(UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengananak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, KetuaCawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang,Gombak. Mudah-mudahan kedatangan UAI ke Gombak dapat menyebarluaskan lagi dakwah Islamiyah dibumi bertuah Gombak. Selamat datang ke Gombak dan menyertai kamidi Gombak! Kami bertuah menerima ahli baru BaarakalLahu-Lakuma wa-baraka 'alaikuma wa-jama'a bainakuma fi-khair. Syarhan Humaizi Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Gombak.
Sepatah Kata Dari Admin
Followers
Tweet!
Like This Blog!
Ahad, 26 Mei 2013
Rabu, 22 Mei 2013
3 Golongan yang Allah SWT Tidak Melihat Mereka di Hari Kiamat
Tuan-tuan dan Puan-puan sidang pembaca. Ketahuilah di hari kiamat nanti terdapat tiga golongan yang Allah murka. Allah SWT tidak melihat mereka pada hari kiamat kelak. Iaitu :
- Anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya.
- Wanita yang menyerupai lelaki
- Lelaki Dayus
"Tiga Golongan yang Allah tidak melihat mereka ( tidak memberi pertolongan dan diazab) di hari kiamat; anak yang derhaka kedua ibu bapanya, wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus"
Sahabat Rasulullah Mendoakan Kehancuran
“Aku solat kepada mereka sebagaimana aku solat dibelakang nabi. Tidak aku tambah ataupun menguranginya walau sedikit pun.”
“Begitulah juga anggapan aku (Umar) pada kamu wahai Saad”
1. Pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan – ketika seruan jihad dikeluarkan, Saad tidak keluar berjihad dan berada di Kuffah.2. Mengambil ghanimah dan fai tetapi tidak mengagihkannya dengan betul.3. Menjatuhkan hukuman dengan berat sebelah.
Ya Allah, sekiranya hambaMu ini, Usamah bin Qatadah melakukan fitnah kepadaku maka:1. Panjangkanlah umurnya.2. Di waktu penghabisan umurnya merempat dan fakir.3. Hidupkannya dalam keadaan maksiat.
“Akulah Usamah bin Qatadah yang terkena doa Saad bin Abi Waqas”
Ahad, 19 Mei 2013
Kelebihan Solat 5 Waktu Terutamanya Waktu Subuh
“Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
“Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)
Nilai Seorang Guru oleh Imam Syafie
Selasa, 14 Mei 2013
CEO AirAsia X Boikot Utusan
Isnin, 13 Mei 2013
Nasihat Ustaz Azhar Idrus - Undi Parti Kerajaan
Jom dengar, apa kata UAI selanjutnya..
Jumaat, 10 Mei 2013
Luahan Anak Malaysia Kepada Najib
Khamis, 9 Mei 2013
Ustaz Azizan Kembali Stabil
Alhamdulillah. Setakat ini, dapat kepastian bahawa Ustaz Azizan Abdul Razak, bekas MB Kedah kini dalam keadaan stabil. Bekas Setiausaha media, Helmi Khalid melaporkan kepada Media Selangorku jam 5.30 petang tadi bahawa keadaan tekanan darah Azizan kembali normal.
Keadaannya kini dalam keadaan normal dan mampu berinteraksi tetapi dalam nada perlahan.
Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.
Pengarah hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan, 73, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi.
Rabu, 8 Mei 2013
Saya Cina Muslim, Apa Masalah Awak? [Sebuah Perkongsian]
Gambar Hiasan |
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (al-An'am [6:10]).
Apa Respon Polis Untuk Himpunan Suara rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya?
Saya sedia maklum kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara mengenai Perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” yang bakal diadakan malam ini (8 Mei 2013) di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.
Sebagai menyambut gesaan Tan Sri Ismail Omar, KEADILAN melalui YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan. Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium. Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis.
Saya percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Omar yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun, seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
Oleh itu, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya adil dan menolak penipuan PRU13 untuk turun dengan memakai baju hitam pada malam ini di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.
Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula. Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar, yang jelas berniat jahat.
Oleh itu, saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut.
Apa pula respon Polis? Petikan dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Sesetengah pihak media telah merujuk kepada pejabat ini mengatakan bahawa Ketua Polis Negara ada menyebut bahawa perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat tersebut memerlukan permit.
Adalah dengan ini ingin diperjelaskan bahawa Ketua Polis Negara tidak menyebut perkataan ‘memerlukan permit’ di mana-mana bahagian dalam sidang akhbar tersebut.
Ingin ditegaskan di sini bahawa semasa sidang media tersebut, seorang wartawan telah bertanya: “berkaitan dengan satu perhimpunan yang akan dianjurkan oleh pakatan rakyat pada malam esok, adakah perhimpunan ini……..”
Menjawab kepada soalan tersebut Ketua Polis Negara telah berkata:
“Saya dah sebutkan tadi, pertama, saya tidak membenarkan perhimpunan yang menyalahi undang-undang, perhimpunan hendaklah menepati Akta Perhimpunan Aman 2012; syarat-syarat dia seperti yang telah saya sebutkan tadi; maklum Ketua Polis Daerah; penganjur kena jumpa dengan Ketua Polis Daerah; dia ada syarat-syarat dia; penganjur kena tentukan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman; peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman”.
Jelas bahawa daripada ungkapan soal-jawab di atas, Ketua Polis Negara tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit.
Penjelasan ini adalah dibuat untuk memperbetulkan salah lapor oleh sesetengah media mengenai kenyataan Ketua Polis Negara semalam.
ACP Ramli Mohamed Yoosuf
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
PAS Pastikan Selangor Jadi Kubu Kuat Pakatan
Apa Kata Orang Tua, Apa Kata Orang Muda?
Gambar Hiasan : Dr. Halimah Ali |
Ustaz Azizan Tenat di Hospital P. Pinang
Sedih Dengan Mentaliti Segelintir Melayu
Saya tidak bersedih dengan keputusan PRU13. Tetapi saya sangat sedih dengan mentaliti kebanyakan orang Melayu.
Ternyata masih sedikit orang Melayu yang celik politik walaupun majoritinya sudah celik maklumat. Sebenarnya sepanjang sebulan kempen pun saya menyedari kekurangan ini.
Tidak sukar untuk berkempen di depan pengundi Cina. Saya hanya perlukan sekitar 20 minit membentangkan pelbagai data-data ekonomi dan fakta sejarah mengapa perlu rehatkan BN. Mejoritinya faham dan menerima baik.
Isu yang berlegar dalam kalangan mereka adalah isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan.
Manakala dalam kalangan majoriti pengundi Melayu khususnya di pinggir dan luar bandar, isu yang berlegar-legar adalah isu-isu perkauman. Kelihatan orang melayu takut dengan bayang-bayang sendiri. Tiada keyakinan diri walaupun teras politik negara ini masih orang Melayu selain penduduk majoriti adalah Melayu.
Di hadapan mereka, saya mengambil masa yang lama untuk mengulas isu-isu yang mengarut itu. Ia memenatkan malahan sangat membuang masa. Apabila saya meninjau laman-laman FB, isu-isu yang berlegar di kalangan orang Melayu adalah perkauman, ancaman DAP, kalimah Allah dan video seks. Hanya segelintir yang menilai polisi dan dasar antara parti yang bertanding.
Awalnya, saya sangkakan hanya cybertrooper Umno yang sengaja menimbulkan isu-isu nonsense tersebut. Rupa-rupanya saya tersilap. Masih ramai termasuk yang berpendidikan tinggi. Saya pencaya program Biro Tata Negara telah berjaya memperbodohkan sebahagian orang Melayu.
Saya sangat sedih dengan hal ini.Saya sedih sebab ada pemimpin Melayu mengekalkan kuasa dengan memperbodohkan orang Melayu.Biarlah siapa pun menang dalam pilihanraya tetapi jangan sesekali memperbodohkan bangsa sendiri.
cc : Hasbie Muda