Definisi talqin
ialah mengajarkan ucapan syahadah pada orang yang berada dalam sakaratulmaut.
Dan amalan ini adalah sunnah menurut seluruh sepakat fuqaha, iaitu berdalilkan
hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya :
لقنوا موتاكم لا
إله إلا الله
"ajarlah orang yg hampir mati dikalangan
kamu kalimah Lailaha illallah"
Tiada khilaf
dalam bab ini. Adapun talqin selepas mayat dikebumikan disana terdapat beberapa
pandangan dikalangan ulama fuqaha. Sebagai penuntut ilmu, adalah menjadi
tanggungjawab mengemukakan hujjah secara adil dan tidak menyembunyikan fakta
dari menaqalkan qaul ulama, sekaligus tidak buyers dalam metode mengemukakan
hujjah.
1. jumhur ulama
syafieyyah mutaakhirin semisal Imam al-Nawawi rh dan selepasnya menyatakan
amalan ini sunat. Tidak perlu saya kemukakan hujah kerana sahabat-sahabat saya
telah pun mengulasnya dengan panjang lebar.
2. pendapat kedua, iaitu hukumnya bid'ah atau
makruh. Pertama sekali, kita lihat dalam kitab fiqh sunnah karangan Sayyid
Sabiq :
وذهبت المالكية في المشهور عنهم، وبعض الحنابلة الى ان
التلقين مكروه
"Pendapat yang masyhur dikalangan ulama malikiyah
dan sebahagian mazhab Hanbali bahawa talqin hukumnya makruh"
Selain itu, Imam al-Suyuti (911 H) yang merupakan
antara kibar ulama dalam mazhab syafie pula menegaskan :
“… Kerana talkin tidak sabit melalui hadis sahih
mahupun hasan bahkan, hadisnya da’if dengan sepakat ahli hadis. Oleh sebab itu,
jumhur ummah mengatakan talkin bidaah. Ulama terakhir yang memfatwakan begitu
ialah Syeikh ‘Izz al-Din b. ‘Abd al-Salam. Ibnu al-Salah dan diikuti pula oleh
al-Nawawi menggalakkannya hanya melihatkan kepada kaedah bahawa hadis da’if
dilonggarkan penggunaannya dalam fada’il al-a’mal.”
[Tulu’ al-Tsariyya bi-Izhar ma
Kana Khafiyya; Jabir Zayd al-Samiri (ed); dalam jurnal Majallah al-Jami’ah
al-Islamiyyah (2009 M); jil. 14, bil. 2, hal. 144]
Ini kerana mereka yang mengatakan sunat telah
berdalilkan sebuah hadith daripada Abu 'Umamah dalam hadith yg agak panjang.
Hadith ini dinilai dhaif oleh al-Haitami (ulama dalam mazhab syafie), Imam
Nawawi dalam majmu', Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam Zaadul
Ma'ad, al-Hafiz al-Iraqi dalam takhrij Ihya, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam
Fath al-Baari, Imam Son'ani dalam Subulussalam syarah bulughul Marom, bahkan
Imam Son'ani ketika membuat kesimpulan mengenai talqin selepas pengebumian
mayat seperti berikut :
إنه
حديث ضعيف ويتحصل من كلام أئمة التحقيق أنه حديث ضعيف والعمل به بدعة ولا يغتر بكثرة
من يفعله
Sesungguhnya
hadith itu dhoif, dan didapati kalam ulama tahqiq bahawa kedhaifan hadith
tersebut, dan mengamalkannya adalah bid'ah dan jangan tertipu dengan
kebanyakkan orang yg mengamalkannya.