Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 29 Oktober 2010

Nasihat Imam Hanbali

Antara Nasihat Imam Hanbali

  1. Dunia ini adalah tempat beramal sementara akhirat tempat menerima balasan. Sesiapa yang tidak beramal di sini akan menyesal di sana.
  2. Kemuliaan diertikan sebagai meninggalkan perkara-perkara yang diingini kepada perkara yang ditakuti.
  3. Diam orang berilmu kerana takut dan takwa. Diam orang jahil tidak berilmu.
  4. Manusia yang berkehendak kepada ilmu seumpama berkehendak kepada makanan dan minuman.
  5. Berbahagialah mereka yang banyak menyebut nama Allah
  6. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.
  7. Sesiapa yang menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan. Sesiapa yang mati dalam Islam dan mengikut sunnah Rasulullah maka matinya dalam kebaikan.
  8. Bertanyalah kepada ahli hadis dan jangan bertanya kepada ahli fikir kerana mereka(ahli hadis) tidak bercakap menurut pendapat sendiri.
  9. Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukannya di sisi Rasulullah. Sesiapa yang menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya disisi Rasulullah.
Sumber : Novel Sejarah Islam ; Imam Hanbali, Penegak Kebenaran oleh Abdul Latip Talib

Mohd Safwan Bin Abd. Rahman
Dip. Usuluddin,
Universiti Sultan Zainal Abidin
hamba Allah

Tiada ulasan :