Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 13 Jun 2010

dahsyatnya doa ibu


salam semua, entry aku kali ni aku nak syorkan para sahabat & para bloggie semua membaca sebuah buku yang bagi aku sungguh dahsyat. sebuah buku yang membahaskan :
  • Menyingkap Dahsyatnya Doa Ibu
  • Bukti Dahsyatnya Doa Ibu
  • Manfaat dan kelebihan Doa Ibu
  • Berbakti dan berdoa selepas Ibu Tiada
  • Akibat buruk menderhaka kepada Ibu
entry aku kali ni, nak ulas sedikit apa yg terkandung dalam buku tersebut.
semasa kali pertama aku membaca buku ni, aku sungguh teruja dan terharu. Itulah dia DAHSYATNYA DOA IBU. 


Buku ini dikarang oleh SYAMSUDDIN NOOR. beliau mengetengahkan perbahasan berunsurkan motivasi, tazkirah, dan yg paling menarik ialah terdapat banyak kisah2 tentang Ibu.


antara isi kandungan yg aku tertarik ialah penulis mahu menunjukkan bahawa kedahsyatan doa ibu adalah kemaslahatan anaknya2. doa ibu itu mampu mencerahkan masa depan anaknya dan mampu memusnahkan kehidupan anaknya yang derhaka:


  1. saya berharap kaum ibu berhati2 sewaktu memanjatkan doa kpd Allah. Jgn sampai mengeluarkan kata2 yg mendoakan keburukan untuk anak, walaupun wujud konflik atau masalah besar antara ibu dan anak. sebaik2nya seorang ibu itu manahan diri dan mohon kesabaran daripada Allah supaya tetap mendoakan kebaikan untuk anaknya. 
  2. saya berharap anak2 dapat berusaha sebaik mungkin dalam memenuhi keperluan orang tuanya. memenuhi keperluan orang tua wajib hukumnya. Jgn sampai ibu bapa kita resah dan kemudian hilang kawalan fikirannya lalu mengikut perasaan dlm mengeluarkan kata2. dalam hal ini, diharap ibubapa tidak mudah mengeluarkan kata2 yg mengutuk atau menyumpah anaknya.
  3. setiap anak termasuk saya sendiri mustahil tidak pernah melakukan kesalahan kepada orang tuanya. namun Allah mengatakan, sebaik2 org yg melakukan kesalahan ialah mereka yg bertaubat dan sebaik2 orang yg dizalimi ialah mereka yg memberikan kemaafan walaupun ada kesempatan membalasnya.




Tiada ulasan :