Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 4 Oktober 2010

wujudkah cinta Islamik?? - sumber Facebook

Assalamualaikum..
‘Sayang’???
Saya terkejut apabila membaca
beberapa mesej daripada
handphone rakan saya itu. Dan
kelihatan muka si rakan itu
merah padam. Mungkin kerana
tidak menemui apa yang dia
kehendaki daripada handphone
saya..
Hal ini berlaku apabila dia
meminta untuk ‘melihat-lihat’
handphone saya dan saya pun
mengenakan syarat untuk
‘ melihat-lihat’ juga handphone
kepunyaannya. Dan inilah yang
terjadi..
Rakan saya itu merupakan
ketua Badan Nuqaba ’ di
universiti. Sangat berpengaruh
dan gemar memberi tazkirah.
Tetapi rupanya hanyut juga
dengan mainan nafsu..
“Ah, ana bercinta secara
islamik.”
“Islamik sangatkah kalau
sampai ada ‘sayang-sayang’?
Islamikkah kalau menaikkah
nafsu? Dan itukah yang Islam
benarkan untuk telefon berjam-
jam dan bermesej ‘sayang-
sayang’?” Soal saya kembali.
Dan dia diam membisu..
Entahlah. Saya sendiri tidak
dapat memikirkan mana yang
betul-betul baik dan mana yang
salah. Sebetulnya ini bukan kes
pertama yang saya temui. Dulu
saya pernah ditegur kerana
bercinta oleh seorang orang
kuat dalam Badan Nuqaba ’..
Tetapi pada suatu hari saya
terlihat pula orang yang
menegur saya itu keluar
berdua-duaan dengan
perempuan. Yang pasti bukan
adik atau saudaranya kerana
saya kenal juga dengan dia..
“Patutkah kamu menyuruh
manusia supaya berbuat
kebaikan sedang kamu lupa
akan diri kamu sendiri; padahal
kamu semua membaca Kitab
Allah, tidakkah kamu berakal ?”
(Al-Baqarah: 44)
Janganlah sorokkan keburukan
sendiri dengan cara
menunjukkan yang anda orang
yang betul-betul faham akan
agama..
Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?
Dulu saya juga pernah
menggunakan istilah ini.
Menyukai seseorang tetapi
hanya sms sahaja menjadi
penghubung. Tidak pernah call
langsung dan tidak pula
terkeluar perkataan ‘sayang’
atau yang menaikkan nafsu.
Semua saya cuba kawal seboleh
mungkin..
Tetapi betulkah cinta seperti itu
yang saya hendakkan? Saya
berfikir balik kerana walaupun
sekadar sms sahaja sudah
mampu menyebabkan saya
sedikit lalai, dan cerita yang ini
anda boleh baca di entri saya
‘ Ibadah Itu Cinta’..
Saya tidak menafikan memang
fitrah manusia itu menginginkan
sesuatu untuk mendorongnya
daripada orang yang berlainan
jantina daripadanya. Tetapi
perlulah dengan cara yang
terkawal..
Kalau sudah masuk sampai fasa
ingin ada perkataan ‘sayang’
daripadanya, saya sarankan dua
perkara. Pertama, kahwin dan
yang kedua tinggalkan sahaja.
Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu
terlalu lama berlaku sebelum
kahwin, ini mungkin akan
menyebabkan satu perasaan
pelik datang. Jemu..
Saya tidaklah tahu hormon jenis
apa yang dirembeskan keluar
atau bahagian saraf yang mana
akan bertindak balas apabila
menerima ransangan dan
menyebabkan perasaan jemu
dan bosan itu berlaku. Tetapi
itulah yang berlaku kepada
beberapa orang rakan saya
yang bercinta..
Mungkin dalam dua tahun boleh
bertahan. Tetapi kalau sudah
masuk tahun keempat, ramai
yang sudah mula terpisah.
Jawapan mereka, “Dah tiada
jodoh, nak buat macam mana.”
Nasib baik ada seorang yang
berani tanpa malu menjawab,
“ Dah jemu sangat.”
Berbalik kepada persoalan
betulkah ada istilah ‘Cinta
Islamik’. Pandangan saya, ada
bagi orang yang betul-betul
menjaga pergaulan. Menetapi
kehendak syariat. Cumanya
memang fitrah manusia pula
menginginkan sesuatu yang
lebih daripada apa yang telah
dia dapat. Dan dari situlah
timbulnya merengek-rengek
kepada pasangannya untuk
memberikan lebih daripada
sebelumnya..
Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta
Islamik’ sebelum pernikahan
jika begitu? Kemudian
pandangan saya tertumpu pula
‘ Cinta Islamik boleh berlaku
selepas pernikahan’. Cuma ini
sekadar pendapat saya dan ia
masih lagi boleh dipertikaikan
oleh anda jika mahu..
Jangan burukkan nama institusi
jemaah..
Hal ini saya kira memang
berlaku dan menyerang mana-
mana institusi jemaah
mahasiswa. Bercinta dalam
jemaah? Satu lagi idea pelik
yang cuba dimurnikan. Maaf,
cinta yang dimaksudkan adalah
cinta antara pasangan berlainan
jenis...
Mereka katakan kepada saya,
“ Inilah cinta islamik. Kami
bercinta kerana dakwah. Nanti
sudah kahwin bolehlah
meneruskan jalan perjuangan
ini. ”
Tetapi bila saya datang ke
biliknya, dia pula sedang
menelefon pasangannya. Dan
akibatnya saya terpaksa
menunggu sehingga tamat
gayutan perbualan tersebut..
Lelaki dan wanita yang baik
bukanlah yang bersembunyi di
sebalik kosmetik kata murni
berbau Islam seperti itu. Kalau
sudah salah janganlah
disembunyikan lagi..
Memang setiap manusia ada
ego tersendiri. Mereka akan
menyangka apa yang mereka
buat adalah betul. Dan kerana
itu perlunya kawan untuk
menasihatkan. Tetapi kalau
nasihat kawan sendiri mereka
cuba sangkal, apa lagi yang
boleh saya buat..
“Dan janganlah kamu campur
adukkan yang benar itu dengan
yang salah dan kamu
sembunyikan yang benar itu
pula padahal kamu semua
mengetahuinya. ”
(Al-Baqarah: 42)
Saya tertarik dengan seorang
rakan saya yang memang betul-
betul berminat menjadikan
seorang akhawat dalam
jemaahnya sebagai isteri. Dan
dia meminta tolong daripada
naqibnya yang merupakan
seorang ustaz untuk
menguruskannya..
Harapnya tiada ‘sayang-sayang’
yang hadir sebelum
pernikahannya. Dan yang ada
hanyalah kerjasama dalam
jemaah seperti dahulu juga.
Seperti sebelum dia
menyatakan hasratnya..
Ada seorang lagi rakan saya
yang sedang bertunang dan
bakal berkahwin dalam bulan
Disember tahun ini. Hendak
dikatakan kemaruk itu tidak
nampak sedikit pun. Tiada pun
sms ‘tanya khabar’ lagikan pula
hendak telefon. Dia harap jika
sudah berkahwin nanti, barulah
rasa-rasa ingin bertanya khabar
itu baru datang. Dan barulah
cinta berputik pada masa itu.
Alangkah seringnya..
Mentergesai kenikmatan tanpa
ikatan..
Membuat detik-detik depan
terasa hambar..
Belajarlah dari ahli puasa..
Ada dua kebahagiaan baginya..
Saat berbuka..
Dan saat Allah menyapa lembut
memberikan pahala..
Inilah puasa panjang
syahwatku..
Kekuatan pada menahan..
Dan rasa nikmat itu bakal
kurasa..
Diwaktu buka yang penuh
kejutan..
Ya Allah. Hambamu telah
tersesat jalan. Ampunilah dosa-
dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha
Pengampun dan Maha Penerima
Taubat. Berilah kekuatan
kepadaku untuk menghadapi
godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku
perasaaan benci kepada
maksiat. Hiasilah diriku dengan
akhlak yang mulia. Ibu dan
ayah, anakmu berdosa. Engkau
jagaku sedari kecil dengan
kasih saying. Mengapa
kucurahkan kasihku kepada
orang lain..
Oh Tuhan, hambamu yang
berdosa,
Amin.... Ya Rabb. Moga Allah
terima taubatmu..
Kita berpisah kerana Allah.
Kalau ada jodoh tidak kemana..
Ya Allah,bantulah mereka. Kini
mereka datang kepintuMu
mencari redhaMu. Terimalah
taubat mereka
Dipetik dari:
Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya
bercinta selepas pernikahan)
Niat berkogsi kerana
Allah..pengajaran & peringatan
buat diri sendri dan semua, dan
tidak berniat untuk
menyinggung mana2
pihak..bersahabat kerana Allah
& Mengingat-mengingati kerana
Allah..
Wallahu'alam..

2 ulasan :

-NAI-sengal... berkata...

bila dah baca camni rasa d'fikir2 gak an..kite nie yang mana 1 eh?
adoy risaunyer jd pompuan taw wan..
kalau kiteowg t'goda ngn pjuk si syaitan tu..dgn sume2 lelaki t'heret sama..hrm,,de sowg ustz tu ckp..pompuan itu sndri ialah aurat,,semua y berkaitan ngan pompuan adlh hiasan,,so,,safwan aq hrp ko tlg smpaikan ngn sume laki2 bersedialah untuk berhadapan ngan kenyataan ini..
dan buat semua saudari islamku..plihara lah dri moga kite bkn antre fitnah kpd lelaki2 beriman..amin

SafwanRahman berkata...

selalu lah bace quran, sbb quran insyaAllah melindung kite dari wat keje2 kotor..huu,bgus gak ko nih fifa, mntak dilindung dri jadi ftnah kpd laki2 briman, kbykan pmpn susah nak trime yang mereka yg byk mnjdi ftnah bg laki2..huu