Baru balek dari cafe baru UniSZAku tercinta. Mendengar beberapa pendapat para mahasiswa yang berani bersuara. Ya, aku sukakan part ni. Pada mulanya, aku sangat tertarik dengan program ni. Antara kelebihannya:
Berlatih bersuara dikhalayak ramai
Menyatakan hasrat, hak, dan pendapat mahasiswa
Membuka minda dan pandangan para pendengar
Tapi apa yang tak berapa minat dalam Speaker Corner.
MC, merangkap MPP UniSZA berkata "Jangan takot untuk menyuarakan pendapat, mari kita sama-sama suarakan pendapat, hasrat, dan apa-apa yang ingin diluahkan di Speaker Corner, cuma saya minta kepada para mahasiswa siswi, jangan sentuh pasal politik luar"
Ini ke yang dikatakan bebas bersuara? Kalau bebas bersuara kenapa mesti hadkan dengan peraturan yang jumut seperti ni?
Apa? Salah ke kita sentuh pasal politik luar? Pada aku tak salah. Kerana dengan kita bercakap pasal politik luar di khalayak ramai, kita cuba untuk membuka minda para mahasiswa. Tak kisahlah apa mereka nak cakap.. nak cakap perjuangan Umno pun, dipersilakan.
Malam ni aku ingat nak berucap pasal dunia politik di Malaysia sekarang. Tapai awal-awal dah diberi warning, aku minta diri dulu
Tiada ulasan :
Catat Ulasan