Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 27 Julai 2012

Tan Sri Dato' Hassan Azhari Ulama tajwid

2 ulasan :
Tan Sri Dato' Hassan Azhari. Kenal ke tak, tak kisahlah. Apa yang aku nak kisah ialah beliau antara Ulama tajwid dan qiraat. beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1928. Apa yang hebatnya beliau ini?



  • Ulama tajwid dan qiraat
  • Orang yg melaungkan azan semasa kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 57
  • Pendidikan beliau di Makkah sejak kecil dalam bidang al-Quran
  • Memenangi tempat pertama dalam pertandingan tilawah al-Quran pada tahun 1947 anjuran UMNO
Banyak lagi anugerah dan jasa beliau kepada tanah air Malaysia ni.


Antara dua anak beliau yang terkenal


Musa Hassan


Anak beliau antara yang terkenal ialah Musa Hassan, merupakan bekas ketua polis negara Malaysia yang ke tujuh. Bayak cetus kontroversi sepanjang Musa berkhidmat.




Selain itu, Jalaluddin Hassan juga antara anak Tan Sri Hassan, yang merupakan pelakon terkenal. Kalau tengok aksi Jalaludiin berlakon, MashaAllah



Aku sangat kagum dengan beliau (Tan Sri Hassan Azahari) , seorang pendidik dan guru yg hebat. Tapi betul kata Raihan dalam lagunya Iman Mutiara :
Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Apa agaknya kaitan bait lagu ni dengan Tan Sri Hassan? Makanya tidak hairan lah jika sesebuah keluarga itu ayahnya pak imam kaki masjid, tapi anaknya mat rempit. Ya, malah perkara ni, menjadi kebiasann bagi masyarakat kita, dalam masa yang sama, Masyarakat akan menilai dari sudut negatif. Mana taknya, ayah pak imam, anak penagih dadah, mungkin persepsi orang akan menyatakan ayahnya gagal mendidik anak-anak. Tak juga, soal hidayah, mutlak milik Allah SWT. Cuma kita yang memilih untuk mencari hidayah atau sebaliknya.







Tan Sri Hassan Azahari pernah mengajar tajwid bersama rakannya Ustaz Hambali bin Abdul Salam di masjid Sultan Klang. Aku dan ayah aku antara anak murid beliau. Aku rasa sangat bertuah dapat belajar dengan orang hebat macam beliau. 
Ini adalah gambar Ustaz Hambali, kini beliau telah kembali menemui sang pencipta. Kepada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Moga beliau bersama dengan para Ulama dan orang-orang soleh. Boleh lihat biodata Ustaz Hambali di sini


Pengajaran untuk entry ini:

  • Iman tak boleh dijual beli/diwarisi
  • jom kita dekati para Ulama
  • Ambil orang-orang hebat sebagai guru
  • perbanyakkan mendalami ilmu agama secara berguru, bukan hanya membaca buku
  • perbetulkan persepsi kita terhadap orang lain
Itu saja apa yg nak aku bebelkan disini, apa yang baik,ambil jadikan amalan, yang buruk dlm entry ni, jadikan sempadan. Sekada itu saja dari tuan tanah belog yg hina banyak dosa ini. Saalam maju jaya 


Follow my twitter : https://twitter.com/SafIbnRahman

Rabu, 25 Julai 2012

Peristiwa Kemenangan Islam di bulan Ramadhan al-Kareem

Tiada ulasan :


Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka.

Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah. Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan: 

17 Ramadhan 2H
Perang Badar Al-Kubra
Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan
muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17
Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H
Persiapan Perang Khandaq. Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-
Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

20 Ramadhan 8H
Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala. Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan
darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

Ramadhan 9H
Perang Tabuk. Rasulullah SAW tidak mendapati tentera. Rom lalu kembali ke Madinah. Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana. Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.

Ramadhan 10H
Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H
Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.



Ramadhan 92H
Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali
Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic.
Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H
Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.


Ramadhan 584H
Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan,
penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.




Ramadhan 658H
Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk menghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat,

25 Ramadhan 658H di Ain Jalut.
Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

Selasa, 24 Julai 2012

Makruh seorang lelaki tidur tanpa Isteri disisi

Tiada ulasan :
Ha, sikit perkongsian. Jom belajar ilmu agama sikit, aku leka sgt layan ceramah-ceramah agama. Bagi aku, aku suka dgn ustaz-ustaz yg menyampaikan ilmu secara sempoi, bahasa anak muda. Apa pon, ustaz-ustaz yg mengajar cara pondok, mrk semua penuh ilmu didada.


Perkongsiannya yg aku nak ketengahkan ni.
"Allah tak suka kita tidur malam ni,tanpa bertemankan isteri, erti kata lain, makruh seorang lelaki tidur tanpa isteri  disisi"


Haa, ini hebat bro. Jom layan kuliah ni. Oleh ustaz Nazmi Karim


Ok, habis je dgr ceramah ni, pakat tidur dgn Isteri belake deh? Baru molek, ibadah sepanjang tidur :D

Ahad, 22 Julai 2012

Tutorial : Cara letak komen FB dalam blog

Tiada ulasan :
Suatu malam, sedang pening-pening nak carik jalan macam mana nak letak komen fb dalam blog. Ini method paling sempoi mudah dan berkesan hua hua. 
Jom belajar tutorial ni.


Caranya mudah sahaja. Seperti biasa mestilah kena login dulu akaun blogger tu. Kemudian ;


Langkah 1 :
Design -=> Edit HTML -=> (Tick ) Expand Widget Templates [pastikan anda backup dulu]


Langkah 2 :
Cari kod  
 <data:post.body/>


Langkah 3 :
Copy kod di bawah :

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> <script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1'/> <div><fb:comments expr:href='data:post.url' expr:title='data:post.title' expr:xid='data:post.id' num_posts='1' width='600'/></div> <div style='background-color: #f2f2f2;border: solid 1px #cccccc; font-size:10px; padding:3px;width:100%;'/> </b:if>

Langkah 4 :
Paste kod tu di BAWAH kod 
<data:post.body/>  tadi kemudian preview dulu. Kalau tiada apa-apa halangan terus save!



Siap! simple je, kalau tak menjadi. Ketuk je kepala. kikikilalala

Kenyataan Ustaz Fathul Bari dan pengikut-pengikutnya

Tiada ulasan :


Apekah ILMU? Ilmuan Muda UMNO, betul tak? Kalau salah tlg betulkan.
Klik gambar untuk membesarkan


Aku bukan nak salahkan kenyataan ni 100%. Dan ada baiknya kenyataan ini. Apa pon ada juga sedikit yg nak katakan bahawa pendapat UFB ni sangat di sempitkan dgn istilah 'taat kpd pemimpin'. Bagi aku, kalau betul lah UMNO itu perjuangkan Islam atau apa-apa je lah, itu hak mereka nak cakap apa, dan aku sebagai org Islam,takkan biarkan diri ini menyokong puak-puak yag halalkan lesen judi, yang terbaru arak San Miguel, rasuah berleluasa, penyebaran fitnah video lucah. Adakah ini masih persepsi? Persepsi pale hotak hang. Ni dah betul2 terjadi. nak persepsi ape lagi wahai ILMU. 

Dan lagi satu yg aku pelik dgn pengikut UFB yg bernama Ibnu Najib Al-Husaini, beriya-ria hukum PAS spg puak Khawarij. Hado, aku Ahlul Sunnah Wal Jamaah tak tahu dan tak mahu nak labelkan org mana-mana puak wahabi,syiah, dll. Dah sampai kata PAS sesat dah lagi tu. 

Dia perlu mendalami lagi ilmu agama, boleh ke kafir-mengkafirkan ni?

Apa pon kita sama-sama doakan agar saudara seislam kite ni mndapat hidayah Allah. 

Nak join conversation post Ustaz Fathul Bari? Klik sini>>

Sabtu, 21 Julai 2012

Jom tonton solat Teraweh siaran langsung dari Mekkah

1 ulasan :






Pada bulan ramadan yang mulia ini, YouTube channel bernama MakkahLive telah dilancarkan yang menunjukkan solat secara langsung dari Al Masjidil-Haram di Arab Saudi. Ini sememangnya hadiah Ramadan dari Google untuk umat Islam di seluruh dunia. Doa dari kota suci direkodkan liva dan disiarkan secara langsung menerusi YouTube. Kedua-dua audio dan terjemahan membuat jantung anda berasa seolah-olah anda berada di Makkah. Aliran video itu dibuat secara langsung start daripada 31 Julai 2011. Buat masa ini kualiti HD tidak terdapat lagi tetapi kualiti bunyi dan buffering seolah-olah baik.



Masjidil haram adalah masjid yang terbesar di dunia. Selalunya menjadi tempat perhimpunan manusia yang terbesar berlaku semasa menunaikan HajiWatch Live Stream dari Al-Masjid al-Haram di Mekah. Anda boleh menonton dan mendengar doa-doa yang disiarkan secara langsung di blog ini juga. Hanya tekan butang play untuk melihat siaran langsung. Salam Ramadhan :)



or

Jumaat, 20 Julai 2012

Tips Ramadhan Kareem #TipsRamadhan

Tiada ulasan :
Wokeh, kali ni nak share apa yg aku nak share, hua hua.


Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem, jadikan bulan pose ni bulan untuk memborong semua ganjaran2 yg Allah tawarkan :)



Okeh, berbalik kepada tips yg nak aku share. Tips ni aku dapat dari sebuah page di facebook. Menarik dan bolih diamalkan kpd seluruh pelosok dunia yg berpuasa Ramadhan ni, bagi yg uzur, pun bolih ambil ni :)


Mula-mula kita pergi kepada "Cara berbuka dan bersahur yang berkesan" :

i. Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
ii. Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
iii. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
iv. Kurangkan kadar makanan dari biasa
v. JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
vi. Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
vii. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Then "Cara berpuasa yang tidak berkesan" pula :

i. Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
ii. Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
iii. Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
iv. Mengulangi makan sepanjang malam.
v. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
vi. Tidur selepas kenyang makan.

Nasihat aku kpd semua, jadikan ramadhan kali ni penuh bermakna. Kalau boleh teraweh jgn tinggal. Tinggalkan semua urusan dunia. DoTA, fb, twitter, blog, PES12 ape2 je lah.:)

Khamis, 19 Julai 2012

Mat Indera Pejuang atau Pengkhianat Negara?

Tiada ulasan :
Aku tak mahu ulas apa-apa ttg ni. Aku copy dari satu artikel di fb. Korang baca dan nilaikan sendiri apa dan siapa sebenarnya Mat Indera. Adakah pejuang negara spt yg di hebohkan Mat Sabu? Atau pengkhianat Negara spt yg di hebohkan di TV media arus perdana? Meh Baca artikel ni, artikel ni menerangkan siapa Mat Indera serta bukti-bukti dari arkib kerajaan Johor. 
Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera


Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

 

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.


Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.


Mat Indera dan Bukit Kepong


Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasong Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.


Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.


Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.


Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi


Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang. Sumber yang saya utarakan ini pun bukannya daripada Wikileaks atau maklumat daripada kerajaan British, tapi berdasarkan buku terbitan Yayasan Warisan Johor. Johor tau, Johor, tempat Umno beranak, negeri Umno terkuat di dunia. Sumber satu hala ini pun boleh meraikan perbezaan, kenapa kita masih tak mahu mengerti?


Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?



Walaupun kes ni dah berlalu lama, tp Mat Sabu masih dlm perbicaraan mahkamah. Rilek dulu. Kite tgk sape menang. Walaupun lama, tak salah kita tahu sejarah sebenar yg UMNO nak putar2 belitkan.