Sepatah Kata Dari Admin
Berkata Admin BuduMasham:
"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"
Followers
Tweet!
Like This Blog!
Selasa, 25 Januari 2011
Isnin, 24 Januari 2011
Cara Buat Satu Partition Baru Tanpa Format Mahupun Beli Hard Disk Baru
pada
8:01 PTG
2 ulasan
:
Pastinya korang pernah mencari jalan bagaimana untuk membuat satu partition baru didalam computer korang tanpa perlu membeli additional hard dics mahupun memformat semula computer korang, kini, korang boleh melakukan itu semua tanpa perlu menghiraukan problem yang terjadi sekiranya korang ingin membuat a new partition. Bagi pengguna windows vista dan windows 7, satu kelebihan yang ternyata daripada XP selain daripada system booting yang berbeza dan AERO, korang akan mendapat system virtual dics management yang dimana banyak perkara yang sukar dilakukan di windows XP, boleh dilakukan sekiranya korang menggunakan windows vista and above. Salah satu daripadanya ialah virtual dics management yang aku ingin terangkan salah satu fungsi utamanya.
![]() |
| klik gamba untuk enlarge |
Okey, kita straight to the point, aku akan menerangkan serba serbi cara-cara untuk create partition baru tanpa perlu membeli hard dics atau formatting.
Step 1 : Klik start menu,pada my computer word, anda right klik dan pilih manage.
![]() |
| klik untuk enlarge |
Step 2 : Setelah itu, Computer Management panel akan keluar, pilih dics management
Step 3 : Kemudian, korang bolehlah pilih mana-mana dics yang korang teringin gunakan sebagai a new partition. Windows 7 kebiasaannya membenarkan hanya 3 partition didalam satu dics.
Step 4 : right klik pada dics/partition yang korang ingin create new partition dan pilih shrink volume option.
![]() |
| klik kalo nak besarkan |
Step 5 : masukkan volume/size partition yang korang ingin create, sekiranya korang ingin divide partition secara ½, korang hanya perlu klik shrink kerana windows telah meletakkan ½ volume daripada main dics/partition yang korang ingin kurangkan, sebagai contoh, hard dics anda 1TB, sekiranya korang tidak mengubah volume untuk shrink, windows terus menetapkan 500GB – 500GB ataupun ½ TB.
Kini korang telah mengetahui cara-caranya dan pastinya memudahkan dunia perkomputeran anda, Tak perlu lagi upah para penggodam komputer yang selalunya mencekik darah Pelanggan.haha.. Selamat mencuba.
CATEGORIES
tips berguna
Persepsi Orang Luar Terhadap kita
pada
12:48 PG
2 ulasan
:
Semua manusia mempunyai persepsi masing-masing terhadap sesuatu perkara. Ya, Aku pon tak lari dari persepsi sendiri, malah majornya persepsi aku lebih menjurus kepada Persepsi buruk. Bahasa senangnya ialah Suu'zhon, atau lebih senang lagi sangka buruk..
Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.
Sebuah cerita, suatu hari aku ke musollah kampusku. Selepas muazzin melaungkan Iqamah, tampil seorang lelaki yang berketerampilan biasa menjadi imam. Aku agak terkejut. Lelaki itu berpakaian T-Shirt belang berjenama Polo, berkain pelekat dan tanpa penutup kepala(kopiah). Padahal ketika itu ramai lagi jemaah berjubah, berserban dan pakaian yang sewaktu dengannya. Kenapa dia jugak yang jadi Imam?
Dalam cerita ini, jelas. Kita sebagai manusia..mmg tak lari dari persoalan persepsi terhadap orang lain. Samada Sangka baik mahupon buruk.
Sesungguhnya hati yang bersih ialah hati yang berusaha mencari penawar kepada penyakit hati itu sendiri. Berprasangka buruk merupakan salah satu penyakit hati.
Oleh itu, Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.
Di samping itu, aku nak selitkan sedikit nasihat atau tips2 bagi para Imam atau bakal Imam, supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah bagi para Imam itu sendiri.
- Perbetulkan bacaan. Khususnya Al-fatihah. Ini kerana, Al-Fatihah merupakan rukun qauli dalam solat. Jika salah lafaz2 Al-Fatihah, maka tak sah solat itu. Malah menimbulkan fitnah. Boleh jadi umpatan para makmum.
- Pastikan penampilan itu dapat melayakkan jejak ke sejadah Imam. Moleknya, pakailah jubah beserta serban. Paling tidak berbaju sopan dan berkopiah.
- Dahulukan orang yang alim atau arif dalam bacaan Al-Quran.
- Berusahalah membersihkan hati dari sebarang sifat kekotoran dosa-dosa kecil. Jangan biasakan membuat dosa-dosa kecil seperti memakai Seluar pendek, Merokok, Banyak mulut dan sebagainya.
Wassalam.....
CATEGORIES
Keagungan Ilmu
,
tips berguna
Rabu, 19 Januari 2011
Ni Ke??
pada
7:09 PTG
2 ulasan
:
Ade orang kate, kek ni sedap..huh, aku pon nak cube2 la..
aku ni suke wat bende baru. but bahaye gak kalo wat xkene gaye..hihi...
Tgok pon nampak agak berselera kot..huhuu...hishh GERAM!!
Khamis, 13 Januari 2011
Microsoft Office 2007 Add-in: Microsoft Save as PDF or XPS
pada
10:40 PG
2 ulasan
:
Mungkin kawan-kawan tak tahu akan kewujudan satu lagi add-in pada Microsoft word, yang mana perisian ni membolehkan para pengguna Microsoft Word menukarkan file word atau doc kepada Format PDF.
Ape Keistimewaannya? ewah, senang je.
Khusus kepada para mahasiswa yang sering terganggu dengan masalah dijangkiti virus, kerana file berformat Doc, atau lebih senang dengan format word amat mudah dijangkiti virus nakal..hek33..
Korang kalo berminat bolehlah download software tu dengan klik ni http://www.ziddu....S.exe.html .
Lagi satu keistimewaannya ialah memudahkan kita print out kerja kursus atau assignment yang kita buat.
Cara meng-Install software ni ialah:
- Klik link atas tu.
- Double-click pada setup SaveAsPDFandXPS.exe yang telah anda muat turun
- Ikut arahan yang diberikan
Cara menggunakannya:
- Klik Save As atau Publish to PDF or XPS pada menu Mirosoft Office.
Selamat Mencuba!!!!
CATEGORIES
tips berguna
Rabu, 12 Januari 2011
AKu ingin Menjadi hamba-Mu Mulia disisi Mu
pada
1:47 PG
6 ulasan
:
Ya Allah..
Jadikanlah aku hamba yang dimuliakan disisi mu
Ya Rabb, Engkaulah Tuhan yang maha Kuasa
Yang amat berkuasa membolak-balikkan hati-hati manusia
Aku mohon padaMu Ya Allah, janganlah engkau palingkan hatiku daripada mengingatMu
Ya Rabbul 'izzati..yang mempunyai segala kemuliaan
tetapkan hatiku ini hanya cinta padamu,
Andai aku mencintai manusia sekalipun, janganlah engkau membiarkan hambamu yang lemah ini
berganjak dari cintaku padaMu
Biarlah aku mencintai seseorang itu kerana iman..
Ya Allah, aku adalah hambamu yang sangat lemah
mempunyai segala kelemahan..
Ya Allah tutupkanlah aibku..
Janganlah engkau biarkan aku di padang
perhimpunan nanti dalam keadaan hina lagi mengaibkan
Ampuni segala dosaku
Ya Allah, selamatkan saudara-saudara seIslamku dari kelalaian dunia
dari kecintaan dunia, hubbudunniya..
sehingga lalai dalam beribadah padaMu..
Berilah hidayah petunjuk kepada semua umat Islam di Malaysia
dan khusus rakan-rakan sekelasku..
Ampuni dosa mereka..
Ingatkanlah mereka..
Engkau kurniakanlah rahmat dalam kelasku..
Kembalikan semangat mereka..
Sesungguhnya Aku sangat-sangat mencintai rakan-rakan Sekelasku
Hambamu yang dhaif..
CATEGORIES
tips berguna
Sabtu, 1 Januari 2011
FIRE?
pada
11:38 PTG
5 ulasan
:
Aku baru je balik dari makan KFC, kononnya hati aku happy aje di sini. Aku lupakan segalanya. Balik tu, aku fikir nak menyambung mengarang blog, apa-apa tentang yang seronok bagi aku.
Tapi, sebaik saja aku balek dari asrama Saodah, adik aku Ridhwan call aku.
Mad, kita nak makan ape lepas ni?..teresak-esak
Aku bagai terkena kejutan elektrik mendengarnya..
Aku bukan nak melawak kat sini.. tp Aku tak tau macammana nak gambarkan lagi perasaan aku, adik-adik aku, dan terutama ayah aku yang selama ini mencari rezeki sebagai peniaga kedai runcit.
maaf kawan-kawan aku tak dapat teruskan, mohon doa dari kawan-kawan, moga permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki..
Tapi, sebaik saja aku balek dari asrama Saodah, adik aku Ridhwan call aku.
Mad, kita nak makan ape lepas ni?..teresak-esak
Aku bagai terkena kejutan elektrik mendengarnya..
Aku bukan nak melawak kat sini.. tp Aku tak tau macammana nak gambarkan lagi perasaan aku, adik-adik aku, dan terutama ayah aku yang selama ini mencari rezeki sebagai peniaga kedai runcit.
maaf kawan-kawan aku tak dapat teruskan, mohon doa dari kawan-kawan, moga permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki..
Langgan:
Catatan
(
Atom
)



