Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 26 Disember 2010

Langkah Pemantapan Jiwa yang Kekosongan

2 ulasan :
Salam 'Alaik

Bismillah..

Dalam entry saya kali ni, saya nak kongsi sikit ilmu kepada pembaca setia blog hamba Allah nih.

Dalam hidup serba penuh ujian mehnah ni, kita perlu mantapkan cara kehidupan kita sikit demi sikit secar berperingkat mengikut kemampuan masing-masing. Antaranya ialah :

  1. Selalulah kunjungi Masjid. Khusus bagi lelaki. Kalau tak silap saya dalam mazhab imam Hanafi, tak sah solat bagi lelaki kalau tidak berjemaah. Jadi, bg kaum lelaki, rajin2kanlah kaki tu ke masjid. Terlalu banyak fadhilatnya. Bila kita ke masjid, kita secara automatik akan berasa rendah hati dengan tuhan. Kita akan mengira berapa dosa kita yang telah kita lakukan. Dan satu lagi tips untuk menjadi lelaki yang baik dan Suami yang mithali. Contohilah sifat Rasulullah S.A.W.
  2. Penuhilah dada dengan ilmu bermanfaat. Dapatkan ilmu sebanyak mungkin. Imam Syafie pernah bermadah, Keperluan ilmu bermanfaat umpama Keperluan kita terhadap makan, minum, pakaian dan pasangan. Rajin-rajinlah ke majlis ilmu berdekatan khususnya Masjid yang kini di Selangor telah di upgradekan sebagai tempat menimba ilmu bermanfaat. Negeri lain pon OK gak..heee..
  3. Melawat tempat-tempat yang boleh timbul rasa kagum kita kepada penciptaan alam semesta yang serba indah. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. selalukan kita dengar ayat ni? Kalau kita diberi pilihan samada Genting Highland dengan Cameroon Highland, mana yang anda akan pilih? Pilihlah Cameroon Highland, kerana disana tercipta taman-taman indah. kita akan rasa kagum dengan penciptaan alam ini. Sungguh maha besar Allah dan maha suci Allah dari menyerupai makhluq2..
  4. Pebanyakkan berzikir, khusus kepada mereka yang dalam kesedihan dan gundah-gulana..hehe..berzikir dengan penuh keikhlasan, dan memahami ucapan zikir itu dengan mendalam. InsayAllah, jiwa akan terisi dengan aura Tingginya Tuhan itu. Semoga Bahagia.
  5. Perbayakkan minum air kosong dan disusuli dengan bacaan Bismillah. dengan ini, kita dapat seimbangkan makanan yang telah kita telan sebelum itu. Daripada terlebih gula, kita boleh seimbangkan, dengan izin Allah yang maha Kuasa, kita terhindar dari kebanyakkan penyakit. Kurangkan minuman seperti Teh, Cocacola, Apa-apa yang bergas dan lebih gula.
Alhamdulillah, tips-tips ini, saya sendiri yang buat, muga bermanfaat untuk para pembaca. Segala tips ni boleh dan dialu-alukan share kepada kawan-kawan yang lain..
Dan nasihat ini khas untuk diri saya yang kadang-kadang merasa kekosongan jiwa...hehe..peace!!

Isnin, 29 November 2010

Lagu Best yang selalu Terlepas pandang

Tiada ulasan :
Lagu yang patut anda semua miliki, namun kebanyakan orang yang terlepas pandang. Best lagu nih..Antaranya:
Dapatkanlah lagu-lagu memuji Tuhan, moga Iman kita bertambah dan ditingkat-tingkat lagi..huu

Banyak lagi audio menarik.. Klik ni

Isnin, 22 November 2010

Gara-gara pengaruh blog

Tiada ulasan :
Salam...

pagi2 buta yang penuh dengan keindahan ni, aku xde idea sangat nak writing. Just nak share ngn para visitor, yang aku baru je sign up akaun Tumblr. Dan sebelum tu, nak jadik cerite, pagi ni aku baru je balik dari telan 2 keping roti kosong dan secawan teh tarik di warung Siang Malam berhampiran kampus aku nih..

Din mengantok

Aku dan Din..
huu.. Then, aku terbaca blog orang. Blog ni selalu suggested by Shida Shidot. Dalam entry tu, beliau galakkan sign up akaun Tumblr. huu, Aku pegi la usha jap, ape yang ade dalam Tumblr tu, bukak2 je seperti dipakse untuk sign up, aku pon try2 je lah. Wah, nampak best gak blog nih. huu. So, kawan-kawan, aku galakkan gak lah try blog ni..hehee..macam zizie zizot gak..aku ni ketinggalan zaman huu..

Sape nak try?kelik at here. huu...

dan aku nak share gak blog @tumblr yang aku dah create



Khamis, 4 November 2010

Lirik Lagu Opick – Cahaya Hati

Tiada ulasan :
Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:
Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:
Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Selasa, 2 November 2010

Boring2 boring..

4 ulasan :
Sedang dilanda keboringan ni deh..hehe..
satu hari ni, aku dilanda keboringan..sehinggalah sahabat satu hobi denganku(melalak), mengajak aku keluar jalan2..huh, xhabis2 jalan je..buku xbukak2 lagi nih...petang tu aku ngan Din bersiar2 ke Mydin Mall Terengganu. aku bawak laptop kesayangan aku(selalu wat hal)..yelah, takot boring deh..Din masuk mydin tuh. Beli barang aksessori dy..aku lepak kat warung mapley sambil2 online FB..huh, laju weh..bes je main deh...susah nak dapat line gitu kat kampus..wah, aku pon download la banyak2 lagu2 tanpa vokal untuk bekalan mengisi masa lapang, aku xkire lagu ape, aku download je..tmasuklah nasyid, lagu jiwang karatz..huu, then, sampai la waktu magrib, cepat2 aku balek, lepas solat maghrib sama2 dgn Din.

Then din wat lagi plan..
apa kate kite g warung siang malam jap g?
boleh online lagih..

aku orait je.. aku siap2..


lepas solat Isyak, aku pon chaw dgn melulu, hua33..aku pon melepak la kt situ...huh,, buang masa je aku ni melepak..nape la an??hihihih




Sabtu, 30 Oktober 2010

oho, tidak...Rindu..Rindu serindu rindunya....

Tiada ulasan :
salamualaikum..
aku cukup letih hari ni..but aku still gagah nak conteng-conteng blog aku nih..

malam ni, aku rasa aku cukup sengsara. Jiwa aku tak nak berapa tenang. 
study week ni btol2 wat aku rasa serba salah...bila aku wat keputusan nak balek, ade la alasan dibenak, "weh, klo balek, xbace buku la aku kat uma", but apa yang berlaku sebaliknya? aku fikir, aku stay sini, dapatlah aku study sikit2, namun hampeh, hampir segala tindak-tanduk aku, aku bagai berenang dalam lautan dosa. Aku dah menipu parents aku, sanggup aku cakap xmo balek sbb nak study kat sini. Aku rase tertekan!!Aku xnak salahkan sesiapa, ni memang salah aku sendiri dan ni pilihan aku. Allah dah bagi jalan, aku yang memilih. 

Sepanjang aku dalam study week, aku banyak membuat perkara lagha drpda mengingat kekasih Abadiku, :
  • Solat dah jarang berjemaah di surau/masjid
  • kerap ngadap laptop, kdg2 smpai 2/3 hari terus menerus tak tidur
  • keluar makan dengan kaum berlainan spesis
  • gelak-gelak
  • ngadap movie
ooh.. Tuhan, peliharalah aku dari semua ni. Aku sedaya upaya dah, but aku masih kalah dengan nafsu. Mak bg duit untuk belanja harian sendiri *makan,minum* tapi aku banyak habiskan dengan beli minyak motor, boros!


emm, ni baru muqaddimah..belom masuk ayat topik

Petang tu, aku jalan2 buang masa, duk bertenggek atas motor bersama makhluk2 bertanduk melakukan kerja2 yg sia-sia, aku sempat membalas mesej dari bonda. "bu, mat rindu sgt kat ibu"...*aduh, berkaca lak mate aku nih*.. beliau tanya pasal tiket balekku, aku jawablah yang aku belom setel membelinya, then dy tanya, cukup ke duit? aduh, soalan ni paling berat aku nak jawab, aku rasa dah banyak aku habiskan duit ibu dengan benda-benda tak tentu hala.  Lalu aku pon jawablah dengan jujur kedudukan kewangan aku sekarang. beliau kate "takpe mat, nnti ibu bank in duit"..ya Allah, air mata ku berjujuran dan jatuh ke bumi mengikut arah angin deras menunggang motor dengan kencang.

Insan yg ku rindui tu sekali lagi buat mata aku basah dengan buat pengunguman yg beliau akan ke Bandung, Indonesia minggu depan. Ini bermakna, aku balek rumahku nanti tanpa disambut dengan pelukan seorang ibu, aduh, manje sangat aku ni dengan bonda.  da la..xde idea lagi nak tulis pe..





Jumaat, 29 Oktober 2010

Ibu

1 ulasan :
Salam'alaik
Apa yang aku nak sntuh pasal ibu?? Ada apa dengan ibu??
huh, sape xsayang ibu? akulah antara anak daripada kalangan anak-anak yang sayang ibu..huu~~ sebak la nak tulis entry bab ni..aku malam ni rasa terdetik nak write this title sbb aku teringat pada bondaku dirumah. Tak sabar ku menjengoknya dikampung..Teringat satu hal, malam ni, aku belek2 rak buku aku, ingat nak study la sikit sebagai persediaan final exam nanti, but, mood aku belom hadir untuk itu. Lalu aku capai semula buku yang bondaku hadiahkan padaku, "Dahsyatnya Doa Ibu"

dasyatinu.gif

Buku yang amat bernilai bagiku..Syukran ibu, aku sayu je malam tu bace kandungan buku ni..sesekali aku kagum dengan kata-kata yang indah dalam buku ni..Ye, mmg indah, memang bijak pengarang memukau pembacanya. Aku suka ayat ni " Ibu adalah orang yang keramat bagi seorang anak. Ibu adalah sumber kemudahan hidup bagi setiap anaknamun ramai orang tidak menyedari hal ini. Doa-doa yang ibu ucapkan untuk anaknya mampu menggoncang langit dan mengubah takdir lohmahfuz. Doa-doa ibu berupaya mengelakkan malapetaka dan bencana serta membuka pintu rahmat Allah"

Menarik tak?

Entahla kalo tak menarik, but for me that words drive me shocked..
Banyak sangat cerita-cerita menarik yang boleh dijadikan teladan kat buku nih, aku malas nak copy semula, xbaik lak copy2 karya orang..(aiceh)..


so, dalam masa beberapa hari lagi aku akan bertemu dengan insan yang punya sifat keibuan tu, anakmu ini merinduimu ibu. Ya Allah, panjangkan umurku untuk aku berpeluang bertemu dengan orang yang payah melahirkanku..amiin  :""- |