Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 12 Februari 2011

Mustafa Kemal Atatürk

Melihat kepada sejarah kekejaman Mustafa Kamal Artatuk, sungguh membawa impak yang sangat besar kepada Bumi Turki pada suatu masa dahulu. Mustafa Kemal Atatürk penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.


Beliau pernah mengaku sabagai tuhan, sama seperti Firaun.

Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentara Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.



Namun begitu, bagi umat Islam di Bumi Turki, beliau merupakan perosak kepada empayar Bumi Islam di Turki. Pepatah Melayu 

"Harimau mati meninggalkan belang gajah mati meninggalkan tulang manusia mati meninggalkan nama dan jasa. Apatah lagi jika seorang pemimpin, pemergiannya akan dikenang generasi akan datang dengan apa yang telah dilakukannya ketika berkuasa"
Ikuti sejarah ringkasnya. Klik di sini 


Apa yang aku tertariknya dalam sinopsis sejarah Mustafa Kemal Ataturk yang di ceritakan oleh Abdul Latib Talib dalam blognya ialah Kata-kata akhirnya :
Kisah beliau akan dijadikan novel....
InsyaAllah, Aku akan cuba dapatkannya!! 




Tiada ulasan :