Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 8 Mac 2010

Penuhkan masa cuti sekolah dengan kebajikan & kebaikan

Musim cuti sekolah hampir tiba, ramai dalam kalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk mengadakan pelbagai majlis keraian seperti majlis kesyukuran, walimatul urus, dan sebagainya.

Tetapi sedarkah kita bahawa majlis yg dianjurkan itu benar-benar menepati ajaran Islam.
Erti kata lain, apakah majlis-majlis itu menitik beratkan unsur-unsur yang diajarkan Islam? Adakah ia mengambil berat tentang pantang larang dalam agama seperti pergaulan bebas lelaki-perempuan yang bukan mahram, memakai hijab(tudung)? Adakah itu memenuhi kehendak syara’? Semua pantang larang itu dipelihara bagi menjamin kesejahteraan dan menjamin keberkatan serta restu daripada Allah SWT agar majlis yg dianjurkan itu meraih sumber saham pahala yang banyak dan menjadi bekalan ke alam abadi.

Namun sikap kebanyakan orang Islam hari ini terhadap agama mereka sendiri berbeza-beza antara individu dengan individu yg lain. Di sini suka saya menyelitkan sebuah kisah yang mana satu keluarga yang ingin bermusafir dari KL ke Perlis bertujuan menjemput sanak saudara menghadiri majlis walimah yang akan diadakan di KL. Salah seorang daripadanya ialah seorang imam di sebuah kampung di Klang. Apabila tiba waktu solat si imam mengingatkan supaya berhenti di kawasan R&R untuk menunaikan solat. Namun didapati kaum wanita terlupa membawa telekong sembahyang. Mana nilai-nilai Islam sebagai umat Muslim? Sedangkan sudah sedia maklum bahawa mereka akan merantau jauh. Apabila ditanya apa yang dibawa, jawabnya hanyalah membawa make up, barang-barang kemas dan sebagainya. Mengapa mereka begitu mementingkan perhiasan berlebihan sedangkan perkara wajib dilupakan? Dan apabila dimaklumkan bahawa telekong solat bukan salah satu perkara rukun dalam sembahyang bagi wanita, menutup aurat sudah memadai dan masih sah sembahyang itu,namun mereka mempertikaikannya. Bolehkah solat tanpa bertelekong? Betapa cetek ilmu agama dalam jiwa mereka. Maka siapa yang bertanggungjawab? Tidak lain tidak bukan kaum lelaki wajib mengingatkan dan memberi tunjuk ajar kepada kaum wanita dalam perkara ilmu agama.

Sebuah sessi kuliah di Masjid Ubudiah Telok Gong yang dipimpin oleh ustaz Turmudi bin Siraj. Beliau telah menegaskan kebanyakkan ahli neraka ialah golongan perempuan. Menurut beliau golongan wanita ini ramai ke neraka kerana 3 perkara :

  1. Mereka tidak / jarang berterima kasih kepada suami / lelaki dibawah tanggungannya. Contohnya :

Suami : Asslamualaikum yang, ni abang ada beli sedikit lauk di pasar tadi.

Isteri : (Tanpa menjawab salam) Ini aje yang abang beli? Mana cukup, lebih baik bagi kucing makan, kucing pon tak kenyang.

Dialog di atas adalah salah satu contoh terdekat. Banyak lagi contoh-contoh negatif lain yang tidak dapat saya ceritakan disini.

  1. Mereka suka menabur fitnah,mengadu domba, mengumpat dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan lidah percakapan. Perkara ini perlulah dititikberatkan dan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan tutur kata.

  1. Mereka cetek ilmu agama dan tidak ingin berusaha menambah ilmu agama dalam jiwa mereka. Satu cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku ialah para lelaki galakkan / paksa mereka menghadiri majlis ilmu terutama di masjid.

Berbalik kepada penuhkan masa cuti sekolah dengan perkara kebaikan. Bagi mereka yang memenuhi jemputan majlis-majlis walimah adalah digalakkan malah Islam menegaskan bahawa WAJIB menghadirinya selagi majlis itu tidak melanggar ajaran agama. Namun apa yang saya perhatikan dalam dunia serba moden tak bersempadan ini, kebanyakkan masyarakat sekarang sudah berani mencemarkan majlis yang digalakkan dalam Islam ini dengan hiburan-hiburan yang boleh melalaikan. Salah satu yang dapat saya katakan ialah aktivit tari-menari, karaoke, persandingan dan sebagainya. Sedarkah mereka bahawa ini semua melemahkan iman sekali gus secara halus melupuskan nilai Islam dan Iman dalam benak dada mereka?

Persandingan. Masyarakat kini tidak sedar bahawa persandingan adalah adat istiadat Agama Hindu yang telah diamalkan sejak turun-temurun hinggalah sekarang. Ini kerana mereka tidak didedahkan perkara ini secara terbuka. Mana tidak, meraka sendiri yang sering memberi alasan untuk tidak hadir ke majlis-majlis ilmu. Sudah cukupkah ilmu dalam dada mereka? Menurut De Jong (Religious in the Malay Archipelago, Oxford University press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) persandingan adalah daripada pengaruh Hindu. Malah persandingan adalah adat yang diimport dari India yang tiada mengena dengan ajaran Islam yang suci. Pengaruh Hindu ini sedikit sebanyak membawa kepada unsure-unsur khurafat, antaranya ialah :

· Penggunaan beras kunyit dalam upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.

· Penggunaan jampi mantera untuk menghalau hantu atau syaitan yang mengganggu majlis itu.

· Berandam : Andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui / merubah kecantikan sebenar adalah haram.

· Berhias untuk dipamerkan(tabarruj) kerana perbuatan itu menyerupai perbuatan zaman Jahiliyyah

Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatulurus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, berdasarkan sabda Nabi s.a.w maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a katanya. Rasulullah bersabda : Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang. Hadith riwayat Muslim.


Disediakan sendiri oleh http://safwanabdulrahman.blogspot.com.
sumber sinar masjid Ubudiah Telok Gong.

Tiada ulasan :