Al Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :
أنواع البكاءوالبكاء أنواع . أحدها : بكاء الرحمة والرقة . والثاني : بكاء الخوف والخشية. والثالث بكاء المحبة والشوق . والرابع بكاء الفرح والسرور . والخامس بكاءالجزع من ورود المؤلم وعدم احتماله . والسادس بكاء الحزن .والفرق بينه وبين بكاء الخوف أن بكاء الحزن يكون على ما مضى منحصول مكروه أو فوات محبوب وبكاء الخوف يكون لما يتوقع في المستقبلمن ذلك والفرق بين بكاء السرور والفرح وبكاء الحزن أن دمعة السرور باردةوالقلب فرحان ودمعة الحزن حارة والقلب حزين . والسابع بكاء الخوروالضعف . أقسى الناس قلبا . والتاسع البكاء المستعار والمستأجر عليهكبكاء النائحة بالأجرة فإنها كما قال عمر بن الخطاب : تبيع عبرتها وتبكيشجو غيرها والعاشر بكاء الموافقة وهو أن يرى الرجل الناس يبكون لأمرورد عليهم فيبكي معهم ولا يدري لأي شيء يبكون ولكن يراهم يبكونفيبكي
Tangisan ada beberapa macam
1. Tangisan kasih dan kelembutan.
2. Tangisan takut dan khawatir.
3. Tangisan cinta dan rindu.
4. Tangisan gembira dan kebahagiaan.
5. Tangisan kegelisahan kerana datangnya suatu penderitaan yang tidak mampu untuk ditanggung.
6. Tangisan kesedihan...
Perbezaan antara tangisan ketakutan dengan tangisan kesedihan adalah tangisan kesedihan terjadi adanya sesuatu yang tidak menyenangkan atau hilangnya sesuatu yang disukai dimasa lalu, sementara tangisan ketakutan adalah mirip sebabnya akan tetapi untuk masa yang akan datang.
Adapun perbezaan antara tangisan tersebut dengan tangisan kebahagiaan adalah jika tangisan tersebut merupakan tangis kebahagiaan maka air mata yang mengalir adalah air mata yang dingin dan sejuk dengan hati yang gembira, sementara tangisan kesedihan akan mengalirkan air mata yang panas dengan hati yang sedih.
7. Tangisan kelemahan dan ketidak mampuan.
8. Tangisan kemunafikan, dimana matanya berlinang sementara hatinya keras membatu, dia menampakkan kekhusyuan tetapi hatinya merupakan hati yang paling keras.
9. Tangisan pinjaman, seperti tangisan orang yang dipinjam untuk meratapi mayyit. Umar bin Khattab radhiallahu anhu pernah berkata : " Dia menjual ucapannya dan menangis bersama mereka."
10. Tangisan ikut - ikut, yaitu ketika seseorang melihat seseorang menangis kerana sesuatu lalu dia menangis bersama mereka meskipun dia tidak tahu untuk apa dia menangis akan tetapi dia melihat mereka menangis kemudian dia ikut menangis..... "
[Zadul Ma'aad 1/185-186 cetakan Muasasah Ar Risalah - Mesir]
lalu yang sebenarnya ,kenapa kita menangis...?
Tiada ulasan :
Catat Ulasan