Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 26 November 2012

7 Kelebihan Melangkah Ke Masjid





· Sentiasa didoakan malaikat 
Daripada Abu Hurairah r.a, Baginda SAW bersabda: “Seseorang yang bersolat secara berjemaah mendapat pahala 25 kali ganda daripada solat di rumah atau di pasar. Sekiranya dia berwudhuk dengan sempurna, kemudian pergi ke masjid dengan niat semata-mata menunaikan solat, maka setiap langkahnya ke masjid itu akan dikurniakan satu darjat serta dihapuskan satu dosa. Apabila dia solat, malaikat sentiasa mendoakannya selama mana dia berada di tempat solatnya dengan doa : ‘Ya Allah, berselawatlah untuknya dan rahmatilah dia selagi dia masih dalam solat dan menunggu untuk solat seterusnya’.” (HR Bukhari dan Muslim) 

· Setiap langkah dihimpun pahala 
Daripada Ubai bin Ka’ab r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku mengenali seorang lelaki yang tinggal jauh daripada orang lain dari masjid dan dia tidak pernah meninggalkan walaupun satu solat. Dikatakan kepadanya atau aku berkata kepadanya: ‘Adalah lebih baik jika kamu membeli seekor keldai untuk ditunggangi pergi ke masjid dan ketika waktu gelap dan panas’. Lalu dia menjawab, ‘Apa yang menggembirakan aku adalah jarak antara rumahku ke masjid, aku mahu sekiranya langkahku berulang-alik antara masjid dan ke rumah dan keluarnya dituliskan pahalanya’. Rasulullah s.a.w bersabda. “Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan semuanya untukmu’.” 

· Satu darjat bagi setiap langkah 
Ada para sahabat yang mahu menjual rumah-rumahnya mereka yang jauh daripada masjid agar lebih dekat dengan masjid, bagaimanapun Rasulullah menegah mereka , sabda Baginda, “Sesungguhnya bagi setiap langkahnmu dikurniakan satu darjat.” 

· Langkah pertama terhapus dosa 
Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang bersuci (berwudhuk) di rumahnya kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardhu yang ditetapkan Allah, maka langkah yang pertama menghapuskan dosa dan langkah yang kedua menaikkan darjat.” 

· Rumah di syurga 
Dalam satu hadis lagi daipada Abu Hurairah, Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang berulang-alik ke masjid pada waktu pagi dan petang, Allah menjadikan untuknya sebuah rumah di syurga pada setiap waktu tersebut.” 

· Mendapat cahaya pada hari kiamat 
Daripada Beraidah bin al-Hasib al-Aslami, Nabi s.a.w bersabda : “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid di dalam kegelapan bahawa mereka akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)

Tiada ulasan :