Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 27 Ogos 2010

Panduan Khusyuk dalam Solat.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Panduan Khusyuk Dalam Solat

Definisi khusyuk.
Pengertian Khusyuk pada pandangan Ulama’
  Imam Malik : Khusyuk itu ialah betul2 berhadap kepada sembahyang
  Imam Syafie : Khusyuk ialah seseorang yang bersembahyang menumpukan perhatiannya ke tempat sujud
  ‘Ata’ bin Abi Rabah : Khusyuk ialah merendah diri dalam sembahyang
  Al-Hasan Al-Bashri : orang2 yang khusyuk itu ialah orang2 yang hatinya takut kepada Allah.
Khusyuk ketika solat bererti hadirnya hati dalam solat ketika di hadapan Allah S.W.T. sebagai bentuk rasa cinta, pengagungan, rasa takut akan seksa dan berharap akan pahala dari Allah S.W.T., dengan berusaha menghadirkan perasaan dekat dengan-Nya. Jiwanya akan menjadi tenang, tenteram, pergerakannya menjadi tenang di hadapan Rabbnya dengan berusaha menghadirkan keseluruhan ucapan, perbuatan dari apa yang dibaca dan dia lakukan di dalam solatnya dari awal hingga akhir. Dengan demikian hilanglah seluruh bisikan dan fikiran yang menganggu. Khusyuk adalah roh dari solat dan tujuan yang paling besar dari solat. Solat tanpa khusyuk ibarat tubuh kepada jenazah yang tidak ada rohnya.
Inti daripada khusyuk adalah khusyuknya hati. Hati merupakan raja dari seluruh anggota badan. Jika hati telah khusyuk, maka khusyuklah seluruh anggota tubuhnya. Dalam sebuah riwayat Said bin al-Musayyib melihat seorang lelakai bermain-main dalam solatnya dia berkata :
“Andaikan sahaja hatinya khusyuk pastilah anggota badannya juga khusyuk”
Solat seorang hamba tidak bererti kecuali yang dia sedari dari solatnya dan hadirnya di dalamnya. Adapaun syaitan ingin agar seorang hamba tidak solat sehingga menjadi penghuni naraka. Ketika seseorang hamba sedang solat, syaitan akan berusaha menghalang antara diri dan jiwanya dengan bisikan dan perkara-perkara yang membuatnya sibuk dalam solat, sehingga dia membatalkan solatnya atau paling tidak mengurangkan pahala. Ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith :
“Sesungguhnya seorang hamba jelas-jelas menunaikan solat tetapi tidak dicatat pula pahala aginya kecuali satu perempatnya, satu perlimanya, atau satu perenamnya bahkan sampai satu persepuluhnya.”


Pembahagian Khusyuk
Khusyuk boleh dibahagikan kepada 2 bahagian.
1. Khusyuk Zahir
  Khusyuk kepala dengan menundukkannya
  Khusyuk mata dengan menahan pandangan dari berpaling2
  Khusyuk telinga dengan mendengar dengan teliti
  Khusyuk lidah dengan membaca Al-Quran dengan hadirkan hati dan tidak tergopoh gapah
  Khusyuk kemaluan dengan menghilangkan segala gangguan keinginan(nafsu)
  Khusyuk kaki dengan tegaknya berpijak dan tetapnya tidak bergerak. 

2. Khusyuk Batin
  Khusyuk Jiwa dengan memperoleh ketenangan tanpa digangguoleh segala kebimbangan dan lintasan2 hati; dan khusyuk hati dengan kesentiasaan roh mengharungi lautan kasih dan memperoleh ketenangan di kala nyatanya (tersingkap) sifat keindahan dan kebesaran Allah S.W.T 



Lima Tahap Manusia Ditinjau dari solatnya.

Berkata Ibnul Qaiyyim dalam kitabnya al-Wabil as-Shaib Min Kalam at-Tayyib:

1.     1. Tahap zolimun linafsih (menganiaya diri sendiri, dia adalah orang yang kurang memerhatikan wuduk, serta waktu-waktu, batasan-batasan dan rukun-rukun solat.

2.      2. Tahap orang yang menjaga waktu-waktu, batasan-batasan dan rukun-rukunnya secara zahir, juga wuduknya. Namun dia lalai dalam berjuang mengusir bisikan-bisikan yang mengganggu sehingga dia lalai dalam bisikan –bisikan dan fikiran-fikiran tersebut.

3.      3. Tahap orang yang menjaga batasan-batasan dan rukun-rukun, serta berjuang untuk mengusir bisikan-bisikan dan fikiran-fikiran tersebut sehingga dia sibuk melawan musuhnya agar tidak mencuri sedikitpun dari solatnya. Dia ini dalam keadaan solat dan jihad.

4.      4. Tahap orang yang ketika berdiri untuk solat menyempurnakan hak-hak, rukun-rukun dan batasan-batasan solat. Hatinya disibukkan menjaga batasan-batasannya agar tidak ada sekecil apa pun yang luput dari solatnya. Bahkan segenap keinginannya tertuju kepada bagaimana mendirikan solat sebagaimana yang diperintahkan.

5.      5. Tahap orang yang jika berdiri dalam solatnya dia berdiri sebagaimana tahap ke 4 namun bersamaan dengan itu dia menggenggam hatinya dan meletakkan di hadapan Tuhannya seraya memandang Allah S.W.T Rabb dengan hatinya sebagai bentuk perhatian kepada-Nya dengan hati yang dipenuhi cinta dan pengagungan-Nya seakan-akan dia melihat kepadan-Nya, dan menyaksikan-Nya. Orang seperti inilah yang lebih utama dibandingkan dengan orang lain sebagaimana perbandingan antara langit dan bumi.




Tiada ulasan :