Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 27 September 2013

Tan Sri Ust Azizan Abdul Razak dalam kenangan

Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya jualah kita kembali.

Pagi ini, jam 11:10 pagi, bertarikh 26 September 2013. Saya dikejutkan dengan berita pemergian insan yang banyak menabur jasa dalam dunia politik Malaysia tercinta. Kebetulan, pagi itu, pkul 11 tepat, saya berada di perpustakaan UniSZA, saya mendapati, kawan-kawan, Yb, dan orang-orang ternama melaporkan bahawa Ust Azizan telah pergi kembali menemui Sang Pencipta. 

Pemergian ini sedikit sebanyak memberi kesan dalam dunia politik Malaysia, khasnya di Kedah. Jasa beliau yang membangunkan KUIN, membanteras gerakan Syiah dan banyak lagi, disamping tidak dinafikan juga, ada beberapa kelemahan dibawah pemerintahan beliau. Semoga Allah mengampuni arwah Ust Azizan.

Setakat hari ini, ramai kawan-kawan facebook yang update ttg kematian Ust Azizan. Dilaporkan bahawa ramai yang mengiringi jenazah ketika upacara pengebumian dari rakyat marhaen sehinggalah berpangkat MB dan Bekas PM. MB Kedah dan bapanya Dr Mahathir yang turut hadir dlm majlis pengebumian. Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah juga tidak ketinggalan menziarahi.

Upacara Pengebumian, Turut hadir, Mat Sabu, Mukhriz, Dr Mathir Mohamad

Dr.Haron Din mengiringi jenazah

Dr Mahathir bersalaman dengan peminat-peminat beliau :D Jangan takut, orang PAS tak makan orang

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah



Akhir kata dari admin. Marilah sama-sama mendoakan agar arwah Ust Azizan diampuni segala dosanya, dan bersama dengan orang-orang yang soleh.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Tiada ulasan :