Banyak penyebaran cerita-cerita yang tak tahu apa martabatnya dalam group-group fb, whatsapp, BBM, Wechat dll. Ini sedikit perkongsian cerita kewafatan Nabi SAW yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari.
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: لَمَّا مَرِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَرَضَ الَّذِي مَاتَ فِيهِ جَعَلَ يَقُولُ: فِي الرَّفِيقِ الأَعْلَى
Maksudnya : Daripada A'isyah Radhiallahu'anha, beliau berkata : ketikamana Nabi Saw sakit, sakitnya yang membawa kpd kematian. baginda bersabda : fi ar-rafiqil a'la (yang maha lembut itu maha Tinggi)
[sahih Bukhari no 4436]
Didalam riwayat yang lain, baginda SAW melafazkan :
اللَّهُمَّ فِي الرَّفِيقِ الأَعْلَى
maksudnya : Ya Allah yang maha lembut dan yang maha tinggi (atau mungkin sama maksud dengan lafaz yg atas)
[Sahih Bukhari no 4437]
Dalam riwayat lain mengatakan bahawa rasulullah menyebut "Ar-rafiqil a'la" sebanyak 3kali [Sahih Bukhari no 4438]
dan banyak lagi riwayat-riwayat lain yang mengatakan Rasulullah menyebut lafaz yang lebih kurang sama.
*Namun, tak jumpa lagi riwayat yang mengatakan Rasulullah menyebut "Ummati, ummati, ummati" Kesimpulannya, berhati-hati menyebarkan sesuatu yang tak tahu mana asal sumbernya.
1. http://youtu.be/hfSXEXgTrbU (Tahun Kelahiran & Kewafatan Nabi SAW part1)
2. http://youtu.be/SqEliHLzdgw (Tahun Kelahiran & Kewafatan Nabi SAW part2)
3. http://youtu.be/TNnPBp4gczg (Ucapan Nabi ketika wafat)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan