Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 29 April 2010

MATI, PERINGATAN YANG DILUPAKAN OLEH UMAT ISLAM

2 ulasan :

Dalam satu wasiat nabi Muhammad SAW kepada Ibnu Umar r.a. berbunyi : “ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara.”

Keterangan,

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang bersifat sementara ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah  SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal di dunia. Oleh itu, jangan sesekali kita melakukan kejahatan.

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati. Ia terjadi kerana mereka tidak mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segalanya. Sebagai contoh, kalau pada hujung minggu, selepas solat subuh mereka sambung tidur, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir al-Ma’thurat, kaunseling diri, isteri, anak-anak, kawan-kawan atau apa sahaja yang boleh meningkatkan tahap keimanan seseorang itu.

Persoalannya, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim. Apakah kita rasa sudah cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kamatian?

Rasulullah S.A.W pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantunya, Ali bin Abi Tolib. Baginda mewasiatkan, katanya : Wahai Ali, Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari, mereka tidak hadir dalam majlis ilmu, maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima hidayah Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini kebanyakan tidak mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Bahkan terasa senang melakukan dosa-dosa besar. Si suami membiarkan isteri keluar tanpa bertudung. Si ayah membiarkan anak gadis tidak bertudung dan menampakkan pusat mereka. Anak lelaki tidak mengenal huruf-huruf al-Quran dan ada juga yang tidak tahu bermandi junub.

Ada antara para ibu bapa yang seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan malah mereka berasa bangga.


Ahad, 25 April 2010

aktiviti pagi ahad

4 ulasan :

yeaah.. aku agak senang dengan mood aku hari ni...bngun pagi selepas bertemu kekasihku,


 aku bersama family pergi ke komplex sukan. my parents mcam beselah..dorang nak jogging..aku ikot aje..rase cam malas nak jogging... aku jogging pon kejap2 je..yeah..pagi2 lg aku dah kesana dengan 2 jentera..haha.. ayahku membawa van niaga..yelah..selepas pergi pasar pagi Pandamaran, dia sudah berjanji dengan kitorang nak jogging..so, aku naek ngn kete mak aku...hbs je jogging aku ngn famili bekfes kt kedai kopi berdekatan..aku yg sedari td xhbs2 ngadap hanset..haha..bersms la tuh..tp bkan dgn kekasih..tp ngn member.. sorang membe ni kdang2 xphm keadaan aku..die tak paham yg aku kat lua...aku marah betul ngn die nih..sbb pe?


yelah slpas mkn aku ngn mak aku g tesco...pas g tesco..g JJ bkit tinggi..nak carik barang mak aku..aku pon temankan je lah...yang aku bengangnye..kwn yg sedang asyik bersms ni slalu buat aku tgelak sorg2..tu yg aku marah tu..dr tesco smpailah JJ..aku tgelak sorg2..dan kdua2 tmpt tu gak aku degn banggenye di usha dek orang...*dlm pkiran mereke..apahal dak ni tgelak sorg2?btol ke tak?* pastu aku geram aku pon soun la mmbe aku yg wat aku tgelak ni..die msih mmpu tgelak dgn sound aku tu..sbb die pon senasib ngn aku..hah..die dtgur ngn maknye...huh sme gak nseb aku ngn die..dan aku tulis entry ni pon atas permintaan die lah..




mule2 mmg aku brat hty nak tulis..sbb mende ni melibatkan maruah aku..haha..dan akhirnye aktiviti bersms pon berakhir sbb beteri hanset aku da 'kiok'... 



Sabtu, 24 April 2010

dakwah keEsaan Allah

Tiada ulasan :

عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ.

1- Dari Abu Ma'bad dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika Baginda s.a.w mengutusnya ke negeri Yaman ".. Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum:  Ahli kitab, kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah supaya mereka meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnyaNabi Muhammad ialah pesuruh Allah ."

وَفِي رِوَايَةٍ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى)

Menurut satu riwayat yang lain (Baginda s.a.w. bersabda): ..."Maka hendaklahdakwah yang mula-mula engkau kemukakan kepada mereka ialah supaya merekamengakui keEsaan Allah Taala..."

وَفِي رِوَايَةٍ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ عِبَادَةُ اللَّهِ )

Dan pada satu riwayat pula, (Baginda s.a.w. bersabda) "...Maka hendaklah perkara yang mula-mula sekali engkau mengajak mereka kepadanya ialah (tunjang atau asas)ibadat kepada Allah. .."

(البخاري ومسلم)

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang pertama ini mengandungi tentang:

(1) Islam berkembang dengan jalan dakwah.

(2) Pemilihan Baginda s.a.w. tentang orang-orang yang ditugaskan berdakwah.

(3) Dakwah Islamiah wajib disampaikan kepada umat manusia termasukkaum Yahudi dan Nasrani. 

(4) Asas agama ialah Ma'rifat Allah.

Jumaat, 23 April 2010

terima kasih!!!

2 ulasan :
“Slm,safwan tq sbb mnjd mmbe ku y t’beq antre y t’baeq..trims krne sudi m’mimpin sy dr troz hnyut..syukrn krn msih m’nyokong ktke sy buntu dgn sbrg p’simpngn..trime ksih krne sbr m’ngingtkn sy pd p’juangn kte sbgai khlifh NYA..trime ksih byk2”

Baru-baru ini aku dapat satu SMS dr seorang sahabat *afifah*.. aku amat terharu dgn kata2nya. Bg aku, kwn aku stakat ni, jarang yang sedar yg kita lahir di dunia ni hanya untuk beribadah kepada al-Khaliq, saling ingat-mengingatkan, saling tegur-menegur dalam hal-hal agama.
“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku” – firman Allah


Aku amat bangga kalau semua kawn2ku sedar tentangnya. Malah tak jemu-jemu mengingatkan antara satu sama lain. Tapi sebaliknya kwn2 kbnyakkan berkongsi kgembiraan, kesedihan dan segala macam prasaan mereka sendiri. Ini bukan satu perkara yang salah, tapi persoalannya, berapa ramai yang bertanya, berkongsi maslah, kemusykilan tentang agama? Dalam kehidupan kita sehari-hari, hendaklah kita mengutamakan Agama sebagai no 1 dalam hidup, ketepikan segala macam yang tak berkenaan dalam hal agama. Ini tidaklah menyusahkan para penganut Islam, kerana Islam itu ad-Din, iaitu cara hidup, yang merangkumi segala aspek kehidupan sosial, politik, ekonomi, akhlak, pelajaran etc.

Jadi entry aku kali ni nak berkisarkan/nak beri sedikit ulasan tentang ko *afifah*. Dulu, aku disekolah SMIF, kau adalah seorang classmateku yang paling tal menonjol. Kau lah antara pendiam dikelas. Aku begitu paham perasaan ko dalam kelas itu. So, tak perlulah aku selitkan kat entry ni. Takut tsalah percaturan, silap hari bulan bala menimpa. aku tak banyak sangt bgaul dgn ko. Yelah..ko paham sendiri lah. Sekolah lama aku, mana ada kaum hawa.

Setelah kita melangkah keluar pada hari terakhir SPM di high skol Klang, aku sangat merindui suasana kelas, suasana gelak ketawa dengan kawan2, bgurau senda etc. aku baru mengenal, siapa engkau disebalik watak pendiam ko tu. Ko seorang yang sabar dan tabah dengan ujian. Aku rase kalau aku ditempat ko, aku mmg xboleh tahan. Tp ko mmg berbeza. Malah aku mula menyedari perubahan yang berlaku pada ko. Ko mula sedar dengan nilai agama. Malah pertuturan ko amat sopan sambil ko selitkan madah agama. Aku malu!..afifah..aku malu! Kenapa ko cakap aku adalah kwn yang trbaek antara yg terbaek? Aku tak layak menerima title tu. Aku masih bnyak kotor. Walau aku sedar sesuatu yang kotor itu, aku tetap melakukan kekotoran. Aku sangat beruntung dan rasa bersyukur kerana Allah mengurniakan sahabat macam ko yang selalu ingtkan aku dalam hal agama. So, mase aku taip entry ni, aku betol2 tgah sakit kepale, so, idea aku terbantut. Aku nak ucap banyk2 trima kasih kt ko afifah* aku doakan ko selalu bahagia dan hidup diberkati oleh-Nya.

          Dan kesmpatan ini aku nak ucap juga ribuan trima kasih kepada seorang sahabat lama aku kat sekolah Hafiz, *Ahmad Fathi*. Beliau jugak selalu menyumbangkan madah2 agama. Than to all may frens yang ingatkn aku tatkala aku tersesat. Maaf lah kalau anda yang tak tersenarai namanya kat entry aku nih..

          Dan aku nak amek kesempatan ni jugak nak menghargai jasa-jasa korang sebagai membe aku!!

1.      mushaimi hasif bin Mustafa[hafiz]
2.      siti nur farhana[hafiz]
3.      nur afifah ibrahim[SMIF]
4.      ahmad fathi[hafis]
5.      ezzatul khafawati[hafis]
6.      syuhada hashim[SMIF]
7.      ummul hasanah[SMIF]
8.      puteri zakiya(poozab)[hafis]
9.      nuur qaiyim[MDM]
10. hafis maeroh[hafis]
11.  huda Abdullah[SMIF]
12.  asyraf[SMIF]
13.  tc marini[my eng teacher][SMIF]
14.  fathi abau[SMIF]
15.  Iqbal afiq[SMIF]
16.  arif yassin[hafis]
17.  afifah imran[MDM]
18.  aliah nadhirah[MDM]
19.  asma hawa[MDM]
20. jamilah[MDM]

21.  fakruradzi[hafis]
22. Muhammad ismail[SMIF]

TERIMA KASIH atas sumbangan anda semua. Dan minta maaf kepada sumbangan mereka yang tidak tertulis namanya dalam senarai.


Khamis, 22 April 2010

kuliah maghrib!!

Tiada ulasan :
Tanggal 21hb April Rabu malam Khamis, aku telah hadir dalam sebuah majlis ilmu yakni Raudhatul Jannah(taman syurga)..sebab apa aku katakan majlis ilmu itu taman syurga? Bukan aku yang keluarkan fatwa sesuka hati, aku pinjam kata-kata ustaz yang mengendalikan kuliah maghrib itu di masjid berdekatan dengan kediamanku.. katanya rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat ”barang siapa bermusafir, merantau atau sebagainya..kemudian kamu itu melalui kawasan taman-taman syurga(raudhatul Jannah), hendak lah kamu singgah” lalu para sahabat kelihatan bingung lalu bertanya “ ya Rasulullah, ada lagikah taman syurga selain raudhah di madinah(mimbar nabi)? Rasulullah menjawab “ya, majlis ilmu itulah antara majlis yang didalamnya terdapat taman syurga”…hadis ni aku tak brape pasti samada sahih atau tak..namun apa salahnya kita mengamalkannya?




Sudah aku nyatakan dalam entry sebelum ni. Aku amat2 tertarik dengan penyampaian ilmu oleh ustaz yang diberi nama us. Nazri Nawi. Disamping beliau menyampaikan point2 penting dalam kitab hadis 40 berkenaan dengan ilmu dan ulamak beliau juga menyelitkan kisah2 isu semasa tentang kecetekan ilmu dalam kalangan belia zaman moden nih.. antara cerita beliau.. seorang sahabat beliau seorang guru agama disebuah sekolah mengadakan satu ujian bulanan kepada pelajar tingkatan4. beliau amat2 sedih dengan situasi belia zaman sekarang, katanya zaman sudah kembali ke zaman jahiliyah dulu. Para pelajar diajukan soalan yang berbunyi:” adakah Allah itu berbilang-bilang?” maka separuh daripada kelas menjawab “ya!” .. itu satu cerita..ada lagi satu cerita beliau yang mana, beliau diceritakan oleh sahabat beliau, sahabat beliau ni usha rancangan Nabil, siapa tak kenal Nabil? Orang yang terkenal dengan lawak bodohnya.. si nabil ni menjemput golongan kanak-kanak yang baru sahaja menceburi bidang hiburan. Antaranya bintang idola kecil. Ketika rancangan di adakan pada bulan hampir-hampir hari diambang umat Islam menyambut Aidilfitri. Si nabil ni bertanya kan satu solan kepada seorang kanak2 tu. “ dalam bulan islam, hari raya di sambut bulan apa?” peserta bintang idola kecil tu tak dapat menjawab…diam saja..ditanya oleh nabil soalan kedua. “siapakah penulis novel Harry Poter?” kanak-kanak itu dengan pantas sekali menjawabnya. Aku pon tak tau spe pnulisnye.. beliau(ustaz) menimbulkan persoalan?mana nilai Islam di kalangan orang2 muda? Sedangkan soalan hari raya dalam bulan apa, semua sudah sedia maklum bulan syawal. Beliau menegaskan ibu bapa yang memainkan peranan dalam menerapkan ilmu agama dalam benak anak-anak mereka. Sudah pasti parents kepada kanak-kanak tadi mengabaikan tanggungjawab itu. Malah semakin ramai parents yang menggalakkan malah bangga dengan pencapaian anak-anak mereka dalam bidang hiburan. Inikah yang di anjurkan oleh Rasulullah? Rasulullah memberi banyak pengorbanan dalam aktiviti dakwahnya. Sampaikan dicaci, dicemuh, dihina, dibaling dengan batu. Sebaliknya kita zaman sekarang ini tak mengendahkan langsung pengorbanan rasulullah.. so, disini aku nak ingatkan diriku sendiri dan kawan2.. hiduplah kita dalam suasana Islam, dari bangun tido sampai kita nak tido semula. Moga kita tersenarai dalam syafaat rasulluah kelak. Hidup di dunia hanya sementara..bnyakkan buat bekalan untuk hari yang abadi!!

pada pendapat aku la...

2 ulasan :

Pada pandangan aku, baik pompuan zaman skang atau pompuan yg dtg dari masa depan banyak memandang kepada lelaki yg boley bagi jaminan kewangan sebagai syarat utama jadi calon suami. Syarat seterusnya barula baik hati, jujur, bersih, cekap, amanah, bertanggungjawab, sedap mate memandang…..bla..bla…bla. Aku tak cakap sume pompuan. Tapi banyak yang camtu. Selalu aku akan cakap ‘betulkan aku kalo aku salah’. But this time, aku akan ckp ‘Kalo korg (berumur 25thn keatas dan masih bujang) nak betulkan ape yg aku cakap, aku tadehal. Tapi kalo korg tipu diri sendiri, aku takleh nak betulkan.’ Realitinya lelaki kalo setakat ade sekeping hati yg ikhlas je mmg tak cukup. Mesti ade berkeping2 kertas yg ade gambar Agong.
Duit bukan segala2nye tp segala2 memerlukan duit. Memangla duit taleh beli sihat tapi duit bley bli ubat. Duit taleh beli ilmu tapi duit bley beli buku. Duit taleh bli cinta tapi duit boley beli bunga. Beli topup nak call awek pon pakai duit. Pada aku satu je taleh beli ngan duit. Senyuman dibibir yg lahir dari hati kerana perasaan ikhlas taleh dibeli dgn duit.
Sebenarnya memang patut pompuan memandang pada lelaki yg boley bagi jaminan kewangan. Malah mmg perlu diambil kira sebagai jaminan masa depan. Dan cari rezeki pon mmg da jadi tanggungjawab lelaki. Pun begitu, orang yg bertanggungjawab takkan anggap sesuatu perkara tu tanggungjawab satu pihak je.
Mebi arini kita kenal seseorg tu hidup senang. Bahagia kata org. Tapi penah tak tebayang kalo tetiba datang ujian tuhan si lelaki ni dilanda tsunami masalah kewangan? Bley ke nak idup susah sesame? Maklumla langit tak selalu cerah tapi tak ramai pompuan yg sanggup tunggu awan mendung berarak pergi. Tu yg selalu gado bile da biasa idup senang tetibe jatuh susah. (Cam aku plak, idup susah. Bile aku da senang, lupe diri.)
Kepada kaum adam, ayuh kita buktikan. Takde lelaki yg tak jatuh tapi sang juara bangkit dan bangun utk berjuang semula. Berlari bukan pandang kebawah melihat kaki tapi pandang kedepan menuju destinasi.
Kepada kaum hawa, jgn la pandang pada harta dan rupa semata2. Pandanglah kepada seseorang yang dapat buat korang tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

p/s: Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak dapat apa yang kita tanak. Dan bila kita dapat apa yang kita nak, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita nak kadang2 tak membuatkan hidup kita menjadi lebih bahagia. So, bukan kesempurnaan yg patut kita cari, tetapi kesefahaman. 

Bahaya Actifast

2 ulasan :




Salam,
Aku kalo pening kepala mesti nak cari panadol actifast. Mende lain aku tak pakai. Panadol biasa ke, minyak cap kapak ke, mmg aku tak pakai. Org kedai suggest aku mende lain bila actifast takde stok pon aku tak nak.  Aku tetap nak actifast. Sbb actifast paling mujarab.
Aku terlupa bahawa yg menghilangkan pening bukan lah actifast. Tuhan yg hilangkan pening. Tak kisah ape produk pon aku makan atau pakai, kerja hilangkan pening kerja tuhan. Aku pelik mcmana aku boleh meletakkan kepercayaan yg begitu tinggi kpd actifast sampai aku takleh nak terima mende lain yg mana mende lain tu pon sbnarnya salah satu alternatif yg tuhan bagi utk hilangkan pening.
Mmg besar pengaruh pengiklanan actifast sehingga aku hilang kpcayaan terhadap mende lain. Perkara camni nmpak cam kecik je tp perkara camni la yg kadangkala org bijak pandai terlupa nak pikir.

Isnin, 19 April 2010

kisah anak durhaka!!!

1 ulasan :
satu hari ni..ade mamat ni nak ke kedai...maknye(orang jawe) berpesan. "maaaad..iki! lungo gedey. tuku iwak asin karo belachan!!" begitu pekat jawenye kdengaran...mat dengn rase malsnye terpakse pargi jugak ke kedai..eh..korang paham ke bahase jawa kat atas ni??adyai..lupe nak translate..maknenye berbunyik "maaaad..ni! pergi kedai. beli ikan masin dengan belacan!!"..hah..tu la gayenye...si mamat ni sudah berusia30 tahun hidup disebuah kampung yang terpencil....tapi jodohnye belom ketemu..




 suatu pagi tu, mamat duduk disamping maknye, Limah yang amat-amat dicintai.."Mak..mat rase mat nak kawen lah mak.." 
"maknye menjawab..ko kene belaja dulu"....lalu mamat membantah " belaja apenye mak..Aku da nak tue ni..sampai bile nak jdik cmni? Aku teringin benar nak anak bini, semua kawan aku dah kawen..aku ni orang pandang macam tak laku" nada mamat ni makin meninggi pulak.."dengar cakp mak!! ko kene belajar dulu!!" maknye, Limah jugak tak berputus asa dengan pendiriannye.. Akhirnye..mamat berang.. lalu terkeluarlah kata-kata ni "Aku tak kira..aku nak kawen jugak..Aku dah ade calon..aku nak ke KL..aku nak jumpe awek aku tuh..dan kawen kt KL tuh...mak takboleh halang aku!!"  sejurus itu si mamat kemas pakaian dan terus blah!..maknye yang tampak tenang..walaupon kegalauan hatinya betul2 mengundang kesedihan... lalu hatinya bermonolog..'mat..ini ke layanan ko kat mak..mak benar2 kecewe ngn sikap ko ni mat...tak ingat ke ko dulu mak basuhkan ko..mandikan ko..ko suke bermanje ngan mak..mge ko bahagie ngan orang yang ko pilih tu..sape lah mak ni pada hati mu mat"...


mamat yang hanye berbekalkan wang sejumlah RM3000 hasil kerja kebun arwah ayahnya terus menuju ke destinasi..


"dyla..abg mat akan mengahwini dyla..sudikah dyla??"
"Abg mat dah sedia ke?" tye dyla sambil tsentum manje..
"abg da terlebih sedia sayang..abg siap bawak RM3000 untuk mas kawen nnti.."
"oke la..ttpkan tarikh kite nikah.."arah dyla dengan manje...aeshh gedik pulak..
"how about minggu depan?"aiceh mamat anak jawe ni pandai pula cakap omputih dah la ngade2 cakap omputih..broken plak tuh.. ... mereka pon bersetuju....




seminggu pon tiba......


pak imam      :   dah sedia??
mat                :    dah tuk..
pak imam      :   baiklah sebelum tu..saye nak tye...awak tau beristighfar?
mat                :   (dengan gabranye) er..tau tok senang je...istipar tu...
pak imam     :    'istipar? bia btol bdak ni..'(dalam hati) baiklah..awak bace istighfar...
mat               :    segan lah tuk...ramai kat sini... saya cadangkan tuk imam bace dulu nanti saye                        teruskan...
pak imam     :   (aik..aku pulak kene istighfar?aku yang nak kawen ke ni?) baiklah...astaghfirulaaahal aziiim allazhi....hah, sambung!!
mat               :  errrr.....allazhi...yuas wisufi sudu rinnaaaas...minal jinnatiwannas...
pak imam    :  masyaAllah...ini isghfar baru ni..bagus..(taknak bagi mamat tu malu..tok imam ok je lah...


bakal pengantin perempuan yang mencuri2 dengar perbualan antara bakal suaminya dengan pak imam terus pengsan.....




              Mat sungguh kecewa dengan keputusan yang dilakukan oleh dyla. Kekasih hatinya, dyla telah mereject mat idop-idop. Katenye "mat carilah orang lain," tu je jawapannye. Namun kata-katanya itu cukup meruntunkan emosi dan meluluhkan jiwa raganya. kekasih yang amat dicintai sebelum ini, yang pernah membuat perjanjian sehidup semati, kini baru dia tahu, kata-kata hanya sekadar penyedap ayat, pemanis bicara. 




Mat jalan mundar-mandir. Fikirannya buntu. Jalan sambil matanya berkaca, sedih mengenangkan peristiwa dulu. dia tekad untuk memilih jalan sesat yang nyata, bunuh diri. 




Limah duduk bersimpuh di atas tikar hasil anyamannya sendiri, sambil mengenangkan nasibnya. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk merintih kepada al-Khaliq. "Ya Allah, andainya anak aku selamat diijab kabulkan, kau lembutkanlah hatinya supaya pulang menjengokku....." panjang juga Limah berdoa, namun hatinya tiba-tiba terbit rasa tak sedap hati. hatinya amat gelisah sekali. Limah sendiri tak tahu apa yang brlaku.


           seutas tali ikat lembu sudah kemas digantung. Kini tali itu disimpulkan, lalu tanpa membuang masa, Mat menyarungkan tali yang sudah disimpulkan tadi ke lehernya. dia sudah bersedia untuk menemui ajal secara paksa.......


          dyla duduk di suatu sudut di atas katilnya sambil memeluk kedua-dua lututnya. fikirannya berlegar-legar mengenangkan peristiwa pahit meninggalkan kekasihnya. Dyla amat kesal dengan sikap mat yang sambil lewa dan acuh tak acuh. Dyla mahukan suami yang baik, berilmu dan taat akan agama. Akhirnya dyla manjadi tawar hati untuk dinikahkan dengan mat setelah peristiwa di masjid itu. Selepas menanggung malu kerana tidak boleh beristighfar, dyla terus bertanya mat, kalau dan bersedia nak kawen mesti boleh baca istighfar, al-fatihah dan doa-doa lazim. Bile ditanyakan adakah mendapat restu mak. Jawapannye tidak. Itu yang membuatkan hatinya berubah. Dyla mahukan suami yang boleh membimbingnya kepada mentaati agama.

            Mat balek rumah dengan hati yang amat kecewa. Dia masih buntu dan hampir-hampir berputus asa untuk meneruskan hidup. Dia merasa bernasib baik ade seorang jirannya yang selamatkan dia dari bunuh diri. Amat melangkah ke rumahnya dengan perlahan. Dia kali ni tekad ingin memohon maaf kepada ibunya. Dia juga sedar ada hikmah ibunya melarang dia berkahwin sebaliknya menyuruhnya belajar. Dia mulanya tak sedar apa yang dimaksudkan oleh ibunya.
            Mat perlahan-lahan membuka pintu rumah peninggalan ayahnya yang sudah usang. Apabila masuk dia memeriksa seluruh rumahnya mencari ibunya. Namun hasratnya tak kesampaian. Lalu dia menjerit memanggil maknya. Namun tiada sahutan. mat mula merasa tak sedap hati, lalu bergegas ke rumah jirannya.
"pak cik! pakcik, ada nampak mak saye?" mat bertanya salah seorang jirannya dengan penuh harapan. " eerr..kamu tak tahu ke, mak kamu da meninggal?"
menderau laju darah mat mendengar cerita itu..jantungnye bagai nak gugur. "mat, bwk ngucap mat..sabarlah..semua manusia akan mati jua". mat mngagguk...


mat duduk di suatu sudut dinding masjid sambil beribadah. dia kini menjadi seorang yang amat taat kepada perintah Allah dan yang paling penting, mat tak pernah miss 1 pon majlis ilmu di masjid itu mahupon masjid lain.


cite ni..aku bukan saje2 nak gebang..namun ade mesej disebaleknye..renungkanlah.. betapa pentingnya majlis ilmu agama kepada kita dan hidup seharian kita..negara kita zaman sekarang, ruang untuk majlis ilmu itu disempit2kn..korng sendiri boleh fikir..kenapa ceramah2 dimajlis suatu ketika dulu sering kali disekat??sedangkan hiburan melampau sana sini, pertandingan akademi fantasia amat digalakkan oleh kerajaan, mentor, malaysian idol, etc. korang sedar tak, sinar islam di bumi malaysia, tanah air kita semakin berkurang??ni semua kerja sapa?tangan2 kita sendiri..renungkan la we..tak cukup dengan artis tanah air, artis luar pula dijemput membuat show di negara Islam yang kita cintai ni...apa maknanya??kerajaan jenis apa itu??apa..sahsiah itu tak boleh dicampor aduk dengan kehidupan islam?islam itu addin, syumul, menyeluruh..seluruh kehidupan kita tercatat dalam Islam..aku pon da malas nak ulas panjang2..bukan ape..aku da penat..malam2 bute ni baru klua idea....

Isnin, 12 April 2010

Program-program Mega Masjid Negeri Shah Alam

Tiada ulasan :


Forum Perdana Ehwal Islam [bersiri dan bersilibus]
Pada : Sabtu Malam Ahad (minggu ke-dua setiap bulan)
masa : 9.00 p.m

Tarikh-tarikh Forum Perdana Di Masjid Negeri : 

  1. 13 Mac 2010
  2. 10April 2010
  3. 8 Mei 2010
  4. 12 Jun 2010
  5. 10 Julai 2010
  6. 7 Ogos 2010
  7. 9 Oktober 2010
  8. 13 Nov 2010
  9. 11 Dis 2010

kuliah Tasawwur Islam
Bersama Prof. Dato Harun Din
Pada : Jumaat Malam Sabtu(minggu pertama setiap bulan)
Masa : Selepas Solat Magrib

Bicara Ad-din
Pada : Sabtu Setiap Minggu
Masa : 6.45 a.m - 8.00 a.m

"kawan-kawan dijemput hadir beramai-ramai.

Sabtu, 10 April 2010

al kisah tentang SOLAT..

2 ulasan :



بِسْـــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِــيمْ

Aku suke nak bercerita tentang sebuah kisah bab-bab agama. Cerita ni mengisahkan perbandingan darjat orang yang sembahyang dengan orang yang tak sembahyang. Kisahnya bermula ketika seorang pak Haji yang ingin pulang ke KL dari Indonesia menaiki kapal terbang AirAsia. Apabila masuk waktu solat. Pak Haji ni ke tandas untuk mengambil wudhuk. Disebabkan tandas terlalu kecil pak Haji ni wudhuk tanpa menutup pintu tandas. Seorang pramugari yang sedari tadi memerhati tingkah laku pak Haji tu, agak terkejut kerana membasuh kaki di singki lalu menghampiri pak Haji tersebut.

Pramugari     : pak Haji, kat singki tu tak boleh cuci kaki, kotor!
Pak Haji         : (dengan sopan) saya ingin bertanya. Cik basuh muka berapa kali   sehari?
Pramugari     : 3 kali sehari, kenapa pak cik?
Pak Haji         : ini bermakna, kaki saya lebih bersih daripada muka cik. Kerana saya cuci kaki saya 5 kali sehari dengan wudhuk. Wudhuk bukan sahaja membersihkan kaki pak cik tapi cuci dosa-dosa.
Pramugari     : (senyap, malu dan terus blaah)

Berdasarkan cerita ini, benarlah, apabila kita berwudhuk, seluruh tubuh kita disucikan daripada kotoran dari lahiriah manakala dari batiniyah menghapuskan dosa-dosa kecil. Fakta ni aku nak sokongkan dengan sebuah hadis Rasulullah SAW sabdanya :

“Apa pandangan kamu semua sekiranya sebuah sungai di hadapan pintu rumah kamu, dia mandi di situ lima kali setiap hari, adakah kotorannya masih kekal? Para sahabat menjawab : sudah pasti kotorannya hilang. Rasulullah bersabda lagi, Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Allah SWT menghapuskan dosa dengannya”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di sini aku nak nasihatkan kepada semua kawan-kawan, TUNAIKANLAH SOLAT. Dengan solat itu menandakan kita bersyukur kapada Allah. Ketahuilah saudara-saudara dan rakan-rakan sekelian. Allah SWT telah banyak memberi kita nikmat. Tak terhingga banyaknya. Maka dengan itu, bnyakkan lah beramal ibadah sebagi tanda kita bersyukur kepada-Nya.
            Allah menjadikan sesuatu perkara itu penuh dengan hikmat, walaupun kadang kala kita tidak sanggup menempuhnya. Sesungguhnya setiap hamba Allah akan diuji mengikut kemampuan hamba-hambanya. Semakin kuat iman kita semakin tinggi ujian yang akan kita hadapi hanya ingin  menguji sejauh mana ketakwaan kita terhadap Al-Khaliq.

Renung-renungkanlah wahai sahabatku…

Khamis, 8 April 2010

Selipar Nippon Untuk Farhana

1 ulasan :

 

Sedang aku sibok-sibok melayan Facebook, aku tenampak seseorang post comment kat kawannye. Maybe kawan sekolahnye kot. Aku sendiri tak kenal. Comment tersebut menggunakan bahasa Nippon. Lalu aku dengan rase bangge nak jgak menyibok menanye..ape makne ayat Nippon ni?? Kawan aku sorang ni namenye Farhana, die mmg terer cakap Nippon. Aku mulenye takot nak kawan ngan die, maklumlah dulu Jepon takluk tanah Melayu. Tapi si Farhana ni takde kene mengene pon dengan penaklukan Jepon dulu. Die cume made in Japan. Born in Japan. Her parent terer cakap Melayu. Mmg orang Melayu pon. Cume menurutnye her parent get married in Japan. so, time tu die mmg xkenal ape itu Melayu. Makanan ke, pakaian ke, jenama kerete ke? Die taktahu.
Sampai lah die hidup di bumi Matahari Terbit tu selama 3 tahun, die pon balek la Tanah Melayu.  Ketenye, mule-mule die mmg xmau makan makanan macam kite orang Melayu yang terkenal dengan makanan asasinye, nasi. Maknye pon terpakselah cari beras berkanji yang dah biase diamalkan kt Japan.

            Adoyai. Dah panjang cite aku nih. Tak masuk tajuk langsung. So, tujuan aku tulis tajuk ni, mmg aku nak hadiahkan sepasang selipar jepun. Si Farhana ni telah post komen ke seorang kawannye dalam bahase Nippon. Aku pon lupe ape bentuk dan bunyik ayatnye cmane..So, aku dengan rasa terpinga-pinganye bertanye. Oit, ma makna haza sentence?(apa maksud ayat ni?)…..Farhana mnjawab:…aku nak kasut baru(lebih kurang camni la ayatnye)
Safwan VanDer :          oh ko mntak kat die..so, aku no related lah…
                                    Kalo ko mntak aku boleh aku bg kasut baru…
Disebabkan ko made in Nippon, so, aku nak bg selipar buatan Nippon. Mesti ko suke kn??





Farhana :                      eh..slipar tu sorng je la pkai..haha..nanti kalo aku da kawen takkan nak pakai slipar Nippon ni..ni untuk jamban je…hahaha..(lebih kurang macam ni ayatnye)

My personal comment: aik. Aku cite pasal slipar..die masuk bab kawen.. aku rase                                                                      Farhana ni da tak sabar nak kawen kot..hehehekk..

Banyak lagi perbualan aku ngan Farhana time tu. Tpi maklum lah. Kepale hotak aku ni terlalu kuat ingatan sampai da tak boleh ingat pe lagi perbualan tu…kepada Farhana.. jangan marah atau kecik hati. Aku bergurau jerk..sekian wassalam…

hamba ALLAH©

"Mama...salahkah aku menyintainya? "

Tiada ulasan :
Aku terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. Aku baru sedar bahawa puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh ku buat, dia telah jatuh cinta!

Apakah yang bakal ku 'bual'kan kepadanya tentang cinta. Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak akan lari dari aku. Aku bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika aku gagal. Aku akan kehilangannya buat selama-lamanya.

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita?

Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.
Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam
3 perspektif :

1. Menyintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya) . Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah yang bermaksud "Dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang fasik." ( al-Baqarah :65)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya 'cinta pandang pertama' yang tidak sampai kita membuat maksiat kepada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.


Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?

Mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan 'cinta suci remaja' memang biasa diucapkan Cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kitakepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun cuma kita yang kadang-kadang cuba 'menghalalkannya' dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi Allah ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Apa kata kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunah Ibni Majah : "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah"

Apa? Nikah?!!, Tidak mungkin... sekolah pun belum habis, bagaimana nak bernikah?

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita : "Janganlah kalian dekati zina..." (al Isra':32)

" Ah, terlalu ekstrim! Takkanlah bercinta dianggap mendekati zina?" Tapi bukankah kita pernah dengar sabda Rasulullah: "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita¡¦ Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya syaitan¡¦" (hari Tabrani). " Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman" (hari. Muslim dan Abu Daud)

Anakku, kamu seorang remaja Muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mendakwahinya, kerana boleh menasihatinya, kerana mencari rakan diskusi intelek, dan sebagainya.

Jadi mama, apa penyelesaiannya?

Bagi anakku yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaAllah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.

Pun begitu perhatikanlah juga perkara-perkara di bawah ini agar hatimu tidak mudah menjadi rawan :

1. Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawanan jenis (an Nur:30-31)

2. Hindari berdua-duaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan). Elakkan berinteraksi dengan bukan mahram dengan perkara-perkara kurang penting yang melalaikan.

3. Hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan dan mengghairahkan nafsu.

4. Hindari bacaan/novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.

5. Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.

6. Sibukkan dengan mengaji dan berzikir. Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada 'cinta' ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.

7. Apabila kita telah mempunyai seorang 'teman akrab', cukuplah kiranya kita fahami maksud firman Allah "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata "Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku dulu tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku al-Quran ketika al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia" (al-Furqan"27- 29). Maka janganlah kita menyesal dikemudian hari kerana terlanjur mengambil seorang 'teman akrab' yang kononnya menyintai kita.

8. Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: "Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya" (an-Naziat:40- 41).

9. Bernikah sahajalah jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.

Aduhai mama, susahnya!

Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam sabda Rasulullah juga bersabda bahwa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia tapi dibenci Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.

Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia"

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhir nanti? Kekasih kita kah? Tentu tidak.
Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaAllah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami/isteri, di dunia dan syurga di akhirat nanti, insyaAllah.

Namun anakku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi, cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, mama relakan perkahwinanmu. Mama akan aturkan pernikahanmu secepat mungkin, demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih,suci dan soleh sepanjang generasi zaman. InsyaAllah.. .

catatan daripada seorang insan bergelar ibu....hamba ALLAH©