Artikel ini, adalah hasil kumpulan-kumpulan maklumat yang disusun oleh saya, dalam menyiapkan projek/kertas kerja bagi subjek Kajian Ajaran Sesat oleh Ustaz Dr Engku Zaki.
Siapakah Ahbash?
Siapakah Ahbash?
Sebelum
berbicara panjang mengenai ahbash, eloklah kita berkenal-kenalan dahulu,
siapakah golongan ahbash.
Dalam
artikel yang dikeluarkan oleh JAKIM bertarikh 13 Febuari 2014, ada menyebut
mengenai 'Siapakah Golongan Ahbash?'.
Al-Ahbash
merupakan kumpulan yang dipelopori oleh Sheikh Abdullah ibn Muhammad bin Yusuf
al-Harari yang berasal dari Habshah. Mereka mula bergerak aktif di Lubnan pada
pertengahan tahun 80-an melalui pertubuhan kebajikan yang bernama Jam’iyyah
al-Mashari’ al-Khayriyyah al-Islamiyyah.
Kumpulan
yang bergerak sebagai badan kebajikan ini berkencenderungan tasauf dan
berkembang dengan pesat hingga mempunyai cawangan di banyak negara di dunia.
Istilah Ahbash berkait dengan istilah Habshah kerana ia berkait dengan Negara
asal pendirinya Sheikh Abdullah iaitu dari Habshah. Beliau lahir sekitar 1910
lahir di Hirara berdekatan Somalia, pernah menjadi Mufti di Oromo. Pada 1947,
beliau pergi ke Hijaz setelah dibuang dari Ethiopia, kemudiannya ke Jurusalem
dan Damsyik dan akhirnya menetap di Beirut dan menjadi pensyarah di al-Azhar
cawangan Lubnan. Kemudiannya beliau mengambil alih pertubuhan Jam’iyyah
al-Mashari’ al-Khayriyyah al-Islamiyyah dari Sheikh Muhyiddin al-‘Ajuz.
Sejak
itu pertubuhan ini berkembang dan dilebih dikenali sebagai al-Ahbash. Golongan
Ahbash amat berpengaruh di Lubnan dan berperanan besar dalam politik Lubnan.
Pendekatan politik mereka ialah menekankan keberadaan bersama dengan penganut
agama lain terutama golongan Kristian di Lubnan. Mereka juga mempunyai hubungan
rapat dengan kerajaan Syria yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik
Lubnan.
(Sumber
: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/siapakah-golongan-al-ahbash )
Sepanjang
pembacaan saya mengenai golongan ahbash, ahbash ialah satu kelompok yang suka
mengkafirkan ulama Islam, terutama Shaykh al-Islam Ibnu Taimiyyah dan Ibnu
Qayyim al-Jauziyyah. Selain itu, ahbash juga menyesatkan orang-orang yang tidak
sependapat dengan mereka. Di Malaysia, terdapat segelintir manusia yang
terpengaruh dengan virus ahbash, malah mendapat jawatan tinggi dalam
kementerian Dalam Negeri. Mereka menyebarkan dakyah mereka yang agak keras dan
merbahaya, serta mengakibatkan perpecahan umat Islam di Malaysia.
Namun
begitu, kebanyakkan ulama zaman kontemporari telah menjawab isu golongan ahbash
ini. Antaranya Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr. Said
Ramadhan al-Bouti, Syaykh Abdul Aziz bin Baz, Lembaga Fatwa Mesir, Lembaga
Fatwa Saudi, Syaykh Tajuddin al-Hilaly dan ramai lagi.
Syaykh
Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut dalam kitabnya Fatawa al-Mu'assirah :
Semenjak
beberapa tahun yang lalu aku (Dr. Yusuf al-Qaradhawi) ada mendengar tentang
satu jamaah yang zahir di Lubnan, ia menimbulkan masaalah kepada umat Islam di
Lubnan dengan pandapat-pendapat yang pelik dan menyeleweng dan
pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fiqh dan akhlak.
Sehingga mereka menggugurkan kewajipan zakat bagi individu yang memiliki sampinan
wang yang banyak dari matawang kertas yang digunakan pada hari ini, mereka juga
mengharuskan wang tersebut berurusan dengan riba, mereka mendakwa matawang
kertas bukanlah matawang yang syar'ie yakni bukan Emas dan Perak. Mereka
mengharuskan orang yang memakan bawang atau meletakkannya di dalam poket tidak
menunaikan solat Jumaat, dan mereka mengharuskan percampuran antara lelaki dan
perempuan tanpa batas.
Dan
yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang
berbeza dengan mereka dari kalangan umat Islam hari ini atau yang dahulu.
Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn
al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti Mujaddid
Tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sepertimana mereka
mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz
bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya. Aku (al-Qaradhawi) telah
menyebut di dalam buku-ku (al-Sofwah al-Islamiyyah Baina al-Juhud wa al-Tatorruf)
bahawa terjatuh ke dalam lubang menghukum kafir adalah tanda-tanda yang paling
serius terhadap pemikiran ekstrim dan melampau dalam beragama.
Golongan
Ahbash yang pelampau dan penyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab
al-Imam Abi al-Hasan al-'Asy'ariy di dalam aqidah, dan mazhab al-Imam al-Syefie
di dalam Fiqh, dan mengikut tarikat al-Rifa'iyyah di dalam berakhlak. Akan
tetapi hakikatnya mereka mereka amat jauh dari manhaj para imam ini kesemuanya
samaada dalam pemikiran, adab dan akhlak.
Kumpulan
ini yang mulanya timbul di Lubnan, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan
milik dakwah mereka dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari
Habashah berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang
baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belakkan kesatuan umat Islam,
mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam
dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Fatawa
al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686)
Dr.
Al-Bouti pula, apabila ditanyakan mengenai fatwa Ahbash bahawa haram
bermakmumkan imam wahhabi, Dr al-Bouti jawab :
"Solat
dibelakang Wahabi tidak HARAM dan mereka yang mengikutnya makmum dalam solat
sah. Dan tidak boleh seseorang mengkafirkan muslim yang mana kita tidak
mengetahui ketika matinya adakah ia mati Kafir. Dan tidak seorang pun yang tahu
Adakah Imam Ibn Taimiyyah ketika matinya telah murtad dan mati Kafir.
Berkenaan
kumpulan yang ditanya kepada saya ini (AHBASH), mereka ini mengkafirkan ramai
orang Islam. Mereka mengkafirkan Mutawalli Sya'rawi dan al-Qaradhawi juga,
mengkafirkan aku sendiri (al-Bouti)".
Selain
itu, al-Bouti juga ditanyakan budaya takfir oleh golongan ahbash ini, jawab
beliau :
Mereka
ini tidak hanya mengkafirkan aku, bahkan yang aku tahu mereka mengkafirkan
orang yang jauh lebih baik dariku, seperti Mutawwali Sya'rawi, Ibn Taimiyyah,
dan Syeikh al Qaradhawi , dan ramai lagi....."
(Sumber
asal :
http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=56e6ce3889aaea9fa90a49d08a8a9f64&id=459
) Walaubagaimanapun, pautan website al-Bouti tidak boleh diakses selepas beliau
menginggal dunia.
Dr
Wahbah al-Zuhaili pula ketika melawat Malaysia, ditanya mengenai golongan
Ahbash, beliau menegaskan bahawa golongan Ahbash adalah golongan yang sesat
lagi menyesatkan. Saksikan video dibawah :
Akhir
sekali, Syaykh Abdul Aziz bin Baz, mantan mufti Saudi beliau mengatakan :
Kumpulan
al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal
dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari
aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya
menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan.
(No
ruj. Fatwa: 1/2392. Bertarikh: 30/10/1406 hijrah)
Akhir
kalam, di Malaysia, usaha memperkembangkan ajaran ahbash ini makin pesat, iaitu
mereka menanam benci kepada tokoh tajdid Syaykh Muhammad bin Abdul Wahhab
al-Tamimi malah melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepadanya serta menggelarkan
orang yang tidak bersependapat dengan mereka sebagai 'Wahhabi'. Saya rasakan
ajaran ahbash ini mirip dan akrab dengan golongan Syiah, Hassan al-Saqqaf yang
mana beliau ini telah dikenali ramai ulama sebagai penganut syiah berbaju
sunni, dan berfahaman ideologi neo-muktazilah dan penyokong Ahbash, di
Malaysia, ada segelintir yang tidak segan mengaku telah berguru dengan Hassan
al-Saqqaf telah menulis banyak artikel di blognya, dan telah dijawab dan
diboongkarkan jenayah ilmiahnya oleh Ustaz Aizam Mas'od, Panel Akidah JAKIM. Jika para pembaca rajin membaca, silalah
rujuk blog ustaz Aizam, nilai sendiri. Akhir sekali, saya memohon Taufiq dan
Hidayah Allah, semoga tulisan saya ini sedikit memberi manfaat
Rujukan.
1. http://www.e-fatwa.gov.my/blog/siapakah-golongan-al-ahbash
2. Fatawa
al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686
3. http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=56e6ce3889aaea9fa90a49d08a8a9f64
4.
Video : http://www.youtube.com/watch?v=BR_TuQ1IbxQ
5.
Fatawa Syaykh Ibn Baz, No ruj. Fatwa: 1/2392. Bertarikh: 30/10/1406 hijrah
Info tambahan : Sekiranya ingin mencari rujukan tambahan, boleh rujuk rujukan yang disenaraikan dibawah :
1. Ensiklopedia Ahli Sunnah dalam menjawab tuduhan firqah Ahbash (Bahasa Arab) : klik Sini
2. Bank Ahbash : http://bankahbash.blogspot.com/
3. Ahbash Deviated : http://ahbash-deviated.blogspot.com/
4. Bank-Ahbash : http://bank-ahbash.blogspot.com/
Info tambahan : Sekiranya ingin mencari rujukan tambahan, boleh rujuk rujukan yang disenaraikan dibawah :
1. Ensiklopedia Ahli Sunnah dalam menjawab tuduhan firqah Ahbash (Bahasa Arab) : klik Sini
2. Bank Ahbash : http://bankahbash.blogspot.com/
3. Ahbash Deviated : http://ahbash-deviated.blogspot.com/
4. Bank-Ahbash : http://bank-ahbash.blogspot.com/
Tiada ulasan :
Catat Ulasan