Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 24 Januari 2011

Persepsi Orang Luar Terhadap kita



Semua manusia mempunyai persepsi masing-masing terhadap sesuatu perkara. Ya, Aku pon tak lari dari persepsi sendiri, malah majornya persepsi aku lebih menjurus kepada Persepsi buruk. Bahasa senangnya ialah Suu'zhon, atau lebih senang lagi sangka buruk..

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Sebuah cerita, suatu hari aku ke musollah kampusku. Selepas muazzin melaungkan Iqamah, tampil seorang lelaki yang berketerampilan biasa menjadi imam. Aku agak terkejut. Lelaki itu berpakaian T-Shirt belang berjenama Polo, berkain pelekat dan tanpa penutup kepala(kopiah). Padahal ketika itu ramai lagi jemaah berjubah, berserban dan pakaian yang sewaktu dengannya. Kenapa dia jugak yang jadi Imam?

Dalam cerita ini, jelas. Kita sebagai manusia..mmg tak lari dari persoalan persepsi terhadap orang lain. Samada Sangka baik mahupon buruk.

Sesungguhnya hati yang bersih ialah hati yang berusaha mencari penawar kepada penyakit hati itu sendiri. Berprasangka buruk merupakan salah satu penyakit hati. 
Oleh itu, Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.

Di samping itu, aku nak selitkan sedikit nasihat atau tips2 bagi para Imam atau bakal Imam, supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah bagi para Imam itu sendiri.

  • Perbetulkan bacaan. Khususnya Al-fatihah. Ini kerana, Al-Fatihah merupakan rukun qauli dalam solat. Jika salah lafaz2 Al-Fatihah, maka tak sah solat itu. Malah menimbulkan fitnah. Boleh jadi umpatan para makmum.
  • Pastikan penampilan itu dapat melayakkan jejak ke sejadah Imam. Moleknya, pakailah jubah beserta serban. Paling tidak berbaju sopan dan berkopiah.
  • Dahulukan orang yang alim atau arif dalam bacaan Al-Quran.
  • Berusahalah membersihkan hati dari sebarang sifat kekotoran dosa-dosa kecil. Jangan biasakan membuat dosa-dosa kecil seperti memakai Seluar pendek, Merokok, Banyak mulut dan sebagainya.

Wassalam.....






2 ulasan :

Zizie Zizot berkata...

sgt suka dgn tips pilih imam tu :)

SafwanRahman berkata...

muga zizi dpt Imam yg baik=))