Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 31 Julai 2013

Kini Ustaz Salman Ali pula Mencabar Abu Syafiq Berdebat!

Tiada ulasan :
Sebelum ini, telah saya tuliskan artikel  Ust. Salman Ali Sahut Cabaran Debat Dengan Abu Syafiq

Tepat jam 3:35 petang, 31 Julai 2013, kini ustaz Salman Ali pula mencabar ustaz pro-ahbash itu ke gelanggang debat. Dengan topik yang saya kira amat menarik. Iaitu mengenai kajian tulisan Abdullah al-harari Syaikh al-ahbash yang menuduh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah sebagai sesat dalam kitabnya yang bertajuk :

المقالات السنيّة في كشف ضلالات أحمد بن تيميةّ

Menurut Ust Salman Ali, buku Sheikh Abdullah al-Harari ini dipenuhi dengan penyelewengan fakta dan segala macam jenayah ilmiyah. Jadi, ia menjadi tajuk perbincangan antara Ust Salman Ali dengan Abu Syafiq nanti.

Kita Nantikan! Jeng jeng jeeeng





Air celupan rambut Nabi SAW - Apa Komen Ustaz Azhar Idrus?

Tiada ulasan :




Alhamdulillah, jawapan yang baik daripada al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus mengenai bertabarruk dengan air celupan Nabi SAW. 

- Komen ustaz Azhar Idrus tentang tabaruk dengan rambut Nabi s.a.w. dan memperdagangkan air celupannya.
- Apa pula pandangan UAI tentang air sarang anai-anai yang makan al-Quran?

Seperti apa yang telah saya tulis dalam artikel-artikel lepas mengenai air celupan rambut nabi Muhammad SAW ; Jawapan Sheikh Mahir Yasin al-Fahl Yang Juga dari Ahlu Bait tentang rambut Rasulullah SAW dan Tabarruk dan Sikap Berlebihan terhadap Orang-Orang Shalih.

Pointnya disini, tabarruk itu sendiri tiada masalah. Malah, sahabt nabi juga bertabarruk dengan bahan peninggalan Baginda SAW spt rambut, selipar, jubah, kuda dll yang disandarkan oleh nabi. Ia diharuskan. 

Cuma persoalannya, adakah ia benar-benar sampai kepada nabi? Bagaimana jika ia hanya propaganda individu tertentu yang ingin mengambil kesempatan atas kejahilan orang ramai? Maka, disitu kita perlu ambil langkah berhaati-hati. Jangan sampai itu berlaku pada diri kita, Takut-taku bahan yg disandarkan kepada nabi itu hanya dari tubuh individu lain, dan akhirnya kita mendakwa ia datang dari nabi. Nauzubillah.

*Saya dapat agak, sikit masa lagi Ustaz Azhar Idrus dilabel pejuang Wahhabi. Hehehe..

Selasa, 30 Julai 2013

Jabatan Usuluddin UniSZa

Tiada ulasan :
LATAR BELAKANG
Jabatan Usuluddin adalah salah sebuah daripada enam (6) jabatan di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam yang diketuai oleh seorang Ketua Jabatan. Jabatan ini menawarkan dua program pengajian peringkat Ijazah iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling Dengan Kepujian dan satu program pengajian peringkat Diploma iaitu Diploma Pengajian Islam (Usuluddin).
Di bawah jabatan ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai persoalan dan isu-isu berkaitan dengan akidah,pemikiran Islam dan tasawuf. Ini bertepatan dengan matlamat program Usuluddin itu sendiri untuk melahirkan pelajar yang dapat memperkukuhkan keimanan mereka dan mampu menangani permasalahan masyarakat khususnya serta mengatasi kekeliruan minda apabila berhadapan dengan pemikiran yang menyeleweng dalam negara amnya. Selain itu, pelajar akan dimantapkan dengan beberapa lapangan disiplin ilmu melalui kurikulum dan ko-kurikulum bersepadu yang dirancang dari semasa ke semasa oleh pihak jabatan dan aktiviti-aktiviti dalam persatuan mahasiswa Usuluddin (PMUS). Seterusnya, jabatan ini akan sentiasa mengorak langkah untuk merealisasikan motto "Bersama Memartabatkan Usuluddin Ke Persada Dunia"

MOTTO
"Bersama Memartabatkan Usuluddin Ke Persada Dunia"

PROGRAM PENGAJIAN
1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) Dengan Kepujian
2. Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin Dengan Kaunseling) Dengan Kepujian
3. Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS
1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin)

StatusBil.KodNama KursusJumlah KreditJum
Kursus
1UBA 3022Bahasa Arab2
2UBI 3012English For Communication I2
3UIU 3012Aqidah dan Akhlak2
4UBI 3022English For Communication II2
5UMW 3012Asas Pembudayaan Keusahawanan2
Kursus6UIT 3012Tamadun Islam dan Tamadun Asia2
Universiti7UIE 3012Hubungan Etnik2
8*** ****Ko Kurikulum I1
9UIU 3022Fiqh Islami2
10*** ****Ko Kurikulum II1
11*** ****Ko Kurikulum III1
12UIQ 3010Talaqqi al-QuranAudit
19
1IUF 3012Tafsir I2
2ISF 3013Usul Fiqh3
3IQF 3002Ulum al-Quran2
4IQF 3012Hadis I2
5IQF 3032Ulum al-Hadis2
6TKF 3283Pengantar Teknologi Maklumat3
7IUF 3022Tafsir II2
Kursus8IQF 3022Hadis II2
Fakulti9IRF 3013Metodologi Penyelidikan3
10IQF 3041Hafalan al-Quran I1
11IBF 3012Bahasa Arab II2
12IIF 3012Bahasa Inggeris III2
13IBF 3022Bahasa Arab III2
14IIF 3022Bahasa Inggeris IV2
15IQF 3051Hafalan al-Quran II1
16ILF 4013Kemahiran Komunikasi3
17IRF 4043Latihan Ilmiah (Pengajian Islam)3
18IQF 4061Hafalan al-Quran III1
19*** ****Elektif Luar Fakulti2
20IXF 4996Latihan Industri6
46
1IUS 3013Kepercayaan Masyarakat Melayu3
2IUS 3023Aqidah II3
3IUS 3033Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam I3
4IUS 3043Mantiq Kelasik3
5IUS 3053Falsafah Islam3
6IUS 3063Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam II3
7IUS 3073Mantiq Moden3
Kursus8IUS 3083Falsafah YunanI3
Program9IUS 3093Kajian Teks Aqidah I3
10IUS 4103Falsafah Akhlak3
11IUS 4113Haqa’iq Tasawwuf I3
12IUS 4123Perbandingan Agama dan Mazhab3
13IUS 4133Kajian Teks Aqidah II3
14ISS 4202Fiqh Semasa2
15IUS 4143Falsafah Moden3
16IUS 4153Haqa’iq Tasawwuf II3
17IUS 4163Tasawuf Perbandingan3
18IUS 4173Kajian Ajaran Sesat3
19ISS 4212Fiqh Perbandingan2
55
Kursus ElektifKursus Elektif44
Jam Kredit Setiap Semester124
Jumlah Jam Kredit124

Ahad, 28 Julai 2013

Ada Apa Dengan 'Sunan Abu Daud'? Sedikit Perkongsian

Tiada ulasan :
Artikel ini ditulis oleh Ustaz Adlan Abd. Aziz dalam blognya pemudaiman.blogspot.com/


Untuk pelajar dan pengajar Ilmu Hadith, saya ingin mengajak anda untuk sama-sama merenung tentang salah sebuah rujukan utama dalam Hadith iaitu kitab 'Sunan Abu Daud'. Boleh dikatakan semua penuntut ilmu Hadith sudah tidak asing lagi dengan nama 'Sunan' karya Imam Abu Daud (Sulaiman Bin al-Asy'ath - lahir
202H dan wafat 275H). Namun boleh dikatakan ramai dalam kalangan penuntut ilmu Hadith kurang melihat kepada metodologi penulisan dan susunan kitab yang hebat ini. Akhirnya mereka tidak dapat melihat 'keunikan' dan 'kehebatan' kitab 'Sunan' malah mungkin kitab ini hanya sekadar digunakan untuk dilihat sekali-sekala ketika melakukan penulisan atau tesis kajian.

Dalam tulisan ini saya ingin menyebut satu sahaja aspek penting dalam kitab 'Sunan Abu Daud' yang amat jarang disentuh malah ramai yang tidak mengambil berat tentangnya iaitu - penilaian Imam Abu Daud tentang kesahihan dan kedhaifan Hadith yang beliau sebutkan dalam kitabnya 'Sunan'. Maka ingin saya coretkan seperti berikut:

1. Sesiapa sahaja yang membuat bacaan yang mendalam dan meluas tentang biodata Imam Abu Daud pasti akan mendapati beliau merupakan seorang pakar, imam dan diiktiraf para ulama pada zaman kegemilangan Hadith ketika beliau masih hidup. Dicadangkan agar pembaca merujuk biodata Imam Abu Daud yang panjang lebar dalam buku 'Siyar A'lam an-Nubalaa' oleh Imam adz-Dzahabi (w748H) dan buku-buku lain.

2. Buku 'Sunan' karya Imam Abu Daud merupakan karya agung yang amat dipuji oleh para ulama dan penuntut ilmu Hadith sejak ia selesai ditulis di zaman beliau. Ia telah pun menjadi bukti kehebatan beliau dalam Hadith dan dipelajari zaman berzaman.

3. Di antara cara memahami metodologi penyusunan kitab 'Sunan' ialah dengan melihat penjelasan Imam Abu Daud sendiri dalam sebuah risalah atau kitab kecil yang beliau tulis iaitu 'Risalah Abi Daud Ila Ahli Makkah'. Melalui kitab ini Imam Abu Daud menjelaskan kepentingan dan kehebatan buku 'Sunan' yang beliau susun. Risalah kecil ini boleh didapati dan ia tidak begitu tebal untuk dibaca.

4.Ramai yang tidak menyedari atau tidak tahu bahawa di dalam 'Sunan Abu Daud' tercatat begitu banyak komentar dan ulasan Imam Abu Daud tentang hadith-hadith tertentu dalam buku itu. Ada ulasan yang berkaitan periwayat-periwayat Hadith dan ada ulasan berkaitan Hadith itu sendiri.

5.Di antara ulasan dan komentar itu ialah yang berkaitan dengan kesahihan dan kedhaifan sebilangan Hadith yang beliau masukkan dalam Sunan itu sendiri. Ulasan sebegini begitu banyak dalam Sunan Abu Daud namun ia terlindung dari sebahagian besar penuntut dan pengajar Ilmu Hadith. (Contohnya: Lihat ulasan sebegini dalam Sunan Abu Daud pada Hadith no.15, 19, 132, 158, 159 dan banyak lagi).

6.Ulasan-ulasan sebegitu membuktikan bahawa Imam Abu Daud mengetahui dengan jelas manakah yang sahih dan mana yang dhaif. Ini juga jelas bagi sesiapa yang membaca 'Risalah Abi Daud Ila Ahli Makkah' yang telah saya sebutkan sebelum ini. Namun amat malang bagi sebahagian pencinta Hadith yang masih tersalah dalam menyangka bahawa Imam Abu Daud 'mencampur adukkan yang sahih dan dhaif tanpa dapat membezakannya'. Itu adalah fahaman yang terhasil dari kurang bacaan dan kurang kajian.

Saya menyeru sahabat-sahabat penuntut dan pengajar Ilmu Hadith agar kembali meneliti ulasan-ulasan penting yang Imam Abu Daud masukkan dalam kitab Sunan Abu Daud kerana ia sememangnya amat penting dan ia datang dari seorang yang hebat dan pakar seperti beliau.

Mengapa ulasan beliau jarang kita lihat digunakan oleh peminat dan pencinta Hadith? Mungkin ada 2 sebab utama sekadar pemerhatian saya yang lemah ini iaitu:

1- Meletakkan Imam Abu Daud pada kedudukan yang rendah contohnya menganggap beliau hanyalah salah seorang periwayat dan pengumpul Hadith dan bukan Imam tempat rujukan hukum. Amatlah salah fahaman yang sebegini.

2- Tidak membaca kitab Sunan Abu Daud satu persatu dan hanya merujuk buku ini ketika perlu sekadar untuk mencatatkan nombor Hadith dan menyebut 'Riwayat Abu Daud' dan itu sahaja.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk kembali merujuk ulasan-ulasan penting Imam Abu Daud dan mungkin selepas ini akan ramai yang kembali menyebut dan menulis : 'Hadith ini disahihkan oleh Abu Daud' atau 'Hadith ini didhaifkan oleh Abu Daud' dalam keadaan yang begitu yakin dengan kehebatan Imam ini, Imam Abu Daud rh.

*Untuk makluman, kitab Sunan Abu Daud telah dicetak dengan pelbagai bentuk dan pelbagai penerbitan dalam Bahasa Arab dan ia mudah didapati. Manakala dalam terjemahan Bahasa Indonesia, terbitan cadangan ialah terjemahan yang diterbitkan oleh Syarikat Mahera dari Indonesia dan ia adalah terjemahan sanad dan matan yang lengkap, tidak seperti terjemahan yang lain yang rata-rata tidak lengkap dan tidak diterjemahkan sanadnya.

Adlan Abd. Aziz

Sabtu, 27 Julai 2013

Celaan Al-Imam Malik rahimahullahu terhadap sufi

Tiada ulasan :


At-Tunisi mengatakan: Kami berada di sisi Al-Imam Malik, sedangkan murid-murid beliau di sekelilingnya. Seorang dari Nashibiyin berkata: “Di tempat kami ada satu kelompok disebut sufiyah. Mereka banyak makan, kemudian membaca qashidah dan berjoget.”
Al-Imam Malik berkata, “Apakah mereka kanak-kanak?”
Orang tadi menjawab, “Bukan.”
Beliau berkata, “Apakah mereka adalah orang-orang gila?”
Orang tadi berkata, “Bukan, mereka adalah orang-orang tua yang berakal.”
Al-Imam Malik berkata, “Aku tidak pernah mendengar seorang pemeluk Islam melakukan demikian.”


(Lihat Shufiyah fi Mizan Al-Kitabi was Sunnah).

Jumaat, 26 Julai 2013

Halilintar Dari Nabi Dan Salaf Yang Merobek Jantung Ahlul Bid’ah 'Hasanah' Epi 2

Tiada ulasan :
Artikel ini adalah sambungan kepada artikel sebelumnya, sila rujuk sini

Oleh Abu Amru Mohd Radzi
Oktober 2008


Kemudian kita lihat pula bagaimana Imam Ahmad membantah pemikiran Mu’tazilah.

Imam al Ajuri berkata: Telah sampai berita kepadaku dari al Muhtadi, dia berkata: “Tidak ada yang dapat mematahkan ayahku (al Watsiq) kecuali seorang syeikh (Imam Ahmad) yang didatangkan dari kota Mishshishah. Dia dipenjarakan beberapa waktu lalu satu hari ayahku mengingatnya, lalu dia berkata: “Hadapkan syeikh itu kepadaku”.

Ketika al Watsiq berkata kepada Ibn Abi Du’ad; “Tanyakanlah dia”. Maka syeikh berkata: ‘Aku yang akan bertanya, dan suruhlah dia (Ibn Abu Du’ad) menjawab pertanyaanku”.

Amirul Mu’minum pun (al Watsiq) berkata: “Tanyakanlah”. Kemudian sang syeikh menghadap kepada Ibn Abi Du’ad lalu berkata:

“Ceritakanlah kepadaku tentang perkara ini, yang engkau mengajak manusia kepadanya! Apakah sesuatu yang pernah diseru Rasulullah saw kepadanya? Dia menjawab: “Tidak”. “Atau kah pernah diajak oleh Abu Bakr as Siddiq ra setelah Rasullullah saw?” Ia berkata: “Tidak”. “Ataukah oleh Umar bin Al Khattab sesudah keduanya?”. Ia berkata: “Tidak”. “Ataukah oleh Uthman Bin Affan?”. “Tidak” jawabnya. “Atau oleh Ali Bin Abi Thalib?”. Tidak”, jawabnya pula.

Maka syeikh berkata: “Sesuatu yang tidak pernah diajak oleh Rasulullah saw dan tidak pula oleh Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali ra, apakah kamu mengajak manusia kepadanya? Jawabanmu tentunya tidak terlepas dari 2 hal; mereka [Rasul dan sahabat] mengetahui seruan mu atau mereka tidak mengetahuinya. Jika engkau mengatakn bahawa mereka mengetahuinya namun mereka diam [tidak melakukannya], [maka kami katakan] “Kami dan engkau harus untuk bersikap diam sebagaimana mereka bersikap diam”. Dan jika engkau mengatakan bahawa mereka tidak mengetahuinya dan hanya kamu yang mengetahui, maka alangkah dungu dan totolnya engkau! Nabi saw dan para Khalifahnya yang mendapat petunjuk tidak mengetahui sesuatu, sedangkan kamu dan teman-teman mu mengetahuinya”.

[Imam Ad Dzahabi berkata: Kisah ini indah dan elok, meskipun pada jalurnya ada perawi yang majhul, namum ada syahidnya, Syiar A'laamun Nubalaa'. Syeikh Abd Malik Ramadhani Al Jazairi berkata: diriwayatkan juga oleh Ibn Baththah dalam Al Ibanah / Ar Radd Alal Jahmiyyah, Khatib Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Jauzi dalam Manaqib Imam ahmad, Abd Ghani al Maqdisi dalam Al Mihnah dan Ibn Qudamah dalam At Tawwaabiin] 



Kesimpulan

Lihatlah bahawa mereka semua menggunakan hujjah “kalau lah seuatu itu tidak pernah diamalkan oleh Rasul dan sahabat beliau, maka sudah pasti amal itu bukan berupa kebaikan. Dan mengamalkannya berupa sebuah kema’siatan”.

Sesungguhnya betapa banyak dari kita yang apabila ditanya kepadanya alasan untuk melakukan bid’ah, maka mereka akan mengatakn bahawa mereka hanyalah mencari kebaikan, dan penambahan mereka itu bukanlah saatu yang buruk, atau batil, atau syirik, malah penambahan mereka itu adalah bersesuaian dengan kondisi umat hari ini.

Setelah kita amati perihal bicaranya nabi seperti yang telah dinukil diatas, dan sikap ini diteruskan pula oleh sahabat dan kemudian diteruskan lagi oleh para imam Ahlus Sunnah [antaranya Sufyan Bin Uyainah] maka kita dapat mengerti bahawa setiap bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan menggiring ke neraka.

Maka harus kita cermati apakah yang Rasul bicarakan setiap khutbahnya sehingga kita bisa mengambil manafaat dan menjauhi mudharat.

Boleh rujuk tulisan yang lengkap di:


Halilintar Dari Nabi Dan Salaf Yang Merobek Jantung Ahlul Bid’ah 'Hasanah' Epi 1

Tiada ulasan :
Ditulis oleh : Abu Amru Mohd Radzi
Oktober 2008

Kita dapat memahami bahawa dalam menjalankan Islam, maka segala hal harus dirujuk kepada Allah dan Rasul-Nya. Harus tanpa ragu, bahawa hak mengungkapkan tatakrama ibadah hanyalah Allah, hatta Rasul pun tidak memperoleh wewengan untuk menentukan caranya.

Sehingga itu para ulama menyimpulkan satu kaedah yang agung dalam hal ini iaitu “Asal Ibadah Adalah Haram, Sehinggalah Datang Dalil Yang Membolehkan”. Inilah yang diungkapkan oleh seluruh para Ulama Usul.



Ibnul Qayyim di dalam kitabnya yang menakjubkan, I’lam al-Muwaqqi’in: “Dan telah maklum bahawa tidak ada yang haram melainkan sesuatu yang diharamkan Allah dan RasulNya, dan tidak dosa melainkan apa yang dinyatakan dosa oleh Allah dan RasulNya bagi orang yang melakukannya. Sebagaimana tidak ada yang wajib kecuali, apa yang diwajibkan Allah, dan tidak ada yang haram melainkan yang diharamkan Allah, dan juga tidak ada agama kecuali yang telah disyari’atkan Allah. Maka hukum asal dalam ibadah adalah bathil sehingga terdapat dalil yang memerintahkan. Sedang hukum asal dalam akad dan muamalah adalah shahih sehingga terdapat dalil yang melarang. Adapun perbezaan keduanya adalah, bahzwa Allah tidak disembah kecuali dengan apa yang telah disyariatkanNya melalui lisan para rasulNya. Ini kerana ibadah adalah hak Allah ke atas hamba-hambaNya dan hak yang Dia paling berhak menentukan, meredhai dan mensyari’atkannya!”

Guru kepada Ibn Qayyim iaitu Syeikul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam Al-Qawa’id An-Nuraniyyah Al-Fiqhiyyah; “Dengan mencermati syari’at, maka kita akan mengetahui bahawa ibadah-ibadah yang diwajibkan Allah atau yang disukai-Nya, maka penetapannya hanya melalui syari’at”. Di dalam Majmu Al-Fatawa, beliau berkata; “Semua ibadah, ketaatan dan taqarrub adalah berdasarkan dalil daripada Allah dan RasulNya, dan tidak boleh seorang pun yang menjadikan sesuatu sebagai ibadah atau taqarrub kepada Allah kecuali dengan dalil syar’i”.

Inilah yang telah para ulama Ahlus Sunnah memahami dalam hal Ibadah, bahawa mereka tidak boleh menentukan tatcara ibadah kerana setelah Rasul diutus segala macam ibadah menjadi Haram dan ibadah hanya boleh dilaksanakan sebatas yang telag Rasul tunjukkan.

Ibadah adalah taufiqiyah, iaitu tiada satu bentuk ibadah pun yang disyariatkan kecuali berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Apa yang tidak diisyaratkan oleh kedua kutub tadi maka ia adalah fabrikasi yang ditolak sebagaimana bicara Nabi: “Barangsiapa yang melakukan amalan [ibadah] yang tidak ada perintah dari kami, maka ia tertolak” [H R Bukhari & Muslim]. 


Pembetulan Ketika Ada Pelaku Bid'ah Hasanah

Maka amala yang tidak ditunjukkan caranya, walau setitik kecilnya, berupa kema’siatan dan bukan keta’atan. Bererti bahawa manusia yang melakukannya telah melanggar aturan Allah dan melawan Rasul. Coba kita lihat bagaimana Rasul membetulkan amalan para sahabatnya, sehingga kita bisa mengerti bahawa ibadah itu hanya milik Allah, dan larangan untuk kita mencampuri dan menetapkan tatakrama ibadah.

“Dari sahabat al-Bara’ bin ‘Azib, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bila engkau akan berbaring tidur, hendaklah engkau berwudhu’ seperti engkau berwudhu’ untuk solat. Kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu, lalu katakanlah: “Ya Allah, sesungguhnya aku menyerahkan wajahku kepada-Mu, dan menyerahkan urusanku kepada-Mu. Dengan rasa mengharap (kerahmatan-Mu) dan takut (akan siksa-Mu) aku menyandarkan punggungku kepada-Mu. Tiada tempat perlindungan dan keselamatan (dari siksa-Mu) melainkan kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan, dan Nabi-Mu yang telah Engkau utus.” Dan jadikanlah bacaan (doa) ini sebagai akhir perkataanmu, kerana jika engkau mati pada malam itu, niscaya engkau mati dalam keadaan menetapi fitrah (agama Islam).” Al-Bara’ bin ‘Azib berkata: “Maka aku mengulang-ulang bacaan (doa) ini, untuk menghafalnya, dan mengatakan: “aku beriman kepada Rasul-Mu yang telah Engkau utus.” Nabi pun bersabda: “Katakan: Aku beriman kepada Nabi-Mu yang telah Engkau utus.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Lihatlan bahawa perubahan sedikit, yang pada pikiran kita bahawa hal itu tidsaklah merobah hakikat makna nya, malah perobahan itu tidak mengundang kejahatan apatah lagi kesyirikan, tetapi Rasul tetap mengingatkan sahabat bahawa ucapannya itu tidak mengikut sunnah.

Apakah dari segi logika, kalimat Rasul itu berupa kesalahan? Pasti tidak! Tetapi para sahabat mengerti bahawa ibadah itu adalah haram sehingga datang dalil yang membenarkan, kerana ibadah adalah taufiqiyah.

Kemudian, para sahabat mengukit jejak Rasul dalam menegur umat yang melakukan penokok-tambahan walalu setitik huruf.

Diriwayatkan oleh Nafi’ ra; “Seseorang bersin di samping Ibnu Umar ra, lalu dia berkata; “Alhamdulillah wassalamu ‘ala Rasulih (segala puji bagi Allah dan kesejahteraan kepada RasulNya)”. Maka Ibnu Umar ra berkata; “Dan saya mengatakan, Alhamdulillah wassalamu ‘ala Rasulillah. Tetapi tidak demikian Rasulullah SAW mengajarkan kami. Beliau mengajarkan agar kami mengatakan, ‘Alhamdulillah ‘ala kulli hal’ (segala puji bagi Allah dalam segala hal)” [HR Tirmidzi, Hakim]

Apakah mengucapkan salawat keatas Rasul ketika bersin berupa kebatilan sehingga ditegur oleh Ibnu Umar? Ini satu hal yang tidak dapat diterima oleh logika. Tetapi oleh kerana sifat taufiqiyah itulah yang menunjukkan bahawa segala sesuatu ibadah, walau manusia memandangnya elok lagi bagus, ia tetap berupa kema’siatan kepada Allah. Kerana setiap yang menyalahi sunnah maka ia adalah dhalallah – kesesatan.

Begitulah petunjuk yang senantiasa diikut oleh para sahabat. Dan manusia setiap zaman dan setiap masa akan mengira bahawa penambahn yang mereka lakukan itu adalah satu hal yang indah, berupa kebaikan, dan tidak melanggar syariat, malah ia bukanlah kebatilan. Tetapi para sahabat tetap melarangnya. Cobalah kita lihat alasan manusia yang melakukan fabrikasi dan jawaban sahabat dalam mematahkan hujjah manusia yang gemar melakukan bid’ah.

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waaqash ra: “Bahwa dia mendengar seseorang yang ketika dalam talbiyah berkata, “Labbaika Dzal Ma’arij”. Maka dia berkata kepadanya, “Sesungguhnya Allah adalah Dzul Ma’arij, tetapi kami tidak mengatakan demikian itu bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam”.

Syeikh Ali Hasan al Halabi berkata tentang atsar diatas:

“Ini adalah gambaran yang jelas, yang menunjukkan sejauh mana tingkat pengetahuian sahabat yang agung ini dan pemahamannya terhadap kaidah-kaidah yang diterima dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga dia mengingkari sesuatu yang berkaitan dengan ibadah yang tidak dilakukan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tetapi dia –semoga Allah meridhainya- tidak mengetahui bahwa talbiyah tersebut pernah didengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari para sahabat dan beliau tidak melarang mereka. Abu Dawud, Ahmad dan Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Jabir Radhiyallahu ‘anhu tentang talbiyah : “Labbaika Allahumma Labbaik” dan didalamnya disebutkan tambahan kalimat. “Dan manusia menambahkan Dzal Ma’arij dan yang sepertinya, sedang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendengar hal tersebut dan tidak mengatakan apa pun kepada mereka”.

Hanya cuma Saad bin Abi Waaqash belum mendapat berita tentang bolehnya ucapan lelaki tersebut, mungkin kerana hadith tersebut tidak sampai kepadanya. Walau apapun, atasar ini menunjukkan kaedah pmahaman para sahabat dalam menilai sesuatu amalan.

Dari Sa’id bin Musayyab ra, bahawa dia melihat seseorang mengerjakan lebih daripada dua rakaat shalat setelah terbit fajar. Lalu beliau melarangnya. Maka orang tersebut berkata, “Wahai Abu Muhammad (nama panggilan Sa’id bin Musayyab), apakah Allah akan menyeksa saya kerana shalat?? Beliau menjawab : “Tidak, tetapi Allah akan menyeksa kamu kerana menyalahi Sunnah” [HR Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, Khatib Al-Baghdadi dalam Al-Faqih wal Mutafaqqih, Abdurrazzaq, Ad-Darimi dan Ibnu Nashr]

Sufyan bin Uyainah berkata, “Saya mendengar bahawa seseorang datang kepada Malik bin Anas RA lalu berkata, “Wahai Abu Abdullah (nama panggilan Malik), dari mana saya ihram?? Dia berkata, “Dari Dzulhulaifah, tempat Rasulullah SAW ihram” Dia berkata, “Saya ingin ihram dari masjid dari samping makam (nabi SAW). Dia berkata, “Jangan kamu lakukan. Sebab saya khuatiri engkau tertimpa fitnah”, Dia berkata, “Fitnah apakah dalam hal ini? Ini kerana aku hanya menambahkan beberapa mil saja!? Beliau berkata, “Fitnah manakah yang lebih besar daripada kamu melihat bahawa kamu mendahului keutamaan yang ditinggalkan Rasulullah saw? Sesungguhnya Allah berfirman, “Maka hendaklah orang -orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa adzab yang pedih [QS An-Nur : 63]. [HR Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Al-Faqih wal Mutafaqih, Abu Nu’aim dalam Al-hilyah, Al-Baihaqi dalam Al-Madhal, Ibnu Baththah dalam Al-Ibanah dan Abu Syamah dalam Al-Ba’its; yang disandarkan kepada Khallal]


Mari kita lihat contoh para sahabat mengungkapkan bid’ah:


1) Ibn Mas’ud

Dari Amru bin Salamah beliau berkata: Kami duduk-duduk di depan rumah Abdullah bin Mas’ud sebelum Dzuhur lalu jika beliau keluar kami akan berjalan bersamanya ke masjid, lalu datanglah Abu Musa Al-Atsary dan berkata:

“Apakah Abu Abdurrahman telah menemui kalian ?”

Kami jawab : Belum.

Lalu beliau duduk bersama kami sampai Abdullah bin Mas’ud keluar, ketika beliau keluar kami semua menemuinya kemudian berkata Abu Musa kepadanya :

“Wahai Abu Abdurrahman saya telah melihat di masjid tadi satu hal yang saya anggap mungkar dan saya tidak memandangnya -Alhamudlillah-kecuali kebaikan.

Beliau bertanya : “Apa itu ?”

Dijawab : “Jika engkau hidup niscaya akan melihatnya, aku telah melihat di masjid suatu kaum berhalaqah, duduk-duduk menanti shalat pada setiap halaqah ada seorang yang memimpin dan ditangan-tangan mereka ada batu kerikil, lalu berkata (yang memimpin) :

“Bertakbirlah seratus kali dan mereka bertakbir seratus kali dan berkata ” “bertasbihlah seratus kali dan mereka bertasbih seratus kali”.

Berkata Abdullah bin Mas’ud : “Apa yang engkau katakan kepada mereka”

Abu Musa menjawab : “Saya tidak mengatakan sesuatupun pada mereka menunggu perintahmu.

Berkata Abdullah bin Mas’ud : “Mengapa tidak kamu perintahkan mereka untuk menghitung kejelekan mereka dan aku menjamin mereka tidak ada kebaikan mereka yang disia-siakan”.

Kemudian beliau berjalan dan kami berjalan bersamanya sampai beliau mendatangi satu halaqah dari pada halaqah-halaqah tersebut dan menghadap mereka lalu berkata :

“Apa ini yang kalian lakukan ?!”

Mereka menjawab : “Wahai Abu Abdirrahman, batu kerikil yang kami pakai untuk menghitung tahlil dan tasbih”.

Berkata Ibnu Mas’ud : “Dan aku menjamin tidak akan ada satupun kebaikan kalian yang tersia-siakan, celakalah kalian wahai umat Muhammad, alangkah cepatnya kebinasaan kalian, mereka sahabat-sahabat nabi masih banyak hidup dan ini pakaiannya belum rusak dan bejananya belum hancur dan demi dzat yang jiwaku di tangannya sesungguhnya kalian berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kalian pembuka pintu kesesatan“.

Mereka berkata : “Demi Allah wahai Abu Abdurrahman, kami tidak menginginkan kecuali kebaikan”.

Lalu beliau berkata : “Berapa banyak orang yang menginginkan kebaikan tidak mendapatkannya. Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya ada kaum yang membaca Al-Qur’an tidak melebihi tenggorokkannya dan demi Allah saya rasa tampaknya kebanyakan mereka adalah dari kalian”.

Kemudian beliau meninggalkan mereka. Amru bin Salamah berkata : “Aku telah melihat mayoritas halaqah-halaqah tersebut memerangi kami pada perang Nahrawan bersama Khawarij”
[Sahih. Lihat Takhrij dan fiqih perdebatan ini dalam kitab syeikh Abu Usamah Salim bin 'Ied Al-Hilaaly " Al-Bid'ah wa Atsaruha Asayi' fi Al-Ummah]

Syeikh Salim Al Hilali berkata: Di sini Abdullah bin Mas’ud telah beragumentasi kepada cikal bakal Khawarij dengan keberadaaan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam diantara mereka dan mereka tidak melaksanakan pekerjaan tersebut, sebab seandainya hal itu merupakan kebaikan sebagaimana yang mereka sangka tentu sahabat-sahabat nabi telah mendahului mereka untuk melakukannya, maka itu merupakan kesesatan. Maka seandainya manhaj sahabat bukanlah hujjah atas orang setelah mereka maka tentu mereka berkata kepada Abdullah bin Mas’ud : “Kalian rijal dan kami rijal”.
Kemudian Ibn Mas’ud berkata:

Barangsiapa yang mencontoh maka contohlah sahabat-sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam karena mereka adalah orang-orang dari umat ini yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling tidak macam-macam, paling baik contoh teladannya dan paling bagus keadaannya, mereka adalah suatu kaum yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk menemani NabiNya Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan untuk menegakkan agamaNya, maka akuilah keutamaan mereka dan ikutilah jejak langkah mereka karena mereka telah berada diatas petunjuk yang lurus.


2) Ibn Abbas

Ketika muncul kelompok Haruriyah (Khawarij) mereka memisahkan diri di suatu perkampungan, mereka berjumlah 6000 orang dan bersepakat untuk menyempal (memberontak) dari Ali ra. Orang-orang selalu mendatangi Ali ra dan berkata :

“Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya kaum tersebut akan memberontak kepadamu”.

Lalu beliau menjawab : “Biarkan mereka karena saya tidak akan memerangi mereka sampai mereka memerangi saya dan mereka akan melakukannya”.

Pada suatu hari saya (Ibnu Abbas) mendatanginya sebelum shalat zuhur dan aku berkata kepada Ali ra:

“Wahai Amirul Mukminin akhirkan shalat agar saya dapat mengajak bicara mereka. Beliau berkata : Saya mengkhawatirkan mereka mencelakai kamu. Saya menjawab : Tidak akan, karena saya seorang yang berakhlak baik dan tidak pernah menyakiti seorangpun. Lalu beliau mengizinkan saya, maka saya mengenakan pakaian yang paling bagus dari pakaian Yaman dan menyisir rambut saya kemudian aku menemui mereka di perkampungan mereka di tengah hari sedang mereka sedang makan, lalu saya menemui satu kaum yang saya tidak pernah menemukan kaum yang lebih bersungguh-sungguh (dalam ibadah) dari mereka, dahi-dahi mereka hhitam dari sujud, tangan-tangan mereka kasar seperti kasarnya unta dan mereka mengenakan gamis-gamis yang murah dan tersingkap serta wajah-wajah mereka pucat menguning. Lalu saya memberi salam kepada mereka dan mereka menjawab :

“Selamat datang wahai Ibnu Abbas, pakaian apa yang engkau pakai ini ?!”

Saya menjawab : “Apa yang kalian cela dariku ? Sungguh saya telah melihat Rasululla saw sangat bagus sekali ketika mengenakan pakaian Yaman, kemudian membacakan firman Allah swt;

“Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambanNya dan (siapa pulakah yang menharamkan) rezki yang baik” [Al-A'raaf : 32]

Lalu mereka berkata : “Apa maksud kedatangan engkau?”

Saya katakan pada mereka : “Saya mendatangi kalian sebagai utusan para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari Muhajirin dan Anshar dan dari sepupu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menantunya sedangkan Al-Qur’an turun pada mereka sehingga mereka lebih mengetahui terhadap ta’wilnya dari kalian dan tidak ada di kalangan kalian seorangpun dari mereka ; sungguh saya akan menyampaikan kepada kalian apa yang mereka sampaikan dan saya akan sampaikan kepada mereka apa yang kalian sampaikan.

Lalu berkata sekelompok dari mereka : “Janganlah kalian berdebat dengan orang Quraisy karena Allah saw berfirman :

“Sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar” [Az-Zukhruf : 58]

Kemudian bangkit kepadaku sebagian dari mereka dan berkata dua atau tiga orang : “Sungguh kami akan mengajak bicara dia”.

Saya berkata : “Silahkan, apa dendam kalian terhadap para sahabat Rasulullah dan sepupunya?”.

Mereka menjawab : “Tiga”.

Saya katakan : “Apa itu ?

Mereka mengatakan : “Yang pertama karena dia berhukum kepada orang dalam perkara Allah swt sedangkan Allah swt berfirman.”Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah…” [Al-An'am : 57]

Saya katakan : “Ini satu”.

Mereka berkata lagi : “Yang kedua karena dia berperang dan tidak menawan dan merampas harta (yang diperangi), kalau mereka kaum kafir maka halal menawannya dan kalau mereka kaum mu’minin maka tidak boleh menawan mereka dan tidak pula memerangi mereka”.

Saya katakan : “Ini yang kedua dan apa yang ketiga?”

Mereka berkata : “Dia menghapus gelar Amirul Mu’minin dari dirinya, maka jika dia bukan Amirul Mu’minin, dia Amirul Kafirin”.

Saya katakan : “Apakah masih ada pada kalian selain ini?”

Mereka menjawab : “Ini sudah cukup”.

Saya katakan kepada mereka : “Bagaimana pendapat kalian kalau saya bacakan kepada kalian bantahan atas pendapat kalian dari Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya saw, apakah kalian mau kembali ?”

Mereka menjawab : “Ya”.

Saya katakan : “Adapun pendapat kalian bahwa dia (Ali) berhukum kepada orang (manusia) dalam perkara Allah maka saya bacakan kepada kalian ayat dalam kitabullah di mana Allah menjadikan hukumnya kepada manusia dalam menentukan harga 1/4 dirham, lalu Allah memerintahkan mereka untuk berhukum kepadanya. Apa pendapatmu tentang firman Allah :”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan, ketika kamu sedang ihram. Barangsiapa diantara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak seimbang dengan buruan yang dibunuhnya, menurut putusan dua orang yang adil diantara kamu” [Al-Maa'idah : 95]

Dan hukum Allah diserahkan kepada orang (manusia) yang menghukum dalam perkara tersebut, dan kalau Allah kehendaki maka dia menghukumnya sendiri, kalau begitu tidak mengapa seseorang berhukum kepada manusia, demi Allah swt apakah berhukum kepada manusia dalam masalah perdamaian dan pencegahan pertumpahan darah lebih utama ataukah dalam perkara kelinci [arnab] ?”

Mereka menjawab : “Tentu hal itu lebih utama”.

Dan Allah swt berfirman tentang seorang wanita dan suaminya; “Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, maka kirimkanlah seorang hakam dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan” [An-Nisaa' : 35]

Demi Allah swt apakah berhukum kepada manusia dalam perdamaian dan mencegah pertumpahan darah lebih utama dari berhukum kepada manusia dalam permasalahan wanita ?! Apakah saya telah menjawab hal itu ?”

Mereka berkata : “Ya”

Saya katakan : Pendapat kalian : “Dia berperang akan tetapi tidak menawan dan merampas harta perang”. Apakah kalian ingin menawan ibu kalian Aisyah yang kalian menghalalkannya seperti kalian menghalalkan selainnya, sedangkan beliau adalah ibu kalian ? Jika kalian menjawab : Kami menghalalkannya seperti kami menghalalkan selainnya maka kalian telah kafir dan jika kalian menjawab : Dia bukan ibu kami maka kalian telah kafir, Allah swt berfirman.”Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka” [Al-Ahzab : 6]

Maka kalian berada di dua kesesatan, silakan beri jalan keluar ; Apakah saya telah menjawabnya ?Mereka berkata : Ya.Sedangkan masalah dia (Ali Radhiyallahu ‘ahu) telah menghapus gelar Amirul Mukminin dari dirinya, maka saya akan datangkan kepada kalian apa yang membuat kalian ridha, yaitu bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari perjanjanjian Hudaibiyah berdamai dengan kaum musyrikin, lalu berkata kepada Ali :

“Hapuslah wahai Ali (tulisan) Allahumma Inaaka Ta’alam Ani Rasulullah (wahai Allah sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa aku adalah Rasulullah) dan tulislah (kalimat) Hadza ma Shalaha Alaihi Muhammad bin Abdillah (ini adalah perjanjian yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdillah)”

Demi Allah Subhanahu wa Ta’ala sungguh Rasulullah saw lebih baik dari Ali dan beliau menghapus (gelar kerasulannya) dari dirinya dan tidaklah penghapusan tersebut berarti penghapusan kenabian dari dirinya.

Apakah aku telah menjawbnya ?

Mereka berkata : “Ya”

Kemudian kembalilah dari mereka dua ribu orang dan sisanya memberontak dan berperang diatas kesesatan mereka lalu mereka diperangi oleh kaum Muhajirin dan Anshar.
[Shahih, lihat takhrijnya dalam kitab : Munaadzaraatussalaf Ma'a Hizbi Iblis wa Afrokhil Kholaf]