Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 8 Mei 2013

Apa Respon Polis Untuk Himpunan Suara rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya?

Tiada ulasan :


Kali ini, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim menganjurkan satu perhimpunan pertama selepas PRU-13. Perhimpunan ini diadakan bagi menunjukkan :

Bantahan terhadap penipuan PRU-13

Bantahan terhadap kejadian Blackout semasa pengiraan undi.

Walaupun ada ura-ura yg menyatakan perhimpunan ini dipindahkan di Stadium Melawati, tapi tetap diteruskan di Stadium Kelana Jaya. 

Ini petikan dari FB Saudara Rafizi Ramli.:

PERHIMPUNAN "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" 8 MEI 2013 DITERUSKAN

Saya sedia maklum kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara mengenai Perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” yang bakal diadakan malam ini (8 Mei 2013) di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Sebagai menyambut gesaan Tan Sri Ismail Omar, KEADILAN melalui YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan. Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium. Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis.

Saya percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Omar yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun, seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Oleh itu, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya adil dan menolak penipuan PRU13 untuk turun dengan memakai baju hitam pada malam ini di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula. Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar, yang jelas berniat jahat.

Oleh itu, saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut.


Apa pula respon Polis? Petikan dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sidang media oleh Ketua Polis Negara pada 7 Mei 2013 (selasa) jam 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah dirujuk.

Sesetengah pihak media telah merujuk kepada pejabat ini mengatakan bahawa Ketua Polis Negara ada menyebut bahawa perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat tersebut memerlukan permit.

Adalah dengan ini ingin diperjelaskan bahawa Ketua Polis Negara tidak menyebut perkataan ‘memerlukan permit’ di mana-mana bahagian dalam sidang akhbar tersebut.

Ingin ditegaskan di sini bahawa semasa sidang media tersebut, seorang wartawan telah bertanya: “berkaitan dengan satu perhimpunan yang akan dianjurkan oleh pakatan rakyat pada malam esok, adakah perhimpunan ini……..”

Menjawab kepada soalan tersebut Ketua Polis Negara telah berkata:

“Saya dah sebutkan tadi, pertama, saya tidak membenarkan perhimpunan yang menyalahi undang-undang, perhimpunan hendaklah menepati Akta Perhimpunan Aman 2012; syarat-syarat dia seperti yang telah saya sebutkan tadi; maklum Ketua Polis Daerah; penganjur kena jumpa dengan Ketua Polis Daerah; dia ada syarat-syarat dia; penganjur kena tentukan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman; peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman”.

Jelas bahawa daripada ungkapan soal-jawab di atas, Ketua Polis Negara tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit.

Penjelasan ini adalah dibuat untuk memperbetulkan salah lapor oleh sesetengah media mengenai kenyataan Ketua Polis Negara semalam.

ACP Ramli Mohamed Yoosuf
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)


Maknanya polis memang beri kebenaran untuk berhimpun, asalkan jangan berarak. Tunggu apa lagi kawan. Jom Turun!! Jangan lupa berpakaian serba hitam!


PAS Pastikan Selangor Jadi Kubu Kuat Pakatan

Tiada ulasan :
Alhamdulillah, Syukur aku ucapkan ke hadrat Allah. Allah telah menghadiahkan rakyat Selangor dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor. PR yg mendapat mandat baru selepas PRU-13 bagi dua penggal untuk mentadbir negeri terkaya Malaysia.

Menurut Laporan Harakahdaily, 
"Ini merupakan kejayaan paling besar kepada Pakatan Rakyat kerana kita mendapat jumlah kerusi yang lebih banyak, begitu juga PAS yang menunjukkan peningkatan dari jumlah kerusi yang dimenangi jika dibandingkan tahun 2008," jelas Dr. Abd Rani Osman kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut memberitahu, PAS akan memastikan Selangor menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang seperti mana Kelantan yang sehingga kini mampu bertahan selama 23 tahun.


Katanya lagi, kerjasaman erat antara ketiga-tiga parti merupakan rencah utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor selain dari gerak kerja jentera yang kuat dan bersistematik.

"Kunci utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah jalinan kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti, perselisihan faham dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada ketegangan.

"Selain itu gerak kerja jentera ketiga-tiga parti berada dalam keadaan yang lebih bersedia dan bersistematik sehinggakan Barisan Nasional (BN) gagal untuk merampas negeri ini," sambung beliau lagi.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat memenangi 17 kerusi parlimen, manakala BN 5 sahaja.

Dr Abd Rani yang berjaya mempertahankan kerusi Dun Meru dengan majoriti sebanyak 9,079 undi berbanding 5,513 undi pada 2008.


Pakatan Rakyat mampu mempertahankan negeri Selangor. InsyaAllah, rakyat Selangor akan terus mendapat faedah dari manifesto Pakatan Rakyat Selangor. Apa yang rakyat Selangor bakal dapat dan terus dapat?



Selain itu, Calon MB Selangor Akan Diputuskan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Tengok Video di bawah.


Apa Kata Orang Tua, Apa Kata Orang Muda?

1 ulasan :
Gambar Hiasan : Dr. Halimah Ali

Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu. 

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara. 

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.


Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.

Credits: Chai Hakim

Ustaz Azizan Tenat di Hospital P. Pinang

Tiada ulasan :
Bekas MB Kedah Dato Seri Azizan Abdul Razak kini sedang tenat di hospital Pulau Pinang. 


Menurut laporan Harakahdaily, Ustaz Azizan menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang.

Sekitar jam 5.30 pagi tadi, keadaan beliau agak tenat.

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” tulis bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily pada jam 10.44 pagi ini.

Mohon kepada semua, mendoakan kesihatan beliau.

Laporan Harakahdaily Klik sini >>

Sedih Dengan Mentaliti Segelintir Melayu

1 ulasan :

Saya tidak bersedih dengan keputusan PRU13. Tetapi saya sangat sedih dengan mentaliti kebanyakan orang Melayu.

Ternyata masih sedikit orang Melayu yang celik politik walaupun majoritinya sudah celik maklumat. Sebenarnya sepanjang sebulan kempen pun saya menyedari kekurangan ini.

Tidak sukar untuk berkempen di depan pengundi Cina. Saya hanya perlukan sekitar 20 minit membentangkan pelbagai data-data ekonomi dan fakta sejarah mengapa perlu rehatkan BN. Mejoritinya faham dan menerima baik.

Isu yang berlegar dalam kalangan mereka adalah isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan. 

Manakala dalam kalangan majoriti pengundi Melayu khususnya di pinggir dan luar bandar, isu yang berlegar-legar adalah isu-isu perkauman. Kelihatan orang melayu takut dengan bayang-bayang sendiri. Tiada keyakinan diri walaupun teras politik negara ini masih orang Melayu selain penduduk majoriti adalah Melayu.

Di hadapan mereka, saya mengambil masa yang lama untuk mengulas isu-isu yang mengarut itu. Ia memenatkan malahan sangat membuang masa. Apabila saya meninjau laman-laman FB, isu-isu yang berlegar di kalangan orang Melayu adalah perkauman, ancaman DAP, kalimah Allah dan video seks. Hanya segelintir yang menilai polisi dan dasar antara parti yang bertanding.

Awalnya, saya sangkakan hanya cybertrooper Umno yang sengaja menimbulkan isu-isu nonsense tersebut. Rupa-rupanya saya tersilap. Masih ramai termasuk yang berpendidikan tinggi. Saya pencaya program Biro Tata Negara telah berjaya memperbodohkan sebahagian orang Melayu.

Saya sangat sedih dengan hal ini.Saya sedih sebab ada pemimpin Melayu mengekalkan kuasa dengan memperbodohkan orang Melayu.Biarlah siapa pun menang dalam pilihanraya tetapi jangan sesekali memperbodohkan bangsa sendiri.

cc : Hasbie Muda

Isnin, 29 April 2013

Al-kisah bagi membezakan perjuangan UMNO dan Pas. [Cerpen]

Tiada ulasan :



Pakcik(UMNO) : Bang, cantik baju PAS tu, mintak satu. Takde lebih ke?

Saya : Ni saya beli pakcik, mana ade dapat free.

Pakcik : Teruk betul kene beli, pakcik baju BN ni, pakcik dapat free je, bendera pon free, kami tinggal pasang dan gantung

Saya : Kami, baju, bendera semua pakai duit sendiri, duit individu.

Pakcik : Uisy, teruk betul.

Saya : Apa yg teruk pakcik, biar kami keluarkan duit, nampak kesungguhan kami dalam nak memenangkan Pakatan. Kami tak guna duit kerajaan negeri(Selangor). Sebab itu duit rakyat, kami tak berani ambil, kalau ambil, nanti kemenangan kami tiada berkat. Kami mahukan kemenangan yg diberkati. Biarlah bendera kami sedikit kt kampung ni, tapi kami memperbanyakkan berdoa.

Pakcik itu terus terdiam dan segera beredar


Rabu, 17 April 2013

Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)

Tiada ulasan :

PENULIS: Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

1. Membawa jambangan bunga & seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur pembaziran & kemegahan.


2. MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur & seumpamanya.


Hal ini berdasarkan hadits, daripada Jabir r.a., katanya:


نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَن يُجَصَّصَ القَبرُ


Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. melarang pembinaan qubur dengan batu kapur.” [HR Muslim (970)]


Walau bagaimanapun, pembinaan qubur dengan batu marmar & seumpamanya adalah HARAM. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah s.a.w., di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syara’, serta unsur-unsur kemegahan & kebanggaan yang dicela oleh agama.


3. MAKRUH TAHRIM meninggikan qubur & membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.


Menurut sunnah, qubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadits, daripada ‘Ali bin Abu Talib r.a., katanya, Abu al-Hayyaj al-Sadiy berkata:


أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ


Maqsudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan qubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” [HR Muslim (969) & lainnya]"


4. Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan & menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah BID’AH yang SANGAT BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH yang menganjurkan sebaliknya, iaitu sebahagian mereka yang menziarahi jenazah menyediakan makanan & menghantarnya kepada keluarga si mati atau seseorang mengundang & menjamu mereka di rumahnya.


Begitu juga SUNAT menyediakan makanan yang banyak yang mencukupi keperluan mereka sehari semalam. Hal ini berdasarkan hadits, ketika Rasulullah s.a.w. menerima berita Ja’far bin Abu Thalib r.a. terbunuh, baginda (s.a.w.) bersabda:


اصنَعُوا لِأَهلِ جَعفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَد جَاءَهُم مَا يَشغَلُهُم


Maqsudnya: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka ditimpa perisiwa yang menyedihkan.” [HR at-Tirmizi (998), Abu Daud (31-32) & selainnya]


HARAM menyediakan makanan untuk perempuan-perempuan yang meratap atau seumpamanya sama ada mereka di kalangan keluarga si mati atau orang lain. Ini kerana perbuatan tersebut akan membantu maksiat & menggalakkannya berterusan.


Termasuk dalam perkara BID’AH ialah perbuatan keluarga si mati mengadakan kenduri yang mereka namakan “sempena berlalu 40 hari” atau seumpamanya.


Sekiranya perbelanjaan kenduri tersebut diambil daripada harta hak para waris, & antara mereka, terdapat pula yang belum baligh, perbuatan tersebut SANGAT DILARANG disebabkan makan harta anak yatim & menghilangkan haknya bukan untuk kepentingan dirinya. Perbuatan HARAM ini dikongsi oleh kesemua yang menjemput & yang makan kenduri tersebut.


5. Membaca al-Quran di majlis-majlis takziah yang dibuat secara rasmi sebagaimana yang berlaku pada hari ini; perbuatan tersebut juga adalah BID’AH.


Apa yang sunat ialah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati hanya dalam tempoh 3 hari dari hari kematiannya sebagaimana yang DISEPAKATI ‘ULAMA’, atau dengan kata lain, bukan keluarga si mati yang menentukan tempohnya.


SUMBER: Dr. Zulkifili Mohamad al-Bakri, al-Fiqh al-Manhaji: ‘Ibadat Dalam Fiqh al-Syafi’i, Bab Mengiringi Jenazah (Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah), muka surat 477-480.

Isnin, 8 April 2013

Alkisah Posmen

Tiada ulasan :


Ada seorang pakcik tua suka menerima surat.

Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.

“Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.

“Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.

“Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.

Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.

Satu hari, di bulan Ramadhan…

Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.

Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.

Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.

“Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.

“Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.

“Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.

“Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.

“Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.

Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.

Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.”

“Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.

Posmen tidak berkata apa-apa.

Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.

“Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.

Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadhan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau…

Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Posmen ini hanyalah pengirim sahaja. Jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.

Begitu juga rezeki kita di bumi Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan. Manusia jadi pengirimnya – kadangkala kerajaan jadi pengirimnya. Ada yang terlupa perkara ini sehingga menganggap kerajaanlah yang menentukan rezeki mereka. Walhal kerajaan ini pengirim sahaja. Bertukar kerajaan tidak akan menyekat rezeki yang Allah dah tentukan. Allah akan cari pengirim lain sekiranya rezeki itu dah ditentukan untuk kita.

Dapat cerita ini?

Senyum.


Di Copy Dari FB Tuan Ibrahim Tuan Man.