Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 8 Mei 2013

Apa Respon Polis Untuk Himpunan Suara rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya?



Kali ini, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim menganjurkan satu perhimpunan pertama selepas PRU-13. Perhimpunan ini diadakan bagi menunjukkan :

Bantahan terhadap penipuan PRU-13

Bantahan terhadap kejadian Blackout semasa pengiraan undi.

Walaupun ada ura-ura yg menyatakan perhimpunan ini dipindahkan di Stadium Melawati, tapi tetap diteruskan di Stadium Kelana Jaya. 

Ini petikan dari FB Saudara Rafizi Ramli.:

PERHIMPUNAN "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" 8 MEI 2013 DITERUSKAN

Saya sedia maklum kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara mengenai Perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” yang bakal diadakan malam ini (8 Mei 2013) di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Sebagai menyambut gesaan Tan Sri Ismail Omar, KEADILAN melalui YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan. Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium. Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis.

Saya percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Omar yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun, seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Oleh itu, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya adil dan menolak penipuan PRU13 untuk turun dengan memakai baju hitam pada malam ini di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula. Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar, yang jelas berniat jahat.

Oleh itu, saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut.


Apa pula respon Polis? Petikan dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sidang media oleh Ketua Polis Negara pada 7 Mei 2013 (selasa) jam 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah dirujuk.

Sesetengah pihak media telah merujuk kepada pejabat ini mengatakan bahawa Ketua Polis Negara ada menyebut bahawa perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat tersebut memerlukan permit.

Adalah dengan ini ingin diperjelaskan bahawa Ketua Polis Negara tidak menyebut perkataan ‘memerlukan permit’ di mana-mana bahagian dalam sidang akhbar tersebut.

Ingin ditegaskan di sini bahawa semasa sidang media tersebut, seorang wartawan telah bertanya: “berkaitan dengan satu perhimpunan yang akan dianjurkan oleh pakatan rakyat pada malam esok, adakah perhimpunan ini……..”

Menjawab kepada soalan tersebut Ketua Polis Negara telah berkata:

“Saya dah sebutkan tadi, pertama, saya tidak membenarkan perhimpunan yang menyalahi undang-undang, perhimpunan hendaklah menepati Akta Perhimpunan Aman 2012; syarat-syarat dia seperti yang telah saya sebutkan tadi; maklum Ketua Polis Daerah; penganjur kena jumpa dengan Ketua Polis Daerah; dia ada syarat-syarat dia; penganjur kena tentukan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman; peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman”.

Jelas bahawa daripada ungkapan soal-jawab di atas, Ketua Polis Negara tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit.

Penjelasan ini adalah dibuat untuk memperbetulkan salah lapor oleh sesetengah media mengenai kenyataan Ketua Polis Negara semalam.

ACP Ramli Mohamed Yoosuf
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)


Maknanya polis memang beri kebenaran untuk berhimpun, asalkan jangan berarak. Tunggu apa lagi kawan. Jom Turun!! Jangan lupa berpakaian serba hitam!


Tiada ulasan :