Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 31 Disember 2012

Saya Menjangkau 87 Tahun, Bila-bila masa saya akan pergi - Dr. Yusuf Qaradhawi


Khutbah Sheikh Yusuf Qaradhawi Jumaat 28 Dis merupakan yang terakhir bagi tahun 2012 dan kedua dalam tempoh dua bulan. Kementerian Wakaf Mesir telah mengkhususkan mimbar Masjid Al-Azhar kepada beliau setiap bulan bagi menyampaikan ilmu yang telah didahagakan oleh sekalian umat Islam khasnya di Mesir yang disekat menyebarkan dakwah lebih 30 tahun lalu.

Sekalipun Sheikh Qaradhawi menjangkau usia hampir 90 tahun tetapi kelantangan dan kepetahannya berhujah seperti usia di awal 30-an dan ditambah ingatannya yang kuat membuatkan setiap kalimah yang dilontarkan dinanti-nantikan oleh pendengar.

Agak malang, jumlah mereka yang hadir di Masjid Al-Azhar kali ini berkurangan berbanding Jumaat pertama beliau menyampaikan khutbah sebulan lalu.

Khutbah Shiekh Qaradhawi berkisar kepada dua topik utama; khutbah pertama menyeru kesatuan ummat khasnya di Mesir selepas Revolusi 25 Januari dan khutbah kedua berkaitan konflik di Syria.

Dalam khutbah pertama, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Mesir untuk bersatu sepertimana yang dilakukan mereka di Tahrir bagi menumbangkan rejim Mubarak. "Saya melihat sendiri bagaimana seorang Kristian tolong mencurahkan air untuk saudara Islamnya untuk berwudhuk di Tahrir."

Apa yang menyentuh perasaan para pendengar ialah apabila beliau berkata, "Saya telah menjangkau usia 87 tahun, beberapa hari lagi saya akan pergi (meninggalkan dunia ini), akan tetapi saya menyeru kepada rakyat Mesir dan umat Islam untuk bersatu.."

Berkaitan konflik di Syria, beliau penuh yakin bantuan Allah kepada rakyat Syria terlalu hampir. Beliau turut mengecam Russia dan Iran yang terus-terang bersekongkol dengan rejim Basyar yang membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan



Moga Sheikh Dr. Yusuf Qaradhawi dipanjangkan umurnya untuk terus berbakti kepada agama. Ambe sangkakan bahawa Dr. Yusuf Qardhawi ni berusia lingkungan 50-an. Tapi Allah itu maha Berkuasa. Subhanallah

Tiada ulasan :