakah kerana kita mendapat banyak kebaikan yang melimpah dengan sebab ilmu dan dakwahnya.

Para pembaca yang mulia, ada beberapa macam tabarruk yang syar’i yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan, tempat dan waktu:

1. Ucapan. Misalnya membaca Al Qur’an. Sebagaimana hadits Abu Umamah Al Bahili Radiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Al Imam Muslim bahwa Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:




اقْرَأُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّه يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِه


“Bacalah Al Qur’an kerana dia (Al Qur’an) akan datang sebagai syafaat pembacanya pada hari kiamat.”

2. Amalan perbuatan. Misalnya shalat berjama’ah di masjid berdasarkan hadits ‘Utsman bin ‘Affan Radiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan Muslim bahwa beliau (Utsman) berkata: “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda : 




مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ غَفَرَاللهُ لَهُ ذُنُوبَهُ


”Barang siapa yang berwudhu untuk menunaikan sholat lalu dia menyempurnakan wudhunya, kemudian berjalan kaki untuk sholat wajib lalu sholat bersama manusia atau jama’ah atau di dalam masjid maka Allah mengampuni dosa-dosanya.” 

3. Tabarruk dengan tempat-tempat tertentu yang memang Allah Subhanahu wa Ta’ala jadikan padanya barakah jika ditunaikan amalan-amalan yang syar’i di dalamnya. Di antaranya Masjid-Masjid Allah Subhanahu wa Ta’ala terkhusus Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjidil Aqsha, kota Makkah, kota Madinah dan Syam.

4. Tabarruk dengan waktu-waktu yang telah dikhususkan oleh syari’at dengan anugerah barakah, misalnya bulan Ramadhan, Lailatul Qadar, sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, hari Jum’at, sepertiga malam terakhir setiap harinya, dan lain-lain. Tentunya di dalam waktu-waktu tersebut dipenuhi dengan amalan-amalan syar’i untuk mendapatkan barakah.

Di dalam bingkai tabarruk yang syar’i ini pada hakikatnya adalah sebuah pengagungan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla yang telah memerintahkan bentuk-bentuk tabarruk tadi, bukan kerana semata-mata dzat perkara-perkara (tabarruk) tadi. Kita renungkan ucapan Umar bin Al Khaththab Radiyallahu ‘anhu tatkala mengusap Hajar Aswad:



أم والله لقد علمت أنك حجر. ولولا أني رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقبّلك ما قبّلتك.

“Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bahawa engkau adalah batu tidak memberikan mudharat dan manfaat. Kalau seandainya aku tidak melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menciummu, maka aku tidak akan menciummu.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Al Hafidh Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari memberi komentar ucapan Umar RA tersebut: “Dan di dalam ucapan Umar ini terdapat penyerahan diri kepada peletak syariat di dalam perkara-perkara agama, dan ittiba’ (mengikuti) di dalam perkara yang tidak diketahui maknanya. Ini adalah kaedah agung tentang ittiba’ kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam di dalam apa yang beliau kerjakan walaupun tidak diketahui hikmahnya, dan di dalamnya (ucapan Umar) terkandung bantahan terhadap apa yang terdapat pada sebagian orang-orang bodoh, bahawa Hajar Aswad memiliki kekhususan pada dzatnya”.

Namun, saudara-saudara yang mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi barakah dengan risalah ini, realitinya di samping berjenis-jenis tabarruk yang telah diajarkan agama yang mulia dan suci ini, terdapat macam-macam tabarruk yang menodai kemuliaan dan kesucian tadi.

Al Imam At Tirmidzi meriwayatkan dengan sanad yang shohih dari jalan Abu Waqid Al Laitsi Radiyallahu ‘anhu beliau berkata: “Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menuju Hunain sedangkan kami orang-orang yang baru keluar dari kekufuran, Orang-orang musyrikin memiliki pohon yang mereka i’tikaf dan menggantungkan senjata-senjatanya pada pohon tersebut (di dalam rangka tabarruk, pent). Pohon tersebut dinamakan “Dzatu Anwath”. Maka kami melewati pohon itu lalu kami berkata: “Ya Rasulullah buatkan kami “Dzatu Anwath” sebagaimana mereka memiliki “Dzatu Anwath”. Lantas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Allahu Akbar, sesungguhnya hal ini adalah jejak (orang-orang sebelum kalian). Demi dzatku yang ada di tangan-Nya, kalian telah mengucapkan seperti ucapan Bani Isra’il kepada Musa: “Buatkanlah kepada kami sesembahan sebagaimana mereka memiliki sesembahan. Dia berkata: “Sesungguhnya kalian adalah orang-orang yang bodoh.” (Q.S. Al A’raaf: 138), sungguh kalian pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kalian.” 

Asy Syaikh Hafidz bin Ahmad Al Hakami rahimahullh di dalam Ma’arijul Qabul 2/645 mengatakan: “Dan oleh kerana itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam menamai i’tikaf dekat pohon-pohon dan menggantungkan persenjataan padanya dalam rangka pengagungan kepadanya sebagai suatu peribadatan.”

Di antara saudara-saudara kita, yang semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala beri hidayah mereka, bertabarruk dengan mengusap-usap tembok Ka’bah, Maqam Ibrahim, Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjidil Aqsha, mengumpulkan tanah-tanah atau bebatuan dari kota Makkah, Madinah, pergi ke kubur-kubur Nabi dan Rasul untuk berdo’a kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala di sisi kubur-kubur tadi dengan anggapan barakah dan keutamaan yang ada pada tempat-tempat tadi. Pergi ke gua Hira’, gua Tsur, bukit Thur dengan anggapan seperti tadi, mengkhususkan waktu-waktu tertentu dengan perayaan dan ibadah-ibadah seperti Maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, Isra’ Mi’raj, hari hijrah nabi, hari Badr dan selainnya daripada bermacam-macam tabarruk yang tidak disyari’atkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wassalam. 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah di dalam Iqtidha’ Shirathil Mustaqim 2/193 berkata: “Maka jika seseorang berniat shalat di samping sebahagian kubur para nabi dan orang-orang shalih di dalam rangka tabarruk di tempat-tempat tersebut, maka ini adalah inti penentangan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wassalam, penyimpangan terhadap agama, bid’ah yang tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala.

Soalan dan Jawapan:

Soalan : Apakah hukum mencari barakah dari bekas-bekas orang-orang sholih atau tempat-tempat mulia ?

Jawapan : Asy Syaikh Abdurrahman bin Hasan Alu Syaikh rahimahullah di dalam Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid halaman 167–168 menyatakan, bahawa tabarruk dengan bekas-bekas orang-orang shalih termasuk bentuk tabarruk yang terlarang, kerana beberapa sebab: 

1) Bahawa orang-orang yang awal mula masuk Islam dari kalangan Shahabat dan setelah mereka tidak pernah melakukan hal itu kepada orang selain Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, tidak ketika hidupnya atau setelah wafatnya. Kalau seandainya hal itu baik, maka nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya. 

2) Tidak boleh seorangpun daripada umat ini diqiaskan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam dalam perkara ini (tabarruk kepada dzat Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam), kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam memiliki pengkhususan-pengkhususan ketika hidupnya yang tidak disamai oleh seorang pun.

3. Larangan tersebut sebagai pintu yang menutup jalan menuju kesyirikan yang tidak samar lagi.



Untaian Fatwa :

Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al Fauzan hafidhahulloh di dalam Al Muntaqa di dalam fatwa beliau 1/220 berkata: “Sujud di atas tanah yang disebut ‘tanah kuburan wali’, jika dimaksudkan sebagai tabarruk dengan tanah itu dan mendekatkan diri kepada wali tersebut maka ini adalah syirik besar. Adapun jika yang dikehendaki adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala bersamaan dengan adanya keyakinan tentang keutamaan-keutamaan tersebut, dan sujud di atasnya merupakan suatu keutamaan sebagaimana keutamaan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala jadikan pada tanah-tanah suci di Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan Masjidil Aqsha, maka ini merupakan bid’ah di dalam agama, satu ucapan atas nama Allah Subhanahu wa Ta’ala tanpa didasari ilmu, syariat yang tidak diizinkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sarana dari sarana-sarana agama yang mengantarkan kepada kesyirikan. Hal itu kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak pernah menjadikan kekhususan pada suatu tempat selain tempat-tempat syi’ar yang suci dan tiga masjid tersebut. Hatta tempat-tempat syi’ar dan tiga masjid tersebut tidak disyari’atkan untuk kita mengambil tanahnya kemudian sujud di atasnya. Hanyalah kita disyari’atkan untuk berhaji ke rumah-Nya (Ka’bah, pent) dan shalat di tiga masjid tadi.” Wallahu A’lam Bish Shawab.


Tabarruk dengan kotoran imam yang dikumpulkan setahun, di acara asyura`
Suara orang syiah yang merasa bangga dengan minum dan makan kotoran imam!



(Dikutip dari Buletin Islam Al Ilmu Edisi 13/II/1425, diterbitkan Yayasan As Salafy Jember. Judul asli "Sikap Berlebihan terhadap Orang-Orang Shalih". Penulis Abdurrahman. Dikirim oleh al Al Akh Ibn Harun via email.)

Selasa, 16 Julai 2013

Isi Buku : Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.

Tiada ulasan :

Tajuk: Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
Penulis: Syaikh Murad Syukri.
Penerbit: Perniagaan Jahabersa.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah ialah seorang tokoh Islam yang amat masyhur. Akan tetapi kemasyhurannya adalah dari dua sudut. Pertama dari sudut positif, iaitu bagi orang yang banyak memuji dan mengambil manfaat dari imunya. Kedua dari sudut negatif, iaitu bagi orang yang banyak memfitnah dan menoiak ilmunya.

Buku ini menyenaraikan 17 fitnah yang masyhur dilontarkan ke atas Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Fitnah-fitnah tersebut kemudian dianalisa berdasarkan karya-karya Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan para ulama yang lain. Hasilnya, kebanyakan fitnah tersebut tidak lain adalah salah faham, pendustaan dan penyelewengan daripada apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.

Kandungan

Kata Pengantar Penterjemah

kata Pengantar Pengulas

Kata Pengantar Pengarang

Menjawab Fitnah: Qidam al-‘Alam bi al-Nau’ (قدم العالم بالنوع)

Menjawab Fitnah: Al-Hawadits Allati La Awwala Laha (الحوادث التي لا أول لها)

Menjawab Fitnah: Allah Memiliki Batasan (الحد)

Menjawab Fitnah: Allah Memiliki Arah (الجهة)

Menjawab Fitnah: Allah Berjisim (التجسم)

Menjawab Fitnah: Berlaku Perbuatan Perbuatan Baru Pada Zat Allah (حلول الحوادث بذات الله)

Menjawab Fitnah: Allah Berkata-Kata (كلام الله)

Menjawab Fitnah: Kebinasaan Neraka (فناء النار)

Menjawab Fitnah: Pergerakan Bagi Allah (الحركة)

Menjawab Fitnah: Nabi Duduk Di Atas Arasy (إجلاس النبي على العرش)

Menjawab Fitnah: Allah Menetap Di Atas Belakang Nyamuk (الاستقرار على ظهر بعضة)

Menjawab Fitnah: Keaslian Taurat dan Injil (تبديل التورات والإنجيل)

Menjawab Fitnah: Tiada Kiasan Dalam Bahasa (المجاز في اللغة)

Menjawab Fitnah: Masalah-Masalah Aqidah Dan Persoalan Ijtihad (مسائل العقيدة والاجتهاد)

Menjawab Fitnah: Masalah Talak (الطلاق)

Menjawab Fitnah: Masalah Tawasul (التوسل)

Menjawab Fitnah: Masalah Ziarah Kubur Nabi (شد الرحل إلى قبره النبي)

Kata Penutup.