Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Selasa, 2 Ogos 2011

Nota ringkas ttg puasa

Selamat Menyambut Ramadhan Karim!

Lama dah blog ni xdisentuh, akibat kekeringan idea, kesibukan membuka gerai bazar Ramadhan dan Tumpu pelajaran (bajet je).

So, buah fikiran untuk entry kali ni, takdelah menarik mane, cuma aku nak ulang je entry pasal puasa aku tahun lepas, iaitu entry yang berjudul Puasa dari sudut Saintifik. Actually, entry aku sebelum ni bukanlah cerita pasal puasa pada saintifik secara keseluruhan, tapi cuma ringkasan jelah.

Idea ni aku ceduk sikit daripada sebuah buku yang amat menarik isinya, buku tu berjudul "SYOKNYA BERPUASA"


Sedikit Pengenalan
hipotalamus - (nama saintifik) bertindak balas dengan glikogen di dalam darah. Hipotalamus terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Lateral Hypothalamus(Pusat Lapar) dan Ventromedial Hypothalamus Nucleus (Pusat Kenyang).  Apabila kandungan glikogen rendah, pusat lapar akan memerintahkan tubuh untuk makan dan apabila kandungan glikogen tadi sudah tinggi, pusat kenyang menyuruh tubuh berhenti makan.


sistem pencernaan semasa kita berpuasa

Apabila Hipotalamus memerintahkan tubuh untuk makan tetapi kita berpuasa, otak akan menghidupkan program autolisis sebagai pengganti sumber tenaga. Apabila program ini aktif, seluruh bahagian tubuh menyampaikan laporan kpd bahagian tubuh yg mempunyai lemak. Selepas mendapat laporan bahawa terdapat lemak, program ini memburu lemak dan segera mengubahnya menjadi sumber nutrien (ganti makanan) dan sumber tenaga. Kedua-dua sumber ini (sumber nutrien&tenaga), seterusnya diedarkan melalui darah. Dengan kandungan glikogen dalam darah yg mencukupi, hipotalamus tidak lagi memerintahkan tubuh untuk makan.  

 
Dalam otak, kita berniat puasa mulai dari Subuh hingga Maghrib. Dengan niat itu, apabila tiba hari siang, apabila hipotalamus mengesan kadar glikogen yg rendah dlm darah dan memberi perintah makan pada tubuh, otak segera mengambil alih tugas perintah itu. Otak mengarah kita supaya tidak makan kerana kita sedang berpuasa. Oleh kerana kadar glikogen dalam darah rendah dan kita tidak makan ataupun minum, otak memberi perintah bagi menjalankan program autolisis. Apabila lapar tapi kita berniat berpuasa, kita dapat manfaat drpd proses autolisis dan detoksifikasi yg menyihatkan dan menyegarkan tubuh.


   Apabila kita tidak berniat puasa, semasa kita lapar dan hipotalamus memerintahkan diri untuk makan, otak tidak mengambil alih kerana kita tidak berniat puasa. Otak merestui dan membiarkan perintah hipotalamus itu. Kesannya seluruh tubuh organ pencernaan bersiap sedia:

  • mulut mula mengeluarkan air liur
  • limpa mengeluarkan asid
  • hati & pankreas mengeluarkan enzim pengurai
  • otot-otot usus melakukan pemanasan bagi proses penyerapan nutrien.
Apabila persiapan organ ini sudah berlaku, dan kita tidak makan, maka zat-zat kimia yang sudah disiapkan ini dapat merosakkan organ-organ pencernaan kita. perut terasa sakit dan kita boleh mendapat GASTRIK!!


Alhamdulillah, moga apa yang kita dapat hari ini, menjadi satu panduan dalam hidup sehari-hari :))

SELAMAT BERAMAL!!

Tiada ulasan :