Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Memaparkan catatan dengan label Amalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amalan. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mac 2015

Nota Ringkas : Hukum Talqin

1 ulasan :
Definisi talqin ialah mengajarkan ucapan syahadah pada orang yang berada dalam sakaratulmaut. Dan amalan ini adalah sunnah menurut seluruh sepakat fuqaha, iaitu berdalilkan hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya :
لقنوا موتاكم لا إله إلا الله
"ajarlah orang yg hampir mati dikalangan kamu kalimah Lailaha illallah"

Tiada khilaf dalam bab ini. Adapun talqin selepas mayat dikebumikan disana terdapat beberapa pandangan dikalangan ulama fuqaha. Sebagai penuntut ilmu, adalah menjadi tanggungjawab mengemukakan hujjah secara adil dan tidak menyembunyikan fakta dari menaqalkan qaul ulama, sekaligus tidak buyers dalam metode mengemukakan hujjah.

1. jumhur ulama syafieyyah mutaakhirin semisal Imam al-Nawawi rh dan selepasnya menyatakan amalan ini sunat. Tidak perlu saya kemukakan hujah kerana sahabat-sahabat saya telah pun mengulasnya dengan panjang lebar.
2.  pendapat kedua, iaitu hukumnya bid'ah atau makruh. Pertama sekali, kita lihat dalam kitab fiqh sunnah karangan Sayyid Sabiq :
وذهبت المالكية في المشهور عنهم، وبعض الحنابلة الى ان التلقين مكروه
"Pendapat yang masyhur dikalangan ulama malikiyah dan sebahagian mazhab Hanbali bahawa talqin hukumnya makruh"

Selain itu, Imam al-Suyuti (911 H) yang merupakan antara kibar ulama dalam mazhab syafie pula menegaskan :

“… Kerana talkin tidak sabit melalui hadis sahih mahupun hasan bahkan, hadisnya da’if dengan sepakat ahli hadis. Oleh sebab itu, jumhur ummah mengatakan talkin bidaah. Ulama terakhir yang memfatwakan begitu ialah Syeikh ‘Izz al-Din b. ‘Abd al-Salam. Ibnu al-Salah dan diikuti pula oleh al-Nawawi menggalakkannya hanya melihatkan kepada kaedah bahawa hadis da’if dilonggarkan penggunaannya dalam fada’il al-a’mal.”
[Tulu’ al-Tsariyya bi-Izhar ma Kana Khafiyya; Jabir Zayd al-Samiri (ed); dalam jurnal Majallah al-Jami’ah al-Islamiyyah (2009 M); jil. 14, bil. 2, hal. 144]

Ini kerana mereka yang mengatakan sunat telah berdalilkan sebuah hadith daripada Abu 'Umamah dalam hadith yg agak panjang. Hadith ini dinilai dhaif oleh al-Haitami (ulama dalam mazhab syafie), Imam Nawawi dalam majmu', Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam Zaadul Ma'ad, al-Hafiz al-Iraqi dalam takhrij Ihya, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, Imam Son'ani dalam Subulussalam syarah bulughul Marom, bahkan Imam Son'ani ketika membuat kesimpulan mengenai talqin selepas pengebumian mayat seperti berikut :

إنه حديث ضعيف ويتحصل من كلام أئمة التحقيق أنه حديث ضعيف والعمل به بدعة ولا يغتر بكثرة من يفعله


Sesungguhnya hadith itu dhoif, dan didapati kalam ulama tahqiq bahawa kedhaifan hadith tersebut, dan mengamalkannya adalah bid'ah dan jangan tertipu dengan kebanyakkan orang yg mengamalkannya.

Jumaat, 2 Mei 2014

Doa Bulan Rejab "Berkatilah kami di Bulan Rejab dan Syaaban..."

Tiada ulasan :

Bulan Rejab adalah antara bulan-bulan haram. Kita sudah memasuki bulan rejab. Maka mari kita lihat apa keistimewaan bulan haram.

Allah SWT telah berfirman :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi antaranya ada 4 bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam (4bulan haram)itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang bertaqwa. (Surah al-Taubah : 36)

Telah tersebar sejak sekian lama mengenai doa bulan rejab yang sangat masyhur yang berbunyi :

اللَّهُمَّ بارِكْ لَنا في رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنا رَمَضَانَ

Sebahagian kawan saya bertanya mengenai doa tersebut, adakah ia thabit dari Rasulullah?

Sedikit takhrij secara ringkas saya sertakan :

Doa ini dikeluarkan oleh

1. Ahmad dalam Musnadnya
2. at-Tabrani dalam mu'jam Ausath
3. Baihaqi dalam Syu'bul Iman 
4. Abu Nuaim dalam Hilyat al-Auliya
Hukum Hadith

Ia dinilai Dhoif oleh beberapa ulama seperti Imam al-Nawawi (Lihat al-Adzkar), Imam al-Baihaqi, at-Tabrani, Ibn Rajab dan lain-lain.

Sebahagian ulama menilai bahawa hadith ini Munkar. Antaranya Imam Abu Hatim al-Razi (Lihat Tahzib Kamal) ketika memberi komentar mengenai rijal bernama Ziyad Bin Abdullah an-Numairi.

Adakah boleh beramal dengan doa ini?

Jawabnya : Ia harus diamalkan kerana ia adalah doa, tidak berkaitan dengan hukum-hakam agama dan tidak bercanggah dengan syariat. Berdoalah dengan apa lafaz sekalipun, makna apa sekalipun selagi tidak melanggar batas agama dan tidak memohon kepada keburukan, maka ia dibolehkan. Asalkan tidak menyandarkan doa ini thabit dari Rasulullah Sallallhualaihiwasallam. Wallahu'alam

Untuk lebih detail, sila rujuk blog Ustaz Fathi Sakandary disini

Jumaat, 28 Mac 2014

Amalan Jahiliyyah Malam Nifsu Sya'ban - TG Abdul Hadi Awang

Tiada ulasan :

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
الأصل في العبادة البطلان حتى يقوم دليل على الأمر
Maksudnya: Hukum asal sesuatu ibadat itu TERBATAL (tidak diterima) sehingga ada dalil perintah. (A'lam al-Muwaqqi'in, jld. 1, hlm 401)
Kaedah ini juga pernah disebut oleh Ibn Hajar dengan lafaz yang berbeza tetapi dengan makna yang sama

Itulah sedikit gambaran bahawa amalan ibadat khusus tidak boleh direka-reka melainkan jika ada nas yang mengizinkannya. Terdapat beberapa hadith yang menerangkan apabila sesuatu perkara baharu itu dianggap ibadat khusus yang berkeyakinan dapat mentaqarrub kepada Allah, namun tiada contoh daripada Nabi, maka ia terbatal. Diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu'anha bhw Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda "Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baharu dalam urusan agama, maka ia tertolak (tidak diterima)" Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menjadi suatu amalan tradisi turun-temurun masyarakat melayu apabila menjelang tiba bulan sya'ban, maka ramai yang mempercayai buku amalan diangkat oleh malaikat untuk dipersembahkan kepada Allah azzawajalla yang mana mereka membuat persiapan untuk membaca yasin 3 kali. Perbuatan ini tiada contoh dari Nabi, ia dianggap amalan bid'ah.

Perlu ditegaskan disini, amalan membaca Yasin itu tidaklah salah, membaca 3 kali atau lebih, bukanlah suatu kesalahan. Yang menjadi kesalahan ialah menetapkan membaca yasin pada malam nifsu Sya'ban. Menetapkan mesti membacanya 3 kali dan beranggapan bahawa ia diangkat oleh malaikat untuk dipersembahkan kepada Robbul Jalil. Kepercayaan ini salah sama sekali, tidak diamalkan oleh para sahabat dan para Tabi'in. Apa yang sahih mengenai malaikat mengangkat buku amalan ke langit ialah pada waktu Subuh dan Asar sepertimana yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim :

Rasulullah bersabda: Para malaikat silih berganti turun kepadamu di waktu malam dan di waktu siang. Mereka berjumpa pada solat fajar dan solat Asar. Malaikat penjaga malam lalu naik ke langit, dan Allah bertanya kepada mereka padahal Ia Maha Mengetahui: Bagaimanakah engkau tinggalkan hamba-hamba-Ku?

Mereka menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan tengah solat, dan kami datangi mereka dalam keadaan tengah solat.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Amalan membaca 3 kali di malam nifsu sya'ban menurut kebanyakkan ulama ini berdasarkan hadith palsu. yang akhirnya memberi kesan kepada masyarakat yang tidak mengetahui disiplin fiqh dan hadith. Juga menjadi sebuah kepercayaan masyarakat kita mempercayai bahawa bulan Rejab bulan Allah, Sya'ban bulan Nabi dan Ramadhan bulan ummatnya.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah ttg hadith ini :
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Bulan sya'ban merupakan antara bulan yang mulia, namun begitu, tiada amalan khusus yang disyariatkan melainkan Nabi sallallhu'alaihiwasallam berpuasa pada bulan sya'ban. 

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Untuk artikel lain mengenai Nifsu Sya'ban Klik sini. Ditulis oleh Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin.


Isnin, 3 Mac 2014

Kuliah Tafsir : Hukum-hukum Sekitar Riba dan Hutang - Prof Madya Dr Basri Ibrahim

Tiada ulasan :


Kuliah Tafsir al-Quran yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Basri Ibrahim al-Hasani al-Azhari di surau Furqan, belakang UniSZA. Kuliah diadakan setiap minggu Ahad malam Isnin kecuali hari minggu.

Kuliah maghrib kali ini Dr. Basri mengupas tafsir surah al-Baqarah ayat 275 hingga 281 serta membahaskan mengenai hukum-hukum yang berkaitan dengan riba dan berhutang.

  

Semoga bermanfaat.

Dan jangan lupa subscribe channel SafIbnRahman di youtube untuk mengetahui update video kuliah sunnah terbaru sekitar Unisza. Klik pada gambar di bawah


Ahad, 12 Januari 2014

Tiga Doa Yang Tidak Mustajab Tanpa Syak

Tiada ulasan :




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، كَانَ يَقُولُ: " ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ "


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah shallallah 'alaihiwasallam bersabda : "Tiga doa yang mustajab tanpa syak ialah doa golongan yang dizalimi, doa orang yang bermusafir, doa ibu bapa kepada anaknya.

(Diriwayatkan oleh Ahmad)

Sabtu, 11 Januari 2014

Pandangan Prof. Dr. Syaraf al-Qudhah Terhadap Isu Sambutan Maulid

Tiada ulasan :


Sambutan maulid Nabi S.A.W dan hari-hari kebesaran islam yg lain. Soalan: Apakah hukum sambutan peringatan hari kelahiran Nabi S.A.W yang mulia dan hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti awal tahun hijri dan sambutan peringatan Isra' dan Mi'raj?

Jawapan: Dengan nama Allah, Segala puji bg Allah, selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W…terdapat beberapa golongan dari Muslimin yang beranggapan perbuatan menyambut, mengambil berat ataupun setiap bicara berkenaan dgn hari-hari kebesaran Islam, peristiwa hijrah, Isra' dan Mikraj, pembukaan Mekah, ataupun apa-apa peristiwa dalam sirah Nabi S.A.W adalah bidaah dalam agama dan setiap yg bidaah itu sesat dan kesesatan adalah dalam neraka. Menghukum secara mutlak ia sbg bidaah tidak benar. Sebaliknya yg kita larang dlm sambutan seperti ini jika ia bercampur dgn perkara mungkar dan perkara yang bercanggah dgn agama dan perkara yang Allah tidak izinkan seperti apa yg berlaku di sebahagian negara yang menyambut maulid Nabi S.A.W yang mana mereka menyambutnya dgn memuliakan (secara berlebihan) kpd wali-wali dan org salih. 

Tetapi jika kita mengambil peluang hari maulid ini untuk memperingati manusia tentang sirah Nabi S.A.W, tentang sahsiah baginda yang agung dan tentang risalah baginda yang kekal sehingga kiamat yang mana Allah jadikan sebagai rahmat kpd seluruh alam, adakah ia dikira bidaah dalam agama? Adakah ia dikira sesat? 

Sebaliknya apabila kita menyambut hari-hari seperti ini kita akan mengingatkan manusia tentang nikmat Allah yang agung dan memperingati mereka tentang nikmat adalah syarie, dipuji dan dituntut. Allah memerintahkan kita (untuk memperingati nikmat) dalam kitab-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang beriman ingatlah nikmat Allah kepada kamu apabila datang kepadamu tentera, maka Kami hantarkan angin dan tentera yang kamu tidak nampak. Sesungguhnya Allah Maha melihat apa yang kamu lakukan. (al-Taubah: 9)

Allah mengingatkan tentang perang Khandak atau Ahzab apabila kaum Quraisy, Ghatafan dan puak-puak mereka memerangi Nabi S.A.W dan kaum Muslimin untuk memusnahkan bumi mereka. Mereka mengepung Madinah seperti gelang melilit pergelangan tangan. Mereka mahu memusnahkan tanaman orang-orang Muslimin dan menghapuskan akar-akarnya. Maka Allah membebaskan Muslimin daripada bahaya itu dengan menghantar angin dan tentera dari kalangan malaikat yang manusia tidak nampak. Allah mengingatkan mereka dengan nikmat ini, maka ingatlah kamu semua (wahai Muslimin), janganlah kamu lupa semua perkara ini. Maknanya wajib ke atas kita untuk mengingati nikmat ini dan tidak melupakannya.

Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, ingatlah nikmat yang Allah kurniakan kepada kamu ketika ada satu kaum bercita-cita ingin menghulurkan tangan mereka kepada kamu (untuk menyerang kamu), maka Allah menghalang tangan mereka itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, dan kepada Allah jualah (hendaklah) orang beriman itu perlu bertawakal" (al-Maidah:11) 

Allah mengingatkan Muslimin supaya memperingati nikmat apabila orang Yahudi Bani Qainuqa' berazam untuk melakukan serang hendap terhadap Rasulullah S.A.W dengan merancang helah dan tipu daya mereka tetapi kuasa Allah menggagalkan tipu daya mereka lebih kuat dan pantas. (Mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang).

Jadi, memperingati nikmat adalah dituntut, kita memperingati nikmat Allah dalam peristiwa ini. Apabila kita memperingatkan manusia dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku untuk mengambil iktibar dengan menyebut pengajaran daripadanya adakah ia dikira salah? Adakah ia dianggap bidaah dan sesat? Wallahua'lam.

Ahad, 10 November 2013

Masalah Majlis Perkahwinan dan Tahlilan Menurut Pandangan Islam

Tiada ulasan :


Suatu tulisan nota kecil yang ringkas, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, yang telah memberi saya sedikit kekuatan ini untuk menulis suatu artikel ttg masalah yang dilanda umat Islam khususnya di Malaysia dewasa kini.

Ia adalah sebuah tulisan mengenai kajian yang ringkas mengenai bid'ah, khurafat dan syirik serta dimuatkan amalan-amalan adat Melayu yang ada unsur-unsur bid'ah yang menjadi suatu amalan yang amat popular dikalangan masyarakat.

Ini adalah satu daripada tiga ceraian kertas kerja yang bertajuk Adat-adat Melayu yang bercanggah dengan Syariat Islam. Saya mengambil tugas untuk memperbahaskan tentang majlis perkahwinan secara ringkas dan acara tahlilan yang diamalkan oleh masyarakat kita sejurus selepas kematian seseorang dalam sebuah kampung. Berbekalkan beberapa hujah dari kitab-kitab fiqh mazhab syafie, saya menyimpulkan bahawa, adalah makruh lagi bid'ah melakukan upacara Kenduri Tahlil Arwah. Kenapa? Mari baca hujah-hujjahnya. Klik ini untuk download


Rabu, 6 November 2013

Awasi Laknat al-Quran Atas Pembacanya

Tiada ulasan :


Berkata Maimun bin Mahran ra : "Sesungguhnya seseorang kamu membaca al-Quran, sedang al-Quran melaknatinya."

Org ramai bertanya : bagaimana boleh berlaku demikian?

Jawabnya : Dia membaca 'kami sediakan laknat Allah atas orang-orang yang dusta', tetapi ia sering berdusta. Kemudian dia membaca 'ingatlah, bahawasanya laknat Allah atas org2 yang zalim' tetapi ia sentiasa menzalimi manusia.

*ingatan buat diri sendiri dan teman-teman
** khusus buat pembaca al-Quran tp duk sebar khabar2 dusta termasuk Hadith Palsu. Laknat Allah ke atasnya.

Selasa, 5 November 2013

Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part5)

Tiada ulasan :

Pada 30 Oktober 2013, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith Dr. Mazen bin Muhammad al-Sarsawiy al-Misriy al-Azhariy, antara ulama besar hadith bermanhaj Muataqaddimin di Mesir, yang juga merupakan pensyarah hadith di Universiti al-Azhar, Mesir.


Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part 4)

Tiada ulasan :

Pada 30 Oktober 2013, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Hafiz 'Abdul 'Aziz Marzuq at-Tharifi, antara ulama hadith bermanhaj Muataqaddimin di 'Arab Saudi, dan merupakan lambang muhaddith zaman kita, beliau juga adalah al-Hafiz yang telah menghafaz keseluruhan kutub sittah, kitab-kitab fiqh, aqidah, serta syair. 


Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part3)

Tiada ulasan :

Pada pagi 31 Oktober 2013, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Muhaqqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl, syaikhul hadith di Darul Hadith Iraq, ketua pensyarah hadith dan fiqh muqaran (fiqh perbandingan mazhab) di universiti al-Anbar, Iraq. Pentahqiq Mukhtasarul Mukhtasar (Sahih Ibn Khuzaimah), Syamail al-Nabi, Musnad al-Syafie dan lainnya.


Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part2)

Tiada ulasan :

Syaikhuna 'Umar al-Muqbil antara muhaddith Arab Saudi bermanhaj Mutaqaddimin, juga merupakan pensyarah di Univ. al-Qasim, Arab Saudi, penyusun kitab Manhaj al-Hafiz Abi 'Abullah Ibn Mandah Fi al-Hadith wa 'Ulimih dan lainnya.

Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part1)

Tiada ulasan :

Jawapan kepada syubhat bahawa Ibn Kathir membenarkan bertabarruk kepada mayat Ibn Taimiah oleh Syaikh Dr. 'Abd al-Qadir bin Muhammad al-Ghamidi (pensyarah 'aqidah di Ma'had al-Haram al-Makki, Makkah al-Mukarramah):

Ahad, 6 Oktober 2013

Bulan Zulhijjah, Bulan Teristimewa Buat Umat Islam

Tiada ulasan :
Selain bulan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dan 1 Syawal, kita masyarakat Melayu kurang pendedahan tentang keistimewaan bulan Zulhijjah. Zul hijjah adalah bulan yang istimewa, disana terdapat beberapa ibadah khusus untuk kita beramal. Suka saya kongsikan kepada semua pembaca, apakah istimewanya bulan Zulhijjah ini?

Perbanyakkan takbir. Bulan Zulhijah adalah bulan yang istimewa kerana disana umat Islam seluruh dunia bertakbir membesarkan Allah SWT.



Kata Syaikhul Islam wal Imam al-Muhaddithin al-Bukhari Radhiallahu anh:

Ibn Umar dan Abu Hurairah Radhiallahu anhuma keduanya keluar ke pasar pada hari-hari 10 (awal Zulhijjah) dengan bertakbir. Orang ramai pun bertakbir dengan takbir keduanya.

[Rujuk: Fath al-Bari, Syarah Sahih al-Bukhari.]

Firman Allah SWT :
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
(Surah al-Hajj ayat 28)
Maksudnya : "Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan..."

Kata Bahrul Ummah Abdullah Ibn Abbas Radhiallahu anhuma:

ويذكرون اسم الله في أيام معلومات

"Yang dimaksudkan dengan Ayyaam Ma'lumaat ialah 10 terawal Zulhijjah."

[Rujuk: Fath al Bari, Syarah Sahih al-Bukhari.]

Dalam riwayat Ahmad dalam Musnadnya :

حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي زِيَادٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Telah menceritakan kepada kami Affa telah menceritakan kepada kami Abu Awanah dari Yazid bin Abi Ziyad dari Mujahid dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tiada pula hari yang lebih Dia cintai untuk beramal daripada sepuluh hari ini, maka perbanyaklah tahlil, takbir dan tahmid." [Nombor Hadith : 5879]

Di antara 10 awal Zulhijjah dan 10 terakhir bulan Ramadhan, yang manakah lebih afdhal ?Jawab al-Hafiz Ibn Qayyim:

"Malam-malam 10 terakhir Ramadhan lebih afdhal dari malam-malam Zulhijjah. Dan hari-hari 10 awal Zulhijjah lebih afdhal dari hari-hari 10 terakhir Ramadhan."

Berfirman Allah lagi dalam surah al-Fajar ayat 1 hingga 2 maksudnya : 
"Demi al-Fajr dan malam-malam yang sepuluh."

Kata Bahr al-Ummah Ibn Abbas, Ibn az-Zubair, Mujahid, dan ramai dari kalangan Salaf:
"Ia adalah 10 hari Zulhijjah."

Kata al-Hafiz Ibn Kathir:
Pendapat ini adalah Sahih.

Allah tidak akan bersumpah, melainkan pada suatu yang penting dan besar manfaatnya.
Masya-Allah. Sungguh besar fadhilat bulan Zulhijjah, bulan memborong amal ibadah, apa tunggu lagi? Allah SWT telah menawarkan "Mega Sale" jangan sia-siakan.Semoga ia bermanfaat.

Himpunan kata-kata Ulama ini dikutip dari page Sebar Manfaat. dan hadith riwayat Ahmad dari Musnadnya

Jumaat, 4 Oktober 2013

Puasa dan Solat Cara Nabi Daud A.S?

Tiada ulasan :


Al-Imam Al-Bukhariy meletakkan satu hadis di bawah "Bab Solat Paling Disukai Oleh Allah Solat Nabi Dawud..." :


حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا سفيان عن عمرو بن دينار عن عمرو بن أوس الثقفي سمع عبد الله بن عمرو قال قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم أحب الصيام إلى الله صيام داود كان يصوم يوما ويفطر يوما وأحب الصلاة إلى الله صلاة داود كان ينام نصف الليل ويقوم ثلثه وينام سدسه

"Telah memberitahu kami Qutaybah bin Sa`id, telah memberitahu kami Sufyan dari `Amru bin Dinar dari `Amru bin Aus As-Saqafi, telah mendengar `AbduLlah bin `Amru, dia berkata: Telah berkata kepadaku RasuluLlah SallaLlahu `Alayhi Wasallam:

Puasa paling disukai oleh Allah adalah puasa Dawud, dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Dan solat paling disukai oleh Allah adalah solat Dawud, dia tidur separuh malam dan bangu sepertiganya dan tidur seperenamnya" [Al-Bukhariy no 3238]



Di dalam bab yang lain di bawah Kitab Tahajjud, Al-Imam Al-Bukhariy meletakkan 3 hadis:

a) Hadis Pertama:



حدثنا علي بن عبد الله قال حدثنا سفيان قال حدثنا عمرو بن دينار أن عمرو بن أوس أخبره أن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما أخبره أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له أحب الصلاة إلى الله صلاة داود عليه السلام وأحب الصيام إلى الله صيام داود وكان ينام نصف الليل ويقوم ثلثه وينام سدسه ويصوم يوما ويفطر يوما



Telah memberitahu kami `Aliy bin `Abd Llah, dia berkata telah memberitahu kami Sufyan, dia berkata telah memberitahu kami `Amru bin Dinar bahawa `Amru bin Aus mengkhabarkannya bahawa `AbdaLlah bin `Amru bin Al-`As RadhiyaLlahu `ahuma mengkhabarkannya bahawa RasulaLlah SallaLlahu `Alayhi Wasallam berkata kepadanya:

Solat yang paling disukai oleh Allah adalah solat Dawud `Alayhi s-Salam. Dan puasa paling disukai oleh Allah adalah puasa Dawud. Dan dia tidur separuh malam dan dia bangun sepertiganya dan dia tidur seperenamnya. Dan dia berpuasa sehari dan berbuka sehari" [Al-Bukhariy no 1079]


b) Hadis Kedua:


حدثني عبدان قال أخبرني أبي عن شعبة عن أشعث سمعت أبي قال سمعت مسروقا قال سألت عائشة رضي الله عنها أي العمل كان أحب إلى النبي صلى الله عليه وسلم قالت الدائم قلت متى كان يقوم قالت كان يقوم إذا سمع الصارخ حدثنا محمد بن سلام قال أخبرنا أبو الأحوص عن الأشعث قال إذا سمع الصارخ قام فصلى



"Telah memberitahu aku عبدان, dia berkata telah mengkhabarkan aku ayahku dari Syu`bah dari أشعث dia mendengar ayahku berkata, dia mendengar Masruqan dia berkata:

Aku bertanya `A'isyah RadhiyaLlahu `Anha: Apakah amalan yang paling disukai oleh An-Nabiy SallaLlahu `Alayhi Wasallam.
Dia (`A'isyah) berkata: Yang berterusan.
Aku berkata: Bilakah baginda bangun (qiyamu l-layl).
Dia (`A'isyah) berkata: Baginda bangun apabila baginda mendengar suara kuat.

Telah memberitahu kami Muhammad bin Salam, dia berkata telah mengkhabarkan kami أبو الأحوص dari الأشعث dia berkata: "Apabila baginda mendengar suara kuat (lalu) baginda bangun kemudian baginda solat"
[Al-Bukhariy no 1080]

Al-Imam Ibnu Hajar Al-`Asqalaniy ketika mensyarahkan hadis di atas berkata:

وقوله : " الصارخ " أي الديك

"Dan perkataannya 'suara yang kuat' bermaksud (kokokan) ayam".

c) Hadis Ketiga:


حدثنا موسى بن إسماعيل قال حدثنا إبراهيم بن سعد قال ذكر أبي عن أبي سلمة عن عائشة رضي الله عنها قالت ما ألفاه السحر عندي إلا نائما تعني النبي صلى الله عليه وسلم



"Telah memberitahu kami Musa bin Isma`il dia berkata, telah memberitahu kami Ibrahim bin Sa`d dia berkata, ayahku telah menyebutkan dari Abi Salamah dari `A'isyah RadhiyaLlahu `Anha, beliau berkata: 'Tiadalah aku menjumpai baginda ketika suhur di sisiku melainkan baginda sedang tidur'. Beliau bermaksudkan An-Nabiy SallaLlahu `Alayhi Wasallam" [Al-Bukhariy/ 1082]

Selain dari mencontohi sunnah berpuasa mengikut cara puasa Nabi Dawud `Alayhi s-Salam, contohilah juga solat yang paling disukai Allah - iaitu solat Nabi Dawud.

2. Cara Nabi Dawud susun waktu untuk solat (qiyamu l-layl) adalah:

i) Tidur 1/2 malam

ii) Kemudian bangun untuk 1/3 malam

iii) Kemudian tidur lagi untuk 1/6 malam.

3. Sehinggakan `A'isyah RadhiyaLlahu `Anha berkata bahawa tiadalah beliau mendapati Nabi bersuhur (makan sahur) di sisi beliau melainkan baginda sedang tidur (bukan sedang qiyam atau sebagainya).

WaLlahu a`lam.

Artikel ini di ambil dan disunting dari forum al-fikrah.net. Atas permintaan ibundaku tersayang. Semoga amalan ibunda diterima Allah.

Sabtu, 28 September 2013

Maulana Asri : Mushannaf Ibnu Abu Syaibah adalah kitab terbaik yang menghimpunkan atsar para sahabat

Tiada ulasan :

Gambar di atas ialah kita 'Musonnaf Ibnu Abi Syaibah'
  • Musonnaf Ibnu Abi Syaibah : Kitab yang paling hebat mengenai atsar, menghimpunkan amalan-amalan dan perkataan para sahabat.
  • Ibnu Abi Syaibah ada 3 beradik, semuanya alim, iaitu : Usman, Abu Bakar dan Muhammad, tetapi jika hanya disebut Ibnu Abi Syaibah, siapakah ia?
  • Siapakah Hasan?
  • Siapakah Abdullah?



Siapa yang berhajat untuk memuat-turun kitab Mushannaf Ibnu Abi Syaibah (pdf+Arab) sila klik salah satu link berikut: [LINK] atau [LINK] atau [LINK] atau [LINK]

Kredit : al-Ahkam.net
Disunting sikit oleh admin :D