Orang yang mula pertama memasukkan syirik dan mengajak bangsa ‘Arab menyembah berhala,
ialah ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah; nenek moyang kepada suku Khuza’ah.
Ibnu Ishaq meriwayatkan
dan Muhammad Bin Ibrahim Bin Al-Harits Al Taimey, bahawa Abu Salih Al-Saman menceritakan
kepadanya, bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata: “Saya dengar Rasulullah Sallallahu
‘alaihi Wasallam berkata kepada Aktsam Bin Jaun Al-Kuza’i, mathumnya:
“Saya lihat ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah Bin Khandaf menarik berhala kayunya ke dalam
neraka, saya lihat dia itu benar-benar menyerupai engkau”; lalu kata Aktsam:
“Apakah penyerupaan itu membahayakan saya Wahai Rasulullah?”
“Tidak, kerana engkau adalah orang mukmin dan ‘Amru itu kafir, sesungguhnya dialah orang
yang mula mengubah agama Ismail dengan memasang berhala, mencipta Bahira, Saibah, Wasilah dan
Hami [tiga yang tersebut itu adalah unta betina yang dihadiahkan kepada berhala, unta-unta itu dihormati,
tidak boleh ditunggang, tidak boleh diminum susunya, ia bebas memakan rumput di mana-mana]. (Sirah
Ibnu Hisham.)
Ibnu Hisham meriwayatkan bagaimana cara ‘Amru Bin Luhay menerapkan penyembahan berhala
ke dalam bangsa ‘Arab; ia mengembara ke negara Syam atas urusan perniagaan, bila ia tiba di Maab
dalam daerah Baiqa’ yang ketika itu didiami oleh suku Amaliq — ‘Amaliq ertinya anak cucu ‘Amliq Bin
Lawaz Bin Sam Bin Nuh ‘alaihi Sallam
Amnu melihat mereka menyembah berhala, lalu ia bertanya:
“Apa bendanya yang kalian sembah ini?”
“Inilah patung-patung berhala, kami sembahnya meminta hujan maka ia menurunkan hujan, kami
minta pertolongan ia memberi pertolongan.”
“Mahukah kalian beri kepada saya salah satu berhala itu, saya akan bawa pulang ke bumi orangorang
‘Arab untuk mereka sembahnya?”
Lalu diberikan kepada ‘Amru satu berhala yang dinamakan “Hubal”, berhala itu dibawa pulang ke
Makkah dan di suruh orang menyembahnya. (Sirah Ibnu Hisham.J. 1.H.77. juga Kitabul-Asnam Ibnul-
Kalabi. H. 8-9.)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan