Solat 5 waktu aku tak pernah lakukan di rumah, pasti aku menunaikannya di rumah Allah. Kerana tempat itu memberi ketenangan yang luar biasa. Dan di masjid itulah tempat aku main sejak aku kecik berhingus lagi. Aku dah makin rapat dengan Ajk-ajk masjid. Samada pak imam, nazir, bilal, pak siak, dan semua ajk yang lain. Masjid Al-Ubudiah, itulah nama diberi. Banyak kenangan aku di masjid ni. Sampailah suatu hari aku ditawarkan menjadi pembantu bilal. Hanya pembantu bilal!, bukan bilal 1 atau bilal 2. t upon aku dah cukup bersyukur dan aku terima jawatan tu dengan hati terbuka.
Tanggal 4hb July ni, aku akan berangkat ke Kuala Terengganu untuk melanjutkan pengajian. Dan berita ni cepat heboh dalam kalangan pengunjung tetap masjid tu. Dan amat meruntun perasaan aku kala ini ialah s/u masjid itu seakan menangis setelah mendengar khabar itu, lalu berjumpa denganku. “tahniah mat dapat sambung belajar! Nanti dah habis belajar jangan lupe buat dakwah kat kampong Telok Gong ni, nanti abang kasi duit belanje ye”. Aku sungguh terharu dengan kata-katanya.
Dalam pada itu, aku terfikir sendiri, siapa yang akan menggantikan aku sebagai azan Isyak?? Bilal1 dan bilal2 jarang-jarang sngat nampak batang hidungnya kat masjid ni. Malah yang selalu melaungkan azan 5 waktu ialah pembantu bilal saja, setakat ni hanya 3orang pembantu bilal termasuk aku. Memang aku agak geram dengan sikap bilal utama masjid ni. Jawatan dah tinggi, tapi batang hidung pon jarang nampak, hampeeh! Sepatotnya azan subuh dilaungkan oleh bilal 1, tapi pak siak yang selalu melaungkan azan. Kesian aku lihat pak siak, dah la bergelar warga emas, aku sendiri tengok pak siak seakan tak berdaya nak laungkan azan subuh, makin lena penduduk Telok Gong dibuatnya. Aku bukan xnak membantu, tapi yelah, aku ni slalu lewat ke masjid bila waktu subuh *tidur la tuh*. Walaupon lewat aku jarang sekali sembahyang dirumah.