Sebelum ini, telah saya tuliskan artikel Ust. Salman Ali Sahut Cabaran Debat Dengan Abu Syafiq.
Tepat jam 3:35 petang, 31 Julai 2013, kini ustaz Salman Ali pula mencabar ustaz pro-ahbash itu ke gelanggang debat. Dengan topik yang saya kira amat menarik. Iaitu mengenai kajian tulisan Abdullah al-harari Syaikh al-ahbash yang menuduh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah sebagai sesat dalam kitabnya yang bertajuk :
المقالات السنيّة في كشف ضلالات أحمد بن تيميةّ
Menurut Ust Salman Ali, buku Sheikh Abdullah al-Harari ini dipenuhi dengan penyelewengan fakta dan segala macam jenayah ilmiyah. Jadi, ia menjadi tajuk perbincangan antara Ust Salman Ali dengan Abu Syafiq nanti.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan