Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 19 Ogos 2013

Ulama Salafi bergaduh : Pro'Taat Pemerintah' vs Pengecam Kezaliman.

Isu Mesir menjadi perbuatan yang hangat. Tak terlepas juga menjadi buah mulut para Ulama mutaakhirin. Namun disini, suka saya berkongsikan pendapat tokoh ulama salafi atau azhari yang lebih cenderung mengecam kezaliman yang dilakukan oleh tentera rejim al-Sisi. Saya menghormati pandangan mereka yang berfatwa berdemo haram, dan wajib taat pemerintah, namun hormat saya kpd fatwa tersebut, bukan bermakna sokong. Saya senada dengan pendapat bahawa Tentera al-Sisi telah melakukan kezaliman ke atas rakyatnya, antaranya tokoh yang sependapat :

  • Dr. Asri Zainal Abidin (Dr.Maza)
  • Ustaz Abdul Basit bin Abdul Rahman a.k.a Abu Anas Madani
  • Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
  • Sheikh Abd al-Aziz al-Tharefe
  • Sheikh al-'Arefe
  • dan ramai lagi.
Dalam wall fesbuk saya, saya banyak berkongsikan ttg pandapat para Ulama yang menentang kezaliman ini. Antaranya kenyataan Dr. Hassan Syafie seorang Ahli Majlis Ulama Al-Azhar 


Selain itu, saya tertarik dengan kenyataan seorang muhaddith (ahli Hadith) dan seorang tokoh Ulama salafi yang menentang kezaliman yg berlaku di Mesir melalui komentar Ustaz Emran Ahmad.
"Tiada yang terselindung
Syeikh Abdul Aziz Al-Tarefe ini ialah seorang muhadith dan seorang tokoh ulama salafi yang benar di atas manhaj salaf insyaAllah.
Beliau menyebut ;

لا يخفى الظالم من المظلوم في مصر إلا على جاهل مستحكم الجهل، أو صاحب هوى غارق في هواه
'Tidaklah terselindung akan orang yang zalim dan yang dizalimi di Mesir kecuali bagi mereka yang jahil yang kejahilannya sudah menjadi kejahilan yang sudah disahkan, atau pengikut hawa yang sudah tenggelam dalam hawa nafsunya.'

Distinguishing between the oppressor and the oppressed in Egypt is not a mystery except for an ignorant whose ignorance has become ingrained, or a person of hawā (vain desire) who is drowning in his hawā." (Posting Ustaz Emran Ahmad, photo )


Begitu juga dengan Dr. Asri yang menentang golongan salafi yang ketat-ketat memegang prinsip Taat Pemerintah. Takut-takut ia tergolongan dalam golongan pengampu kerajaan atau lebih bahayanya ia adalah prinsip kelompok murjiah dan Jabbariyah.



Saya juga tertarik dengan status-status yang dikeluarkan di fb Ustaz Emran Ahmad. sebuah kenyataan yang bernas khas buat mereka yang suka menjadi pengampu kerajaan yang zalim

"Fiqh salafis, Dajjal dan Bani Israel
Kata puak salafis, sesiapa pun yang naik menjadi pemerintah, walau dengan apa jalan sekalipun termasuklah dengan cara rampasan kuasa/menipu dll maka wajiblah ditaat.

Alkisah, 'Ada sebuah keluarga, suami-isteri dan 2 orang anak-anak yang dicerobohi dan ditawan oleh seorang perompak yang menggunakan pedang samurai (tiada kaitan dengan kejadian yang menimpa Dr.Juanda, mufti Perlis ) lalu si suami itu pun dibunuh. Setelah itu perompak itu pun menguasai keluarga tersebut yang terdiri daripada Isteri dan dua orang anak-anak.

Adakah perompak itu 'automatik' menjadi suami kepada si Isteri dan Bapa kepada dua orang kanak-kanak terbabit? Atas alasan dia yang menguasai keluarga terbabit sekarang dan jika melawannya akan mengakibatkan mudharat, pertumpahan darah, dll?

Adakah si Isteri kena redha, sabar dan solat saja melayani kehendak 'suami barunya' itu yang datang tanpa diundang dan anak2nya kena panggil perompak itu Bapa? Kalau lawan maka berdosa dan jadi khawarij?

Sedangkan ada hadith Rasulullah SAW yang bersabda: Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Jika keluarga yang kecil itupun tidak mudah bagi sang perompak untuk menguasainya dan menjadi 'pemerintah' yang sah inikan pula sebuah negara. Jika akad nikah syarat seorang lelaki menjadi suami maka bai'ah dan pengesahan dari perundangan merupakan syarat seseorang jadi ketua.

Dalam konteks dunia moden hari ini ialah pilihanraya dan rakyat yang memberi mandat bukannya sesiapa saja datang bawa tentera lalu kuasai negara dengan bunuh dan tangkap orang awam.

Seterusnya duduk dalam rumah menanti dengan doa tanpa keluar berusaha mengubah nasib mereka samalah macam kisah bani Israel yang berkata kepada Musa;

قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, & berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja."
Begitu sikap para salafis yang mempromosikan aqidah tunggu dan lihat tanpa berusaha kerana terpengaruh dengan fikrah murjiah dan jabbariyyah. Mereka sebenarnya munafiq yang paling cinta dunia dan jabatan kerajaan tetapi menutupi keburukan mereka disebalik nama salaf.

Sedang para salaf amat jauh dari mereka berbanding Dajjal yang lebih akrab dengan mereka di dalam memberi janji-janji palsu. Sungguh jika Imam Mahdi dan Nabi Isa itu turun, tak mungkin mereka akan bersama para salafis pengampu thaghut.

Mungkinkan Raja Saudi, raja teluk dan para pemimpin negara arab itu memberi jawatan kepada Imam Mahdi@ Nabi Isa atau sebaliknya berusaha mempertahankan takhta mereka bersama sang ulama pengampu lalu menuduh Almahdi@Nabi Isa sebagai teroris?

Fikirkan jika ada akal!" - Status Ustaz Emran
Setakat ini dulu yang dapat saya kongsikan, jika ada lagi, insyaAllah, moga Allah permudahkan urusan saya untuk berkongsi lagi. Akhir kata dari saya, marilah kita renungikan.


Rugi jika mentaati dan menyokong pemerintah yang zalim

Saya amat yakin bahawa golongan yang mentaati dan menyokong para pemimpin yang zalim itu akan termasuk dalam ayat Allah yang menyebut ;

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلا.
"Dan mereka akan berkata, wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin kami dan para pembesar kami lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar." [Al-Ahzab:67]

Nabi Salallahualaihiwassalam banyak berpesan kepada kita agar menjauhi pemimpin yang zalim dan menyelisihi mereka antaranya hadith ;

"Sesungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan penipuan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukanlah daripada kalanganku dan aku bukanlah daripadanya dan dia tidak akan dapat mendatangi telaga di syurga. Manakala sesiapa yang tidak membenarkan pembohongannya dan tidak menolong kezaliman mereka maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia dapat mendatangi telaga haud di syurga.' [Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Al-Tabarani]

Pembunuhan lebih 3000 orang rakyat awam oleh tentera Mesir merupakan sesuatu kezaliman yang besar dan haram disokong oleh sesiapa pun baik dia mufti, ulamak atau raja. 

Rakyat yang dibunuh adalah tidak bersenjata, termasuk wanita dan kanak-kanak sehingga tidak ada nass atau dalil dari apa jua kitab sekalipun yang mengizinkan pemerintah membunuhnya. Golongan Khawarij pun tidak diperangi oleh Ali RA melainkan mereka yang memulakan dahulu serangan dan tidak dibunuh sesiapa yang menyerah atau tidak bersenjata. 

Sesungguhnya mana-mana pihak yang masih mempertahankan kezaliman adalah syaitan sekalipun mereka mendakwa mengikuti sunnah dan berselindung disebalik kalimah salaf.

Tiada ulasan :