Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 2 September 2010

Jom Buat Maksiat...

ada kisah, suatu hari seorang murid bertanya kepada tok gurunye...

Murid: tok guru, apakah boleh saya melakukan maksiat?

tok guru: silakan, tapi dengan 5 syarat..

  1. Jangan kau makan rezeki Allah
  2. Jangan duduk bumi Allah
  3. Lakukanlah maksiat di tempat yg Allah tak melihat kamu mmbuat maksiat
  4. Jika datang malaikat maut untuk mencabut nyawamu, katakan padanya " Lewatkanlah ajalku, aku nak beramal dan bertaubat dulu"
  5. Di akhirat kelak, apabila malaikat Zabaniyah(malaikat menjaga Neraka) mengheretmu untuk dicampakkan ke neraka, katakan padanya, " tempatku dalam syurga, bukannya Neraka!"
setelah mendengar 5 syarat itu, murid itu serta-merta menangis lantas berkata:
TAK MUNGKIN AKU MELAKUKAN DOSA, TAK MUNGKIN AKU ENGKAR, MAKSIAT KEPADA ALLAH YG TELAH MENCIPTA AKU, YG TELAH MENGURNIAKAN SEGALA NIKMAT, YG TELAH MEMBERIKAN SEGALA KEMUDAHAN UNTUK TINGGAL DI MUKA BUMI INI, YG MENENTUKAN AJALKU DAN NASIBKU DI SYURGA ATAU NERAKA...
oleh itu saudaraku sekalian...
SAHUTLAH SERUAN TAUBAT...

Far East - Kembali

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah



Terangilahku dengan Nur Iman-Mu


Hanya Engkau tempat aku berserah


Mohon maghfirah di dalam syahdu






Wahai Tuhan yang Maha Pengasih


Ampunilah segala dosaku


Laksana buih di laut memutih


Hanyut ditelan gelombang nafsu






Hari-hari yang telah aku lalui


Ingin kutinggalkan terus bersemadi






Ingin aku kembali kepada fitrah insani


Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi


Bebaskanlah diriku dari dibelenggu


Dosa noda nafsu durjana






Terimalah taubatku Ya Allah


Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu


Moga sinar-Mu terangi hidupku


Di dalam kegelapan






Akukan kembali pada-Mu Rabbi


Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati


Segala ketentuanku pasrahkan


Di hujung penghayatan

Tiada ulasan :