Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 6 Mei 2011

Assalamualaikum... apa perasaan kita apabila memakan sebiji limau yang amat manis... sempurna rasanya... cantik kulitnya. begitu juga isinya... tentu kita memuji limau tersebut.. wah.. bestnya limau ni. teruja kita. kita makan dengan begitu asyik sekali. betulkan? dan kita kata inilah contoh limau yang cemerlang, gemilang dan terbilang! ke guane?

namun apabila direnung jauh-jauh.. kecemerlngan sebiji limau yang amat manis itu bukannya terhasil dengan sendirinya. ia adalah hasil dari gabungan kerjasama semua pihak. dari pekebunnya yang tidak kenal penat lelah menjaga dan membaja. dari sumbangan kerja sekumpulan daun yang rimbun yang tidak pernah ponteng dari tugasnya walaupun seterik mana mentari memancarkan sinarnya. ia tetap menjalankan tugas untuk mengumpul cahaya untuk menjalankan proses fotosentisis. dari sumbungan sekumpulan akar yang begitu kuat mencari bahan makanan untuk petumbuhbesaran. begitu juga sumbangan awan yang menurunkan hujan yang cukup kuantitinya. tidak lupa juga sumbangan tanah yang subur sebagai tempat bertapaknya sebatang pokok.. dan, yang terpenting, kewujudan izin Allah untuk membenarkan kewujudan sebiji limau yang manis itu direalisasikan..

namun, segala sumbangan yang penulis taipkan di atas menjadi sirna dan terhijab. yang wujud hanya pujian terhadap sebiji limau yang manis dan kita terlupa untuk memuji kesempurnaan proses kewujudan sebiji limau yang manis... betulkan?

yang terpenting, kita terlupa untuk memuji kebijaksanaan Allah yang mencukupkan segala-galanya dalam merealisasikan kewujudan sebiji limau yang manis. kita terlupa mengucucap syukur. yang terlihat di mata kita ialah kehebatan makhluk, yang terhijab dari pandangan hati kita ialah kehebatan Allah. kita memuji kesempurnaan rasa sebiji limau dan kita terlupa memuji kehebatan Allah Yang Maha Sempurna...

semoga hati kita akan sentiasa melihat kebesaran Allah dalam setiap gerak kehidupan kita.. janganlah kita hanya terhijab dengan makhluk. bukakan hati kita, bersihkan ia, semogakan tersingkap tirai makhluk dari hati kita dan hanya Allah yang wujud di hati kita..

2 ulasan :

flower berkata...

teruskan melangkah dik..
kita pernah jadi satu psukan tuk karnival ksenian khat dlu..

SafwanRahman berkata...

TQ kaq :D