Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 10 Mei 2012

Rahim Noor dan Hanif Omar

Tiada ulasan :
Yeah.. asalnya blog aku bukannye blog berpolitik, tp situasi dan suasana semasa memaksa aku untuk menulis hal-hal politik. 


Rahim Noor, Hanif Omar


Baiklah point yg aku nak ketengahkan dlm blog ni iyelah. tgok tajuk la..huhu.. bagi yg baru menceburi bidang politik, mmg xkenal dgn 2 org manusia di atas. 


Baiklah, first aku nak bincang pasal Rahim Noor. ni setakat yg aku tahu ttg sejarah die je la. 


Rahim Noor - gambar Wiki


Rasenye tak keterlaluan kalau aku kate die ni samseng, kerana menumbuk mata Anwar Ibrahim ketika ditahan polis di lokap polis Bukit Aman. Dan Rahim pernah dipenjarakan 2bulan dan denda RM2000. Kiranya beliau selain dpt gelaran Tan sri, beliau juga ada gelaran 'bekas banduan'. banyak lagi kisah beliau, aku malas nk tulis panjang2. Kalau nak tahu story pasal Rahim Noor, anda boleh la bace artikel bebas di web wikipedia.org atau http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahim_bin_Mohd._Noor 


Beliau mencetuskan kontroversi menumbuk Anwar Ibrahim ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir. 




NST - Gambar budumasin.com


dan kini Beliau muncul lagi membuat kontroversi dgn mengatakan :
Nik Aziz Is the Father of 'kafir'


Hanif Omar - Gambar Malaysiandigest.com

Ok, sekarang cerita pasal Tun Hanif Omar. Ini lagi best. Beliau seorang yg kaya-raya. Bagaimana tak kaye raye, Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Syarikat Genting Berhad. Tau tak syarikat ape tu? aku tak mau cakap ape2, korang boleh nilai sendiri. Ok, ade sesape nak bantah sbb aku cakap die ni tokey genting? Aku bukan main cakap, aku cakap berdasarkan bukti :


Gambar bukti yg beliau tokey syarikat judi. Click for Enlarge
Gambar ni korang boleh tgok sendiri yg ori di sini http://www.gentingmalaysia.com/senior.htm


ok, ini memang aku tgok sangat tak puas hati, bila dia cakap yg Al-Quran tiada pengharaman judi. Ini kontroversi yg beliau buat dulu, hingga sekarang. Dan sekarang beliau dilantik sebagai panel penyiasat 'rusuhan' BERSIH 3.0




Mohon kpd pembaca blog ni, doakan mereka berdua ni, agar mendapat hidayah dan cepat2 lah BERSIHkan nama baik MALAYSIA. Ameen

Ahad, 6 Mei 2012

Syaitan takut pada Saidina Umar

Tiada ulasan :
Diriwayatkan drpd Muhammad bin Sa’ad bin Abi Waqqas drpd ayahnya, bahawa Umar bin al-Khattab memohon agar diizinkan masuk ke dalam rumah Rasulullah s.a.w. Ketika itu ada beberapa org wanita Quraisy sedang berbincang-bincang dgn Rasulullah dn mereka berbicara dgn nada suara yg agak kuat, melebihi suara Rasulullah s.a.w.

                Ketika Umar masuk, mereka segera berdiri dan menurunkan hijab. Setelah diberi izin Umar masuk ke rumah Rasulullah s.a.w sementara Rasulullah tertawa.


                Umar bertanya : “ Apa yang membuatkan kau tertawa wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab : “Aku hairan terhadap wanita-wanita ini. Ketika mereka mendengar suaramu segera mereka berdiri menarik hijab.”

                Umar berkata : “sebenarnya engkau yg lebih layak disegani wahai Rasulullah.” Kemudian Umar berkata kpd wanita-wanita itu : “ wahai para wanita yg menjadi musuh kpd nafsumu sendiri, bagaimana kalian segan terhadap diri dan tidak segan terhadap Rasulullah?” Mereka menjawab : “ Ya engkau lebih keras berbanding Rasulullah s.a.w. “

                Kemudian Rasulullah bersabda : “ Jangan memulai pembicaraan wahai Ibn al-Khattab. Demi Allah yg jiwakuberada dlm genggaman tangan-Nya, sesungguhnya tidaklah syaitan menemuimu sedang berjalan di suatu jalan kecuali dia mencari jalan lain yg tidak engkau lalui.”

Diriwayatkan drpd Aisyah r.ha. bahawa Rasulullah bersabda : “ Sesungguhnya syaitan lari ketakutan jika bertemu Umar .”
Rasulullah juga bersabda : “ Umatku yg paling penyayang ialah Abu Bakar dan yg paling tegas dalam menegakkan agama Allah ialah Umar.” 

Kwn2,betapa hebatnya sahabat Rasulullah bernama Umar Ibn al-Khattab, sampaikan syaitan sendiri takut nak jumpa Umar. Kita bagaimana? Kita hanya mampu berdoa kpd Allah s.w.t supaya dihindarkn gangguan dan hasutan syaitan agak dpt kita jauhkan segala doa dan maksiat :) Banyak ayat-ayat al-Quran yg boleh kita amalkan untuk berlindung dari makhluk terkutuk ini, antaranya Surah An-Nas. Surah ini boleh menghindarkn segala kejahatan jin dan manusia. Moga apa yg kalian baca dlm blog ni, kita amalkan dan sampaikan kpd org yg belum tahu ttg ini. :)

Rabu, 25 April 2012

Punca Mengumpat dan Kesan Buruknya

Tiada ulasan :
Kali ni gatal sangat tangan nak menaip ttg Mengumpat. Hakikatnya, tulisan ni untuk peringatan diri sendiri dan tak langsung nak share kat korang untuk rujukan..ewah Rujukan la konon.

Punca seseorang itu mengumpat menurut pandangan Imam Al-Ghazali terbahagi kepada sebelas jenis, lapan drpdnye terjadi di kalangan orang awam dan tiga daripadanya dari kalangan orang agama dan org khusus.
Menumpat org awam :

1.       Untuk meredakan kemarahan.
2.       Digemari dan sesuai
3.       Adanya kesaksian terhadap umpatannya dan melepasknnya
4.       Menafikan tindakannya terhadap org lain
5.       Membanggakan diri
6.       Dengki
7.       Bermain, bergurau senda serta menghabiskan waktu dengan ketawa yg sia-sia
8.       Menghina dan mmpermainkan org lain.

Tiga punca umpatan di kalangan para Ulama dan org khusus adalah :
1.       Taksub menentang kemungkaran dan kesalahan pada agama.
2.       Berdukacita disebabkan bencana menimpa seseorang
3.       Marah kerana Allah Taala

Cubalah korang teliti ehh jenis-jenis mengumpat ni ehh, renung jap..umpatan korang dikategorikan yg mane?huhu

Dalam pada itu, Islam bukan melarang mengumpat neh, ade batas-batasannye yg telah digariskan  dengan sebab-sebab tertentu. Menurut Imam Al-Ghazali, mengumpat itu dibolehkan HANYA dalam 6 situasi SAHAJE
1.       Dalam hal penganiayaan atau Kezaliman. Firman Allah maksudnnya :
“ Allah tiada mengasihi mengeraskan perbuatan jahat kecuali bagi org yg teraniaya. Allah maha mendengar lagi maha Mengetahui” (Surah An-Nisa : 148)

Rasulullah bersabda maksudnye : Ssgguhnya yg punya hak itu mempunyai perkataan (hak bersuara). (H.R. Bukhari dan Muslim)

2.       Meminta bantuan untuk mngubah kejahatan ke jalan yg baik.

3.       Meminta fatwa ttg hokum agama. Contohnya korang yg selalu bertanya soal agama kpd Ustaz-ustaz.
Ade gak cerite para sahabat yg mane diriwayatkan bahawa Hindun binti Utbah iaitu Isteri kpd Abu Sufian telah mengadap Rasulullah S.A.W dan berkata : “Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufian itu seorang yang kikir(kedekut) dan die tidak memberi belanja yg cukup untukku dan anakku. Apakah boleh aku mengambil hartanya tanpa diketahuinya?” Rasulullah bersabda Ambil sajalah secukupnya untukmu dan anakmu itu dengan baik.

4.       Menakutkan org Muslim daripada kejahatan.

5.       Memanggil atau menamakan seseorang mengikut tertentu yg biasa dipakai. Contohnya Abu Jahal (bapa bodoh) atau Abu Lahab

6.       Melihat seseorang yg menampakkn atau menzahirkan kefasikannya. Contohnya seorang Muslim yg minum arak secara terang-terangan, atau dating.

Ingat kwn2, selain drpd tu, ialah umpatan yg tidak dibolehkan ^_^

Okay, skang jom kite kaji sikit, ape akibat org yg kuat mengumpat neh. Jeng Jeng Jeng





1.       Dibenci oleh Allah S.W.T
Firman Allah dalam Surah Al-Humazah ayat 1 :

“Celaka bagi setiap pengumpat lagi pencela”

2.       Tergolong perbuatan yg sia-sia dan tidak bermanfaat.
Firman Allah :

Bukanlah suatu kebaikan dalam kebanyakan bisikan mereka (umpatan) kecuali org yg menyuruh bersedekah atau dengan makruf atau mendamaikan antara manusia”
Surah An-Nisa : 114

3.       Tergolong org yg tidak beriman.
Rasulullah bersabda :
Tidak tergolong dalam org yg beriman mereka yg suka mencela, mengutuk, berbuat keji dan berlidah kotor.” – HR Tarmizi drpd Ibnu Mas’ud
4.       Mendapat azab yg pedih di dunia dan akhirat.
Firman Allah :
sesungguhnya org yg ingin agar (berita) perbuatan yg amat keji itu tersiar dikalangan org beriman, bagi mereka azab yg pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkankamu tidak mengetahui.”  - Surah An-Nur :19

5.       Mendatangkan pembohongan dan dosa.

Firman Allah :

org yang menyakiti mukmin lelaki dan wanita dengan sesuatu yg tidak diperbuatnya maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yg nyata”  -  Surah Al-Ahzab : 58

6.       Mendapat 3 bencana dlm kehidupan

Rasulullah bersabda :
jauhilah olehmu sekalian drpd mengumpat krn sesungguhnya dalam umpatan itu terdapat 3 bencana iaitu doanya tidak dikabulkan, kebaikkannya tidak diterima, dan keburukkannya akan bertambah” (zubdah)

7.       Tergolong org yg berdosa besar di hari kiamat.

Rasulullah bersabda :
org yg paling besar dosa di hari kiamat kelak ialah org yg banyak membicarakan hal-hal yg batil (mengumpat) “  - HR At-Tabrani drpd Ibnu Mas’ud

8.       Segala pahala amal kebajikan akan berpindah kpd org yg diumpat.




Masha-Allah. Banyaknye azab mengumpat. Jadi, kwn-kwn jom kite bermuhasabah diri supaya tidak mengamalkan amalan mengumpat ni..huhu.. Kalau kite rase pernah buat mende macamni banyak-banyak istighfar dan bertobat..muga2 kite mndpt gnjaran sorga disana ^_^ peace yow.

Sumber : PENYAKIT ROHANI dan rawatannya dalam Islam – DRS. HANAFI MOHAMED.
P/s : serius ohsem buku nih..rase nak cium2 je buku ni..kekekeke

Isnin, 23 April 2012

Tibai

Tiada ulasan :
Melihat kpd Dunia politik sejak due menjak ni, makin agresif dan rancak. Mana tidaknye, mungkin tidak lama lagi Pilihanraya Umum akan diadakan dan rakyat yg menentukan pemimpin mereka.

Namun, apa yg aku nk utarakan dalam belog ni, aku nk luahkan rasa kecewa, lucu, bosan, sakit hati, dan macam-macam semenjak NGO 'pelik' ni ditubuhkan. NGO 'pelik' ni diberi nama TIBAI yg membawa maksud Tolak Individu Bernama Anwar.

Aku bukan nak berpihak dalam mana-mana parti politik, tapi dari segi fikiran waras dan akal yg sempurna Allah S.W.T beri ni, perlulah gunakan akal tu sebaiknye. hihi

Aku menonton dengan mata kepala aku sendiri sidang perasmian pelancaran TIBAI ni, (tapi dalam youtube la..hihi) pada amatan aku, orang-orang yang tak matang je yg boleh buat bende-bende yg takde pekdah malah menambah dose je. Dan bile aku ulang balek video tu, Rase kelakar pon ade, puak-puak mcm ni boleh pulak melantik jawatan "mursyidul Am TIBAI". 

Haduhh

Ape maksud Mursyidul Am? dorg tahu ke mksudnye? atau dorg sekadar menganjing?
Mursyidul ialah perkataan arab yang membawa maksud pembimbing atau bahase mudahnye tok guru. 

Aku waktu tu agak musykil dan heran, adakah mursyidul am TIBAI tu mengajar orang? bile soalan ni aku tujukan kpd ayah. Ayah btanye kpd aku, "die tu surah sejadah hapal tak? Kalau xhafal jgn mengade2 letak name sifu, tok guru, apetah lagi Mursyid" Aku pon "hahahahaha"

Well, aku kat sini bukan nak mengutuk mana-mana parti politik, namun kite punyai akal yg boleh berfikir..so, fikir lah secara matang. bak kata Jambu "APTB"

Jom layan video-video yg bkaitan TIBAI


{TIBAI dilancarkan} 








{Gimik Pelancaran TIBAI Memang A..}


 

P/S: kalau xtau penggunaan B.Arab xpyh mengada-ngada

Jumaat, 9 Mac 2012

Cheat Engine 6.0

Tiada ulasan :
Saje nak kongsi satu sofware yg amat bergune untuk gamers..hehe




Maybe ade sesetengah laptop yang menggunakan Antivirus akan detect file ini sebagai virus..
jangan risau..file ni tiada kandungan virus didalamnya.
Selamat dan halal digunakan. Cuma, pastikan disable atau off sementara antivirus untuk extrac file ni..

Sabtu, 7 Januari 2012

Plan B DSAI

Tiada ulasan :

Seperti yang kita maklum, bahawa 9 Jan merupakan keputusan mahkamah terhadap DSAI atas kes liwatnya. Menurut beliau, beliau tak dapat menjamin yang dirinya akan menang dalam keputusan mahkamah tersebut walaupun pendakwa gagal memberikan bukti-bukti yang kukuh, dan beliau bersedia untuk dipenjarakan, bagi beliau ini bukan perkara baharu. 



Dalam pada itu, Akhbar Sinar Harian telah membuat satu wawancara. Wawancara itu bagi aku sangat superb. Isi yang mantap, Persoalan mengapakah beliau enggan bersumpah ketika dituduh meliwat? Apakah perancangan seterusnya menjelang PRU-13. Video wawancara tersebut berdurasi lebih kurang 30 minit.



Jumaat, 6 Januari 2012

Susah dan Senang Hanya Datang dari Allah (sembang rakyat)

Tiada ulasan :
Dalam kehidupan, Allah telah tentukan nasib seseorang dengan pilihan mereka sendiri. Bagaimana seseorang individu itu memilih, maka Allah Maha Mengetahui Segala-galanya. Jika kita memilih untuk malas bekerja, maka kita akan menjadi tak maju dan terus dalam kemiskinan, manakala orang yang rajin berusaha mencari rezeki, maka dia telah memilih jalan untuk senang didunia. justeru, Allah tidak melarang hambanya berusaha mencari kekayaan yang ada didunia asalkan tidak melanggar syariat dan tidak leka dengan keduniaan sehingga akhirat terabai.

Kita sebagai hamba Allah yang kerdil wajib meyakini bahawa Allah yang menurunkan kesenangan dan kesusahan ke atas hambanya kerana Allah Maha Kuasa. Wajib meyakini bahawa Allah yang memberi kita rezeki. Jadi disini saya ingin menimbulkan persoalan.

Adakah Boleh kita menyatakan kesenangan itu datang disebabkan bantuan manusia?

Di sini saya nak perjelaskan bahwa, seseorang itu boleh jatuh syirik jika kita berkata seperti :

  • "Nasib baik ko datang, kalau tak, mati aku"
  • "Nasib baik ko tolong aku, kalau tak, aku tak mungkin sekaya ni"
Ingtlah kawan-kawan, iman kita boleh terbatal dengan 3 perkara iaitu dengan percakapan, perbuatan dan qasad(niat).

saya buat entry ini, sempena untuk mengkritik sebuah video yang menimbulkan kekeliruan dari sudut akidah..semoga mereka yang terlibat diberi hidayah dan sempat bertaubat.


Sejak akhir-akhir ni, banyak saya tonton video-video koleksi sembang rakyat yang kebanyakkannya menyalahi akidah dan menghina Islam walaupun barisan pelakonnya beragama Islam sendiri. Inilah hasil didikan kerajaan. Saya bukan nak menghina kerajaan dalam hal ini, cuma saya agak terkilan dengan video ini yang sewenang-wenangnya berbicara tanpa ilmiah agama. 


kawan-kawan boleh saksikan sendiri koleksi sembang rakyat dan kawan-kawan boleh menilai seniri video-video tersebut. :)

Khamis, 15 Disember 2011

Sahabat Sejati

Tiada ulasan :
Secara fitrahnya, seseorang manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain. Orang yang sentiasa bersama kita tak mengira apa pun keadaan dan situasi kita waktu itu di samping menjadi kekuatan untuk kita terus bersemangat berjalan atas bumi  ini dinamakan sahabat sejati. Sahabat sejati juga berperanan mempengaruhi semangat, pemikiran, perangai, akhlak dan sebagainya. 

Cukup besar peranan Sahabat sejati. Jadi pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan, pilihlah kawan yang boleh membantu kita mengapai kejayaan. Sahabat yang baik bukan saja bersama kita dikala kita dalam kegembiraan, tapi setia dengan kita dikala kesusahan dan kesedihan.



Ciri-ciri sahabat sejati :
  • Tak jemu menasihati kita kearah kebaikan
  • Memberi kata-kata semangat, motivasi dan kata-kata perangsang.
  • Membantu kita dikala susah,
  • Sentiasa mendoakan kita kearah kejayaan
  • Membimbing kita kearah kebaikan
  • Menegah kita dari kemaksiatan

p/s : lame bebeno xupdate blog..pesanan ringkas ini khas untuk semua sahabat2 :D