Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 17 Mac 2010

Keagungan Ilmu

Salam sejahtera semua, kali ni aku cbe nak kongsikan ilmu yg ciput ni untuk kebaikan kite bersama. Pada 17 mac 2010, selepas waktu maghrib, aku telah menghadirkan diri dalam sebuah majlis Ilmu yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazri Nawi(tak tahu nama penuh), dari kampung Raja Uda , kuliah beliau ini diadakan pertama kali di masjid Al-Ubudiah, Telok Gong(kawasan rumah aku). Baru pertama kali aku mendengar suara beliau, aku cukup tertarik dengan isi yang beliau sampaikan. Sayang sekali, aku tak bawak buku nota untuk ku catit. Walaumacamane pon aku nak kongsi sikit-sikit pe yang beliau smpaikan.

Aku tertarik dengan kisah golongan Khawarij(terkeluar) bertanya kepada Saidina Ali karramAllahuajhah. Khawarij ini bertanyakan soalan sebanyak kalau tak silap saya 4 kali. Tapi soalan yang sama, namun jawapan Saidina Ali berlainan. 'Wahai Saidina Ali, yang manakah yang lebih mulia?Ilmu atau harta?. Saidina Ali menjawab, Ilmu yang paling mulia berbanding harta, alasannya, Ilmu yang menjaga kita, memelihara kita daripada perkara buruk, ilmu juga membezakan baik buruk sesuatu perkara. Manakala harta, kita yang menjaga harta, kita kadang-kadang menjadi hamba kepada harta, Ilmu menjadi menjamin kita di akhirat kelak, tapi harta belum tentu.'

Pada masa yang lain, Khawarij bertanya, 'Wahai Saidina Ali, yang manakah lebih mulia?harta atau ilmu? Lalu Saidina Ali menjawab, ilmu adalah lebih mulia, alasannya kerana dengan Ilmu terbitnya gelaran-gelaran mulia sperti Sheikh, Hafiz, Alim, Ulamak, dan sebagainya. Paling koman pon ustaz. Sebaliknya orng berharta biasanya mendapat gelaran yang buruk, antara contohnya, Qarun, Hamman, Tha'alabah, Firaun dan sebagainya. Namun zaman sekarang sudah tersedia gelaran lain sebagai ganti nama seperti tangkai jering, tahi hidung masin, haji bkhil dan sebagainya.(semua ni bkn kata-kata Saidina Ali sepenuhnya, tapi penjelasan dari ustaz Nazri)



Actually, bnyak lagi isi yang aku terfikir untuk aku terbitkan dalam blog ni. Tapi aku ni jenis manusia yang mudah lupa. InsyaAllah, kalau tidak ada halangan, aku terbitkan blog tentang Keagungan ilmu dan Ulama yang di sampaikan oleh ustaz Nazri di masjid Al Ubudiah Telok Gong. kepada sesiapa yang berkelapangan, boleh la hadirkan diri dalam majlis ilmu ini. Menurut beliau, beliau penah mengenakan seorang kawan yang lebih mementingkan membaca berita-berita akhbar daripada membaca Al-Quran, beliau menghulurkan sebuah kitab Sirah nabi Muhammad s.a.w yang tebal kepada sahabat beliau yang giler paper. "Mak ai, tebalnya buku ni. buku apa ni Naz?" "Ni buku sirah nabi, awak mesti beli" "Berapa harganya Naz?" "Tak mahal, RM65 aje." "Tak mahal awak cakap?" "Awak tu hari-hari beli paper setiap hari 2naskah, hari ahad RM2, kali dengan 4 minggu dah RM8, setahun berapa?, Kalau awak beli buku ini, awak boleh baca bila masa lapang sambil renung-renung iktibar yang ada di dalamnya, bnyak ilmu yang boleh awak dapat dalam kitab ni. Kalau awak meninggal dunia, boleh awak wasiatkan kitab ni kepada sape-sape, anak ke, sanak saudara ke,.. dapat bekalan saham awak dalam kubur nanti, mengalir pahale awak, sejuk dan lapang kubur awak nanti InsyaAllah.



Dalam akhbar ni bnyak dosa yang kita dapt. Slah satunya, kebanyakkan akhbar-akhbar tempatan menyiarkan keputusan nombor ekor 4d, 3+1d, dan sebagainya. duit yang kita salur untuk membeli akhbar itu seolah-olah memberi sokongan kepada aktiviti nombor ekor, sekaligus bersubahat sekali'


Sahabat beliau hanya mampu ternganga, tergamam. Nantikan "KEAGUNGAN ILMU & ULAMAK" dalam catatan aku
bulan depan.
(kali ni aku mesti bawak buku nota!!!)

Tiada ulasan :