Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 4 Ogos 2012

Aidilfitri: Antara Adat, Sunnah & Tradisi

1 ulasan :

Alamak, Raya lambat lagi. Tapi Sibuk menulis tentang Raya. Ehe, apa pon tulisan ini memberi sedikit perkongsian yang seharusnya diberi perhatian. Mungkin beberapa ciput kumpulan orang yang belum mengetahui apa yang dianjurkan dalam Islam pada Hari Lebaran ini. 

Yeah, antara sebabnya, masyarakat Melayu telah mencampurkan antara adat dan tradisi dengan apa yang dianjurkan dalam Islam. Takut-takut kita menganggap satu adat itu ialah disuruh dalam Islam. Namun, jika adat itu tak bercanggah dengan garis yang telah ditetapkan, bukanlah suatu kesalahan. 

Ehe, tak salah pun dalam kehidupan kita mengamalkan adat yang dipopularkan oleh nenek moyang kita. Asalkan tak melangggar Syariat. 

Masih ramai yang belum sedar bahawa sebahagian adat mempunyai unsur-unsur yang sangat bahaya dala agama. Jadi perkara yang perlu jaga ialah, JAGA I'TIQAD/AKIDAH.

Jom kita tengok, apa adat, tradisi dan Sunnah pada Hari Aidulfitri ini.

Antaranya termasuk:

MEMASANG PELITA PADA MALAM 7 LIKUR

Malam tujuh likur merupakan malam 27 Ramadan dan biasanya kita akan memasang pelita atau panjut bermula malam tujuh likur. Digunakan untuk menerangi jalan suatu masa dahulu, kini ramai yang memasang pelita sebagai hiasan menyambut Hari Raya, malah digunakan untuk menyalakan bunga api! Oho, jgn lah main bunga api tanpa pengawasan ibu bapak
 
Suatu masa dahulu juga pelita tersebut dipercayai untuk menyuluh jalan roh-roh orang mati supaya memudahkan mereka menemui jalan pulang ke rumah. Namun itu cuma kepercayaan karut dan tahyul dan menjadikan hukumnya haram.

Maka sekiranya anda ingin memasang pelita, pasanglah sekadar untuk menggamit nostalgia!

MENYEDIAKAN JUADAH HARI RAYA
Tidak sah raya di negara ini tanpa ketupat, lemang, rendang, lodeh, kuah kacang dan kuih-muih pelbagai rupa dari yang tradisional seperti semperit, sarang semut dan bahulu sehinggalah kuih-muih dengan nama barat seperti Almond London atau nama produk seperti biskut Mazola.
[Kredit]
Malah kini ada pula bahulu pelbagai rasa, dari bahulu coklat, blueberry dan perisa pandan. Tak mengapalah. Asalkan tiada sesiapa terfikir nak memulakan resipi rendang blueberry.

MELAUNGKAN TAKBIR :-D

Sebaik sahaja anak bulan Syawal kelihatan, sunat hukumnya untuk melaungkan takbir dan diteruskan sehingga imam naik ke atas mimbar. Ia bukan semata-mata untuk memeriahkan sambutan dengan laungan yang mendayu-dayu, tetapi juga sebagai tanda semangat kerana berjaya dalam perjuangan menentang hawa nafsu dan bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan Allah sebagaimana dalam firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 185:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, dan supaya kamu bersyukur."

MANDI SUNAT AIDILFITRI 

Begitu mudah untuk peroleh pahala pada Hari Raya. Anda hanya perlu berniat untuk mandi atas kedatangan Aidil Fitri. Namun sekiranya rakan anda terlalu lama mandi sunat Aidil Fitri di dalam bilik air, maafkanlah dia.

MAKAN BUAH KURMA

Satu lagi perbuatan sunat pada Hari Raya merupakan amalan memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Sunat Hari Raya. Hadith Rasulullah SAW ada menyebut:

"Dari Anas ia berkata: Rasulullah SAW tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga dimakan baginda terlebih dahulu beberapa biji tamar dan berkata Murajja' bin Raja telah diceritakan kepada Ubaidullah ia berkata: telah diceritakan oleh Anas dari Nabi SAW: Dan baginda memakan tamar itu dalam bilangan ganjil."

Tapi ini agak ganjil sikit dalam masyarakat Melayu. Masa berpuasa beli sebundle kurma, masuk hari raya terus lupa kurma tu. Ehe, Mana taknya, ketupat, rendang, dodol, lemang dan macam2 lagi.

SOLAT SUNAT HARI RAYA

Hadis nabi ada menyebut: "Dari Al-Baraa' ia berkata: Aku mendengar Nabi SAW berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

Haruslah diingatkan, sekalipun solat sunat Hari Raya bukan sahaja perkara sunat malah dah menjadi tradisi umat Islam untuk mengerjakannya, Semua itu tak bererti sekiranya anda tidak pernah mengerjakan solat yang wajib.

MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN
Sekalipun tiada tertera di dalam sunnah mengatakan kewajipan menziarahi tanah perkuburan pada Hari Raya, ia tetap menjadi tradisi. Kebiasaannya dilakukan selepas solat sunat Hari Raya, tradisi menziarahi kubur ini adalah untuk mendoakan mereka yang telah pulang ke Rahmatullah dan mengingati kematian 

BERPAKAIAN BARU

Bila lagi anda akan melihat teman sekerja/sekuliah/sekelas and bla bla bla yang selama ini tidak pernah berbaju kurung tampak ayu mengenakan kurung satin serba baru? Hari Raya merupakan hari di mana tua dan muda saling berpakaian baru atau paling tidak pun berpakaian kemas. Pelbagai jenis pakaian tradisi boleh dilihat pada hari ini. Baju kurung biasa, kurung Pahang, kebaya Riau, kebaya nyonya, cekak musang, teluk belanga, jubah, jubah kelawar, abaya dalam pelbagai warna. Baju raya saya tahun ni Hijau. Ehe

BERMAAF-MAAFAN

Mana ada waktu lain yang lebih syahdu selain daripada bermaaf-maafan di pagi raya. Bermula dengan yang kecil bersalam-salam dengan yang dewasa, anak dengan ibu bapanya, ibu bapa dengan datuk dan nenek dan begitulah seterusnya. Inilah masanya untuk memohon semua salah dan silap (zahir dan batin) yang dilakukan selama ini. Atau buat anak-anak kecil, inilah masanya untuk mintak duit raya! :-D

KUNJUNG-MENGUNJUNGI

Amalan kunjung-mengunjungi merupakan satu tuntutan dan tradisi yang tak akan pernah lapuk ditelan zaman. Inilah waktunya untuk saudara-mara yang saling tidak mengenal mula bertaaruf. Inilah masanya untuk bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua muka. Inilah juga masanya untuk merapatkan kembali jurang antara sesama Muslim. Inilah masanya bertemu jodoh. Eh!

MEMBERI DUIT RAYA

Tradisi yang paling disukai oleh kanak-kanak, Hari Raya bagaikan tidak lengkap tanpa sampul raya pelbagai warna yang biasanya akan bersepah di atas lantai lima minit selepas diberikan. Ikut kepada si pemberi untuk memberikan sebanyak mana yang mereka nak, tradisi ini dilihat sebagai satu usaha untuk gembirakan orang yang terchenta dan dalam masa yang sama boleh jugak sebagai satu sedekah. 
Ada juga yang menjadikan sampul duit raya sebagai koleksi, tidak ubah seperti pengumpul setem!
Harap-harap tahun ni, saya masih dapat duit raya =)

MENGADAKAN RUMAH TERBUKA

Tidak sah Hari Raya tanpa ada jemputan ke rumah terbuka. Selain merapatkan ukhuwah sesama insan, majlis-majlis sebegini juga membolehkan semua sanak-saudara, rakan taulan dan jiran-jiran untuk bertemu dalam satu majlis. Bertemu jodoh? Pon boleh juga! :-D

PUASA ENAM
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia berpuasa enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)
Puasa enam kini popular dan menjadi satu daripada usaha yang dilakukan pada bulan Syawal. Bukan je untuk mendapatkan pahala malah ia cara terbaik untuk membakar lemak akibat pengambilan rendang ayam yang berlebihan! EHE.


Aha, akhir kata. Saya ambil kesempatan nak ucap Selamat Hari Raya. Takut tak sempat wish. HEHE
Puasa bagi penuh dulu der!

Meh follow twitter gua : https://twitter.com/SafIbnRahman

Kopiah 1 Malaysia kini berada di pasaran

Tiada ulasan :
Salam 1 Mesia. Ehe, Dengan bangganya, nak perkenalkan satu kopiah yang baru diperkenalkan oleh kerajaan Mesia. Kopiah yang lengkap dengan lambang 1 Mesia serta tandatangan pemimpin besar Mesia, Najib Razak dan Muhyiddin Yasin

Adakah kopiah ini akan mewarnai sambutan hari raya tahun ini? Itu tak pasti, Cuma apa yang pasti, kopiah ini bakal dipasarkan. Harap ramai-ramai pakat beli, kita mewarnai sambutan raya tahun ni. Keh Keh Keh.

Jumaat, 3 Ogos 2012

beristeri satu lebih baik

Tiada ulasan :
Bismillahirrahmanirrahim ..
Insyaallah, masih diberikan peluang oleh Allah untuk meneruskan entry kali ini. Setelah selesai menghabiskan bacaan dalam sebuah novel tauhid,sebarkan cinta-Mu, hasil karya ustazah Fatimah Syarha, ana teringin untuk berkongsi dengan antum tentangnya. Jujur ana katakan, novel ini sangat awesome ! rugi siapa yang tidak membacanya. Ceyhh ! promote ! huhu .. :D

Di dalam penulisan ini, dapat ana simpulkan, ianya berkaitan dengan poligami. Untuk menyedarkan masyarakat kita hari ini tentang kesalah fahaman ataupun kekeliruan mereka tentang poligami. Insyaallah, ana cuba kongsikan di sini. Ana menggunakan bahasa ana sendiri, tidak lah bersastera, ana juga tidaklah sehebat beliau mahupun blogger2 yang terkenal seperti Fauziah Jafri di dalam penulisan blognya. Di sekolah dahulu, sering sahaja ditegur dek penulisan yang tidak berkembang.huhu..Tapi insyaallah, ana cuba untuk berkongsi.:)

Apa itu poligami ya? Poligami mengikut kefahaman kita adalah mempunyai isteri lebih daripada seorang. Ketika masih di dalam alam rumah tangga, ketika hayat si isteri, si suami mempunyai isteri yang lain juga. Insyaallah, ana yakin, semua tahu apa itu poligami. Apa hukum poligami?

Look. Hukum asal poligami ialah HARUS. Ana ulang, ianya HARUS. BUkan wajib ataupun Sunnah. Poligami merupakan pilihan terakhir untuk menyelesaikn sesuatu masalah di dalam rumahtangga. Poligami bukan satu galakan. Tolong ubah mindset bagi siapa yang mengatakan poligami itu galakan. Berbalik kepada hukum asal, ianya harus.
Jika kaum Adam mengatakan ianya SUNNAH nabi, bagaimana?

Wahai Hawa, jawablah kepada si Adam bahawa nabi tidak pernah sesekali memadukan Saidatina Khadijah ketika hayatnya. Nabi tidak pernah mempoligamikan isteri pertamanya. Baginda hanya berpoligami setelah kewafatan isteri tercinta, Saidatina Khadijah. Dan kehidupan Nabi lebih kepada monogami(seorang isteri) berbanding berpoligami.

Ada sesetengah perbuatan nabi itu dikhususkan kepada nabi sahaja dan ada sebahagiannya harus. Kalau semua perbuatan nabi sunnah, habis, macam mana pula apabila nabi pernah menceraikan Hafsah tetapi dirujuk balik atas perintah Jibril? Adakah itu juga sunnah? Nabi juga pernah melabel Ubay Bin Khalaf sebagai bakal ahli neraka, maka adakah ia sunnah jika kita melabel orang yang tidak sependapat dengan kita sebagai ahli neraka?? Tidak ! sebab ada dalil lain ia khusus untuk Nabi sahaja. Jika poligami itu suatu galakan, kenapa Nabi melarang menantu-menantunya berpoligami? Kenapa Nabi pernah menolak pinangan Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman untuk Fatimah Az-Zahra, ketua bidadari syurga?



Tidak dapat menerima bukan bererti menolak hukum Allah. Tidak menerima bukan bererti derhaka atau tidak taat kepada si suami. Wahai Hawa, kita juga ada hak untuk mempertahankannya. Nabi juga melarang Saidina Ali menduakan Fatimah kerana takut akhirat anaknya rosak. Bahkan, melarang semua menantunya menduakan puteri- puteri baginda. Fitrah wanita dalam dirinya ada sifat cemburu, kerana takutkan akhirat rosak disebabkan sifat cemburu yang akan membawa fitnah nanti, kita berhak untuk tidak berpoligami. Malah, Allah telah memberi rukhsah kepada kaum Hawa, boleh untuk meminta cerai sekiranya dimadukan kerana takutkan akhiratnya rosak.

dalil, hadis daripada Abdullah bin Abbas, dia berkata, " isteri Thabit bin Qais datang menemui Rasulullah SAW, dia berkata,' Ya Rasulullah! Thabit bin Qais, saya tidak mencela akhlaq dan agamanya, tetapi saya takut berbuat kekufuran. Rasulullah bertanya,'apakah engkau akan mengembalikan kebunnya(mahar yang telah diberikan kepadanya)? dia ( isteri Thabit) menjawab, 'sanggup!' Rasulullah berkata kepada Thabit, 'ambillah kebunnya(maharnya) dan jatuhkanlah talak kepadanya. -HR Bukhari-
Talak ialah perkara yang paling dibenci Allah tetapi dihalalkannya. Poligami ialah hak individu sama ada ingin meneruskan ataupun tidak. Banyak kajian dalam dunia Islam dipetik daripada buku Al-fiqh al-islamiy wa adillatuhu karangan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, menunjukkan poligami hanya pilihan terpencil. Jika kita lihat suami beristeri dua hanya 3 %, di Mesir 4% dan di Syria 1% dan ini menunjukkan ianya bukan satu galakan.

[Kredit]
Masyarakat banyak memandang poligami ini negatif kerana realiti sekarang memang begitu. Kebanyakan lelaki yang menikahi satu , dua mahupun tiga isteri bukan lagi mempunyai tujuan, fungsi serta manfaat seperti apa yang diharuskan. Yusuf al-Qhardawi mengatakan bahawa masyarakat ada maslahat untuk melindungi warganya dan mempunyai hak untuk menyokong pernikahan yang bertanggungjawab dan mengutuk pernikahan yang zalim. Poligami itu diharuskan bagi siapa yang rela kerana ia masih ada kebaikan. Cuma ia tidak digalakkan kerana ramai yang bertindak zalim dalam pelaksanaannya.

Orang yang memaksa poligami kepada seseorang yang tidak menyukainya samalah seperti memaksa semua orang sukakan durian. Dari segi hukum, ianya makanan halal dan diharuskan dalam Islam tetapi menjadi makruh disebabkan baunya yang kuat. Tidak semua orang suka makan durian. Boleh ke kita kata orang yang tidak suka makan durian ini seperti menolak durian ini sebagai makanan halal? Menolak apa yang Allah kata boleh? Menolak Al-Quran? Boleh ke kita paksa dia untuk terima benda yang dia tak suka? Adakah ia tiada hak ? siapa kita untuk wajibkan perkara harus kepada orang lain? Bukan ke Islam itu meraikan hak individu dalam perkara harus? Ia sama seperti poligami. Jika rela, teruskanlah kerana ia harus, tetapi jangan dipaksa bagi yang tidak rela kerana ianya pilihan dan HAK individu. Dan sekiranya ada yang mendakwa wanita yang tidak rela berpoligami menolak hukum Allah, ia satu fitnah.

Contoh paling hampir, ayat al-quran yang sama dari sudut keharusannya seperti poligami ialah bertahallul, “jika kamu bertahallul(daripada haji) maka berburulah. Nada perintahnya sama seperti ayat poligami. Hukum berburu ialah harus, sama seperti poligami. So, wajib ke kita paksa jemaah haji keluar berburu setelah bertahallul? Some of them, tak tahu nak berburu, uzur, tak mampu, adakah mereka ini juga menentang hukum Allah? Kenyataanya, Islam tidak memaksanya kepada sesiapa, malah diberi pilhan.

Hukum poligami adalah harus dan terpulang kepada individu untuk menerima atau menolaknya. Sang suami tidak boleh memaksa isteri untuk menerimanya atas alasan sunnah Nabi, jika benar ikutkan sunnah, Nabi tidak pernah menduakan Khadijah, isteri pertamanya. Jika sang suami terus mendesak dan kamu takut cemburu itu meroskkan akhiratmu, maka kamu boleh untuk meminta cerai daripadanya.
Jalan paling selamat untuk tidak terbeban di dunia, mahupun tempang di akhirat "BERISTERI SATU LEBIH BAIK". :D

Cara Ringkaskan Entry dengan Read More

Tiada ulasan :
Idea untuk membuat entry baru belum lagi keluar, kene bekerja keras lagi untuk memerah otak dengan timba ilmu sebanyaknya. Eh, merepek. Okay, kali ni, tutorial berkenaan, bagaimana meringkaskan blog dengan Read More, See More, Baca selanjutnya dan makna yang seanak-beranak dengannya. Ok sebelum tu, lihat contohnya dulu.

Ha, tgk. Macam tulah bentuknya. Baiklah. kita terus kepada tutorialnya ye. Tapi sebelum tu juga pastikan anda sudah download template back up. Supaya bila anda kurang berminat atau tersilap langkah, anda boleh recover template sedia ada tanpa merosakkan bahagian-bahagian yang anda rasa sayang sangat tu.
  • Login blogger.com macam biasa
  • Design >> Edit HTML >> Tick Expand Widget Templates
  • Tekan CRTL + F. Cari kod ini </head>
<script type='text/javascript'> var thumbnail_mode = "no-float" ; summary_noimg = 430; summary_img = 340; img_thumb_height = 100; img_thumb_width = 120; </script> <script src='http://rizqi.moehamed.googlepages.com/read-moreotomatis.js' type='text/javascript'/>
  • Copy code atas ni. Paste di sebelum code </head>
  • Seterusnya, cari code  <data:post.body/> . Gantikan code ini dengan code script bawah ni :
<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;item&quot;'>
<div expr:id='&quot;summary&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb(&quot;summary<data:post.id/>&quot;);
</script>
<span class='rmlink' style='float:right;padding-top:20px;'>
<a expr:href='data:post.url'>&#187;&#187;&#160;&#160;READMORE...</a></span>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>
  • Pada tulisan merah 'READMORE' anda boleh tukar dengan ayat kesukaan, kegemaran dan keghairahan anda. Amboi, ghairah.
  • Setelah semuanya siap, pastikan dulu langkah yang dilakukan selari dengan cara ini. Jangan memandai.
  • Tekan SAVE TEMPLATE
Selamat Mencuba

BALASAN TOLAK HUKUM ALLAH

Tiada ulasan :
Gambar Hiasan
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang per
empuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:


“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:

“Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?

Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?

Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.

Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?

Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar

Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Cerita ini copy paste dari Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]
Jom follow my twitter : https://twitter.com/SafIbnRahman

Khamis, 2 Ogos 2012

Tutorial buat text 3D di Photoshop

2 ulasan :
Tutorial di aplikasi terkenal, Photoshop. Hari ni, terasa rajin nak update pasal Tutorial tentang cara bagaimana nak buat tulisan 3D guna photoshop. Lepas ni, bolehlah buat header yang superb untuk blog masing-masing ehh.
Step 1
pilih new seperti dalam rajah bawah
kemudian, pilih la saiz gambar ikut kesesuaian dengan selera anda.. Tekan ok.

Step 2
Kemudian, pilih text tool, tulislah apa yang anda mahukan, saya pilih 'budumasham' sempena nama blog saya. Ikut font kesukaan anda, dan warna ikut selera tekak anda. Lihat rajah bawah.
pastikan juga saiz tulisan agak besar, kalau nak kecil pon tak hal.

Step3
duplicate layer text budumasham tuh. right klik pada layer asal budumasham, pilih dulicate layer ATAU tekan ctrl+J. Lihat rajah bawah.
so, layer yg di duplicate tu automatik akan diberi nama 'budumasham copy'

Step 4
Pada layer copy tadi, klik pada simbol fx bawah tu, pilih gradient overlay

Step5
Bila dah klik pada gradient overlay, akan keluar satu pop-up, untuk setting corak dalam tulisan budumasham tadi. Klik warna hitam pada pop-up tadi, spt dalam rajah anak panah berwarna merah. Kemudian, keluar satu lagi pop-up untuk setting pattern dan colour. Pilih warna kesukaan anda pada anak panah hitam dalam rajah bawah, kemudian boleh adjust corak atau pattern pada anak panah biru. Agak-agak kalau dah berpuas hati dengan kehendak dan cita rasa, boleh terus tekan ok pada kedua-dua pop-up tadi.

Ini hasilnya.

Step 6
Klik pada layer asal budumasham tadi, (lihat rajah bawah), kemudian pilih pula move tool pada bulatan rajah di bawah.
Kemudian, drag/bawa layer tu ikut suka. ok? Saya nak pilih ke bawah. lihat rajah seterusnya.

Step7
Lihat hasilnya setelah drag tadi. Kemudian klik pada new layer spt rajah bawah.

Step8
Pilih polygonal Lasso Tool dan pilih juga add to selection seperti rajah bawah.

Step 9
Zoom dulu gambar anda itu dengan tekan (CTRL + +). Kemudian dengan Lasso Tool tu, buat bentuk menghubungkan layer 'budumasham' dgn layer 'budumasham copy'. Tengok Rajah bawah.

Step 10
Pilih Paint Bucket Tool. Klik pada kawasan selection gune lasso yang tadi. Hasilnya akan jadi gambar seterusnya
Ini hasilnya
Kemudian, tekan CTRL+D untuk hilangkan selection


Step 11
Klik pada layer asal, iaitu layer 'budumasham'. Right click pada layer itu, pilih resterize type. 
Step 12
Selepas anda rasterize type tu, Select dua layer(layer1 dengan budumasham) dengan tekan CTRL+ Layer1 + budumasham. Kemudian right clik pada dua selection tadi, pilih merge layers. Proses gabung layer.
Dua layer ini akan bergabung menjadi satu layer sahaja.

Step 13
Seterusnya, nak letak gradient. Supaya bayang-bayang tulisan biar nmpak lebih 3D. Caranya sama macam awal tadi. Pada layer 1 yang telah di merge tu, tekan simbol fx bawah tu. Pilih gradient Overlay dan try adjust color dan patter gradient.

Jadi akhir projeknya seperti ini. :D





Selamat mencuba !!

Rabu, 1 Ogos 2012

Iklan Solat yang Tiada di Malaysia

Tiada ulasan :
Allah SWT berfirman dalam surah al-'Asr.
bermaksud : Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran


Firman Allah SWT ini, Allah telah bersumpah dengan demi waktu. Seluruh manusia sentiasa dalam keadaan rugi kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh.

Orang-orang yang beriman takkan pernah sesekali hidupnya terbazir masa dengan hal-hal yang melalaikan. Itu sebabnya Allah menempelak orang-orang yg merugikan masa.

Selain itu juga Allah juga bersumpah bahawa manusia itu dalam keadaan kerugian melainkan orang yang selalu berpesan-pesan dalam kebenaran dan kesabaran yakni kerja-kerja menyampaikan dakwah. Dakwah pula banyak cara, medium dan banyak lah. Semua orang tak terkecuali dalam usaha menyampaikan dakwah.



Makanya, hendaklah kita sentiasa hargai masa, kelak kita tak rugi di kemudian hari. Kerana apa? Allah akan mempersoalkan apa yang kita kerjakan sepanjang hidup. Ada apa-apa sumbangankah kita dalam menegakkan Agamanya?

Bagi menghargai masa, antaranya ialah sentiasalah meng'awal'kan solat fardhu selagi kita tak terlibat dgn urusan yang lebih penting dari solat.

Alhamdulillah. dapat siapkan satu 'komik' yang diadaptasi dari sebuah klip video pendek dari Youtube.
Video ni memang Ohsem. so, kalau berminat, pakat share kat facebook, twitter atau blog. Sama-sama kita sebarkan dan berpesan-pesan kepada perkara kebaikan. Agar kita tak tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Jom layan video ni. "Iklan Sembahyang Yang Tiada Di Malaysia"


Follow my Twitter : https://twitter.com/SafIbnRahman

Selasa, 31 Julai 2012

kisah mangkuk yang cantik.

Tiada ulasan :

bismillahirrahmanirrahim..

"mangkuk yang cantik?ape kena mengena eak?malas la nak bace.hurmmm "..
sabar la dulu sayang-sayang sekalian..kita baca kisah ini dulu yuk ! :)

one day, Rasulullah S.A.W mengajak sahabat-sahabat baginda, Abu Bakar , Umar dan Usman R.A berziarah ke rumah Ali R.A.. wahh ! bestnye ! pegi ziarah rumah kawan2, kita ade lg tak eak?kalau pergi pun, kalau ade urusan,and raye je dok?hehehe..
Time mereka datang ni, Ali R.A dan Fatimah menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam mangkuk yang cantik.



see ! cantik kan !? biasela, curik google image kan... huhu..

tanpa sedar, mase mereka NAK makan ni, BELOM makan ye darlings.,heee,,ada la sehelai rambut dalam madu tu.Nabi berkata sesuatu kepada para sahabat.

"Ya sahabatku.Cuba kita buiat perbandingan dengan apa yang dilihat di depan mata kita, sebuah mangkuk yang cantik,madu yang manis dan sehelai rambut."

Lalu, para sahabat memerhatikan, ya! memang ada sehelai rambut yang compem comprem tidak disengajakan dalam madu tersebut.

berkata Abu Bakar R.A, " iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. orang yang beriman itu lebih manis daripada madu dan mepertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

kata Umar RA pula, " kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Seorang raja itu lebih manis daripada madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit daripada meniti sehili rambut".

Setelah itu, giliran Usman RA memberi pendapat, "ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan beramal dengan ilmu itu lebih yang dimiliki itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Menurut Ali RA, " Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan membuat senang sampai kembali ke rumah mereka adalah lebih sukar daripada meniti sehleai rambut".

Sementara Fatimah RA berkata, " Seorang wanita yang berpurdah itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu dan mendapatkan wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Baginda tersenyum mendengar pandangan para sahabat dan semuanya benar, tiada yang salah.

Kemudian, Rasulullah SAW memberikan pandangannya.

"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu dan berbuat amal dengan ikhlas itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Mendengarkan para sahabat memberikan pandangan, lalu malaikat Jibril juga memberikan pandangannya, "menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu. Menyerah diri, harta dan waktu untuk menyebarkan agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan syiar agama sehingga akhir hayat itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Dan Allah berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurga-Ku itu lebih manis daripada madu dan jalan ke syurga-Ku itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita, ada indahnya, ada manisnya dan harus juga ada yang sukar. Tetapi ingatlah, kadang2 yang cantik dan manis itu nampak indah tetapi di dalamnya ada kepahitan. Dan yang sukar itu nampak susah tetapi jika berusaha, pasti ada manisnya! Menjaga hati itu sangat sukar, ya ! tetapi ingatlah, yang sukar itu membawa kamu bahagia di ATAS sana.

ingatlah, jalan untuk ke syurga itu penuh dengan onak dan duri tetapi hasil dan kenikmatan syurga itu tidak dapat kita rasai di dunia ini. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan??

alhamdulillah, selesai da menaip.hehe..
insyaallah, niat ana untuk berkongsi,mana yang baik kita ambil.

jaga diri jaga iman,Jom bersama menuju JANNAH ! :)