- Ulama tajwid dan qiraat
- Orang yg melaungkan azan semasa kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 57
- Pendidikan beliau di Makkah sejak kecil dalam bidang al-Quran
- Memenangi tempat pertama dalam pertandingan tilawah al-Quran pada tahun 1947 anjuran UMNO
Banyak lagi anugerah dan jasa beliau kepada tanah air Malaysia ni.
Antara dua anak beliau yang terkenal
Anak beliau antara yang terkenal ialah Musa Hassan, merupakan bekas ketua polis negara Malaysia yang ke tujuh. Bayak cetus kontroversi sepanjang Musa berkhidmat.
Selain itu, Jalaluddin Hassan juga antara anak Tan Sri Hassan, yang merupakan pelakon terkenal. Kalau tengok aksi Jalaludiin berlakon, MashaAllah
Aku sangat kagum dengan beliau (Tan Sri Hassan Azahari) , seorang pendidik dan guru yg hebat. Tapi betul kata Raihan dalam lagunya Iman Mutiara :
Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang ayah yang bertaqwaApa agaknya kaitan bait lagu ni dengan Tan Sri Hassan? Makanya tidak hairan lah jika sesebuah keluarga itu ayahnya pak imam kaki masjid, tapi anaknya mat rempit. Ya, malah perkara ni, menjadi kebiasann bagi masyarakat kita, dalam masa yang sama, Masyarakat akan menilai dari sudut negatif. Mana taknya, ayah pak imam, anak penagih dadah, mungkin persepsi orang akan menyatakan ayahnya gagal mendidik anak-anak. Tak juga, soal hidayah, mutlak milik Allah SWT. Cuma kita yang memilih untuk mencari hidayah atau sebaliknya.
Tan Sri Hassan Azahari pernah mengajar tajwid bersama rakannya Ustaz Hambali bin Abdul Salam di masjid Sultan Klang. Aku dan ayah aku antara anak murid beliau. Aku rasa sangat bertuah dapat belajar dengan orang hebat macam beliau.
Ini adalah gambar Ustaz Hambali, kini beliau telah kembali menemui sang pencipta. Kepada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Moga beliau bersama dengan para Ulama dan orang-orang soleh. Boleh lihat biodata Ustaz Hambali di sini
Pengajaran untuk entry ini:
- Iman tak boleh dijual beli/diwarisi
- jom kita dekati para Ulama
- Ambil orang-orang hebat sebagai guru
- perbanyakkan mendalami ilmu agama secara berguru, bukan hanya membaca buku
- perbetulkan persepsi kita terhadap orang lain
Itu saja apa yg nak aku bebelkan disini, apa yang baik,ambil jadikan amalan, yang buruk dlm entry ni, jadikan sempadan. Sekada itu saja dari tuan tanah belog yg hina banyak dosa ini. Saalam maju jaya
Follow my twitter : https://twitter.com/SafIbnRahman
Follow my twitter : https://twitter.com/SafIbnRahman
2 ulasan :
as salam...sya nk biodata tan sri dato hassan azhari dengan lebih terperinci bley?sya kna wt krja kursus.tima ksh
Assalamualaikumwbt, saya berminat untuk belajar tajwid dgn tan sri dato hassan azhari, tolong emailkan no contact kpd nurkhasih@gmail.com. Terima kasih..
Catat Ulasan