Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 22 Mei 2013

Sahabat Rasulullah Mendoakan Kehancuran


Di zaman Pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab ra, Saad bin Abi Waqas telah dilantik sebagai Gabenor di Kuffah. Beliau merupakan antara 10 sahabat nabi yang dijamin syurga. Beliau memeluk Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
Beliau juga merupakan antara sahabt nabi yang apabila berdoa maka akan dimakbulkan oleh Allah seperti Uwais Al-Qarni. Dua nama ini disebut oleh nabi. Nabi berpesan kepada Saad bin Abi Waqas supaya menjaga makan minumnya dari yang halal maka apabila diangkat tangan untuk berdoa akan dimakbulkan.
Maka pada suatu hari, Khalifah menerima sepucuk surat yang menceritakan tentang aib Saad bin Abi Waqas. Lantas Umar terus memecat Saad bin Abi Waqas. Maka Saad bertemu Umar dan menyatakan bahawa:mustajab
“Aku solat kepada mereka sebagaimana aku solat dibelakang nabi. Tidak aku tambah ataupun menguranginya walau sedikit pun.”
Maka kata Umar,
“Begitulah juga anggapan aku (Umar) pada kamu wahai Saad”
Ini menunjukkan bahawa manusia pasti akan ada silapnya. Sepatutnya Umar melakukan penyisatannya terlebih dahulu sebelum melakukan keputusan. Lantas Umar menghantar utusannya untuk membuat penyiasatan di seluruh masjid di Kuffah. Hasil penyiasatan itu, semua jemaah masjid memuji Gabenor yang dihantar oleh Umar.
Di jemaah Masjid Bni ‘Asim juga memuji Gabenor yang dihantar Umar kecuali seorang jemaah yang bernama Usmah bin Qatadah. Dia mengatakan yang buruk mengenai Gabenor, Saad bin Abi Waqas iaitu:
1. Pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan – ketika seruan jihad dikeluarkan, Saad tidak keluar berjihad dan berada di Kuffah.
2. Mengambil ghanimah dan fai tetapi tidak mengagihkannya dengan betul.
3. Menjatuhkan hukuman dengan berat sebelah.
Maka sampailah berita itu kepada Umar. Lalu Umar memanggil Saad dan menceritakan tentang hal itu. Ini sangat memalukan Saad sebagai Gabenor yang mentaati Allah dan Rasul dipecat dari jawatannya. Beliau difitnah dan digulingkan dari jawatannya. Maka beliau berkata, beliau akan berdoa dengan tiga perkara:
Ya Allah, sekiranya hambaMu ini, Usamah bin Qatadah melakukan fitnah kepadaku maka:
1. Panjangkanlah umurnya.
2. Di waktu penghabisan umurnya merempat dan fakir.
3. Hidupkannya dalam keadaan maksiat.
doa tanganSemua yang mendengar doa itu tidak membantah termasuk Umar ra.
Maka pada suatu hari, dilihatnya seorang yang sangat tua usianya yang hidup dalam kefakiran berjalan di pasar. Maka apabila dilihatnya gadis-gadis, dicabulinya tanpa perasaan belas kasihan. Lalu ditanya pada orang tua itu mengapakah masih dilakukan hal sebegini?? sedangkan di waktu usia sebegini sepatutnya dihabiskan masa untuk beribadah. Maka dijawab oleh orang tua itu,
“Akulah Usamah bin Qatadah yang terkena doa Saad bin Abi Waqas”
Dipetik dari hadith Riwayat Muslim.
Beberapa pelajaran yang boleh diambil:
1. Jika hendak mendoakan kehancuran pada orang kafir, maka hendaklah berdoa secara keseluruhan sebagaimana nabi mendoakan kehancuran kepada kaum kafir Quraisy.
2. Jika hendak mendoakan kehancuran pada orang Islam yang menzalimi kita, hendaklahspecific (disebutkan namanya) sebagaimana Saad bin Abi Waqas berdoa.
3. Jika anda dizalimi maka dibolehkan berdoa supaya yang menzalimi diberi petunjuk dan hidayah sebagaimana doa nabi ketika dibaling batu di Thaif.
4. Jika anda dizalimi maka dibolehkan berdoa supaya yang menzalimi diberi kehancuran sebagaimana doa Saad bin Abi Waqas dengan syarat ada perkataan ‘sekiranya’ di permulaan doa.
5. Jika anda seorang PIMPINAN yang baik, maka anda difitnah, dizalimi dan digulingkan,maka berdoalah kepada Allah sebagaimana Saad berdoa.
Maka takutlah wahai orang yang berbuat zalim kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab kepada Allah.

Tiada ulasan :