Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 5 Januari 2014

Asal Hukum Dalam Ibadah Adalah Haram

Tiba masanya untuk kita mengulangkaji dalam bidang usul fiqh. Ramai terfikir dan tertanya-tanya bahawa adakah boleh melakukan sesuatu perkara itu selagimana tidak bercanggah dengan syari'at? Mungkin cetusan-cetusan persoalan ini timbul kerana adanya kaedah "asal sesuatu itu harus selagi tiada nas yang melarang" malah amat malang, menggunakan analogi minum arak. Asalnya boleh, tetapi ada nas yang mengharamkan ia, maka ia haram.

Kemusykilan ini bukan sahaja berlaku dikalangan orang awam, malah golongan asatizah yang berijazah syari'at juga turut mengiyakan pernyataan itu. Ini sangat mendukacitakan. Firman Allah azzawajall :

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (QS. Al Ahzab: 21)

Ayat dari surah al-Ahzab merupakan suatu amaran kepada pelaku-pelaku bid'ah dan pereka-pereka amalan baru, Ibn Kathir mensifatkan mereka sebagai pengikut-pengikut syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Kaedah Usul fiqh menyatakan bahawa "Sesuatu ibadat adalah terputus, melainkan ada nas yang mengharuskannya" sepertimana yang disebut oleh Sheikh Ibn Hajar al-'Asqalani rahimahullah (w 852) :

أَنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ التَّوَقُّفُ
"Sesungguhnya asal (hukum) dalam ibadat terputus."1

Apakah yang dimaksudkan terputus? Maksudnya ia tidak harus (haram). Perkara ini jika dilakukan boleh dikatakan sebagai bid'ah. iaitu sesuatu perkara yang direka-reka dalam ibadat. Kalau kita lihat, para ulama mazhab al-Syafi'e juga memutuskan perkara yang sama. Kata Sheikh Syamsuddin bin Abi 'Abbas al-Romli al-Syafi'ie rahimahullah :

إن كان الأصل في العبادة أنها إذا لم تطلب لا تنعقد

“Asal hukum di dalam ibadat adalah jika ia tidak dituntut, ia tidak berlaku”.2
Sheikh Sulaiman al-Bujairomi al-Syafi'e rahimahullah menaqalkan perkataan al-Syaubari :

أَنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

"Asal (hukum) dalam ibadat jika tidak dituntut adalah ia terbatal"3

Ini adalah sebahagian kecil kata-kata ulama dalam perbahasan ini. Banyak lagi qaul dari para ulama dari 4 mazhab. Boleh lihat dalam entry blog sebelum ini disini.



Disini, ingin saya lahirkan rasa kenal dan dukacita bahawa masyarakat masih ramai yang belum faham mengenai tajuk perbahasan ini, tetapi para asatizah sendiri yang mempromosikan bid'ah, serta menggunapakai kaedah "asal sesuatu itu harus" dengan tidak kena pada tempatnya, yang akhirnya menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Kekeliruan ini biasa kita lihat apabila kita berbincang dengan mereka, mereka akan jawab "ustaz itu cakap boleh...", "ustaz tu buat...", "Ini benda baik, apa salahnya buat...." dan banyak lagi ayat-ayat yang digunapakai untuk menghalalkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan ibadat. Ini kerana mereka tidak dilatih untuk belajar dengan kaedah pendalilan. Mereka belajar terikat dengan satu-satu ustaz. Ustaz itu kata ini harus, maka inilah kesannya. Taklid. 

Jadi, kita perlu dan mesti faham dan hadam kaedah ini sekemas-kemasnya supaya tidak terjerumus ke lembah bid'ah yang banyak ancamannya dari Nabi shallallahu 'alaihiwasallam.

Akhir kalam. Pegang teguhlah dengan sabda Nabi :

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسَنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَالْمُحْدَثَاتِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ.

"Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rashidin yang diberi petunjuk, genggamlah dengan gigi geraham, jauhi perkara baru (dalam agama). kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu bid'ah."

(lafaz dari sunan al-Darimi dengan sanad yang sahih daripada 'Irbadh bin Saariyyah radhiallahu'anh)


Nota Kaki:

  1. Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari jilid 3. hal 54
  2. Sheikh al-Ramli al-Syafi'e, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, jilid 1 hal 330
  3. al-Bujairomiy al-Syafi'e, Tuhfah al-Habib 'ala Syarh al-Khatib, juz 1 hal 428

Tiada ulasan :