Ya Allah..
Jadikanlah aku hamba yang dimuliakan disisi mu
Ya Rabb, Engkaulah Tuhan yang maha Kuasa
Yang amat berkuasa membolak-balikkan hati-hati manusia
Aku mohon padaMu Ya Allah, janganlah engkau palingkan hatiku daripada mengingatMu
Ya Rabbul 'izzati..yang mempunyai segala kemuliaan
tetapkan hatiku ini hanya cinta padamu,
Andai aku mencintai manusia sekalipun, janganlah engkau membiarkan hambamu yang lemah ini
berganjak dari cintaku padaMu
Biarlah aku mencintai seseorang itu kerana iman..
Ya Allah, aku adalah hambamu yang sangat lemah
mempunyai segala kelemahan..
Ya Allah tutupkanlah aibku..
Janganlah engkau biarkan aku di padang
perhimpunan nanti dalam keadaan hina lagi mengaibkan
Ampuni segala dosaku
Ya Allah, selamatkan saudara-saudara seIslamku dari kelalaian dunia
dari kecintaan dunia, hubbudunniya..
sehingga lalai dalam beribadah padaMu..
Berilah hidayah petunjuk kepada semua umat Islam di Malaysia
dan khusus rakan-rakan sekelasku..
Ampuni dosa mereka..
Ingatkanlah mereka..
Engkau kurniakanlah rahmat dalam kelasku..
Kembalikan semangat mereka..
Sesungguhnya Aku sangat-sangat mencintai rakan-rakan Sekelasku
Hambamu yang dhaif..