Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 19 Julai 2012

Mat Indera Pejuang atau Pengkhianat Negara?

Tiada ulasan :
Aku tak mahu ulas apa-apa ttg ni. Aku copy dari satu artikel di fb. Korang baca dan nilaikan sendiri apa dan siapa sebenarnya Mat Indera. Adakah pejuang negara spt yg di hebohkan Mat Sabu? Atau pengkhianat Negara spt yg di hebohkan di TV media arus perdana? Meh Baca artikel ni, artikel ni menerangkan siapa Mat Indera serta bukti-bukti dari arkib kerajaan Johor. 
Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera


Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

 

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.


Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.


Mat Indera dan Bukit Kepong


Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasong Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.


Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.


Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.


Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi


Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang. Sumber yang saya utarakan ini pun bukannya daripada Wikileaks atau maklumat daripada kerajaan British, tapi berdasarkan buku terbitan Yayasan Warisan Johor. Johor tau, Johor, tempat Umno beranak, negeri Umno terkuat di dunia. Sumber satu hala ini pun boleh meraikan perbezaan, kenapa kita masih tak mahu mengerti?


Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?



Walaupun kes ni dah berlalu lama, tp Mat Sabu masih dlm perbicaraan mahkamah. Rilek dulu. Kite tgk sape menang. Walaupun lama, tak salah kita tahu sejarah sebenar yg UMNO nak putar2 belitkan.

3 Cybertrooper UMNO berpihak PR - Sumber Leman Raja Lawak

Tiada ulasan :
Jam 5 pagi, baru je aku add Leman Raja Lawak sbg friend di facebook. Aku duk usha-usha wall dia ni. Terbaca satu post:
"3 org lg cybertrooper UMNO masuk berpihak ke pakatan rakyat setelah dicuci fikiran mereka dengan keharmonian islam dan hukum2 Allah ptg tadi..alhamdulilah,mereka sedar,maka alkisahnya mereka menentang cybertrooper umno semula..yg bestnya mereka mendedahkan identiti,dulu pon geng muka katun jugak.."
Menarik ni. Lihat gambar.



Huhu, Dari gambar ni aku boleh 'agak' yg mrk mmg cybertrooper UMNO. Muka brutal-brutal gitu. Apa pon kita sebagai org Muslim mesti bersangka baik. Rasa syukurlah mrk dah berpaling tadah dari UMNO. Sebab apa aku syukur?Sebab mrk dah berazam tidak akan menyebarkan apa-apa fitnah buruk. 


Jom kita doakan agak lebih ramai lagi yang join perjuangan Pakatan Rakyat. Khasnya memperjuangkan kesucian agama. :)


Follow me on twitter --> https://twitter.com/SafIbnRahman

Isnin, 16 Julai 2012

Yatt Hamzah mendeklamasi sajak di Himpunan Hijau peringkat Selangor

Tiada ulasan :

Haryati Hamzah (Yatt) di Himpunan Hijau 2 Putrajaya prengkat Negeri Selangor
Stadium Kuala Selangor
Ahad, 25 Sya'ban 1433H (15 Julai 2012)



Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt (lahir 13 April 1980 di Muar, Johor) ialah seorang pelakon Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama dalam bidang pengacaraan & pemodelan. Wajah pemegang ijazah Kursus Komunikasi & Pengajian Media (Periklanan) dari UITM Shah Alam ini, banyak terpampang di majalah2 fesyen dan hiburan tempatan setiap bulan, antaranya Pengantin, Wanita, Keluarga, Mingguan Wanita, Perempuan, Remaja dll.

Yatt amat meminati bidang lakonan sejak di bangku sekolah lagi dan amat aktif dalam drama, pentomin & teater hinggalah ke peringkat universiti. Antara filem & drama yang pernah dibintanginya ialah Impak Maksima, Kecoh Betul, Rencong, Nasi Lemak Lebaran, Kaber Hero Kaber Zero, Dunia Baru, Jejak, Gerak Khas, Masa Dulu2, Dilema Wanita, Mat Jenin, Bella dan Ular Emas.


Dalam bidang pengacaraan pula, bakat Yatt memang amat menyerlah kerana selain sibuk dengan rancangan Interaktif Sukan di RTM 1 setiap selasa 12 - 1 malam, Sajian Bayu di RTM 2 dan 4C (Cergas, cantik, ceria & citarasa) di RTM 2, kini Yatt dilamar pula oleh TV9 untuk mengacarakan sebuah rancangan bual bicara santai terbaru iaitu Nasi Lemak Kopi O di samping Aziz Desa.
Selain berlakon, mengacara dan menjadi peragawati fesyen, Yatt juga laris sebagai duta produk dan model iklan. Antara iklan2 yang pernah dibintanginya termasuklah Pond's, Yamaha, Pringles, She cologne, Bintang Fesyen, Rosken, Binary, Ratu Sari dan Sport Elect.
Setelah bertudung, Yatt kerap pula menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama.

Haryati telah melangsungkan majlis pernikahannya 29 Mac 2009 dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor. Mereka mengikat tali pertunangan pada 2 Februari 2008 setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing. Mereka memiliki seorang anak bernama Suci Hanania Malika.


Lagi Debat Sinar Harian. PRU-13 Orang Muda pilih siapa?

Tiada ulasan :
Kali ini, debat yg aku kira debat yang hebat oleh Sinar Harian. Debat ini menemukan dua panelis debat yang hebat. Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda Pas Pusat dengan Ust. Fathul Bari, Ulama Muda UMNO.


Debat kali ni mengupas tajuk "PRU13 : Anak Muda pilih siapa". 


Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, topik itu dipilih mengambil kira perkembangan semasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) khususnya yang berkaitan dengan kepentingan penyertaan golongan muda dalam pilihan raya umum.

"Sebagaimana dua debat sebelum ini, kami melihat pembahas yang ditemukan kali ini akan membincangkan topic yang amat menarik ini dengan membina dan konstruktif, mewakili dua aliran ideologi yang berbeza," kata beliau.

Ahad, 15 Julai 2012

Berita Panas di Malaysiakini menjadi buah mulut Rakyat Malaysia

Tiada ulasan :
Sedang aku mengunyah2 kacang sambil2 online di twitter dan fb. Terkehek dgn kenyataan Malaysiakini di laman twitter yg berbunyik "Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta ". Maka aku pon klik link itu, baca.


Yeah, memang aku dah agak. Memang betul dan aku sgt setuju bahawa akhbar Utusan Malaysia kaki spin fakta. Buktinya? Jom baca isi Malaysiakini jap.


Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

NONE"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.

Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysiaturut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.

NONEKetua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.

"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada
bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.

Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh.
See? Ini pengakuan oleh Timbalan Ketua Pengarah Utusan sendiri. Memang sah la Utusan kaki spin. dan apa akibatnya Malaysiakini mengeluarkan berita ini? Penulis Malaysiakini yg menulis berita ini didakwa telah dihalau keluar dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia. Lihat gambar dibawah.


Dari blog Anak Sungai Derhaka
Apa yg aku rase sgt terkilan ialah Ulama Muda UMNO, Ust. Fathul Bari membuat kenyataan dgn memberi contoh Nabi Muhammad juga menggunakan muslihat.


Rasulullah gunakan muslihat untuk musuh, bukan spin fakta. Rasulullah SAW ajar spin fakta ehh?


Betul apa kata Dr. Maza dlm laman twitternya : 


Apa pon, aku tak boleh nak komen panjang. Takot berubah jadi mengumpat. Akhir ceritanya : Raja Nong Chik pula dakwa M'kini putar kenyataan


Meh baca kisah seterusnya >>>





Sabtu, 14 Julai 2012

Himpunan Oren selamatkan Felda berlaku secara aman

Tiada ulasan :
Alhamdulillah.


Himpunan Oren telah berjalan dgn lancar atas kerjasama pihak keselamatan PDRM.


Perarakan itu akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu3 Istana Negara dan hanya enam wakil GSF sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum 8 Tuntutan.


Apa yg dituntun dalam Himpunan itu?


Memorandum itu mengandungi tuntutan lapan perkara:
1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda
2) Batalkan pinjaman bank peneroka
3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations
4) Selesaikan tuntutan peneroka
5) Hapuskan hutang peneroka
6) Lindungi tanah peneroka
7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga
8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda


Apa yg aku suke sgt smpai nak tulis pasal ni. Himpunan ni,dijaga dan dijamin keamanannya oleh pihak keselamatan. Ini baru tugas polis yg sebenar. 


Dan suka juga aku nak share sikit gambar berkenaan pihak keselamatan yg menjaga keamanan sepanjang himpunan ini berlangsung.


Gmbar ini diambil dari laman sosial fb page PDRM.


Aku nak ucap jutaan tahniah kpd penganjur himpunan ini serta tahniah juga kpd pihak berkuasa yg memberi kerjasama yg baik sepanjang keberlansungan himpunan ini. Harapnya DYMM mendengar rintihan rakyat spt yg termaktub dlm 8 tuntutan himpunan Oren Selamatkan Felda.


Berita lanjut>>>

Noor Neelofa mengerjakan Umrah

Tiada ulasan :
Alhamdulillah.


Sejuk je dgr si gadis manis ni pergi mengerjakan Umrah. Sebenarnya diri ini sgt terkejut dgn fenomena artis-artis Malaysia yang berhijrah. Ya, satu berita yang cukup gembira. Mana tak nya. Kebanyakkan artis ialah ahli lagha, ahli penyedap mata lelaki miang macam aku ni. Hee


Ape pon, aku di antara jutaan peminat Noor Neelofa. Rasenya tak salah minat kat artis asalkan tak fanatik. Yelah,korang sebuk minat penyanyi/pelakon Korea. Aku tak! Aku peminat Neelofa. Sejak tgok cite Ejam Non-Yenki ntah apa tajuknye ntah. Aku terpana dgn wajah manis Neelofa mengenakan tudung. Nampak manis.


Dan sekarang Neelofa sedang mengerjakan ibadah Umrah.




Harapan aku kat gadis manis ni. Istiqomahlah dgn imej bertudung. InsyaAllah. Usahakan mencari hidayah Allah. :)

Gambar2 Penyejuk Mata/bakal Pembina Ummah

Tiada ulasan :
Hari ni nak share sedikit gambar2 yg aku rasa sangat tersentuh hati sanubari aku. Gambar-gambar ini jugalah menjadikan aku lebih bersemangat. Betul lah kata orang, hidup berpandukan syariat itu lebih indah,sedangkan kita tidak menyedari akan kebaikan di sebalik Undang-undang yang digariskan oleh Allah SWT melalui al-Quran. 


Jom cuci mata sikit untuk peransang semangat. :)


Anak kecil pekena Serban. :) Sejuk mata memandang
Gambar ni tersangat Owsem. Manis je anak kecil Muslimah ni. Rase nak cubit2
Ini pon Comel juga. Mmg cute. :D
Ini pon Owseeem sgt2. Cute. Ini anak Melayu yg ikut abinya study di Timur Tengah
Banyak lagi sebenarnya gambar-gambar anak-anak kecil yg Muslim dan Muslimah yg Owseem2. Tapi tak larat nak cari lagi. :)


Harap anak-anak seperti ini,menjadi seorang yang berguna, berbakti kpd kedua Ibu Bapa dan seterusnya berjuang berjihad mempertahankan kesucian Agama Tauhid. Insya-Allah.


Apa yg baik, jadikan contoh dan amalkan semuanya dari Allah, dan apa yg buruk jadikan sempadan, dan ia dari diri yg hina ini. :)