Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 23 November 2012

Jom Kenali BRIGED ELIT AL-QASSAM

Tiada ulasan :
Sheikh Izzuddin al Qassam
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.


"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH
[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.


Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.


Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin


Rabu, 21 November 2012

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi

Tiada ulasan :


☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai...keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. 

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

via : Ustaz Roslan Mohamed

Akaun FB, Twitter TPM Israel digodam

Tiada ulasan :
Akaun Facebook dan Twitter milik Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom di godam oleh sekumpulan penggodam/hacker yang menggelarkan sebagai "ZCompanyHackingCrew" yang dipercayai hacker dari Pakistan. Link akaun twitter boleh di lihat disini dan akaun facebook disini.

Akaun twitter milik TPM Israel, Silvan dibanjiri dengan mesej pro-Palestine.

Ikuti laporan Sinar Harian berkenaan "Akaun FB, Twitter TPM Israel digodam"


21 November 2012
TEL AVIV - Akaun Facebook, Twitter, Linkedln dan YouTube milik Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom digodam dan 'dibanjiri' dengan mesej-mesej  pro-Palestin. 
Menurut  ZCompanyHackingCrew, pihak yang bertanggungjawab berhubung kejadian ini, terlibat sama dengan perang siber yang sedang melanda Israel bermula beberapa hari lalu.
Penggodam berjaya menggodam masuk e-mel peribadi Shalom dan mempunyai rancangan untuk menghapuskan dokumen lama yang terkandung dalam e-mel. 
Melalui Twitter milik Shalom, kumpulan penggodam melakukan protes dan mengemas kini status yang berbunyi, “perang ini sangat tidak adil” dan “siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas kematian anak-anak kecil dan orang yang tidak bersalah cuba melindungi tanah air mereka sendiri?” 
Serangan skala penuh siber ini bermula selepas kumpulan penggodam terkenal Anonymous membocorkan maklumat peribadi 5,000 pegawai Israel. 
Setakat ini, Anonymous telah menggodam 700 laman web Israel termasuk Bank Jerusalem, Kementerian Pertahanan Israel, IDF Blog, laman web rasmi presiden dan majoriti  laman web masih tidak lagi dapat diakses. 
Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz memperitahu AP yang serangan itu merupakan salah satu gelombang perang melalui siber dan berkata, kerajaan kini cuba membuat serangan balas dan mempertahankan lama web rasmi kerajaan dari terus digodam.



Setakat ini, saya dapat berikan snapshot akaun twitter Silvan Shalom sahaja, facebook tak dapat saya berikan snapshot kerana dipenuhi dengan bahasa Israel mungkin. Apa pon saya ucapkan tahniah kepada penggodam kerana menggodam manusia dajjal ini.

Klik sini untuk follow kumpulan yang bertanggungjawab atas kejadian menggodam akaun Twitter TPM Israel.



Jom bertukar ke Gaza mood!

Tiada ulasan :
Gaza Mood? Apekemende tu? Jus air ke?

Seperti yang kita seluruh umat Islam sedunia maklum, Israel Zionis laknatullah kini sedang agresif menyerang Gaza, Palestine. Dan baru-baru ini katanya, kumpulan anjing zionis tu sedang membuat pelan perjanjian genjatan senjata. Amboi, senang je kan?? 

Kau dah serang kanak-kanak, wanita dan orang awam di Gaza, kemudian nak genjatan senjata. Nampak tak pengecut disitu?

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia, apa yang termampu untuk membantu saudara kita di Gaza, lakukanlah yang termampu, andai tak mampu dari segi kewangan, cukup dengan boikot barangan yang disyaki menyalurkan kewangan ke Israel. seperti McDodol, Kokolala, dll.

Selain itu, kita tukarkan mood facebook, twitter, blog, website dan lain-lain laman sosial dengan mood Palestine!. 

Budumasham dah tukar, anda bila lagi? Sebarkan kempen ini. 


Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar di dalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil yg disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung-burung yang lain.

"Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan hanya setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestin, Syria, Burma atau di mana saja yg sedang terseksa itu, apalah yg seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng, burger dan satu cup pepsi mahupun godaan-godaan lain.

Selamat berfikir dan merenung diri.

Isnin, 19 November 2012

Jawapan ringkas dari UAI tentang Burger McD Free

Tiada ulasan :
McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini
PETALING JAYA: McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma Isnin ini.
Dikenali sebaga 'McDonald Breakfast Day',semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.
Pengarah Urusan McDonald, Sarah Casanova berkata inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai langkah memberitahu masyarakat kepentingan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.
“Dengan tawaran rakyat Malaysia bersarapan bersama kami, kita mahu memulakan langkah bagi mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi,” kata Casanova yang juga Pengurus McDonald Wilayah Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut McDonald Malaysia, burger 'Egg McMuffin' diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar.
Bagi 1,000 pelanggan pertama di 215 cawangan McDonaland seluruh negara, termasuk di Genting Highlands dan lapangan terbang, mereka akan mendapat burger percuma bermula pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi selagi stok masih ada.
Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah.

Sumber berita - http://mstar.com.my

Hampir semua berita di dada-dada akhbar dan media seluruh dunia menyiarkan berita kezaliman Rejim Zionis Israel. McDonald yang didakwa majoriti rakyat Malaysia ada kaitan dengan Zionis, membuat satu promosi untuk burger percuma. Malah, mengeluarkan notis bahawa McD tiada kaitan dengan sumbangan Zionis Israel.

Disini ada nasihat ringkas dari Ustaz Kesayangan kita, Ustaz Azhar Idrus.


Ingatlah wahai saudaraku seIslam, nasihat saya,janganlah sesekali support produk mereka sekalipun percuma. Jom Boikot produk Israel

Boleh atau tidak Mendoakan Kehancuran sesama Muslim?

Tiada ulasan :
Baru-baru ini kecoh dengan Isu Tok Guru Nik Abdul Aziz mendoakan kehancuran UMNO/BN sedangkan mereka juga Muslim.

Persoalannya, kenapa tidak boleh? Kenapa tidak boleh mendoakan kehancuran seseorang Muslim sekiranya si pendoa itu dizalimi?

Saya suka dengan perumpamaan yang di buat oleh Dr. Mohd Asri bin Zainal Abidin (Dr.Maza).

Sekiranya seseorang itu dirompak, dirogol, dipukul atau mudahnya dizalimi, orang itu boleh mendoakan supaya Allah SWT mengambil tindakan terhadap orang yang menzalimi.

Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah saw bersabda: Tiga do’a yang diijabah, tidak ada keraguan padanya: Do’a orang yang dizhalimi, do’a orang dalam perjalanan dan do’a orang tua terhadap anaknya. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Ini bermakna doa orang yang dizalimi antara doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT.

Sedikit ringkasan, UMNO BN itu zalimkah? Apa tidaknya? Kenapakah royalti minyak di Kelantan dinafikan? 55 tahun mentadbir Malaysia, satu sen pun tidak diberikan kepada rakyat Kelantan. Ini soal hak rakyat Kelantan, sudah pastinya rakyat Kelantan dizalimi.

Jom dengarkan Hujah Ustaz UMNO berkenaan doa Tok Guru dan dijawab oleh Dr.Maza

Ahad, 11 November 2012

Hadith berkenaan Pemerintah

Tiada ulasan :
Hari ni saya nak kongsikan kepada pembaca belog saya hadith berkenaan Pemerintah. Pakat share-share lah. Moga bermanfaat.

Hadith 1
Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut.
(HR Muslim)
 Hadith 2
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai.
(HR Muslim)
Hadith 3 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka.
(HR Muslim)
Hadith 4 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
(HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hadith 5 
Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).
(HR al-Baihaqi)
Hadith 6 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya.
(HR Abu Dawud)

Selasa, 6 November 2012

Rebut 5 sebelum 5 (Hadith)

Tiada ulasan :


Post kali ini berkenaan dengan betapa berharganya sedetik waktu. Saya pernah terbaca sebuah majalah berkenaan dengan waktu. Majalah itu memberikan beberapa kata-kata hikmah yang patut di jadikan sebagai matlamat hidup.
"Jika manusia itu tahu betapa mahalnya nilai sedetik waktu itu, sudah pasti mereka tidak akan sempatkan diri dengan melepak di kedai kopi sambil borak-borak kosong"
Usia muda merupakan usia emas, kerana usia mudalah kita masih mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan amal ibadah sebanyak-banyaknya untuk bekalan di hari kebangkitan. Disitu jika kita berbuat amal ibadah yang banyak, InsyaAllah kita tidak akan merasa rugi hidup di dunia.


Rasulullah s.a.w., bersabda yang maksudnya: 
"Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu dan keadaanmu yang berada sebelum datangnya faqirmu, keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu." (Riwayat Tirmizi daripada `Amr bin Maimun al-Audi r.a)

Hadis ini sering dikaitkan dengan kematian dan nasib kita diakhirat kelak, tetapi ramai yang tidak sedar betapa hadis ini juga untuk kehidupan.

Selamat Beramal :)