Video Ustaz Nazmi Karim tersebar dengan luas sekali. Iaitu berkaitan dengan saat-saat kewafatan Nabi SAW yang masyhur dengan perkataan Ummati sebanyak tiga kali.
Sedia maklum, bahawa masyarakat kita sangat maklum, sinonim dengan kisah ini. Iaitu bilamana Nabi SAW diambang kewafatannya menyebut kalimah Ummati, ummati ummati yang menunjukkan Rasulullah sangat sayang akan umatnya. Cerita ini pada mulanya saya anggap adalah dari riwayat yang dhoif.
Saya pernah mencelah seorang ustaz yang sedang menceritakan cerita ini, maka ustaz itu menjawab, kisah dhoif boleh dipakai cuma tak boleh dijadikan hujjah. Saya pun terdiam kerana tiada hujah untuk menyanggah.
Dalam hal ini, ulama hadith berbeza pandangan, sama ada perkataan " al-Rafiq al-A'la" ataupun "al-Solah".
Pandangan pertama ialah al-Rafiq al-A'la, atau Allahumma al-Rafiq al-A'la atau Bal Rafiq al-A'la. Ini tercatat dalam kitab Sahih al-Bukhari. Teman-teman boleh rujuk disini.
Manakala pendapat yang kedua al-Solah. Dicatat dalam kitab Musnad Ahmad bin Hanbal, Sunan Abi Daud dll.
Riwayat dalam Musnad Ahmad:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ ، حَدَّثَنَا الْمُغِيرَةُ ، عَنْ أُمِّ مُوسَى ، عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : كَانَ آخِرُ كَلَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الصَّلَاةَ الصَّلَاةَ ، اتَّقُوا اللَّهَ فِيمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ
Ali r.a berkata: Yang terakhir diucapkan oleh Rasulullah s.a.w adalah:
"Solat! Solat! Dan takutilah Allah dalam apa yang kamu miliki"
www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=121&hid=572&pid=60219
Riwayat yang lebih kurang sama ada di dalam;
Tabaqat Ibn Sa'd: www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=82&hid=2124&pid=35659
Sunan Abi Dawud: www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=184&hid=4492&pid=117149
Sunan Ibn Majah: www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=173&hid=2690&pid=
Tahdzib al-Athar oleh at-Tabari: www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=335&hid=1533&pid=159817
Berkenaan video Ustaz Nazmi itu, saya kurang pasti kesahihannya bahawa ia adalah rekaan Syiah atau apa. Wallahua'lam.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan