Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 5 Ogos 2013

Zikr Hasbirobbi, Nur Muhammad dan Penjelasannya


Masyarakat kita, Melayu sangat popular dengan zikir munajat dalam gambar rajah di atas. Namun, ramai yang tidak menyedari pada zikir tersebut ada terselit ajaran Nur Muhammad. Mari kita tengok apa komen Aizam Mas'ud seorang pegawai JAKIM dibahagian aqidah.


Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa. 

Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-

حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله 
kepada
حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم

نور محمد صلى الله
kepada
نبي محمد صلى الله

dan dibuang
ليس لها من دون الله كاشفة

Ulasan:

Penulis berpandangan Panel Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih baik yang ma'thur untuk diamalkan berbanding ucapan yang ada di dalam Zikir Munajat. Oleh kerana itu 'hasbi rabbi..' ditukar kepada 'hasbiyallah...' kerana 'hasbiyallah..' zikir yang dianjurkan oleh al-Qur'an dalam surah al-Taubah ayat 129.

Ucapan 'Nur Muhammad Sallallah' juga didapati tidak jelas kerana menisbahkan salawat kepada 'nur' bukan kepada nabi. Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin 'Nur Muhammad' yang menyeleweng daripada aqidah Islam. Oleh itu, ditukarkan kepada 'Nabi Muhammad Sallallah'. 

Manakala ucapan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' juga meragukan kerana tidak diketahui apa yang dimaksudnya dengan ucapan itu. Sedangkan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' adalah ayat al-Qur'an di dalam surah al-Najm ayat 58. Para mufassirin bersepakat bahawa ayat ini membicarakan soal hari Qiyamat yakni "Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (hari Qiyamah) selain Allah". 

Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut. Wallahu a'lam. 

Itulah sedikit penjelasan, moga ia bermanfaat buat semua. Moga amalan kita semua diterima Allah. Nok molek lagi, carilah amalan yang sahih dari Rasulullah SAW, para sahabat, tabiin, dan Ulama muktabar salaf mutaqaddimin.

Tiada ulasan :