Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 17 September 2012

16 September tarikh berdarah di Palestin


Alhamdulillah, sikit kesempatan untuk update sikit blog. Sepanjang 3 hari dari Khamis 13hb saya ke Melaka untuk lawatan subjek program diploma saya 'perbandingan agama'. InsyaAllah, saya akan update tentang lawatan saya ke sana jika berkesempatan.

Post kali ni, suka saya ingatkan kepada semua pembaca tentang tarikh bersejarah di Palestin.

Sebenarnya saya terjumpa kisah ini di Facebook. Atas sifat Prihatin, page  Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
Tarikh 16 September bukan sahaja hari berdarah buat umat Islam Palestin akibat pembunuhan Shabra dan Shatila, tetapi juga buat umat Islam di LIBYA.

16 September 1931 dikenang kerana ia tarikh pejuang kebebasan negara Libya, As-Syahid Syeikh Omar Mukhtar dihukum gantung sampai mati oleh penjajah Itali.

Antara kata-kata akhir As-Syahid Umar Mukhtar.."Kami sama sekali tidak akan menyerah, sama ada kami menang atau gugur (syahid), akan datang generasi selepas kami yang akan berperang dengan kalian (penjajah).."

Kalam ini dijadikan kata-kata semangat oleh pejuang kebebasan di Syria waktu ini. Semoga Allah merahmati roh Syeikh Umar Mukhtar.
Sempena hari Malaysia yang ke -49 ini, sama-sama kita teruskan berdoa untuk saudara kita yang dalam kesusahan di Palestine, Rohingya, Syria dan negara Islam yang lain.

1 ulasan :

iamcikmisi berkata...

tarikh bersejarah di palestin ? untong follow sini, bleh tau. kalo tak, hnya tau sejarah Mlaysia jek.. =) ehee~

btw, "perbandingan agama" ? quite interesting. i'll be waiting for that entry, hopefully