Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 27 Januari 2013

Ulama Turki dan Mesir Turut Keluarkan Amanat Sama Seperti Amanat Haji Hadi

Tiada ulasan :



Amanat yang memberi amaran tentang bahaya sekularisma kepada aqidah umat Islam bukan sahaja telah dikeluarkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, malah amanat yang serupa pernah dikeluarkan oleh ulamak negara Turki dan Mesir.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr. Azhar Yaakob berkata, Mufti terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah Sheikh Mustafa Sobri dan Ulamak terkenal Sheikh Abdul Kadir Audah dari Mesir turut berkata, umat Islam akan menjadi 'sesat' sekiranya menganut fahaman 'politik suku dan agama suku'.

"Mufti terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah Sheikh Mustafa Sobri berkata mana-mana dikalangan umat Islam yang menganut faham sekularisma, faham agama suku dan poltik suku, yang redha dengan faham penjajah sekularisma menjadi sistem hidup mereka, ia adalah jalan pintas kepada seseorang untuk 'murtad' dari agama Islam,

"ulamak Mesir Sheikh Abdul Kadir Audah mengeluarkan amanat memberikan amaran sekiranya ada dikelangan umat Islam yang redha dengan pemerintahan dan undang-undang sekular, agama uku politik suku, demi sesungguh seseorang itu meniti jalan 'riddah dalam hidupnya, murtad dri agama Islam,"tegas Ustaz Azhar.

Beliau bekata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat di atas mimbar Masjid at-Taqwa Batu Enam dekat sini, hari ini 25 Januari.

Oleh itu, kata beliau adakah boleh kita berkata amanat dan pandangan kedua-dua ulamak itu adalah menyebabkan umat Islamberpecah belah sebagaimana tuduhan yang dilontarkan kepada Ustaz Abdul Hadi Awang.

Beliau menegaskan umat Islam di Malaysia sepatutnya bersyukur dengan adanya amanat Haji Hadi dapat menyedarkan orang Melayu beragama Islam
'sesat' dari agama Islam.

"di Malaysia seharusnya kita semua bersyukur kepada Allah kerana tampil apa yang dikatakan sebagai amanat Haji Hadi yang bukan untuk memecahbelahkan masyarakat tetapi untuk menjadi penyelamat menyedarkan umat islam tentang bahaya mereka berkiblatkan kepada Barat,

"menyedarkan masyarakat supaya mereka jangan mengambil ideologi sekular 'agama suku politik suku', menyedarkan masyarakat supaya mereka kembali kepada Islam yang syumul, yang lengkap dan sempurna,"jelasnya.

Justeru katanya, tidak timbul soal untuk menarik balik amanat tersebut bahkan amanat haji Hadi itu adalah relevan sejak ia dikeluarkan pada tahun 1980an sehingga hari kiamat.- BuletinOnline

Sabtu, 26 Januari 2013

Perginya Sang Murabbi bertemu Allah : Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid

Tiada ulasan :

Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.


Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah dibawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as- Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah.

Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah.


Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah oleh dua orang murid beliau.

Beliau merupakan seorang yang amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah, tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka. Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada murid-murid beliau.

Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan memeluk seseorang itu sambil membisikkan ketelinga orang tersebut “tolong doakan ayah etek deh.” Tersentuh hati ambo yang jahil ini apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa kepada ALLAH untuk dirinya.Pok su juga ada berkata kepada ambo bahawa beliau lebih jahil dari ambo dan orang lain,masyaALLAH..begitu merendah diri sedangkan ambo ini sangat jahil dan timbul rasa malu kerana hakikatnya ambo yang terlebih jahil.

Lidahnya tidak pernah sunyi dari zikir dan doa.Jari telunjuknya sentiasa bergerak menandakan hatinya sentiasa mengingati ALLAH. Setiap kali melangkah, pasti ada zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui tiga sanad yang berbeza.Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH subhanahuwataala ambo berasa amat bertuah sekali kerana sempat beliau yakni pok su musa mendoakan ambo dan meniup doanya diatas kepala ambo yang hina ini disisi ALLAH subhanahuwataala.

Antara kelebihan yang ALLAH subhanahuwataala kurniakan kepada beliau adalah dapat menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan murid beliau.Buktinya beliau dapat menegur kesalahan dan kesilapan ambo tampa ambo memberi tahu kepadanya.SubhanaALLAH.

Nama beliau cukup masyhur meniti dibibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru-guru pondok.

Semoga ALLAH SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada dalam gedung simpanan beliau itu.

Nasib Menanti Golongan Pencacai – Ibrah Kisah Ashaab Al-Ukhdud

Tiada ulasan :


“Bawa budak itu ke puncak gunung.

Tiba di sana, kamu ugut dia.

Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya.

Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting.

Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan.

“Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” doa si anak muda itu.

Gunung bergegar.

Lantai bumi bergoncang.

Seluruh orang suruhan raja yang zalim itu jatuh dari puncak yang tinggi itu. Mati terbunuh dengan cara kerja Allah yang tidak mereka jangkakan.

Budak muda yang beriman itu ada peluang untuk melarikan diri. Dia sendirian di puncak gunung, menyaksikan kejadian yang dahsyat itu. Tetapi perjuangannya belum selesai.

Dia pulang ke istana, mencabar raja yang zalim itu.

Ada seribu satu hikmah daripada pilihan budak muda itu.

Setibanya dia di istana, raja amat terkejut.

ما فعل أصحابك؟

“Apa yang orang-orang kamu sudah buat!” herdik raja kepada budak itu.

Orang kamu?

Orang aku?

Ada kekeliruan di situ!

PENGAJARAN

Cerita di atas adalah petikan daripada kisah anak muda dan Ashab al-Ukhdud di kota Najran.

Ia dikisahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam Surah al-Buruj, dan diperincikan oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam sepotong hadith yang panjang di dalam Sahih Muslim.

Kisah itu penuh iktibar.

Tetapi salah satu kejutan besarnya ialah, tindak tanduk raja pemerintah yang zalim itu. Pelbagai pendedahan dilakukan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang isi perut dan benak hati raja yang zalim itu, agar kita meneladaninya sebagai petunjuk sepanjang zaman.

Lucu sekali, raja itu ramai orang suruhannya.

Diarahkan mereka agar mengheret budak itu ke puncak gunung dan kemudiannya ke tengah lautan untuk menghapuskan kebenaran. Tetapi tatkala orang-orang suruhannya gagal melaksanakan misi itu, sikap raja terhadap orang-orangnya terus berubah.

Kata raja itu (seperti yang disebut di dalam hadith):“Apa yang orang-orang kamu telah buat?”

Tidakkah ganjil, raja itu menisbahkan orang-orang suruhannya yang gagal itu kepada budak yang dimusuhinya?

Demikianlah para Ulama’ menjelaskan, bahawa itu adalah sikap pemerintah yang zalim. Ketika dia mahu menggunakan orang-orangnya, pelbagai perkara dibuat untuk membina kesetiaan. Tetapi orang suruhan yang setia itu, tatkala khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi, dibuang begitu sahaja tanpa sebarang erti.

Inilah pesanan Allah dan Rasul buat sekalian pencacai yang memperhambakan diri kepada manusia zalim dan kezalimannya, yang sanggup bermati-matian melaksanakan kerja-kerja kotor majikan yang menggajikannya dengan sekelumit habuan dunia, kalian hanyalah tebu-tebu yang habis madu sepah dibuang.

Andai masih ada ruang dirimu diselamatkan.

Insaflah, aduhai ‘macai’!
Nota kaki :
Di tulis oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam blognya : http://saifulislam.com/?p=485

Selasa, 22 Januari 2013

Haji Ahmad Haji Md Kasim : Ulama Melaka yang Berjasa

4 ulasan :
Tanah Melayu pernah melahirkan banyak Ulama yang agung di mana banyak memberi sumbangan yang besar di Malaysia suatu ketika dahulu.

Kebetulan, saya menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di Pantai Timur, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditugaskan untuk mengkaji ulama-ulama di Malaysia. Jadi, saya telah memilih Haji Ahmad bin Haji Md. Kasim.

Buku yang saya jadikan rujukan ialah buku yang disunting oleh Ismail Mat, Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk Ulama Silam dalam Kenangan.




Kelahiran

Haji Ahmad bin Haji Md. Kasim telah dilahirkan pada tahun 1901, di Jelebu, Negeri Sembilan, semasa ayahnya Haji Md. Kasim bertugas sebagai seorang anggota polis yang berpangkat Sarjan Mejar. Beliau telah kehilangan ibunya ketika berumur enam bulan. 

Peristiwa kehilangan ibu yang dialaminya sungguh menyayat hati. Pada malam ibunya pergi kembali kerahmatullah, beliau menangis kehausan untuk mendapatkan susu. Ibunya yang terbujur di atas tilam dan sedang menunggu saat panggilan ilahi itu tidak berupaya untuk menyusukannya. 

Setelah kematian ibunya, beliau disusui oleh orang lain di Jelebu. Oleh kerana itulah beliau juga mempunyai saudara sesusu dan kerabat yang masih lagi hidup pada masa kini di Jelebu 

Apabila ayahnya bersara dari jawatan polis,mereka sekeluarga telah pulang ke tempat asal mereka, iaitu Kampung Paya Rumput, Melaka. Haji Ahmad bin Haji Md. Kasim mempunyai tiga orang kakak seibu sebapa iaitu Rahman, Taksiah dan Zahrah. Beliau juga mempunyai adik beradik sebapa tetapi berlainan ibu, kerana bapa beliau berkahwin dengan Halimah setelah pulang ke Kampung Paya Rumput, Melaka. Mereka itu adalah Mariah, Haji Rahmat, Aminah dan Rahilah. 

Haji Md. Kasim telah dilantik untuk memegang jawatan penting di kampong tersebut sebagai penghulu. Oleh kerana kecemerlangan perkhidmatannya, beliau dinaikkan pangkat menjadi Demang sehingga beliau meninggal dunia. 



Pendidikan 

Sejak berumur dalam lingkungan lima tahun, peranan pendidikan Islam diambil oleh ayahnya sendiri yang secara kebetulan bertugas sebagai imam. Kemampuan sebagai imam di dalam pengajaran al-Quran dan ilmu agama tidak perlu dipertikaikan lagi, sebab itulah beliau tidak perlu pergi belajar membaca al-Quran daripada Tok Guru yang lain. 

Ketika beliau berumur tujuh tahun, sama seperti kebanyakkan kanak-kanak yang lain di kampong, beliau telah dihantar oleh bapanya ke Sekolah Melayu, Paya Rumput. Setelah tamat pengajiannya pada umur 13 tahun, beliau telah menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar ilmu agama. Di kampong Sungai Udang terdapat seorang Tok Guru yang terkenal pada masa itu iaitu Haji Mad Ali. Oleh kerana ketinggian ilmu agama, beliau telah dilantik sebagai kadi. Haji Ahmad bin Md. Kasim tidak melepaskan peluang ini untuk berguru dengan Tok Guru itu. 

Semangat beliau untuk belajar ilmu agama lebih mendalam lagi semakin kuat apabila beberapa orang ulama dari Palembang, Sumatra datang ke rumah Haji Md Ali di Sungai Udang dan mengadakan muzakarah agama. Beliau begitu tertarik hati dengan kebijaksanaan seorang ulama dari Palembang yang bernama Haji Md. Mukhtar Palembang. Oleh kerana itu, beliau telah pergi belajar di Palembang pada tahun 1915 dan berguru kepada ulama tersebut. 

Beliau belajar selama empat tahun di Palembang. Setelah tamat pengajiannya disana, beliau kembali ke Melaka pada tahun 1919. Kepulangannya amat dibanggakan oleh penduduk tempatan kerana kembalinya seorang ulama yang bakal memimpin dan mendidik anak-anak mereka ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Haji Ahmad bin Md. Kasim benar-benar tidak menghampakan harapan penduduk disitu kerana beliau telah dapat menunjukkan ketokohannya sebagai seorang ulama. Tetapi beliau masih belum berpuas hati dengan ilmu yang beliau miliki. Beliau bercita-cita untuk belajar ilmu agama di Mekah. Azamnya itu amat kuat dan meluap-luap. Dengan hati yang berdebar-debar, beliau pergi berjumpa dengan ayahnya dan permintaan itu tidak berjaya kerana tidak dipersetujui oleh ayahnya. 

Betapa kuat semangat beliau untuk melanjutkan pelajarannya ke Mekah dapat kita lihat apabila beliau mengambil keputusan untuk pergike Mekah tanpa mendapat izin daripada ayahnya. Tetapi hasratnya itu tidak dilaksanakan setelah difikirkan dengan masak. Sebaliknya beliau masih lagi belum berputus asa untuk meminta kebenaran ayahnya. Kali ini beliau meminta izin secara tidak langsung melalui ibu tirinya (Halimah). Ibu tirinyalah yang menyampaikan hasrat hati beliau. Permintaan beliau itu disampaikan oleh ibu tirinya ketika ayahnya baru bangun dari tidur. Haji Md. Kasim terpegun sebentar memikirkan tentang keazaman anaknya itu. Setelah berfikir panjang, tanpa mengeluarkan sepatah kata, beliau terus pergi ke Melaka untuk menguruskan segala keperluan bagi keberangkatan Haji Ahmad ke Mekah. 

Sebelum Haji Ahmad belayar ke Mekah,persetujuan telah dicapai di mana ayahnya tidak akan menghantar wang perbelanjaan ketika beliau berada di Mekah. Syarat itu tidak sedikit pun melemahkan tekadnya untuk melanjutkan pelajarannya, walaupun beliau sedar betapa beratnya tugasbeliau di Mekah kelak untuk mencari rezeki dan menuntut ilmu. Haji Ahmad yakin bahawa bumi Allah ini luas dan rezeki Allah berada dimana-mana sahaja. Apa yang diperlukan ialah keimanan, ketabahan, tawakal dan ketekunan. 

Semasa beliau berada di Mekah, beliau telah bekerja sebagai tukang jahit. Hasil daripada titik peluh itu mencukupi untuk menyara dirinya bagi membolehkan beliau berguru dengan ulama besar sama ada di rumah mereka atau di Masjid Mekah. Selama lebih kurang dua belas tahun beliau berada di Mekah (1919-1931), beliau berkesempatan memenuhkan dadanya dengan ilmu pengetahuan yang banyak. Antara ulama yang berjaya dan mempengaruhi beliau ialah Shekh Mukhtar al-Atarid, Muhammad Jamal al-Maliki, Syekh Abbas al-Maliki, Syekh Ahmad al-Khattib al-Minangkabawi, Syekh Ahmad Zaini Dahlan, Syekh Umar Hamdan,Syekh Ihya Bugur, Syekh Muhammad Amin al-Kutubi dan banyak lagi. 

Kematangan dan kedalaman ilmu agamanya terbukti apabila beliau dijadikan guru oleh segolongan penduduk Mekah dan yang datang dari Malaysia. Di antara mereka yang pernah berguru dengan beliau ketika berada di Mekah ialah Haji Abdullah bin Shahabuddin (bekas kadi, Daerah Alor Gajah, Melaka) dan Haji Md. Zain bin mohd. Yasin. Walaupun ramai ulama ramai yang mempengaruhi keperibadian beliau, tetapi pengaruh Syekh Mukhtar al-Atarid mengatasi mereka yang lain. Buktinya anak keduanya dinamakan Mukhtar dan segala amalan zikir dan wirid diambil ijazahnya dari Md. Kasim berguru dengan beliau terlalu lama erbanding dengan guru-guru yang lain. 

Haji Ahmad bin Haji Md. Kasim kembali ke tanah air pada tahun 1931. Kemahsyuran namanya semasa berada di Mekah telah menyebabkan kepulangannya sentiasa ditunggu oleh masyarakat Melaka. Jemaah haji dan mereka yang pernah berguru kepada beliau di Mekah telah menyebarkan berita tentang ketokohan beliau di Mekah dalam ilmu agama. 


Sekolah Pondok 

Institusi pondok yang didirikan oleh Hj. Ahmad menetapkan jangka masa pengajaran yang mengambil masa antaratiga hingga lima tahun dan sukatan pelajaran yang tersendiri. Bahasa Arab adalah bahasa pengantar utama yang digunakan, di samping bahasa Melayu. Di antara mata pelajaran yang diajar dan kitab-kitab yang digunakan ialah : 



  1. Tauhid; kitab Bidayah al-Hidayah, Matan al-Sanusiyah dan lain-lain lagi. 
  2. Fikah; kitab Fath al-Qarib, Baijuri, al-Iqna, al-Irshad, Riyadah al-Salihin, Subl al-Salam, Bulugh al-Muram dan lain-lain lagi. 
  3. Tasawuf; kitab Ihya’Ulum al-Din, Minhaj al-Abidin,Hidayah al-Salikin dan sebagainya. 
  4. Mantik; kitab Sharh al-Salma 
  5. Tafsir dan Hadis; kitab Tafsir al-Jalalain, Tafsir al-Maraghi, Sunan al-Sittah dan sebagainya. 
  6. Nahu Saraf dan Balaghah; kitab al-Muqaddimah al-Jurumiah, Matan al-Jurumiah, Sharh Ibn Aqil, Sharh al-Fiyah, Muktasar al-Maani, al-Balaghah al-Wadihah, al-Maqsur dan lain-lain lagi. 

Ilmu umum seperti bahasa Inggeris, ilmu perubatan dank hat juga diajarkan di pondok tersebut, kitab yang digunakan ialah Tib a-Nabawi dan Mujrabat. Beliau amat mementingkan bahasa Inggeris walaupun beliau sendiri tidak dapat berbahasa Inggeris. Segala-galanya adalah berpunca daripada kesedarannya ketika berhubung dengan pihak pemerintah Inggeris di Melaka. Menyedari hakikat ini beliau telah melantik seorang guru Bahasa Inggeris yang bernama Muhammad Kelantan. 

Beliau amat mengutamakan pengajaran al-Quran, dimana setiap murid dikehendaki bukan sahaja boleh membaca dengan lancar, tetapi mesti menguasai tajwid dengan sebaik-baiknya. Beliau juga mengutamakan lagu yang baik. Di antara Ketua Muzakarah yang ditugaskan khas juga perkara ini ialah Haji Hassan bin Muhammad. Pelajaran khat juga dititikberatkan oleh beliau. Haji dahlan bin Haji Salih yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan ipar kepada Haji Ahmad bin Haji Md. Kasim ditugaskan menjadi guru khat. 

Setelah Haji Ahmad bin Haji Md. Kasim meninggal dunia pada 11 Mei 1943, pengajaran di pondok tersebut diteruskan lagi oleh murid-murid beliau yang kanan seperti Haji Abdullah bin Haji Shahabuddin, Haji Md. Zain bin Haji Md. Yasin dan Haji Rahmat bin Hj. Md. Kasim. Pada tahun 1945 nama pondok telah diubah sedikit dengan nama Madrasah al-Husniyah Li Shariah al-Muhammadiyah yang terus menabur jasa baktinya dalam penyebaran Islam di Melaka. Ketika itu pondok tersebut telah mengeluarkan seramai 1,700 orang pelajar. 

Apabila keluarga Haji Ahmad bin Hj Md. Kasim semuanya berpindah ke Mekah pada tahun 1953 untuk memenuhi wasiat beliau, pondok tersebut mengalami kemerosotan. Lama-kelamaan menjelang tahun 1958, pondok tersebut tidak lagi dapat menjalankan peranannya sebagai pusat penyebaran Islam di Melaka seperti sebelumnya. Sejak itu ia lebih merupakan sebuah surau dan tempat perbincangan (usrah) sehingga menjelang 1977. 

Pada tahun tersebut anak-anak Haji Ahmad bin Haji Md. Kasim iaitu Datuk Hj. Muhammad, Datuk Hj. Mokhtar, Haji Nawawi dan Hj. Zainuddin telah bersepakat untuk menghidupkan semula madrasah ayahnya. Mereka telah merancang supaya madrasah tersebut dijadikan sebagai Maahad li Tahfiz al-Quran al-Karim al-Lughah al-Arabiah. Bangunan baru telah didirikn oleh mereka menggantikan madrasah yang telah uzur itu. 

Jangka masa pengajian ialah tiga tahun. Sukatan pelajaran yang dirancangkan adalah khusus untuk membolehkan mereka yang memasuki maahad tersebut, memasuki Maahad Tahfiz al-Quran di al-Azhar dan university-universiti Islam Asia Barat yang lain. Sukatan pelajarannya terbahagi kepada lima bahagian. 

1. Pengajian al-Quran yang mengandungi ulum al-Quran, bacaan, hafazan, tajwid, lagu dan ilmu tafsir 

2. Pengajian bahasa Arab yang mengandungi nahu, balaghah, mantik, insya dan mutalaah. 

3. Pengajian ilmu agama yang mengandungi akidah, fiqh, dan Usul fiqh. 

4. Pengajian bahasa yang mengandungi peajaran Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 

5. Pengajian ilmu kemasyarakatan di antaranya sejarah Islam, falak, geografi dan sejarah Malaysia. 

Murid-murid yang diterima masuk di maahad tersebut mestilah mempunyai syarat-syarat kelayakan : 

· Memiliki syahadah 1 dadiyah yang diakui oleh kerajaan Malaysia 

· Mempunyai rekod yang baik di sekolah asalnya 

· Lulus ujian lisan dan tulisan 

· Pelajar yang diterima dikehendaki membayar wang hemat diri antara $100.00 hingga $500.00. 

· Dikehendaki bertingkah laku dengan baik semasa berada di maahad tersebut 



Di samping secara khusus Hj. Ahmad bin Hj. Md. Kasim bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islam di pondoknya dengan ratusan murid yang tetap, beliau juga aktif dalam menjalankan dakwah di luar pondok. Beliau mengajar di masjid-masjid seluruh Melaka dan Negeri Sembilan. Pada siang hari beliau sentiasa berada di pondoknya, tetapi pada sebelah malam sepanjang hidupnya dipenuhi dengan syarahan di merata-rata tempat. 

Pada malam Sabtu beliau mengajar di Masjid Air Baruk, Masjid Rim, Masjid Simpang Kerayung dan Masjid Benban. Beliau mengajar di dua buah masjid satu malam dan diselang dua minggu sekali. 

Pada malam Ahad pula, beliau mengajar di Masjid Rambau, Masjid Gemencheh, Masjid Geduk dan Masjid Sungai Dua yang semuanya berada dalam Negeri Sembilan. Pengajaran di masjid-masjid ini juga dilakukan secara bergilir-gilir. 

Cara beliau mengajar juga agak berlainan daripada cara yang dilakukan oleh ulama yang lain sama ada semasa atau selepasnya, iaitu beliau tidak pernah membelakangkan kiblat. Beliau sentiasa mengadap kiblat ketika mengajar manakala para hadirin duduk bersila mengelilingi beiau memenuhi ruang tengah masjid tersebut. 

Di mana-mana sahaja beliau berada sama ada di pondok ataupun di masjid-masjid beliau sentiasa memakai serban dan jubbah. Ini merupakan salah satu factor mengapa beliau terlalu dihormati oleh penduduk sebagai tanda kezuhudan dan warak. Orang ramai begitu tertarik dengan syarahan beliau yang menggunakan cara yang lemah lembut dan bijaksana serta kias ibarat yang menyenangkan hati. Beliau tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang pedih untuk membetulkan sesuatu kemungkaran yang terdapat dalam masyarakat. 

Kesan yang paling nyata daripada pengajarannya dan dakwah ialah sebahagian besar para imamyang berkhidmat di masjid-masjid di seluruh negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada hari ini adalah bekas murid beliau. 

Pondok Haji Ahmad bin Haji Md. Kasim juga telah berjaya melahirkan ramai pembesar Negara. Di antaranya Hj. Abd. Malik bin Yusof, bekas Gabenor Negeri Melaka, Datuk Baginda Tan Mas, Hj. Abd. Rahman bin Mat Som, Timbalan Datu’ Johol, Yang Berhormat Hadi Ahmad Dahlan Md. Salih, pernah menjawat EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sebatu dan lain-lain. 

Oleh kerana jauhnya tempat yang beliau perlu kunjungi untuk kerja-kerja dakwah, Haji Ahmad bin Hj. Md. Kasim telah membeli kerata. Pada mulanya beliau memakai kerata Moris Minor yang bernombor plat N 91. Kemudian beliau memakai kereta Austin Eleven yang bernombor plat M 54. Sejak tahun 1934 hingga tahun 1943 beliau mempunyai 6 orang pemandu. Di Melaka atau di tempat-tempat lain di Malaysia pada ketika itu sukar ditemui seorang ulama yang mampu membeli kerata. Kereta pada ketika itu hanya dimiliki orang beberapa orang kaya dan pegawai tinggi kerajaan sahaja. Kemampuan beliau membeli kereta membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang bijaksana. 



Hasil Karya 

Haji Ahmad bin Haji Md. Kasim hidup dalam satu jagka masa yang agak pendek. Beliau meninggal dunia pada 11 Mei 1943. Walaupun masa hidupnya dipenuhi dengan aktiviti pengajrannya di pondok dan di masjid-masjid seluruh negeri Melaka dan Negeri Sembilan, namun beliau sempat menghasilkan beberapa karya. Antaranya ialah terjemahan dan suntingan kitab Talim al-Mutaallim daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu dengan tajuk Talim al-Mutaalim bi al-Jawi. Kitab itu kemudiannya diperkenankan oleh D.Y.M.M Sultan Perak iaitu Sultan Iskandar Shah dan dicetak pada tahun 1937 oleh Matbaah al-Zainiyah, Taiping, Perak. Kitab susunan beliau yang lain ialah Ratib al-Hadad. 

Kitab yang pertama merupakan perbincangan tentang tiga belas perkara utama. 

1. Menelanjangi hakikat ilmu dan kelebihan mempelajarinya khusus ilmu fiqh. 

2. Membicarakan tentang hakikat niat bagi seorang murid ketika belajar. 

3. Membicarakan tentang bagaimana untuk memilih ilmu yang mesti dipelajari kerana umur seorang itu terhad.guru yang bagaimana pula yang harus diutamakan dan sahabat yang mana pula yang harus dibuat kawan semasa belajar. 

4. Membicarakan segala yang berkaitan dengan hokum mengagungkan ilmu pengetahuan dan ulama 

5. Membicarakan tentang kepentingan kesungguhan dan azam yang kuat untuk menuntut ilmu 

6. Membicarakan tentang bagaimana untuk memulakan satu pengajian 

7. Membicarakan tentang kepentingan sifat tawakal dalam menuntut ilmu 

8. Membicarakan tentang kepentingan berkasih sayang dan nasihat-menasihati antara satu sama lain 

9. Membicarakan bagaimana mendapatkan sesuatu kebajikan 

10. Membicarakan tentag kepentingan sifat warak ketika menuntut ilmu 

11. Membicarakan tentang hakikat hafaz dan lupa 

12. Membicarakan tentang sebab-sebab yang boleh memurahkan rezeki seseorang 

13. Membicarakan tentang masa yang baik untuk menuntut ilmu 

Disamping kitab-kitab yang tersebut di atas, beliau telah meninggalkan sebuah hasil karya aslinya, tetapi belum sempat dicetak dan masih berada di peringkat penulisan. Hasil karya asli beliau ini juga membicarakan mengenai suatu yang ada kaitannya dengan kewajipan menuntut ilmu, sama ada ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah. Jika usianya dipanjangkan oleh Allah s.w.t tentu kitabnya dapat kita tatap bersama. Namun demikian, karya asalnya yang belum siap ada dipamerkan dalam Majlis Memperingati Tokoh Ulama Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1982.


Penutup 

Di Malaysia, boleh dikatakan ramai yang melahirkan para ulama Melayu. Hj. Ahmad bin Hj. Md. Kasim antara ulama yang banyak berjasa kepada penduduk Melaka. Hasil daripada kerja keras para ulama di Malaysia, dapat kita membaca dan menuntut sedikit ilmu daripada mereka. Akhirnya, lahirlah generasi yang mencintai ilmu agama. 

Semuanya atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengetahuan ilmu agama. Ilmu agama adalah penyuluh kehidupan seseorang. Selain itu, timbul kesedaran kerja-kerja dakwah di Malaysia yang menimbulkan fenomena masyarakat yang mencintai ilmu agama. 

Sabtu, 19 Januari 2013

Cerita bapa jahat anak baik

Tiada ulasan :

Cerita bapa jahat Baik vs jahat:
Seorang pemuda kesedihan setelah kematian bapanya, lebih menyedihkan lagi apabila selalu sahaja orang kampung berceritakan tentang kejahatan arwah bapanya sewaktu hidup. Setiap kali dia pergi ke surau orang kampung akan membuat perbandingan antara dia dengan bapanya, selalu orang kampung berkata, " baik sungguh kamu ni, tapi bapa kamu jahat".

Sehinggalah beliau berfikir bagaimanakah caranya untuk dia membaiki imej arwah bapanya, supaya orang mengatakan bapanya seorang yang baik, lalu ia semakin banyak melakukan kebaikan agar imej bapanya bersih, namun semakin pula ramai yang mengatakan " kamu ni sangat baik, tidak seperti bapa kamu yang jahat". Keadaan ini semakin menjadikan ia sedih dan sentiasalah ia berfikir bagaimanakah cara agar orang kampung berkata bahawa bapanya seorang yang baik.

Akhirnya ia mendapat akal, dibuang segala kebaikannya, lalu ia melakukan berbagai kejahatan, sehingga dia berbuat kejahatan melebihi dari kejahatan yang dibuat oleh bapanya, kini ia tidak bersedih lagi dan sudah pun tersenyum kerana rata-rata orang kampung apabila bertemu dengannya akan berkata " kamu ni sangat jahat, bapa kamu baik sedikit dari kamu".

Pengajaran : 
Orang tidak memuji kamu selepas kematian disebabkan perhiasan nisan kuburmu yang cantik tetapi amalanmu sewaktu hidup, tinggalkanlah sebanyak mungkin kebaikan supaya kebaikanmu disebut dan supaya zuriatmu bergembira dengan kebaikanmu dan tidak bersedih dengan penghinaan kejahatanmu.


Kredit to : Ustaz Rosli Abdul Jabar

Khamis, 10 Januari 2013

10 Jan : Hari Ulangtahun Kelahiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Tiada ulasan :
Alhamdulillah, Diberi oleh Allah swt kesempatan untuk terus menulis di blog ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga baginda dan para sahabat Baginda.

Hari ini 10 Januari 2013 bersamaan 28 Safar 1434 merupakan hari ulangtahun kelahiran Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang ke 82 tahun.


Beliau yang merupakan Menteri Besar Kelantan yang juga sebagai Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia adalah seorang tokoh Islam yang paling disegani.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Beliau yang juga mendapat tempat ditangga ke 42 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia

Doaku untuk mu Tok Guru :
  • Dipanjangkan Umur supaya Malaysia terus dipimpin oleh Ulama
  • Dimurahkan rezeki
  • Sentiasa sihat dan gagah dalam menyampaikan ilmu agama


Isnin, 7 Januari 2013

Menyanggah Hujah Puak Syiah Bahawa Berpegang pada Sunnah adalah Lemah

Tiada ulasan :
Tentunya kita sering membaca artikel-artikel dari kalangan syi’ah yang mengolok-olok ahlus sunnah dengan mengatakan bahwa hadits perintah berpegang kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah kedudukannya adalah lemah, sedangkan hadith thaqalain iaitu Al-Qur’an dan Ahlul Bait kedudukannya sahih, sehingga mereka mengatakan bahwa ahlus sunnah sebenarnya tidak punya pegangan yang kuat.

Mungkin jika kita kurang berfikir secara kritis, kita akan mengiyakan hal tersebut, padahal perintah untuk berpegang teguh kepada As-Sunnah adalah perintah Allah yang banyak sekali disebutkan dalam Al-Qur’an, sehingga kedudukannya jauh lebih kuat dibandingkan hadits thaqalain. Sedangkan hadits thaqalain sendiri pada kenyataannya adalah perintah untuk berpegang teguh kepada Kitabullah dan perintah untuk memperhatikan ahlul bait.


Lalu apa yang dimaksud dengan sunnah disini? As-Sunnah menurut istilah syari’at ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Shallallahu alaihi wa sallam dalam bentuk qaul (ucapan), fi’il (perbuatan), taqrir (penetapan), sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan dengannya sebagai tasyri (pensyariatan) bagi ummat Islam (Qawaa’idut Tahdits (hal. 62), Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, Ushul Hadits, Dr. Muhammad ‘Ajjaj al-Khathib, cet. IV Darul Fikr 1401 H, Taisir Muthalahil Hadits (hal. 15), Dr. Mahmud ath-Thahhan)

Contoh-contoh ayat Al-Qur’an yang memerintahkan untuk berpegang kepada As-Sunnah :

Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang ia kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan.” (Q.S. An Nisa’: 13-14)
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki maupun perempuan mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, sungguh, dia telah nyata-nyata sesat.” (Q.S. Al Ahzab: 36)
Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (Q.S. An Nisa’: 69)
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu…” (QS. Al Ahzaab: 21)
Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka (Q.S. An Nisa’: 80)

Dan masih banyak lagi…

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Aku tinggalkan dua perkara untuk kalian. Selama kalian berpegang teguh dengan keduanya tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku.”(HR. Abu Hurairah).
”Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallâhu ‘alaihi Wa Sallam sementara seburuk-buruk perkara adalah hal-hal yang diada-adakan, dan setiap hal yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu berada di neraka.” (HR. an-Nasa`i)
“Orang yang berpegangan kepada sunahku pada saat umatku dilanda kerusakan maka pahalanya seperti seorang syahid.” (HR. Ath-Thabrani)
“Berpegangteguhlah kalian dengan Sunnah-ku dan sunnah para Khulafa Rasyidin yang mendapat petunjuk (setelahku).” (HR. Al-‘Irbadh bin Sariyah)
“Hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnah Khulafaur Rasyidin yang diberi petunjuk (Allah). Peganglah kuat-kuat sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah ajaran-ajaran yang baru (dalam agama) karena semua bid’ah adalah sesat.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)
“Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku maka dia bukan golonganku.” (HR. Bukhari)

Kesimpulan : Berpegang teguhlah kepada Kitabullah dan Sunnah diperintahkan oleh Allah dalam Kitabullah, dan Rasul-Nya dalam hadits-hadits baginda s.a.w, sehingga jika kita berpegang kepada Kitabullah, secara automatik kita wajib berpegang kepada Sunnah Rasulullah, hal ini menunjukkan perintah berpegang kepada sunnah bersamaan dengan Kitabullah adalah sangat kuat.

Ahad, 6 Januari 2013

Mengenal Puak Ahbash

Tiada ulasan :


Muqaddimah
Masyarakat Islam di Malaysia hidup dengan aman dan permai dengan berpegangkan Mazhab Syafie dalam fiqh dan aliran Asya’irah dalam aqidah. Aliran Asya’irah merupakan salah satu aliran pemikiran golongan Ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah, di samping aliran Salafi dan Maturidiyyah. Sungguhpun terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam permasalahan fiqh, dan juga cabang-cabang aqidah, manun khilaf ini tidak menimbulkan perpecahan dan permusuhan. Ini kerana sikap saling hormat menghormati masih wujud, di samping semua pihak memahami bahawa tiada siapa pun yang wajib dipegangi perkataannya secara mutlaq (seratus peratus) kecuali Rasulullah s.a.w. Namun, kedamaian dan sikap hormat menghormati ini akan digantikan dengan perpecahan dan permusuhan yang berpanjangan jika pengaruh kumpulan Ahbash masuk dan merebak di Negara yang tercinta ini. Dan tanah air ini mungkin tanah yang sangat subur bagi kumpulan ini (jika tidak diawasi), kerana mereka mendakwa berfahaman Asyairah dan bermazhab Syafie. Mereka juga bergerak dengan namaJam’iyyah al-Masyari’ al-Khairiyyah al-Islamiyyah.

Pengenalan Tentang Kumpulan Ini
Ia adalah satu kumpulan yang mula timbul di Lubnan di bawah pengaruh pengasasnya iaitu Abdullah al-Harari al-Habasyi. Kumpulan ini mengambil peluang daripada kejahilan dan kemiskinan kesan daripada perang saudara yang berlaku di sana untuk menyebarkan ajaran falsafah ilmu Kalam dan Tasauf Batiniah. Ia adalah dengan tujuan merosakkan pegangan aqidah umat Islam dan memecah belah kesatuan mereka yang mana akhirnya memalingkan mereka daripada perkara asasi (yang penting kepada mempersoalkan perkara yang remeh temeh) [WAMY: 427]

Pengasas Kumpulan al-Ahbash
Nama sebenar kepada Abdullah al-Harari al-Habasyi ialah Abdullah bin Muhammad. Digelar al-Harari al-Habasyi kerana dia berasal dari kawasan Harar di Habsyah. Pada asalnya dia mengikuti Thariqat Tijaniyyah dan dari situlah bermulanya keganjilannya. Kemudian dia mengikuti Thariqat Rifa’iyyah. Dari Habsyah beliau berhijrah ke Syria, dan kemudiannya ke Lubnan. Dan antara sebab penghijrahan beliau ialah kerana beliau telah menimbulkan masalah kepada Ma’had Tahfiz di sana, di mana beliau bersekongkol dengan pemerintah di sana sehingga menyebabkan Ma’had Tahfiz tersebut terpaksa ditutup dan Mudirnya (Pengetuanya, Ibrahim Hasan) pula terpaksa meringkuk 23 tahun dipenjara serta dibuang daerah. Dan disebabkan al-Harari bersekongkol dengan pemerintah di sana, ramai di kalangan ulamak di sana terpaksa lari ke Mesir dan juga Arab Saudi. Dari situlah beliau digelar sebagai al-Fattan (pencetus fitnah dan masalah), atau digelar juga Syeikhul Fitnah. [WAMY: 427]

Setelah berada di Lubnan, beliau mula menyebarkan ajaran aqidahnya yang mempunyai unsur syirik, unsur Jahmiyyah dalam masalah sifat Allah SWT, unsur Murji-ah, Jabariyyah, Tasauf Batiniyyah dan juga unsur Syiah, mencela sahabat, menuduh Siti Aisyah r.a. melakukan dosa di samping fatwa-fatwanya yang pelik. Namun, beliau berjaya mempengaruhi sebahagian pengikut yang mana akhirnya menganggap bahawa bukanlah muslim yang sebenar melainkan yang berfahaman sebagaimana fahaman beliau. [WAMY: 428].

Dan jika kita membaca biodata Syeikh al-Harari ini sebagaimana yang ditulis oleh kumpulan al-Ahbash, maka seolah-olah kita membaca biodata seorang ulamak terunggul yang jarang dijumpai di abad ini. Namun, hakikatnya biodata itu kebanyakannya tiada asas dan penuh dengan pembohongan. Dikatakan dia pernah menjadi Mufti di Somalia, namun hakikatnya dia tidak memahami bahasa Somalia pun, dan hanya sekali sahaja ke Somalia. Dikatakan berketurunan Quraish, sedangkan ia hanyalah dakwaan semata-mata. Dikaitkan dengan keramat-keramat seorang wali, sedangkan tidak dipastikan kesahihan cerita-ceritanya. Bahkan sampai tahap keramat yang dinisbahkan kepada Syeikh al-Habasyi bahawa Rasulullah s.a.w. datang ke rumahnya untuk mengajak beliau bertawaf bersama, dan akhirnya Nabi s.a.w. menghantarnya pulang ke rumah beliau, kerana menghormati keilmuan Syeikh al-Habasyi ini. [AHBASH, 1, 27- 79]

Ajaran Dan Pegangan Mereka
  1. Kumpulan Al-Ahbash mendakwa mereka adalah bermazhab Syafie, namun sebenarnya mereka sangat jauh daripada fahaman Imam Syafie. [WAMY: 428]
  2. Al-Habasyi menyangka bahawa Jibril yang mengatur lafaz al-Qur’an, dan bukannya Allah SWT. [WAMY: 428]
  3. Dalam masalah keimanan, ada unsur Murji-ah dalam pegangan mereka. Ini kerana mereka memisahkan amalan dengan keimanan. Seseorang itu masih lagi mukmin sekalipun meninggalkan solat dan juga semua kewajiban. Kerana inilah mereka tidak menganggap satu kesalahan yang besar tidak berhukum dengan hukum Allah SWT. [WAMY: 428]
  4. Dalam masalah Qadar, mereke terpengaruh dengan ajaran Jabariyyah. Ini kerana mereka menganggap Allah SWT yang membantu si kafir untuk kafir. Tanpa bantuan Allah SWT, si kafir tidak akan mampu untuk kufur. [WAMY: 429]
  5. Al-Ahbash menggalakan supaya berdoa memohon hajat dengan kubur. Ini kerana mereka menganggap bahawa orang yang berada dalam kubur mampu untuk keluar membantu orang yang memohon bantuan dengan mereka. [WAMY: 429]
  6. Al-Ahbash banyak menerima hadis dhoif dan juga palsu yang bersesuaian dengan pegangan mereka, sebagaimana mereka banyak menolak hadis sohih yang bercanggah dengan pegangan mereka. [WAMY: 429]
  7. Al-Habasyi banyak mengutuk para sahabat Nabi s.a.w., terutamanya Muawiyah r.a. dan Siti Aishah r.a. Dia juga pernah mengkritik Khalid bin al-Walid r.a. Dan dia menganggap orang yang keluar daripada mentaati Saidina Ali mati dalam keadaan Jahiliyyah. (Pengaruh Syiah) [WAMY: 429]
  8. Al-Habasyi menganggap bahawa Allah SWT menciptakan alam ini dan juga mengutuskan para Rasul tanpa sebarang hikmah. Dan sesiapa yang mengaitkan perbuatan Allah SWT dengan hikmah, maka dia adalah musyrik. [WAMY: 429]
  9. Al-Habasyi telah mengkafirkan ramai ulamak. Dia menganggap bahawa Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah sebagai kafir, dan menganggap antara kewajiban yang utama bagi seorang mukallaf ialah mengkafirkan Ibn Taimiyyah. Begitu juga dia menganggap Imam az-Zahabi sebagai seorang yang keji. Dia juga menganggap bahawa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai seorang penjenayah, pembunuh dan seorang yang kafir. Dia juga mengkafirkan Syeikh al-Albani, Sayyid Sabiq (menganggapnya sebagai seorang Majusi) dan juga Sayyid Qutb (menganggapnya sebagai seorang khawarij yang kafir). [WAMY: 429].Bahkan al-Ahbash juga telah mengkafirkan Imam IBn Khuzaimah, dan menganggap kitab al-Tauhid karangan Ibn Khuzaimah sebagai kitab al-Syirk. Dan antara yang dikafirkan atau yang dianggap sesat oleh golongan al-Ahbash (selain tadi) ialah al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Imam Ibn al-‘Izz al-Hanafi, Mufti Lubnan Syeikh Hasan Khalid, Syeikh Muhammad Ali al-Juzu, Syeikh Yusof al-Qardhawi, Syeikh Abu Bakar al-Jazairi, Syeikh Hasan Qatharji, Dr Fathi Yakan, Dr Faisal Maulwi dan lain-lain lagi. [AHBASH, 2, 1167-1173].
  10. Kumpulan Al-Ahbash sangat membenci orang yang menyanjung Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, dan mereka melabelkan golongan ini sebagai Wahhabi. Dan mereka sangat banyak memfitnah golongan ini. Antaranya mereka mengatakan bahawa golongan Wahhabi ini menyatakan bahawa Allah akan binasa kecuali mukaNya sahaja, Abu Lahab dan Abu Jahal lebih bertauhid daripada orang yang mengucapkan La Ilaha illah, bahkan Wahhabi membenci dan memerangi kalimah tersebut, aqidah Wahhabi sama dengan Yahudi yang mengatakan Allah penat setelah menciptakan langit dan bumi. Bahkan mereka menyatakan bahawa Imam Wahhabi akan marah bila disebut nama Nabi s.a.w., dan membenci untuk berselawat kepada baginda, dan menganggap orang yang menyaringkan berselawat selepas azan seolah-olah berzina dengan emak sendiri. Inilah antara fitnah-fitnah yang telah dilemparkan oleh golongan Ahbash terhadap pencinta golongan Salaf. [AHBASH, juz 2, m/s1148-1165].Senjata inilah yang biasa digunakan oleh al-Ahbash untuk golongan yang tidak sebulu dengan mereka, dengan menuduh mereka sebagai Wahhabi. Berkata Dr Yusor Qardhawi: “Antara perkara yang pelik ialah golongan al-Ahbash menuduhku sebagai seorang Wahhabi yang taksub dengan ulamak-ulamak Wahhabi…” [Fatawa Qardhawi: 3, 689]
  11. Golongan al-Ahbash sangat mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Mereka juga mewajibkan untuk mengkafirkan Muktazilah, sedangkan Imam Nawawi menyatakan: “Para salaf dan khalaf menganggap tidak mengapa bersolat di belakang Muktazilah dan yang seumpama mereka (yang sesat), mengahwini mereka, mewarisi harta mereka…”[al-Majmu’, juz 4, m/s 254]. Mereka juga mengkafirkan sesiapa sahaja yang melakukan perkara kekufuran, sekalipun dengan jahil hukumnya. [AHBASH, 2, 645-697]
  12. Al-Ahbash juga mengkafirkan seseorang secara mu’ayyan (menentukan nama seseorang), sedangkan para ulamak muslimin hanya menyebutkan asas-asas yang boleh membawa kepada kekufuran, tanpa menentukan nama seseorang. Mereka juga tidak menerima alasan jahil sebagai uzur (yang menghalang) daripada menjadi kafir. Dan antara perkataan yang boleh membawa kafir pada pandangan mereka ialah berkata kepada seorang kafir: “Semoga Allah memuliakanmu”, atau “Semoga Allah mengampunkanmu”. Begitu juga kafir orang yang menamakan tempat-tempat ibadat orang kafir sebagai rumah Allah. [AHBASH, 2: 645-661]
  13. Al-Ahbash juga mengkafirkan sesiapa sahaja yang jahil sifat Allah SWT yang thabit dengan akal, tetapi (tidak kafir) jahil sifat Allah yang thabit dengan naql (Qur’an dan Hadis), sedangkan Imam Syafie berkata: “Dan kami tidak akan mengkafirkan seorangpun yang jahil tentangnya (sifat-sifat Allah) melainkan setelah sampai khabar (ilmu) tentangnya (sifat-sifat Allah) kepadanya”. Dan yang thabit dengan akal pada pandangan mereka ialah sifat Allah yang tiga belas itu. [AHBASH, 2, 677-683]
  14. Al-Ahbash tidak menerima pembahagian tauhid kepada Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan al-Asma’ Wa as-Sifat. Bahkan mereka menganggap pembahagian ini adalah satu perkara yang bid’ah, sedangkan ketiga-tiga tauhid ini disebutkan dengan jelas di dalam al-Qura’n. [AHBASH, 1, 228-237]
  15. Al-Habasyi juga menyanjung Ibn Arabi yang berfahaman “Wehdatul Wujud” dan menganggapnya sebagai Syeikhul Islam. [WAMY: 429] Sedangkan kita memahami bahawa tiada satu kekufuruan yang melebihi kekufuran “Wehdatul Wujud”.
  16. Al-Habasyi mengajak kepada mengikuti ajaran tasauf, Tarikat Naqsyabandiyyah dan juga Tarikat Rifa’iyyah. [WAMY: 429].
  17. Al-Habasyi juga banyak mengeluarkan fatwa yang menyimpang. Dia mengharuskan menggunakan helah dalam perkara keagamaan. Dia menghalalkan melihat kepada perempuan. Bahkan tidak mengapa bersalaman dengan perempuan, dan boleh bagi perempuan keluar dalam keadaan berhias dan memakai bau-bauan, walaupun tanpa keizinan suami. [WAMY: 430]
  18. Al-Ahbash juga menganggap si kaya yang memiliki kekayaan wang ringgit (sekalipun banyak) tidak perlu mengeluarkan zakat, bahkan boleh memakan riba (dalam wang ringgit) dengan alasan ia bukanlah emas dan perak. [Fatawa Qardhawi, 3, 685].
  19. Mereka juga membolehkan seseorang meninggalkan solat fardhu jumaat jika memakan bawang atau meletakkannya di dalam poket bajunya. [Fatawa Qardhawi, 3, 685].
  20. Al-Ahbash telah menimbulkan kekacauan kepada kaum muslimin di Amerika dan Kanada berkaitan dengan kiblat, sehingga akhirnya dibina masjid yang khusus untuk mereka. Ini kerana mereka telah mengubah kiblat sebanyak 90 darjah, yang menyebabkan mereka menghadap kepada bukan kiblat kaum muslimin. Ini kerana mereka menganggap bahawa bumi ini berbentuk separuh bulat seperti bentuk separuh sebiji limau. Manakala di Lubnan pula, mereka akan bersolat setelah selesainya jemaah masjid. Mereka juga dikenali dengan suka menggunakan masjid untuk menyebarkan fahaman sesat mereka (tanpa keizinan sehingga sanggup memukul para imam masjid). [WAMY: 430]
  21. Al-Ahbash juga menganggap bahawa syafaat Nabi s.a.w. hanyalah untuk orang yang melakukan dosa-dosa besar sahaja, dan tiada syafaat untuk golongan yang bertakwa. Kerana inilah ada di kalangan mereka yang menyatakan bahawa kita tidak memerlukan syafaat Nabi s.a.w., kerana kita bukannya orang yang melakukan dosa-dosa besar.

Kajian Dan Penulisan Tentang Kumpulan Ahbash
Allah SWT akan sentiasa menjaga kesucian agama Islam. Kerana inilah bila timbulnya sebarang kesesatan, maka sudah tentu akan ada golongan yang Allah pilih untuk memperbetulkan keadaan. Samalah juga bila timbulnya golongan Ahbash, ramai ulamak bangun menetang dan menulis tentang kesesatan dan kepincangan method golongan ini. Dan antara ulamak yang paling banyak menulis tentang kepincangan golongan al-Ahbash ialah Syeikh Abdul Rahman ad-Dimasyqiyyah. Beliau telah menulis beberapa buku tentang kesesatan golongan Ahbash. Dan kajian tentang golongan ini yang paling terperinci (yang saya tahu) ialah tesis PhD di Universiti Umm al-Qura, Makkah yang ditulis oleh Dr. Saad bin Ali as-Syahrani. Beliau telah menulis lebih daripada 1300 muka surat tentang golongan ini (dan tesis ini telah dibukukan dan dicetak dalam dua jilid).

Fatwa Ulamak Tentang Golongan Ini.
Ramai ulamak yang mengeluarkan fatwa tentang kesesatan golongan ini dan bala perpecahan yang dicetuskan oleh mereka, samada secara lisan atau bertulis. Dan antara fatwa yang telah ditulis tentang golongan ini ialah fatwa Syeikh Dr. Yusof Abdullah al-Qardhawi. Beliau telah menganggap bahawa golongan ini adalah pencetus kepada masalah dan telah meruntuhkan perpaduan kaum muslimin. Beliau menganggap golongan ini sangat bahaya kerana suka mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka, dan juga mengkafirkan ramai ulamak. Qardhawi juga menganggap bahawa mereka sangat jauh dari apa yang mereka dakwakan bahawa mereka adalah pengikut Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Sayafie. Beliau juga menganggap bahawa golongan ini adalah golongan yang jahil yang tidak mempunyai adab. Kerana inilah beliau tidak menyahut seruan debat golongan Ahbash kerana menganggap bahawa mereka tidak layak untuk berdebat dengan beliau. [lihat Fatawa Qardhawi, juz 3, m/s 685-710].

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili juga berfatwa tentang kumpulan Ahbash. Beliau menyatakan bahawa mereka adalah golongan sesat dan menyesatkan. Maka wajib menjauhi mereka dan berwaspada dengan mereka. Mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal…kerana itu hendaklah betul-betul berwaspada dengan mereka. (Jawapan lisan yang beliau berikan ketika ditanya tentang kumpulan Ahbash dan ia boleh didapati dalam laman web yotube). Beliau juga pernah menyarankan supaya jangan menerima pinangan ahli kumpulan Ahbash kerana pendapat dan fikrah kumpulan ini berbeza dengan majoriti umat Islam. Beliau bimbang timbulnya perbalahan dan masalah kerana pendapat kumpulan ini yang syaz (ganjil dan pelik). [Rujuk: bankahbash.blogspot.com/]

Dr. Mohd Said Ramadhan al-Buthi pula menyatakan bahawa kumpulan ini banyak mengkafirkan kaum muslimin. Mereka mengkafirkan Syeikh Mutawalli Sya’rawi, Qardhawi dan mereka juga mengkafirkanku. Boleh jadi mereka menganggap hanya mereka sahaja kaum muslimin yang ingin sampai kepada Allah. [Rujuk: bankahbash.blogspot.com/]

Mufti Mesir, Dr. Ali Jumu’ah dalam fatwanya menyatakan bahawa Kumpulan Ahbash ini ada zahir dan batinnya. Zahirnya mereka bermazhab Syafie dalam fiqh dan mazhab Imam al-Asy’ari dalam aqidah. Dan batinnya pula ialah mengkafirkan kaum muslimin, memburukkan kaum mukmin, dan bekerja (dengan bayaran) untuk musuh-musuh Islam dan kaum muslimin. Beliau juga menyatakan bahawa kumpulan Ahbash bersekongkol dengan Yahudi dan kuncu-kuncunya. Dan katanya lagi, demi melebarkan pengaruhnya, kumpulan ini sentiasa menyelindungi hakikat sebenar mereka, kerana itulah batin yang tersembunyi tidaklah ditulis dalam buku-buku mereka. Disebabkan keterlaluan mereka dalam menimbulkan fitnah, Dr Ali menyatakan, bahawa tidaklah diketahui apakah penyakit jiwa atau penyakit akal yang menimpa mereka sehingga mereka melampaui dalam perkara yang mereka sendiri tidak mengetahuinya. Beliau juga menytakan sudah keluar beberapa fatwa yang rasmi tentang keburukan kumpulan ini. Antaranya Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah, Universiti Azhar, al-Hai’ah al-Ammah Li Idarah al-Buhuth al-Ilmiyyah Wa al-Ifta’ Wa al-Da’wah Wa al-Irsyad, (Majlis Fatwa Arab Saudi), dan al-Majlis al-A’la Li al-Ifta’ di Amerika Utara. [Rujuk: http://www.islamonline.net] (Dan fatwa ini telah disiarkan di Islamonline.net pada 24 November 1999)

Rektor Universiti Azhar Dr Ahmad Umar Hasyim juga menyatakan bahawa Universiti al-Azhar tidak mempunyai sebarang kaitan dan perjanjian persefahaman dengan kumpulan Ahbash ini. Ini kerana Universiti al-Azhar tidak akan mengadakan sebarang perjanjian kerjasama dengan kumpulan yang tidak jelas pegangannya al-Qur’an dan juga Hadis. (Surat bertarikh 28 Ogos 2001, bersamaan 9 Jamadil Akhir 1422H, yang difakskan oleh beliau kepada Mudir (Ketua Eksekutif) Rabitah al-Alam al-Islami).


Kesimpulan
Kumpulan Ahbash adalah satu kumpulan yang mana zahirnya mereka menampakkan keIslaman, namun batinnya ia cuba memusnahkan ajaran Islam yang suci ini. Ajaran Ahbash yang menyeleweng dan sikap mereka yang suka mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan mereka adalah satu perkara yang boleh menimbulkan konflik dalam perpaduan masyarakat Islam. Apatah lagi sikap mereka yang suka memfitnah dan memburuk-burukkan sesiapa sahaja yang menyanjung Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Imam Muhammad bin Abdul Wahhab. Ini boleh memburukkan lagi keadaan. Kerana itu, janganlah kita terpengaruh dengan ajaran sesat ini, dan juga tingkah laku mereka yang suka memburuk-burukkan orang lain. Al-Ahbash telah menjadikan ulamak dan kaum muslimin sebagai musuh mereka dan bukannya Yahudi dan si kafir yang menindas kita.

Inilah pengenalan ringkas tentang kumpulan Ahbash. Semoga kita semua terselamat daripada bala kesesatan, fitnah memfitnah dan perpecahan. Amin.

Rujukan:
Tesis PhD tentang al-Ahbash, karangan Dr. Saad bin Ali as-Sayhrani (AHBASH). [http://www.waqfeya.com/book.php?bid=1241]
Al-Mausu’ah al-Muyassarah Fi al-Adyan Wa al-Mazahib al-Mu’asirah, terbitan al-Nadwah al-Alamiyyah Li as-Syabab al-Islami [WAMY] [http://www.waqfeya.com/book.php?bid=1243].
Fatawa Syeikh Dr Yusof al-Qardhawi.
http://www.islamonline.net
http://bankahbash.blogspot.com/

Jumaat, 4 Januari 2013

Bintang Arsenal, Abou Diaby Hafaz 19 juzuk al Quran

Tiada ulasan :


Pemain Arsenal dan juga pemain kebangsaan Perancis menghafaz 19 juzuk al-Quran semasa pemulihan dari kecederaannya yang dialaminya.

Ulama Islam Muhammad Ibn Adam telah menerbitkan siri gambar-gambar beliau dengan pemain antarabangsa Perancis itu berkata "Bersama kawan saya Abou Diaby, menunggu untuk makan malam selepas menghafal 19 juzuk al-Quran"

Diaby, 27, telah mengalami kecederaan otot paha ketika menentang Chelsea.

Dalam masa yang sama, Abou Diaby berdakwah dengan menunjukkan akhlaknya yang baik. Ini adalah satu contoh cara berdakwah. Moga Allah merahmati dan menyembuhkan pemain Arsenal ini.

Sumber

Selangor Memperhebatkan Program Wifi Percuma Di Luar Bandar

Tiada ulasan :

Satu lagi usaha kerajaan Negeri Selangor untuk memperhebatkan lagi Program Wifi Percuma di Luar Bandar. Kira-kira 4000 kawasan yang akan di pasang Wifi di 18 lokasi kawasan luar bandar di Selangor yang dikenalpasti bagi menyalurkan kemudahan wifi percuma ini.

Rujuk artikel di website Selangorku.

SHAH ALAM 20 MAC : Kerajaan Selangor terus memperhebatkan Projek Penyediaan Perkhidmatan WiFi Percuma ke kawasan luar bandar sebagai lanjutan untuk memberi perkhidmatan tersebut di 4,000 lokasi seluruh Selangor. 
Sekurang-kurangnya 18 lokasi luar bandar telah dikenal pasti bagi menyalurkan kemudahan ini. Antaranya Sekinchan, Bestari Jaya, Kajang, Meru, Sabak Bernam, Sungai Burong dan Permatang. 
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains dan Teknologi, Rodziah Ismail berkata kesemua lokasi luar bandar yang terpilih bagi lanjutan projek ini adalah berdasarkan kepada kriteria utamanya sebagai tempat tumpuan umum. 
“Kesemua Projek WiFi ini dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2015. 
“Kerajaan Negeri menganggarkan kos pemasangan WiFi adalah sebanyak RM10,000 hingga RM18,000 bagi satu lokasi kawasan perkhidmatan WiFi dengan kapasiti talian utama (backhaul) sebanyak 4Mbps,” jelas Rodziah bagi menjawab soalan dari ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh.
Sebelum ini, sebagai permulaan, Projek Penyediaan Perkhidmatan WiFi Percuma dimulakan pada April 2010 di sekitar Hulu Selangor dan Shah Alam.