Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 14 Julai 2012

Himpunan Oren selamatkan Felda berlaku secara aman

Tiada ulasan :
Alhamdulillah.


Himpunan Oren telah berjalan dgn lancar atas kerjasama pihak keselamatan PDRM.


Perarakan itu akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu3 Istana Negara dan hanya enam wakil GSF sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum 8 Tuntutan.


Apa yg dituntun dalam Himpunan itu?


Memorandum itu mengandungi tuntutan lapan perkara:
1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda
2) Batalkan pinjaman bank peneroka
3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations
4) Selesaikan tuntutan peneroka
5) Hapuskan hutang peneroka
6) Lindungi tanah peneroka
7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga
8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda


Apa yg aku suke sgt smpai nak tulis pasal ni. Himpunan ni,dijaga dan dijamin keamanannya oleh pihak keselamatan. Ini baru tugas polis yg sebenar. 


Dan suka juga aku nak share sikit gambar berkenaan pihak keselamatan yg menjaga keamanan sepanjang himpunan ini berlangsung.


Gmbar ini diambil dari laman sosial fb page PDRM.


Aku nak ucap jutaan tahniah kpd penganjur himpunan ini serta tahniah juga kpd pihak berkuasa yg memberi kerjasama yg baik sepanjang keberlansungan himpunan ini. Harapnya DYMM mendengar rintihan rakyat spt yg termaktub dlm 8 tuntutan himpunan Oren Selamatkan Felda.


Berita lanjut>>>

Noor Neelofa mengerjakan Umrah

Tiada ulasan :
Alhamdulillah.


Sejuk je dgr si gadis manis ni pergi mengerjakan Umrah. Sebenarnya diri ini sgt terkejut dgn fenomena artis-artis Malaysia yang berhijrah. Ya, satu berita yang cukup gembira. Mana tak nya. Kebanyakkan artis ialah ahli lagha, ahli penyedap mata lelaki miang macam aku ni. Hee


Ape pon, aku di antara jutaan peminat Noor Neelofa. Rasenya tak salah minat kat artis asalkan tak fanatik. Yelah,korang sebuk minat penyanyi/pelakon Korea. Aku tak! Aku peminat Neelofa. Sejak tgok cite Ejam Non-Yenki ntah apa tajuknye ntah. Aku terpana dgn wajah manis Neelofa mengenakan tudung. Nampak manis.


Dan sekarang Neelofa sedang mengerjakan ibadah Umrah.




Harapan aku kat gadis manis ni. Istiqomahlah dgn imej bertudung. InsyaAllah. Usahakan mencari hidayah Allah. :)

Gambar2 Penyejuk Mata/bakal Pembina Ummah

Tiada ulasan :
Hari ni nak share sedikit gambar2 yg aku rasa sangat tersentuh hati sanubari aku. Gambar-gambar ini jugalah menjadikan aku lebih bersemangat. Betul lah kata orang, hidup berpandukan syariat itu lebih indah,sedangkan kita tidak menyedari akan kebaikan di sebalik Undang-undang yang digariskan oleh Allah SWT melalui al-Quran. 


Jom cuci mata sikit untuk peransang semangat. :)


Anak kecil pekena Serban. :) Sejuk mata memandang
Gambar ni tersangat Owsem. Manis je anak kecil Muslimah ni. Rase nak cubit2
Ini pon Comel juga. Mmg cute. :D
Ini pon Owseeem sgt2. Cute. Ini anak Melayu yg ikut abinya study di Timur Tengah
Banyak lagi sebenarnya gambar-gambar anak-anak kecil yg Muslim dan Muslimah yg Owseem2. Tapi tak larat nak cari lagi. :)


Harap anak-anak seperti ini,menjadi seorang yang berguna, berbakti kpd kedua Ibu Bapa dan seterusnya berjuang berjihad mempertahankan kesucian Agama Tauhid. Insya-Allah.


Apa yg baik, jadikan contoh dan amalkan semuanya dari Allah, dan apa yg buruk jadikan sempadan, dan ia dari diri yg hina ini. :)

Khamis, 12 Julai 2012

DR.Maza kini lantang menentang UMNO?

Tiada ulasan :
Semasa sibuk membelek twitter, tetiba keluar kenyataan pedas dari bekas Mufti Perlis, Dr. Muhammad Asri bin Zainal Abidin di laman twitternya.

Mana taknya,pencacai UMNO Tun Faisal buat kecoh ditwitter membangkitkan semangat untuk DR.Maza lantang mengatakan menentang UMNO. kah kah kah









Itulah kenyataan oleh Dr.Maza. Boleh juga lihat twitter beliau dgn mata kepala sendiri. Selaamat Beramal!!

Ahad, 24 Jun 2012

Tiada ulasan :



Punca seseorang itu mengumpat menurut pandangan Imam Al-Ghazali terbahagi kepada sebelas jenis, lapan drpdnye terjadi di kalangan orang awam dan tiga daripadanya dari kalangan orang agama dan org khusus.

Menumpat org awam :

1. Untuk meredakan kemarahan.

2. Digemari dan sesuai

3. Adanya kesaksian terhadap umpatannya dan melepasknnya

4. Menafikan tindakannya terhadap org lain

5. Membanggakan diri

6. Dengki

7. Bermain, bergurau senda serta menghabiskan waktu dengan ketawa yg sia-sia

8. Menghina dan mmpermainkan org lain.


Tiga punca umpatan di kalangan para Ulama dan org khusus / mengumpat yang dibolehkan adalah :

1. Taksub menentang kemungkaran dan kesalahan pada agama.

2. Berdukacita disebabkan bencana menimpa seseorang

3. Marah kerana Allah Taala

Khamis, 21 Jun 2012

Jangan Ketinggalan ikuti Wacana Perdana: PRU13, Masa Depan Islam?

Tiada ulasan :



Jangan ketinggalan ikuti "Wacana Perdana" anjuran kerajaan negeri Kelantan yang menampilkan 4 panel yang berperanan penting dlm menerangkan isu 'Masa Depan Islam' menjelang PRU13. Empat ahli panel Dr. Fadli - (Exco Kerajaan Kelantan), Ustaz Fathul Bari - (Ulama Muda UMNO), Dr. MAZA - (Mantan Mufti Perlis), Dr. Ridhuan Tee -(Ahli Akademik).


Wacana Perdana ini diadakan di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan bertarikh 24 Jun 2012 hari Ahad jam 8 malam. Semua dijemput hadir. 




B/M: Inilah masanya untuk aku lihat apa yg akan diperkatakan oleh 4 panel hebat ni. Khasnye UFB kekekeke

Rabu, 20 Jun 2012

Debat Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuhkan Demokrasi

Tiada ulasan :


SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara.

"Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi.

Salahuddin berkata, hak asasi manusia tidak boleh dibunuh dalam demokrasi.

Justeru, katanya pemimpin harus urus dan pimpin tangan anak muda tidak secara sempit tetapi secara adil dan seimbang seperti di negara Korea.

Katanya, sekiranya cukup ruang,tidak perlu demonstrasi jalanan dan tidak perlu menyatakan secara jalanan.

Dalam perbahasan ilmiahnya katanya, bagi negara yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi, demonstrasi jalanan itulah yang melahirkan demokrasi.

Salahuddin berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

“Jika ada pengasingan kuasa, kerajaan tidak akan jatuh sebaliknya kerajaan penakut sahaja yang takut kepada demonstrasi jalanan.


“ Masalahnya, kami tidak dapat secara lembut (kebebasan bersuara) jadi demontrasi jalanan adalah cara terbaik untuk kukuhkan demokrasi,”katanya.

Salahuddin berkata, perlu diingat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, sewaktu perang Badar dan Qubra juga bermula daripada protes.

Maka dalam konteks Bersih 3 katanya, ia perlu dilihat dengan niat yang betul dan diterjemahkan secara jelas.

Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi.

"Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan,” katanya. -SinarHarian




Ini pula, video debat antara Saifuddin dan Salahuddin. Terbahagi kpd 3 part.















B/m: Rase tak adil la pulak kemukakan hujjah dari pihak pembangkang je. Ape kate tgk sendiri video ni. Then Nilaikan. baru boleh cakap.



Ahad, 17 Jun 2012

HUKUM TENGOK 'MELODY' DAN FUHH!! DI TV3- DR ZAHARUDDIN

1 ulasan :
Salam sejahtera keatas kalian yg sudi singgah di blog budumasham yg tak berapa nak masham. Moga kalian sentiasa dlm keredhaan Allah dan hidup sentiasa diberkati-Nya =)


Alhamdulilah, aku masih diberikan nafas untuk hidup, dan tanpa nafas pun aku boleh hidup kalau itu diizinkan Allah. Bagi Allah,ia bukanlah mustahil. 


Ok lah, hari ini, sedang membelek2 info-info menarik di fb,twitter dan blog, aku terjumpa satu video ceramah oleh al-Fadhil Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman. Seorang penonton atau hadirin bertanyakan satu soalan kpd al-fadhil Ustaz ttg apakah hukum kita menonton rancangan TV spt Melodi dan Fuhh!! krn spt yg kita tahu, rancangan ini ialah rancangan yg menceritakan gosip-gosip para artis tanah air Malaysia.


Nah, saksikan sendiri apa kata al-Fadhil Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman.


Apa yg aku nak highlightkan disini, aku sgt tertarik dgn kata2 Ustaz Dr. Zaharuddin dan aku buat satu gambar untuk kita sama-sama share di laman fb,twitter dan blog. Selamat Beramal semua :)


BM : Dengarlah teguran Ulama wahai sesape yg terlibat dgn rasuah, perbelanjaan peribadi dgn wang rakyat. Kalau bangkang kang kate pengkhianat pulak. Tegur,taknak dengar adui